Anda di halaman 1dari 16

BACHELOR OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGMENT WITH

HONOURS(BOSHM)

SEPTEMBER / 2019

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

NO. MATRIKULASI : 971122035255001


NO. KAD PENGENALAN : 971122035255
NO. TELEFON : 011-19412020
E-MEL : aleeffdaniel97@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3

2 SUMBANGAN DAN HUBUNGAN KEPADA 4-7


KEMAJUAN BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
3 SUMBANGAN TAMADUN YANG MEMBERI KESAN 7 – 11
KEPADA PEMIKIRAN INOVATIF MASYARAKAT
KINI
4 CADANGAN CIPTAAN BAHARU YANG MAMPU 11 - 13
MEMBERI KESAN KEPADA TAMADUN KINI
KHUSUSNYA DI MALAYSIA
5 KESIMPULAN 14

6 JURNAL REFLEKTIF 15

2
TASK 1 :

PENGENALAN

Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun yang terawal di dunia selain
tamadun Mesir dan India. Tamadun China buat pertama kalinya ditemui di lembah Sungai
Thuning di utara China kira-kira 4000 hingga 2000S.M. Walaupun tamadun China wujud satu
zaman dengan tamadun lain di dunia ini, tamadun China tetap berjaya mengekalkan identity
tamadun itu yang tersendiri. Sama juga tamadun lain, sungai tetap menjadi tumpuan
manusia dalam membina tamadun bangsa dan negara kerana sungailah bermulanya
kelangsungan manusia dalam usaha membina kehidupan melalui perternakan, pertanian,
perladangan, pertukangan dan sebagainya dengan membuat, mencipta atau menghasilkan
sesuatu inovasi untuk kegunaan harian.

Tamadun china juga menyamai tamadun tua yang lain seperti tamadun Mesir,
Tamadun Mesopotamia, Tamadun Greek dan Tamadun India. Walaupun kemunculannya
tidak sama namun pencapainya adalah setanding dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai
contoh pembinaan Piramid di Mesir, Ia seiring dengan pembinaan Tembok Besar China yang
merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia, Taman Bergantung Babylon di Iran
dan Taj Mahal di India.

Tamadun china boleh dibahagikan kepada beberapa tahap pembinaan, kejatuhan dan
perkembangan. Namun tahap-tahap ini bukanlah satu yang selalu mencapai zaman
kegemilangan tapi perubahan masa membantu ketahanan tamadun china dan jadi lebih
gemilang.

Tamadun China telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun-tamadun lain di


dunia daripada pelbagai perspektif, antaranya dalam sector pertanian, ekonomi,
ketenteraan, dan sebagainya. Objektif utama tugasan ini adalah untuk membincangkan
sumbangan gambar di atas dan hubungannya dengan kemajuan bidang sains dan teknologi.
Selain itu, menjelaskan bagaimana sumbangan tamadun China memberi kesan kepada
pemikiran inovatif masyarakat kini. Seterusnya, untuk mencadangkan ciptaan-ciptaan
baharu yang mampu memberi kesan kepada tamadun kini khususnya di Malaysia.

3
i) Antara Sumbangan tembok besar china dan hubungannya dengan kemajuan bidang
sains dan teknologi.

Teknologi tamadun awal dalam bidang seni bina ini jelas menunjukkan peningkatan
tamadunnya. Tembok Besar China adalah satu peninggalan bukti seni bina yang unik dan
mengagumkan. Tembok Besar ini dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti untuk menghadapi
pencerobohan daripada orang nomad. Ciri-ciri Tembok Besar China ini ialah Ia merupakan
salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Seterusnya, Ianya setinggi bangunan tiga
tingkat dan panjang kira-kira 2,410 kilometer. Selain itu, tembok besar China dibina
merentangi bukit-bukau. Selain daripada itu, tembok besar China ini dibina sepenuhnya oleh
masyarakat tempatan pada waktu itu dan mengambil masa lebih kurang 100 tahun untuk
disiapkan . Seterusnya, tembok besar China ini dibina bagi tujuan pertahanan ketenteraan.

