Anda di halaman 1dari 18

MPU3323

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER 1 / 2022

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 ( MPU3323 )

NAMA : MOHAMMAD AIZUDDIN ASRAF BIN AHMAD

ID PELAJAR : 910405086459001

NO KAD PENGENALAN : 910405-08-6459

NO TELEFON : 012-5514291

EMAIL : aizuddinasraf91@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE


MPU3323

SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN HALAMAN

1. Pengenalan 1

2. Tugasan 1

1(a) Sumbangan Tamadun China 2

1(b) Justifikasi Babak Video yang dipilih 5

1(c) Infografik Sumbangan Tamadun China 7

3. Tugasan 2 – Refleksi Tugasan 8

4. Tugasan 3 – Online Class Participation (OCP) 11

5. Tugasan 4 – Aktiviti Online 14

6. Senarai Rujukan 15
MPU3323

PENGENALAN

Kursus TITAS iaitu singkatan bagi Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah kursus yang
perlu diambil supaya pelajar-pelajar yang mempunyai latar budaya, agama dan budaya yang
berbeza dapat pengetahuan tentang kepelbagaian dan keunikan pelbagai tamadun terdahulu
contohnya tamadun Islam dan tamadun Asia khasnya. Memandangkan saya adalah pelajar
semester 1, jadi kursus ini wajib saya ambil di universiti untuk pendedahan awal tentang
kepelbagaian tamadun dan dapat menjadi saluran yang betul dalam penyampaia n makluma t-
maklumat yang berkaitan untuk diamalkan kelak.

Dalam tugasan pertama ini, saya dikehendaki menonton satu video yang berkaitan
dengan Tamadun China dan memerlukan saya untuk memberikan beberapa sumbangan tentang
tamadun China berdasarkan video yang telah ditonton itu. Saya perlu mengaitkan isi
kandungan video tersebut dengan sumbangan-sumbangan yang telah saya pelajari dan diajari
oleh pensyarah. Dalam masa yang sama juga, saya perlu menghasilkan satu info grafik yang
berkaitan dengan sumbangan-sumbangan yang telah saya nyatakan tadi. Selain itu, saya juga
perlu menyatakan justifikasi beberapa babak yang paling menyentuh perasaan atau babak yang
dapat membakar semangat saya.

Menurut Ahmad Zaki, A.L, Hamzah, A & Mad Aros, A. (2012), tamadun China
merupakan tamadun terawal di dunia. Apa yang saya faham, walaupun tamadun ini telah
berkurun lamanya, namun tamadun China mampu mengekalkan identitinya yang tersendiri
sehingga kini. Unsur tamadun China banyak memainkan peranan dalam pembentukan dan
kemajuan kepada tamadun-tamadun lain. Justeru, unsur-unsur inilah yang menjadikan tamadun
China banyak dikatakan banyak memberikan sumbangan kepada peradaban dunia yang mesih
kekal sehingga kini. Baik dari aspek sumbangan secara langsung mahupun secara tidak
langsung termasuklah dari segi kognitif. Ini termasuk salah satu elemen yang akan saya kupas
dalam tugasan semester ini.

(261 patah perkataan)

1
MPU3323

TUGASAN 1 (30 MARKAH)

Soalan 1(a)

Berdasarkan cerita bertajuk “The Great Wall” yang telah saya tonton, apa yang dapat saya
simpulkan adalah cerita ini mengisahkan tentang Lagenda Tembok Besar China yang dibina
sebagai bentang pertahanan negara. Terdapat beberapa sumbangan yang jelas dipaparkan
dalam tamadun China kepada peradaban dunia yang masih kekal releven sehingga kini.
Antaranya adalah dalam aspek Pembinaan, Penciptaan Bahan Letupan dan Sistem Ketenteraan.

i) Pembinaan (Tembok Besar China)

