Anda di halaman 1dari 12

Kerangka Penulisan Esei Ilmiah

Pemilihan Tema : Pendidikan

Tajuk : Punca Masalah Seksual di dalam Kalangan Pelajar

Pembinaan dan Pemilihan Tajuk

Siapa : Pelajar

Apa : Masalah pelajar

Di mana : Malaysia

Bila : Isu Semasa

Bagaimana : Punca

1.0 Pengenalan

 Pada era globalisasi ini, kes masalah seksual di dalam kalangan pelajar semakin

meruncing berikutan dengan peredaran zaman.

 Kes-kes seperti rogol, pencabulan, sumbang mahram dan sebagainya seringkali

diperkatakan di media sosial dan juga massa.

 Perkara-perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap-sikap pelajar yang tidak menjaga

batas pergaulan mereka sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini.

 Oleh itu, kes seperti ini perlu di beri perhatian khusus oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM)

2.0 Isi

Punca masalah seksual di dalam kalangan pelajar

1
2.1 Kurang didikan agama dalam diri pelajar

 Merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dalam masalah

seksual ini.

 Didikan agama yang secukupnya perlu diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa

 Oleh itu, dengan adanya akhlak yang berpandukan ajaran Islam maka ia mampu

mengatasi perkara-perkara seperti ini.

2.2 Pergaulan bebas dalam kalangan pelajar

 Kawan sama ada lelaki atau perempuan mampu mempengaruhi seseorang untuk

melakukan kejahatan dan mendorong kepada amalan seksual dan zina.

 terjadi kerana mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari keluarga,

pelajar-pelajar perlu mengehadkan pergaulan mereka supaya tidak mudah terjebak

dengan masalah seksual ini.

2.3 Pengaruh media sosial dalam kalangan pelajar

 Pengaruh media sosial merupakan satu medium yang berbahaya pada era ini

 Mereka lebih gemar untuk mencuba sesuatu yang baru terutamanya perkara yang

tular di media sosial untuk mendapatkan populariti.

 Dengan kecanggihan teknologi memudahkan lagi pelajar untuk mengakses laman

sesawang yang berkaitan pornografi.

2
2.4 Perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar

 Pelajar-pelajar pada masa kini lebih suka untuk mencuba sesuatu yang baru

 Mereka berfikir akan menjadi lebih menarik atau menakjubkan serta menjadi insan

yang hebat jika mencuba sesuatu yang baru

 Dunia tanpa sempadan ini telah menggalakkan lagi pelajar untuk melakukan

sesuatu perkara di luar kewarasan mereka.

3.0 Kesimpulan

Masalah ini sangat memberi impak yang sangat besar kepada agama, bangsa dan negara.

Pencegahan yang diwajibkan untuk dilaksanakan atau larangan untuk ditinggalkan adalah

lengkap dan memadai untuk memberi panduan kepada pelajar agar mereka dapat menjaga

kelakuan dan maruah daripada aktiviti seks terlarang dan zina.