Rajah 1 : Tembok Besar China


Sumber : http://p4a09glkuan-ppc.blogs.smjk.edu.my/

Antara hubungan dengan kemajuan bidang sains dan teknologi adalah dalam bidang
seni bina. Dalam aspek seni bina ini, peninggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu
yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar
bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak mampu bertahan lama kerana pengaruh iklim
dan cuaca yang tidak mengizinkan. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi
antaranya yang jelas ialah keinginan membuat binaan yang mesra dengan alam semesta.
Sejak awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju kedepan ia tidak
harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus
berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya.

4
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana
semua kota mempunyai satu tembok yang tujuannya adalah untuk pertahanan dan
keselamatan. Tembok kota kebiasaannya sangat mengagumkan dengan ketinggian antara
dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya lebih kurang dua puluh kaki atau lebih.
Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu kebiasaan dan di setengah
bandar contohnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan yang lebih luas.
Tembok kota mempunyai pintu yang akan dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan
akan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tingginya dalam
beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam
dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar
China {The Great Wall of China). Tembok ini dibina bukan sahaja tujuan mengelilingi kota
tetapi juga untuk memagari istana, kuil-kuil dan rumah-rumah kediaman.

Rajah 2 : Pembinaan Tembok Besar China yang mengambil masa yang lama dan mengorbankan
ramai nyawa rakyat jelata
Sumber : https://limaumandarin.com/tembok-besar-china-di-sebalik-seni-bina-yang-megah/

5
Seterusnya, dalam bidang sains dan Teknologi China. Hasil arkeologi menunjukkan
sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di
peringkat awal permulaannya, budaya Cina amat menghargai kemahiran dalam teknologi
khususnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada
keupayaan atau kejayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain
contohnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron),
pembuatan kertas, pengeluaran porselin dan loyang, dipercayai telah wujud lebih awal lagi.
Walau bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu
golongan elit birokratik yang begitu dominan. Golongan ini telah membawa banyak kesan
konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan suatu
teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh
birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang menyerlah sehinggalah
kemunculan zaman moden. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan
teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke
Barat. Bagaimanapun, pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan
atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan
dengan dunia luar. Kesan daripada itu, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains
dan teknologi. Lebih kurang tahun 200 SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang
diikatkan pada dada(breast-strap harness), dan kereta sorong (wheelbarrow) pada kira-kira
tahun 200 SM. Ini adalah untuk meringankan tenaga manusia dalam bidang seni bina
mahupun dalam bidang ketenteraan.

Rajah 3 : Kereta sorong pada zaman tamadun China


Sumber : http://chinesecivilizationachievement.blogspot.com/2014/11/sains-dan-teknologi-
tamadun-china.html

6
Selain itu, Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.
Ilmu matematik ini juga ada hubungannya dengan bidang sains dan teknologi kerana ilmu ini
berkait rapat dengan bidang seni bina dan kejuruteran. Penggunaan sempoa (abacus)
disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun
alat itu tidak digunakan secara meluas pada masa itu sehingga masa yang lebih lewat.
Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan
Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat catatan
contohnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai
pi, sistem perpuluhan dan sistem pecahan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini
kekal digunakan sehingga masa kini.

Rajah 4 : Sempoa (abacus)


Sumber : http://chinatamadun.blogspot.com/2013/06/sains-dan-teknologi-tamadun-china.html

ii) Sumbangan tamadun China banyak memberi kesan kepada pemikiran inovatif
masyarakat kini.

Dalam perbincangan ini, saya ingin jelaskan sumbangan tamadun China yang
memberi kesan kepada pemikiran inovatif masyarakat kini dalam bidang ekonomi. Dalam
bidang ekonomi, peringkat awal tamadun China lebih mendorong kepada kegiatan
pertanian. Ini kerana lokasi penempatan yang berdekatan dengan sungai, seperti Sungai
Kuning. Ekonomi yang utama adalah pertanian dan diikuti dengan ekonomi sampingan
seperti industri logam, arang batu, tekstil, kegiatan berburu dan penternakan. Masyarakat
tamadun China menanam padi sebagai tanaman utama mereka dan pertanian telah menjadi
asas ekonomi Negara China sejak kewujudan
tamadun itu lagi.