Salah satunya adalah sumbangan dari segi pembinaan tembok besar China itu sendiri yang
berfungsi sebagai benteng dan kubu pertahanan yang masih kekal sehingga sekarang. Sehingga
kini, Tembok Besar China merupakan warisan yang sangat berharga dan dikagumi sebagai
sumber pelancongan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Selain itu, Tembok Besar China juga dijadikan sebagai contoh sumber seni bina dan
sekali gus menunjukkan hasil manifestasi kejayaan Tamadun China dalam memanfaa tka n
Sains dan Teknologi untuk membina benteng pertahanan negara. Hal ini dapat dijelaskan lagi
dalam aspek reka bentuk pembinaannya. Batu-bata yang digunakan untuk membina tembok ini
adalah lebih baik daripada tanah atau campuran batu kapur yang lain. Jadi, secara langsung
seni bina ini dapat dikaitkan dengan hubungan di antara Sains dan Teknologi di mana dengan
sejarah pembinaannya dapat memberi kesan pemikiran inovatif manusia pada masa kini
terhadap ciptaan-ciptaan baharu. Apa yang lebih jelas, dengan terbinanya tembok ini telah
memberi banyak sumbangan kepada manusia pada masa kini tentang bagaimana untuk
sesebuah benteng kubu pertahanan yang kukuh dapat dihasilkan. Secara tidak langsung juga
telah menjadi simbol keteguhan Tamadun China yang masih teguh sehingga kini Sazelin Arif,
et al, 2007). Pembinaan tembok ini merupakan sebuah simbol kerjasama dan taat setia rakyat
China terhadap pemerintah mereka di mana rakyat telah dikerah membina Tembok Besar
China untuk dijadikan bentang pertahanan mereka melawan serangan musuh.

2
MPU3323

ii) Bidang Kimia (Penciptaan Bahan Letupan)

Sumbangan kedua yang jelas dipaparkan dalam video ini ialah sumbangan tamadun
China dalam aspek pembuatan bahan letupan. Dalam video yang saya tonton, masyarakat
tamadun China menggunakan kepakaran mereka mencipta bahan letupan daripada serbuk
hitam dalam pembuatan bom. Mereka telah menggunakan bom yang dibuat daripada serbuk
hitam itu untuk membunuh sejenis makhluk berbahaya yang telah menyerang negara mereka.
Dalam video tersebut, sangat jelas menunjukkan bahawa serbuk hitam yang digunakan berjaya
menghasilkan bom dan bahan letupan yang dapat membunuh ratu makhluk yang dinamakan
Tao Tie itu.

Justeru, dengan penciptaan bahan letupan itu, ia telah menjadi salah satu sumbanga n
terbesar tamadun China kepada peradaban dunia sehingga kini. Menurut Azam Hamzah (1990),
ahli-ahli kimia Daoisme telah menggunakan kalium nitrat, arang dan sulfur untuk penghasila n
bom. Bahan logam lain akan dicampur dengan bahan logam berbeza untuk mendapatkan warna
yang terang apabila letupan berlaku. Serbuk ini juga digunakan untuk membuat suar dan juga
mercun. Sumbangan dalam bidang penciptaan bahan letupan ini terus kekal releven kerana kita
sendiri dapat lihat bahawa penghasilan mercun masih kekal sehingga sekarang di seluruh
pelusuk dunia kerana mercun masih digunakan bagi meraikan perayaan-perayaan dan
menghalau makhluk halus mengikut kepercayaan sesebuah masyarakat.

Sehingga ke hari ini, mercun masih digunakan untuk meraikan Perayaan Tahun Baharu
Cina dan pesta-pesta lain dalam kalender China contohnya Perayaan Chap Goh Mei, Pesta
Yuan Siau, Pesta Tanglung dan lain-lain lagi. Namun, ada juga perayaan bangsa lain yang turut
menggunakan mercun hasil dari penciptaan bahan letupan ini untuk meraikan perayaan mereka
misalnya Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri. Inilah yang dikatakan sumbangan yang masih
kekal releven sehingga kini yang begitu mempengaruhi masyarakat peradaban kini.

