Anda di halaman 1dari 13

KESAN TAMADUN CINA KE ATAS MASYARAKAT DAN

NEGARA MALAYSIA

Ishak Esz on Apr 22, 2016

Ekonomi

Hubungan antara tamadun cina dalam tamadun melayu dari segi sudut ekonomi terdapat dua
jenis sistem ekonomi iaitu sistem sara diri dan sistem ekonomi perdangangan komersial.
Tamadun Cina lokasi seperti dalam tamadun yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam
pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat
di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China
(5464km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah
tinggi di sebelah barat ke teluk Bo Hai di sebelah Timur.

Lokasi tamadun jauh daripada pusat-pusat tamadun yang lain. Kerangka Masa Kemunculan
dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang
di katakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M. jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan
Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M. Pada era inilah
munculnya aktiviti pertanian dan penternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh
Dinasti Hsia yang bermula pada tahun 2205-1766 S.M. Sumbangan Tamadun Hwang Ho Dalam
aspek ekonomi seperti pembinaan sistem pengaliran. Sejak zaman awal dinasti China terutama
zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu,
terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya
banjir. Sistem pengaliran ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan
barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian
di wilayah tersebut.

Konsep dan sistem ekonomi masyarakat Tamadun China Di China, sejak zaman berzaman lagi
pertanian merupakan aktiviti utama ekonomi masyarakatnya. Aktiviti ekonomi bermula di zaman
Dinasti Shang iaitu kira-kira pada 1600S.M-1046S.M yang diklasifikasikan sebagai masalah
protofeudal atau masyarakat feudal. Aktiviti bermula dengan tanaman gandum dan sekoi yang
merupakan bijiran utama ditanam di negara ini. Dinasti ini bergantung penuh kepada pertanian
dan petani merupakan sumber tenaga buruh yang penting. Di dalam tamadun melayu juga kita
dapat lihat perkembangan ekonomi pertanian yang telah dibawa oleh tamadun cina. Di dalam
tamadun melayu juga pertanian juga amat penting bagi menampung hidup seharian. Pertanian
seperti sawah padi, ubi kayu dan sebagainya.

Semasa menjalani aktiviti pertanian, mereka juga menjalankan aktiviti penternakan seperti
lembu, kerbau, kuda dan kambing. Lembu penting kerana terdapatnya upacara pengorbanan
lembu secara besar-besaran terutamanya ketika pengkebumian. Aktiviti ekonomi bersifat primitif
kerana petaninya hanya menggunakan bajak, cangkul dan penukul. Terdapatnya juga sistem
pengairan tetapi bukan dalam bentuk yang besar dan meluas. Selain itu, golongan bangsawan
ketika itu manggunakan kain sutera berbanding dengan kaum petani yang memakai kain rami. Di
dalam tamadun melayu, dalam pekerjaan membajak sawah padi, lembu atau kerbau digunakan
sebagai kenderaan untuk membajak sawah. Selain itu juga, aktiviti perternakan binatang seperti
lembu, kambing, kerbau dan sebagainya juga dilakukan.

Sistem Ekonomi Sara Diri Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih
primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi
skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam
penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam
upacara pengebumian. Di dalam tamadun melayu, penggunaan cangkul, penukul memag
digunakan di dalam pertanian.

Sistem Ekonomi Perdagangan, kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang
dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus
berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai
meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen
yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi
golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat
paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong
(tukang) dan shang (pedagang).
Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan
perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem
pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga
berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni
pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain. Selepas kejatuhan Dinasti
Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini
menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak
tembaga dan besi dihasilkan.

Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul. Di dalam tamadun Melayu,
Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah
Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti hasil hutan, pertanian
dan perlombongan. Kerajaan ini membuat hubungan perdagangan dengan China (barang
seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan India.
Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit dan
Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan timur-barat iaitu Selat Melaka
dan Selat Sunda. Pengaruh tamadun cina atau kedatangan tamadun dalam tamadun melayu
menyebabkan beberapa perubahan atau peningkatan dalam tamadun melayu.
Pengaruh seni bina Tamadun Cina terhadap Tamadun Melayu.

Gaya seni bina Cina adalah setua tamadun Cina. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah
kekal secara dasarnya tidak berubah, perubahan utama hanya berlaku pada perincian berhiasan.
Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina
Korea, Vietnam dan Jepun tidak kurang juga pengaruhnya ke atas Tamadun Melayu yang
meliputi Kepulauan Melayu.

Lokasi Melaka dipilih bagi tugasan ini kerana Melaka merupakan penempatan awal yang
menerima kedatangan tamadun Cina di Tanah Melayu selain menjadi pusat pelabuhan yang
penting suatu masa dulu. Terdapat beberapa bangunan lama di Melaka yang dipengaruhi seni
bina tamadun Cina.

Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid paling tua di Malaysia yang masih
digunakan dan berada di tapak asal yang terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu
dan Jalan Masjid di Melaka.

Ciri seni bina Cina yang terdapat pada masjid ini dapat dilihat melalui unsur pagoda pada
senibina menara yang kebiasaan terpisah daripada bangunan utama masjid. Sebelum kewujudan
pembesar suara, menara ini berfungsi sebagai tempat untuk Bilal melaungkan azan. Konsep
pagoda ini telah lama digunakan di China bagi fungsi keagamaan yang sering digunakan di kuil
Buddha. Struktur pagoda bercirikan banggunan tipikal bertingkat dengan hiasan luaran yang
ketara, pelan berbentuk polygonal dan mempunyai puncak stupa. Jelas di sini menunjukkan seni
bina dan fungsi pagoda diguna pakai dalam pembinaan menara Masjid Kampung Hulu.
Gambar di bawah menunjukkan persamaan konsep seni bina pagoda Masjid Kampung
Hulu dan pagoda porcelain Yuan Ming Yuan yang dibina pada 1186 ketika Dinasti Ming di
China.

