Anda di halaman 1dari 2

1.

Faktor-faktor Kemunculan dan Keruntuhan Tamadun

1.1 Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan


sesebuah tamadun adalah seperti berikut;

1.1.1 Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang


strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah
untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan
masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong
Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di
Selat Melaka.

1.1.2 Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-
ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang
tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada
kehidupan yang bertamadun. Kemunculan tamadun Islam umpamanya telah
dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam
yang sempurna

1.1.3 Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat
yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan
kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan,
berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang
seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.
Umpamanya; Platodan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam
Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

1.1.4 Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan


kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga
untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan
sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan
kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan
penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

1.1.5 Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan
tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini
kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain
menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada
tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan
tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu
daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.
1.2 Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan
masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuaht amadun adalah
disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai
murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana
limpahan kemewahan dan penyelewengan.

1.3 Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah
disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari
sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik..

1.4 Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor
berikut;

a. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.

b. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia


diketepikan.

c. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama dikalangan pemimpin.

d. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi
sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini
menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan
masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah
misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima
perubahan teknologi dan sosial.

e. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-


besaran. Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk
menghalangnya daripada terjadi. Namun ada bencana alam dikaitkan dengan azab
Allah kerana keingkaran manusia terhadap perintah Allah s.w.t yang dibawa oleh
para Rasul. Seperti kaum Thamud Allah binasakan dengan ribut yang bertiup tanpa
henti selama tujuh malam.

f. Pemimpin tidak berwibawa. Iaitu pemimpin yang terlalu mementingkan diri, hidup
berpoya-poya, lemah dalam pentadbiran, terlibat dengan penyelewengan harta
rakyat, keruntuhan akhlak

Anda mungkin juga menyukai