Menurut Zaki et al. (2012), pada abad ke-12 dan 13 Masihi, serbuk letupan mula
diketahui oleh masyarakat Eropah dan Timur Tengah. Pada mulanya, bahan letupan ini hanya
digunakan untuk membuat mercun, namun disebabkan wujudnya pemikiran kreatif dan
inovatif, mereka menggunakannya secara meluas. Pelbagai jenis senjata telah dicipta dengan
terciptanya serbuk letupan contohnya panah berapi, bom bunyi petir dan bom petir pecah. Oleh
sebab inilah, serbuk letupan telah menjadi serbuk asas dalam pembuatan senjata api moden
seperti senapang, bom dan meriam yang digunakan dalam peperangan pada masa kini.

3
MPU3323

iii) Bidang Ketenteraan (Falsafah Perang “Sun Tzu”)

Sumbangan ketiga tamadun China yang dipaparkan dalam video ini ialah dalam bidang
ketenteraan. Bidang ketenteraan yang ditunjukkan dalam cerita ini telah menjadi salah satu
sumbangan yang masih releven sehingga ke hari ini. Peperangan tidak terkecuali dalam setiap
tamadun bahkan sehingga kini. Sebelum peperangan dimulakan, tentera-tentara telah dilatih
dengan baik dan hebat supaya dapat melahirkan tentera yang kuat dan mampu untuk
mempertahankan negara dari serangan musuh.

Falsafah perang “Sun Tzu” adalah contoh yang paling utama. Strategi dalam falsafa h
ini melibatkan seni merancang untuk memperdayakan musuh dan kebijaksanaan ketua tentera.
Dalam buku Sun Tzu Art Of War, pelbagai taktik perlu diguna pakai demi mencapai matlamat
yang hendak dituju kerana kemenangan dalam peperangan adalah keutamaan dan bukan
tentang berapa lama masa yang diambil di dalam sesuatu medan pertempuran. (Hafizah Munir,
2000). Sebagai contoh, Komander Lin dalam cerita “The Great Wall” yang telah
mengendalikan peperangan setelah kematian General Shao telah mengatur strategi dan
beberapa helah serta muslihat untuk mengalahkan TaoTie. Oleh itu, jelaslah bahawa taktik dan
strategi yang digunakan dalam ketenteraan semasa peperangan tamadun China masih
digunakan dan diikuti oleh negara-negara kini semasa peperangan contohnya negara Jepun,
Korea dan negara Asia yang lain. Setiap negara juga telah melatih tentera-tentera masing-
masing dan sentiasa menyusun strategi dan helah yang berkesan.

Selain strategi ketenteraan, teknologi dan alatan tentera untuk berperang juga sangat
hebat dan maju walaupun pada ketika itu belum kembangnya sains dan teknologi. Mereka telah
menggunakan panah, lembing, perisai dan pedang untuk melawan musuh. Hal ini secara
langsung telah memberi idea inovasi kepada masyarakat tamadun kini untuk menghasilka n
alatan-alatan perang yang lebih canggih dan berteknologi tinggi seperti senjata api dan bom
tangan untuk menggantikan panah dan pedang hasil daripada idea senjata-senjata yang
digunakan oleh tentera China pada tamadun itu.

(927 patah perkataan)

4
MPU3323

Soalan 1(b)

Terdapat beberapa babak dalam video “The Great Wall” yang telah menyentuh hati dan begitu
membakar semangat saya. Antaranya ialah:

i) Scene 1 (minit ke 00:11:46 – 00:24:30 ) – Kerjasama dan bersatu padu

Babak pertama yang begitu membakar semangat saya setelah menonton video ini adalah
apabila datang seorang tentera pengawal secara tiba-tiba dengan membawa tanda amaran
bahawa kubu pertahanan mereka bakal diserang kerana terdapat pergerakan raksasa Tao Tie
ke arah Tembok Besar China. Ketika itu Janeral Shao bersama-sama komander yang lain
sedang menyoal siasat William dan Tovar perihal tujuan kedatangan mereka berdua ke negara
China.