7
Rajah 5 : Lokasi sungai Kuning
Sumber : http://theartofchina.blogspot.com/2014/11/sumbangan-ekonomi-china.html

Rajah 6 : Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun China


Sumber : http://theartofchina.blogspot.com/2014/11/sumbangan-ekonomi-china.html

Seterusnya, dalam bidang pertanian. Tamadun China memperkenalkan batas untuk


kaedah penanaman pada waktu itu. Seterusnya, Penciptaan alatan pertanian seperti
cangkul, tajak, penyisir tanah dan tenggala untuk membuat batas. Selain itu, pembinaan
sistem pengairan yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk mendapatkan sumber
air dan mengawal banjir. Seterusnya, memperkenalkan sistem parit yang mana
mengasingkan tanah padi kepada petak-petak sawah yang kecil juga antara sumbangan
tamadun china yang memberi kesan kepada pemikiran inovatif. Selain daripada itu,
membuat sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit yang
diteres untuk pertanian contohnya pada zaman Dinasti Shang. Ini sama seperti di kawasah
teh di Cameroon Highland. Seterusnya, Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu,
kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah. Kolar kuda dapat menarik
bebanan sehingga 1.5 tan tanpa mencekik leher kuda dan tidak mengganggu kelajuan larian
kuda.

8
Rajah 7 : Batas untuk tujuan penanaman
Sumber : http://theartofchina.blogspot.com/2014/11/sumbangan-ekonomi-china.html

Rajah 8 : Kereta kuda dan kolar kuda untuk tujuan peperangan dan pertanian
Sumber : http://theartofchina.blogspot.com/2014/11/sumbangan-ekonomi-china.html

Rajah 9 :Kawasan bukit yang diteres untuk tujuan


penanaman
Sumber : http://theartofchina.blogspot.com/2014/11/sumbangan-ekonomi-china.html

Seterusnya, sumbangan tamadun China banyak memberi kesan kepada pemikiran


inovatif masyarakat kini dalam bidang teknologi penciptaan. Ciptaan yang boleh didapati
hari ini banyak disumbangkan oleh tamadun China. Antaranya ialah serbuk letupan. Khabar
angin mengatakan serbuk letupan yang dicipta ahli kimia China zaman dahulu ini dijumpai
secara tidak sengaja ketika cuba membuat campuran yang boleh menjadikan manusia hidup
selamanya. Akan tetapi, campuran bahan yang dibuat itu didapati boleh mencabut nyawa
manusia dengan mudah.

Sejarah penciptaannya mula dilakar pada 1044. Menurut Zeng, penemuan serbuk
letupan ini sebenarnya telah berlaku lebih awal dari itu kerana zeng menjelaskan mengenai
tiga campuran serbuk letupan berlainan. Pada zaman itu, kerajaan China menggunakan
campuran ini sebagai suar dan mercun sebelum dijadikan kegunaan ketenteraan sebagai
grenad asas.

9
Rajah 10 : Serbuk letupan tamadun China
Sumber : http://titas-hty.blogspot.com/2012/04/teknologi-cina.html

Lama-kelamaan, serbuk letupan asas ini dicampur dengan pelbagai logam untuk
menghasilkan warna yang terang apabila letupan itu berlaku. Maka, muncullah pelbagai
jenis mercun dan bunga api moden masa kini. Selain itu, penciptaan serbuk letupan ini juga
melahirkan pelbagai letupan boleh diluncurkan sebagai peluru.

Selain itu, penciptaan kompas. Sejarah awal kompas menunjukkan yang orang china
mencipta kompas untuk menghala ke arah selatan. Hal ini kerana mereka menganggap
selatan merupakan arah cardinal dan bukannya utara. Kompas terawal dicipta sekitar abad
ke-4 sebelum Masihi dan dibuat daripada batu lod (batu magnet).

Rajah 11 : Kompas yang wujud pada


zaman tamadun China
Sumber : https://iluminasi.com/bm/kenali-9-ciptaan-bersejarah-tamadun-china-purba-yang-masih-
digunakan-sehingga-hari-ini.html

Kewujudan batu lod ini juga adalah nasib semata-mata. Ia merupakan sejenis
magnetit (bijih besi magnetik) yang menjadi sangat bermagnet apabila dipanah petir. Selain
itu, sejenis mineral yang termagnet ke arah kedua-dua utara dan selatan terhasil. Saya

10
kurang pasti siapakah yang mencetuskan idea pintar untuk menunjuk arah menggunakan
batu lod ini, namun bukti arkeologi menunjukkan kaum china menggunakan ‘anak panah’
berbentuk sudu/senduk yang sentiasa menghala ke arah selatan.

iii) Cadangan ciptaan-ciptaan baharu yang mampu memberi kesan kepada tamadun kini,
khususnya di Malaysia.