JURNAL

Nama Penulis Mohamad Faizal Mohammad, Mohd Zaki Ishak

Tahun 2014

Judul Artikel Gejala Hubungan Seks Dalam Kalangan Pelajar. Satu kajian kes

Laman https://www.ums.edu.my/fpp/images/download/proseding_skik2014/

Sesawang Mohamad_Faizal.pdf

3
JURNAL

Nama Penulis Fatimah binti Ali

Tahun 2007

Judul Artikel Masalah sosial pelajar dan hubungan dengan kemerosotan

pembelajaran

Laman https://ifolio.ukm.my/Scripts/tinymce/plugins/filemanager/files/38464/

Sesawang Jurnal.Usuluddin.25.2007-10.Fatimah.Sosial.pdf

JURNAL

Nama Penulis Siti Marhamah Kamarul Arifain, Khaidzir Hj, Ismail, Hanina

Halimatusaadiah Hamsan & Zaki Ibrahim

Tahun 2012

4
Judul Artikel Faktor risiko dan pelindung terhadap tingkah laku seksual dalam

kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi awam

Laman http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2015/06/Jurnal-

Sesawang 3.pdf

JURNAL

Nama Penulis Abdul Razak Abd Manaf, Azlin Hilma Hillaluddin, Zakiyah

Jamaluddin, Noor Azizah Ahmad, Fatin Hakimah Mohd Arshad, Zarina

Mat Saad, Rajwani Md Zain & Wan Ab Rahman Khudzri Wan

Abdullah

Tahun 2013

Judul Artikel Pengetahuan seksualiti dalam kalangan pelajar sekolah

Laman http://jps.uum.edu.my/images/jps/16/v16_2013_15_31.pdf

Sesawang

TESIS/ DISERTASI

Nama Penulis Paranjothi Yanok A/L Pakianathan

Tahun 2016

5
Judul Artikel Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku seksual dalam kalangan

pelajar sekolah menengah

Laman http://ir.upsi.edu.my/955/1/faktor_faktor%20yang%20mempengaruhi

Sesawang %20salah%20laku%20seksual%20dalam%20kalangan%20pelajar%20

sekolah%20menengah.pdf

BUKU

Nama Penulis Kamarul Azmi Jasmi, Siti Fauziyani Md. Salleh @ Masrom

Tahun 2017

Judul buku Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang

Tempat terbit Malaysia

Penerbit Penerbit UTM Press

6
KUTIPAN
a. Kutipan Langsung Kurang 40 Patah Perkataan
Teks Asal
Pergaulan bebas seseorang remaja dengan kawan-kawan yang rosak dengan aktiviti

bermasalah seksual sama ada kawan lelaki atau perempuan merupakan antara faktor mereka

remaja ini terjebak pula dengan aktiviti seksual yang menyimpang ini.

Teks Kutipan

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2017), “pergaulan bebas seseorang remaja dengan kawan-

kawan yang rosak dengan aktiviti bermasalah seksual sama ada kawan lelaki atau perempuan

merupakan antara faktor mereka remaja ini terjebak pula dengan aktiviti seksual yang

menyimpang ini” (ms.41).

7
b. Kutipan Langsung Lebih 40 Patah Perkataan

Teks Asal
Disebabkan permasalahan seks dalam kalangan pelajar ini semakin meningkat dari masa ke

semasa, maka isu ini telah menjadi isu global dan menarik minat ramai pengkaji untuk

menjalankan penyelidikan terhadap tingkah laku seksual. Sumber maklumat ini penting

untuk merangka intervensi yang sesuai bagi mencegah dan mengatasi masalah ini dari terus

membelenggu masyarakat. Contohnya, kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan di

antara aktiviti seksual pelajar dengan salah laku devian seperti pengambilan dadah dan

alkohol.

Teks Kutipan

Mohamad Faizal Mohammad dan Mohd Zaki Ishak (2014) menjelaskan bahawa:

Disebabkan permasalahan seks dalam kalangan pelajar ini semakin meningkat dari masa

ke semasa, maka isu ini telah menjadi isu global dan menarik minat ramai pengkaji untuk

menjalankan penyelidikan terhadap tingkah laku seksual. Sumber maklumat ini penting

untuk merangka intervensi yang sesuai bagi mencegah dan mengatasi masalah ini dari

terus membelenggu masyarakat. Contohnya, kajian yang dijalankan untuk melihat

hubungan di antara aktiviti seksual pelajar dengan salah laku devian seperti pengambilan

dadah dan alkohol (ms.2).

8
c. Kutipan Tidak Langsung (Parafrasa)

Teks Asal

Implikasi yang paling mendalam sekali untuk pelajar yang terjebak adalah mereka akan

mendapat trauma dari segi emosi. Dari segi emosi akan berlakunya ketagihan terhadap

perlakuan tersebut. Setelah terjebak dengan aktiviti ini mereka bukan lagi melakukan

perlakuan ini kerana sifat ingin tahu, tetapi lebih kepada masalah ketagihan melakukannya.

Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka akan terjejas pada

pelajar seumur mereka.

Teks Kutipan

Pelajar-pelajar yang terjebak dengan masalah seksual ini akan mendapat trauma dari segi

emosi terutamanya. Emosi yang diperkatakan ini adalah emosi yang tidak stabil iaitu emosi

yang membuatkan pelajar terbabit menjadi ketagih untuk melakukan perkara tersebut

berulang kali. Emosi yang tidak dapat dikawal akan membahayakan mental, fizikal, sosial,

kesihatan pelajar terbabit. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab tentang isu ini perlu

mencari jalan keluar yang baik dan harus bertindak dengan pantas kerana ianya mampu

memberi pengaruh yang tidak baik kepada pelajat-pelajar yang lain (Subhi, Nasrudin, Abu,

Ahmad, Norazura, 2012).

9
d. Kutipan Tidak langsung (Meringkas Maklumat)

Teks Asal
Keluarga merupakan orang penting yang dapat membantu ahli-ahlinya menghadapi pelbagai

cabaran dalam kehidupan. Terdapat tiga tugas dan peranan keluarga iaitu membantu ahli-ahli

keluarga untuk memenuhi kehendak-kehendakindividu lain serta perkembangan diri,

membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli ahlinya, serta mendidik individu menjadi

warganegara yang bertanggungjawab. Keluarga juga perlu menjadi satu unit yang bersepadu

dan kuat supaya keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Pendekatan

kaunseling merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah seksual bebas. Perkhidmatan

kaunseling yang disediakan di institusi-institusi kerajaan dan juga swasta adalah berperanan

untuk membantu pelajar atau remaja untuk menangani isu-isu penyesuaian seperti akademik,

peribadi, sosial serta masalah psikososial yang memerlukan intervensi kaunseling klinikal.

Pendidikan seks juga merupakan salah satu langkah intervensi masalah seksual dalam

kalangan remaja. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah

pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar dan kursus-kursus berhubung dengan

masalah fenomena seksual bebas pada zaman persekolahan yang dihadapi oleh pelajar. Setiap

kursus yang akan dijalankan oleh pihak kementerian perlu diadakan pemantauan terlebih

dahulu di sekolah-sekolah khasnya untuk mendapatkan maklumat daripada pengetua bagi

mengetahui jenis kursus yang hendak dijalankan.

Teks Kutipan

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah seksual dalam kalangan pelajar.

Langkah pertamanya ialah,keluarga. Keluarga merupakan satu unit yang kuat dalam

membantu ahli-ahlinya menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Selain itu,

10
pendekatan kaunseling merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah seksual bebas.

Kaunseling dapat mencegah dan membantu pelajar mencapai matlamat pendidikan dan

kehidupan. Di samping itu, pendidikan seks juga merupakan salah satu langkah intervensi

masalah seksual dalam kalangan remaja (Evert, 1994).

11
RUJUKAN

Abdul Razak Abd Manaf, A. H. (2013). Pengetahuan seksualiti dalam kalangan pelajar sekolah.
Jurnal Pembangunan Sosial, 16, 15-31.
Ali, F. b. (2007). Masalah sosial pelajar dan hubungannya dengan kemerosotan pembelajaran.
Jurnal Usuluddin(25), 145-154.
Kamarul Azmi Jasmi, S. F. (n.d.). (2017). Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang.
Malaysia: UTM Press.
Mohamad Faizal Mohammad, M. Z. (2014). Gejala hubungan seks dalam kalangan pelajar: Satu
kajian kes. 1-10.
Pakianathan, P. Y. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku seksual dalam kalangan
pelajar sekolah mengengah. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Siti Marhamah Kamarul Arifain, K. H. (2012). Faktor risiko dan pelindung terhadap tingkah laku
seksual dalam kalangan pelajar di institusi. Jurnal Personalia Pelajar, 23-33.

12

Anda mungkin juga menyukai