Setelah mendengar berita tersebut, semua tentera elit telah diarahkan oleh Jeneral Shao
supaya menjaga pos kawalan masing-masing untuk melawan serangan musuh. Tentera elit
segera menjalankan tugas mengikut bidang masing- masing. Mereka saling bersatu padu dan
menunjukkan sikap bantu-membantu, tolong-menolong dan tidak mementingkan diri sendiri
semasa berjuang mempertahankan negara.

Sikap yang ditunjukkan ini memberi impak yang mendalam dalam diri saya dan begitu
membakar semangat saya untuk tanamkan nilai bekerjasama dan saling bersatu padu dalam
pasukan saya baik secara langsung mahupun tidak langsung. Sikap sedemikian juga begitu
membakar semangat saya untuk turut berjuang dan mengajar diri saya supaya tidak
mementingkan diri bahkan sentiasa bekerjasama mmepertahankan keamanan negara dari
serangan musuh.

Jika kita lihat dalam babak ini, sikap kerjasama yang baik dalam pasukanlah yang
membuatkan tentera China berjaya menghalau raksasa Tao Tie untuk meninggalkan Tembok
Besar China. Jadi, jelaslah bahawa sesuatu kejayaan tidak akan terjadi jika tiada kesepakatan
dalam pasukan.

ii) Scene 2 (minit ke 00:23:37 – 00:23:21) – Sanggup Menolong

William Garin dan rakannya Pero Tovar yang merupakan pasukan elit yang dibayar untuk
menjalankan misi mencari serbuk hitam oleh orang Inggeris ke China, telah ditangkap oleh
tentera China ketika menjalankan misi mereka. Ketika dalam tahanan tentera China, mereka

5
MPU3323

telah berdepan secara tidak langsung dengan peperangan di antara tentera China dengan beratus
ribu mahkluk ganjil yang menyerang Tembok Besar China.

Dalam scene ini, apa yang menyentuh hati saya adalah ketika serangan itu berlaku, Willia m
sanggup menolong pengawal Peng yang sedang mengawal mereka tetapi terpaksa turut serta
melawan seekor Tao Tie yang telah berjaya naik ke atas tembok pertahanan. Namun begitu,
pengawal Peng telah diserang. William yang berjaya melepaskan ikatan tangannya telah
membantu menyelamatkan pengawal Peng daripada dibunuh oleh makhluk itu.

Walaupun William tiada kaitan dengan peperangan tersebut dan merupakan orang luar,
namun dia sanggup membantu walaupun perbuatan itu boleh membahayakan nyawanya sendiri.
Nilai ini sangat terkesan dalam diri saya kerana bagi saya, kita perlu ikhlas membantu dan tidak
perlu melihat siapa mereka. Bantuan juga dibuat tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sikap
sedemikian begitu terkesan dalam diri saya kerana kadang-kala timbul keraguan saya untuk
membantu orang lain, namun, apabila melihat babak ini, ia memberi saya kesedaran bahawa
perbuatan baik akan dibalas baik. Contohnya, pengawal Peng telah membalas kebaikan
William semasa dia dituduh bersubahat dengan rakannya Tovar yang mencuri serbuk hitam.

iii) Scene 3 (minit ke 01:21:14 – 01:21:25 ) – Rela Berkorban

Babak ketiga ini sangat menyentuh perasaan saya kerana pengawal Peng rela berkorban
untuk menyelamatkan pasukannya daripada serangan Tao Tie dengan meletupkan dirinya
sendiri. Dalam babak ini, pada awalnya pengawal Peng telah diserang oleh beberapa ekor Tao
Tie yang berada di atas bumbung. Namun dia telah diselamatkan oleh William. Pengawal Peng
telah mengalami kecederaan yang agak teruk. Ini menyebabkan dia tidak dapat meneruskan
perjalanannya ke atas menara. Tiba-tiba beberapa ekor raksasa Tao Tie berjaya masuk ke dalam
terowong lalu mengejar William dan pasukan tentera General Lin. Melihat situasi itu,
Pengawal Peng meletupkan bom bersama-sama dirinya semata-mata mahu menyelama tka n
William, General Lin dan beberapa orang tentera yang lain daripada terus diserang oleh Tao
Tie yang berjaya masuk ke situ.

