Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 1 KULIAH 7

Kesan pengaruh China terhadap masyarakat Melayu dari aspek sosiobudaya dan
sosioekonomi.

Berdasarkan sejarah, masyarakat China dikatakan telah mengadakan hubungan dengan


masyarakat Melayu melalui catatan I-Tsing yang telah mengembara di beberapa kawasan
Asia Tenggara. Ada pula sesetengah sarjana berpendapat bahawa I-Tsing telah menulis
Kamus Melayu Cina yang pertama dan dalam catatan tersebut terdapat beberapa kata
bahasa Melayu yang telah diterjemah dalam bahasa Cina. Oleh itu, berlakunya pengaruh
China terhadap masyarakat Melayu daripada pelbagai aspek.

Antara kesan pengaruh yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu adalah dari
aspek sosiobudaya iaitu bahasa. Perhubungan orang Melayu dan orang Cina telah
menyebabkan bahasa Cina meresap ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Contohnya,
angpau, kungfu dan tanglung yang merujuk kepada bidang budaya. Kosa kata yang
dipinjam daripada bahasa Cina masih mengekalkan bunyi dan makna asal bahasa tersebut.
Berdasarkan kosa kata ini menunjukkan bahawa China membawa pengaruh terhadap
masyarakat Melayu.

Seterusnya, dari bidang kesenian pula, pengaruh China jelas kelihatan dalam
masyarakat Melayu. Ini dapat dilihat melalui aktiviti seni bina, seni tempa dan seni tembikar
dalam masyarakat Melayu. Antaranya adalah seperti seni bina Masjid Tengkera di Melaka
yang berbentuk pyramid bertingkat dan Menara berbentuk pagoda. Selain itu, jika diteliti
secara mendalam, dihujung atap masjid turut kelihatan ukiran-ukiran dan hiasan bercorak
cina yang merupakan implementasi dari hiasan dan ukiran dari rumah berhala orang-orang
cina. Elemen-elemen inilah yang membuktikan adanya pengaruh China dalam masyarakat
Melayu.

Pengaruh China juga berlaku semasa hari perayaan. Masyarakat Melayu


memberikan duit raya yang dikenali sebagai angpau dalam masyarakat cina merupakan
budaya yang dipinjam daripada masyarakat tersebut. Pemberian angpau dalam masyarakat
Melayu adalah dari orang dewasa kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih
bersekolah. Justeru, kesan pengaruh China jelas kelihatan dalam masyarakat Melayu dari
aspek perayaan.

Dari aspek sosioekonomi pula, kegiatan perdagangan antara masyarakat Melayu


dan cina berlaku seawal kurun ke 7. Pada masa tersebut, Melaka merupakan kawasan
perlabuhan persinggahan yang terkenal untuk ke barat dari timur dan sebaliknya.
Perhubungan kegiatan perdagangan antara masyarakat Melayu dan cina menyebabkan
berlakunya aktiviti eksport dan import. Misalnya, Melaka mengimport binatang-binatang dari
China seperti ayam, itik dan anjing.

Anda mungkin juga menyukai