Anda di halaman 1dari 4

Perkembangan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun manusia

1. Teknologi dalam aktiviti pertanian


 Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala
yang lebih besar.
 Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.
 Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat
kerja pertanian.
 Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil
pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar.
 Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

2. Teknologi dalam sistem ketahanan dan pertahanan


 Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa
peperangan.
 Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan
antara kawasan bandar dan luar bandar.
 Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata
 Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli
kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon.
 Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

3. Teknologi dalam kemudahan asas


 Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti
longkang dan sistem pembuangan air.
 Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi
dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang
tersumbat.
 Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun
Indus.
 Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath.
 Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.
 Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan
batu dan disadur dengan bitumen.
 Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.
 Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.
 Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada
zaman tamadun awal.
 Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu
masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
 Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki
lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan
membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut
terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.

4. Teknologi dalam petempatan


 Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam
pembinaan dan kemudahan asas
 Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M),
kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan
mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
 Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan
tempatan turut dibina.
 Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi
yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih.
 Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta
mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
 Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
 Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.
 Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5. Teknologi dalam aktiviti keagamaan


 Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang
seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
 Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
 Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.
Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
 Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina
antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
 Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai
Tuhan.
 Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang
dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka
mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
 Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).
6. Teknologi dalam aktiviti pengangkutan dan pelayaran
 Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka
dengan dunia luar.
 Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
 Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda
membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan
pedati dalam peperangan.
 Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism)
dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada
kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan
digunakan semasa pelayaran.

7. Teknologi dalam sistem perbandaran


 Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong
kepada kemunculan bandar.
 Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina.
 Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan
menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
 Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata.
 Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan
kekayaan sesebuah badar.
 Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang.
 Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

8. Teknologi dalam bidang Intelektual


 Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim
(kalendar) dan matematik.
 Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran
bulan, bintang dan planet-planet lain.
 Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan
mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari
setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir,
menanam dan menuai.
 Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam
bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat,
bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka
mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
 Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi
tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai
pembedahan.
 Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan
60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan
mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang
berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri
daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
 Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku
mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
 Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas,
pencetakan, bahan letupan dan kompas.
 Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan
pada tahun 105.
 Teknologi pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618
–906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei
868.
 Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di
Cina.

9. Teknologi dalam penciptaan peralatan


 Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta.
 Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed
digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan.
 Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.
 Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.

Kesimpulan (1 markah)

· Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti
Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin
berkembang pesat.

Anda mungkin juga menyukai