Antara ciptaan baharu yang mampu memberi kesan kepada tamadun kini khususnya
di Malaysia ialah seperti membina perhubungan antara satu kawasan ke satu kawasan yang
lain. Contohnya seperti jambatan Pulau Penang yang menghubungkan seberang perai
dengan Pulau Penang. Jambatan ini merupakan yang terpanjang di Malaysia dan keempat
terpanjang di Asia Tenggara. Cadangan yang saya ingin cadangkan disini ialah untuk
menghubungkan dua buah negara seperti Malaysia dan Singapura. Seperti yang kita sedia
tahu, jalan atau jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura sudah ada yang
dikenali sebagai “Woodlands” iaitu di johor bahru. Apa yang saya ingin cadangkan ialah
seperti membuat keretapi laju yang menghubungkan dua buah negara ini. Jika projek ini
dilaksanakan, saya pasti ramai rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor bakal
menerima manfaat kerana seperti yang kita tahu ramai rakyat Malaysia mencari rezeki di
negara Singapura.

Rajah 12 : Jambatan Pulau Penang


Sumber : http://kembangterhalang.blogspot.com/2013/09/sejarah-dan-keunikan-jambatan-
pulau.html

Seterusnya, ciptaan baharu yang mampu memberi kesan kepada tamadun kini khususnya di
Malaysia ialah seperti membuat pulau sebagai tempat untuk pelupusan sampah. Kerajaan Malaysia
perlu memikirkan satu inisiatif untuk menjadikan pulau-pulau tertentu sebagai pusat pelupusan
sampah. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia sangat terkenal dengan pencemaran udara dan
pencemaran sungai. Ini adalah satu faktor yang mendorong supaya kerajaan Malaysia perlu
memikirkan dan menjadikan pulau sebagai tempat pelupusan sampah. Ini kerana, saya bimbang

11
pada masa depan nanti kita tidak lagi mendapat bekalan air yang bersih dan udara yang segar kerana
perbuatan kita sendiri pada masa kini.

Rajah 13 : Pulau Sembilan di Perak yang mungkin boleh dijadikan pusat pelupusan sampah
Sumber : https://www.orangperak.com/senarai-pulau-di-perak-yang-mungkin-anda-tidak-tahu.html

Selain itu, negara Malaysia banyak bukit dan gua. Mungkin kerajaan Malaysia boleh
memikirkan satu inisiatif untuk mereka satu penempatan kecemasan. Ini adalah sebagai
persediaan untuk menghadapi sebarang bencana, penyakit mahupun perang-perang.
Sebagai contoh seperti bencana pencemaran sungai di sungai kim kim Johor Bharu. Ramai
rakyat di Kawasan sekitar terjejas dengan bencana tersebut. Inilah masanya yang kita
perlukan satu penempatan kecemasan seperti atas bukit untuk mengelak daripada bencana,
penyakit mahupun perang.

Rajah 14 : Bukit keluang di Besut yang sesuai dijadikan penempatan kecemasan


Sumber : https://says.com/my/seismik/10-bukit-buat-kaki-hiking

12
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tamadun China merupakan tamadun yang kuat pengaruhnya.


Tamadun China banyak meninggalkan kesan kepada peradaban dunia masa kini. Sama ada
dalam bidang ekonomi, pertanian mahupun sains dan teknologi. Apa yang masyarakat masa
kini gunakan adalah banyak yang merupakan hasil ciptaan dari zaman tamadun China.
Tembok besar China telah banyak memberi sumbangannya kepada kemajuan bidang sains
dan teknologi. Selain itu, Tamadun China juga telah banyak memberi kesan kepada
pemikiran inovatif masyarakat kini. Seterusnya, ada beberapa cadangan ciptaan baharu
yang mampu memberi kesan kepada tamadun kini khusunya di Malaysia.