Masjid Kampung Hulu Pagoda Yuan Ming Yuan

Selain itu hiasan dengan pengaruh Cina menggunakan bahan-bahan seperti jubin seramik
daripada kerajaan China Dinasti Ching bercorak dan pelbagai warna dijadikan hiasan dinding
dan lantai bagi bahagian luar masjid dan kolah air.

Jubin yang digunakan pada bahagian luar masjid dan tiang bumbung kolah air.
Rumah tradisional Melaka Demang Abdul Ghani

Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka. Pada
bentuk bumbungnya terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau, dan
tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina Cina.

Pemilik rumah ini ialah Demang Abd Ghani, beliau merupakan seorang Demang. Semasa
menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya diwarisi kepada beberapa
generasi. Usia rumah yang lebih 100 tahun ini dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsiau
pada tahun 1915 seperti yang terdapat sekarang.

Seni bina rumah ini berasaskan bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau/Cina dan
Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri
dari tukang Melayu yang mempunyai kepakaran dalam ukiran kayu dan tukang Cina yang
menguruskan bahagian batu dan simen yang melibatkan bahagian tangga hadapan dan dapur.
Tangga Batu yang berukir dan lengkap dengan hiasan jubin pilihan adalah merupakan tangga
batu yang tercantik yang terdapat di Melaka. Sehingga kini seni bina tangga batu menjadi
warisan dan memberi pengaruh yang besar dalam seni bina rumah Melayu Melaka. Tangga yang
menggembang dari bawah ke atas membawa maksud ucapan “Selamat Datang dengan hati
terbuka” kepada seseiapa sahaja.

Seni bina Cina yang diterapkan pada rumah ini melalui kepelbagaian warna dan corak
jubin dan konsep tangga batu di bahagian hadapan rumah. Kesenian ini terdapat pada seni bina
Kota Larangan Shenyang yang dibina oleh Maharaja pertama Dinasti Qing, pada tahun 1625 dan
siap pada tahun 1636 di China.
Rumah tradisional Melaka Demang Abdul Ghani:

Pengaruh seni bina tamadun Cina ke atas rumah Melayu Melaka.


Konsep Kota Larangan di China yang diguna pakai pada rumah tradisional Melaka Demang
Abdul Ghani:

Tangga batu yang terdapat pada bahagian hadapan Kota Larangan.

Pintu Masuk di Kota Larangan, berkonsepkan tiang besar dan diatasnya dihiasi denga jubin
bercorak dan pelbagai warna.
SOSIAL

Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya dan penempatannya di Malaysia.

Kemunculan masyarakat Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Pulau Pinang
merupakan suatu interaksi perhubungan yang memberi kesan besar di Malaysia. Berdasarkan
catatan De Eredia masyarakat Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan
membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita
Melayu tempatan. Secara tidak langsung mereka menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja
semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan
keluarga. Proses campuran pembudayaan Melayu dan tamadun Cina ini telah berlaku ke atas
mereka dan melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya.

Antara golongan nyonya yang terawal di Malaysia.


Bahasa perantara

Satu dialek bahasa Melayu yang baru telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka
yang dikenali sebagai Melayu Baba dimana terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa Melayu
sebenar. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan
di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka,
Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta dengan pencampuran bahasa Cina. Kata pinjaman dari
bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat,
kekeluargaan dan agama orang Cina. Antara perkataan yang digunapakai masyarakat ini adalah
seperti jadual di bawah.

Dielek Baba Nyonya Bahasa Melayu


Goa Saya
Lu Anda
I Dia
Wa lang Kita
Tekuan Teko

Budaya dan cara hidup.

Budaya dan cara hidup masyarakat Baba dan Nyonya ini mempunyai persamaan dengan
kaum Melayu terutama dari segi makanan dan pemakaian. Cara masakan Baba Nyonya juga
dipengaruhi resipi orang Melayu seperti penggunaan rempa ratus dan mereka ini menggunakan
tangan ketika makan seperti amalan masyarakat Melayu. Generasi Nyonya (perempuan) yang
terdahulu sehingga kini masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat
Melayu yang dikenali sebagai kebaya nyonya. Seni bina dan kelengkapan rumah masyarakat ini
masih mengekalkan ciri tamadun Cina. Kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini juga
masih mengekalkan unsur-unsur masyarakat Cina biarpun mereka telah lama terpisah dari
komuniti nenek moyang mereka di China. Bagaimanapun, dari segi anutan, kebanyakanya
mereka masih mengekalkan agama Buddha namun ramai di antara mereka yang memilih agama
lain seperti Islam dan Kristian.
Pakaian tradisional

Antara kelengkapan rumah yang bercirikan tamadun Cina.


Perubatan
Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan
perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap
badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh
masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan
dicipta.

Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan
Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang
merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya
teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia
disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah
perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur,
herba, diet dan senaman.

Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh
Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen
TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan
sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga
telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur
dan Eropah.

Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana
ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin
dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur
iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan
buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti
sesuai dengan keunsuran anggota tadi.
Moksa Akupuntur

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan
akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti
herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa
kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam
efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi
mengubati penyakit beguk dan sebagainya.

Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau
moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan. Akupuntur pula merupakan rawatan
dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.

Anda mungkin juga menyukai