13
TASK 2 :

JURNAL REFLEKTIF

Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia adalah merupakan kursus yang wajib
diambil oleh semua pelajar program pengajian peringkat Ijazah di Open University Malaysia.
Sebagai salah seorang pelajar yang terlibat dalam kursus ini, saya ingin berkongsi
pengalaman apa yang saya telah lalui sepanjang semester ini bagi melengkapkan kursus ini .
Sesuai dengan kaedah pembelajaran secara jarak jauh dan separuh masa, saya dapati
aktiviti-aktiviti yang saya lalui dalam kursus ini adalah amat mudah untuk diikuti dan kadang-
kadang agak menyeronokkan. Sistem pembelajaran di university ini yang menggunakan
kaedah pembelajaran teradun atau “blended learning” betul-betul telah memberikan satu
pengalaman baru kepada saya. Seperti kursus lain, saya telah mengikuti dengan sepenuh
nya kaedah pembelajaran tersebut dengan mengulangkaji secara individu, mengambil
bahagian dalam aktiviti atas talian dan menghadiri semua kelas tutorial yang diadakan. Saya
juga dikehendaki menjawab 4 set soalan kuiz dalam waktu yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti.

Dalam kursus ini saya telah mempelajari banyak perkara yang saya tidak mengetahui
nya sebelum ini. Kini baru saya sedar betapa penting nya kita mengetahui sejarah mengenai
tamadun Islam dan tamadun Asia kerana dengan pengentahuan ini amatlah penting dalam

14
kehidupan harian masa kini. Sebelum saya mempelajari tentang tamadun China ini, saya
tidak tahu dengan lebih jelas tentang apa sumbangan tamadun china kepada peradaban
dunia masa kini. Malah apabila saya mempelajari dan membuat kajian tentang tamadun
China ini, baru saya mendapat pengetahuan yang lebih jelas tentang sumbangan tamadun
China kepada peradaban dunia. Sumbangan tamadun China ini boleh dilihat dalam banyak
sektor contohnya ekonomi, pertanian dan ketenteraan.

Diantara perkara yang paling bermakna yang telah saya pelajari ialah tentang
sumbangan tembok besar China kepada tamadun China dan hubungannya dengan bidang
sains dan teknologi. Perkara ini telah banyak mengubah pandangan dan persepsi saya
terhadap masyarakat masa dulu yang saya fikir masyarakat masa dulu kurang berilmu
pengetahuan dalam sains dan teknologi. Nyata persepsi itu adalah tidak betul sekali. Ini
banyak mengajar saya supaya lebih kreatif dan inovatif supaya ciptaan baru diwujudkan.

Dari pandangan sumbangan kepada masyarakat pula, tamadun China telah banyak
menyumbang kepada peradaban dunia masa kini contohnya dalam bidang pertanian. Ilmu
yang masyarakat tamadun kini gunakan kebanyakkannya datang dari tamadun dahulu cuma
diinovasikan oleh masyarakat kini.

RUJUKAN

Unknown. (1970, January 1). Sains dan Teknologi Cina. Retrieved from http://titas-
tamaduncina.blogspot.com/2013/04/sains-dan-teknologi-cina.html.

Sains Dan Teknologi Tamadun China. (n.d.). Retrieved from


http://chinesecivilizationachievement.blogspot.com/2014/11/sains-dan-teknologi-tamadun-
china.html.

Nasir, M. F. (2017, February 20). Tamadun Cina. Retrieved from


https://www.slideshare.net/MohdFarid27/tamadun-cina-72343727.

Zaki, A. (n.d.). Sains dan Teknologi Tamadun China. Retrieved from


https://www.academia.edu/29659619/Sains_dan_Teknologi_Tamadun_China.

Illani, R. (2018, December 28). 9 Ciptaan Terhebat Tamadun China Purba yang Masih Digunakan
Sehingga Kini. Retrieved from https://iluminasi.com/bm/kenali-9-ciptaan-bersejarah-tamadun-china-
purba-yang-masih-digunakan-sehingga-hari-ini.html.

Farhi, A. (1970, January 1). Tamadun Cina. Retrieved from


http://titas-haba.blogspot.com/2012/03/tamadun-cina.html.

15
SUMBANGAN EKONOMI CHINA. (n.d.). Retrieved from
http://theartofchina.blogspot.com/2014/11/sumbangan-ekonomi-china.html.

16

Anda mungkin juga menyukai