Babak ini sangat terkesan dalam diri saya kerana sikap ini mencerminkan keikhlasan dalam
diri seseorang individu terhadap pasukannya dalam mempertahankan negara daripada serangan
musuh. Semangat ini begitu menyentuh hati saya dan memberi beribu pengajaran betapa
besarnya sebuah pengorbanan demi mempertahankan negara.

(633 patah perkataan)

6
MPU3323

1(c) Infografik Sumbangan-sumbangan Tamadun China kepada Peradaban Dunia

7
MPU3323

TUGASAN 2 (20 MARKAH) – Refleksi Tugasan

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya dapat
menyiapkan tugasan TITAS ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman, faedah dan ilmu pengetahuan baru
yang telah saya peroleh. Ribuan terima kasih diucapkan juga kepada pensyarah saya iaitu Dr.
Hj. Ahmad Nasir Bin Mohd Yusoff kerana telah banyak membantu saya dan rakan-rakan
seperjuangan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tujuan utama tugasan Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) ini adalah untuk memenuhi kehendak MPU yang mewajibkan pelajar-
pelajar semester 1 untuk membuat tugasan TITAS ini. Dalam masa yang sama, secara langsung
telah memberi saya pemahaman serta dapat mendalami sejarah tamadun-tamadun yang pernah
wujud pada suatu ketika dahulu secara lebih mendalam dan terperinci lagi.

Sepanjang menyiapkan tugasan1, 2 dan 3 ini, sedikit sebanyak begitu menjentik emosi
saya. Secara jujurnya, saya bukanlah peminat tegar cerita tentang sejarah lebih-lebih lagi
tentang masyarakat luar. Namun, setelah menonton video ini, saya begitu teruja kerana begitu
banyak babak-babak yang sangat menyentuh hati dan telah membakar semangat saya. Babak-
babak tersebut sangat sinonim dalam kehidupan saya sebagai seorang insan biasa. Ia memberi
kesan yang mendalam dalam diri saya lebih-lebih lagi perihal semangat yang begitu jitu dalam
mempertahankan negara dari serangan musuh dan tingginya perasaan taat setia kepada raja
demi menjaga keamanan negara.

Selain itu, dari aspek kognitif pula, semasa saya perlu membuat info grafik untuk
memenuhi kehendak tugasan ini, pada awalnya saya berasa sangat risau tidak dapat
membuatnya dengan baik, namun dengan tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan oleh rakan-
rakan dan juga pensyarah, saya dapat membuatnya mengikut kriteria yang ditetapkan. Dalam
masa yang sama juga, saya telah mencari maklumat secara terperinci untuk menghasilkan info
grafik yang terbaik di laman sesawang walaupun mempunyai kekangan masa memandangka n
saya perlu melakukan kerja hakiki sebagai seorang guru.

Sebelum saya memulakan tugasan ini, saya merasakan agak sukar untuk
menyiapkannya mengikut waktu yang ditetapkan. Saya merasakan subjek TITAS ini adalah
subjek yang sangat sukar kerana saya tidak minat sejarah. Tetapi, saya silap kerana setelah
menghadiri kuliah dan mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah, ternyata subjek TITAS ini
sangat menarik dan bukanlah sukar seperti apa yang saya fikirkan. Justeru, selepas
mempelajarinya, saya dapat membuat tugasan tanpa sebarang masalah besar.

8
MPU3323

Pengalaman saya semasa menyiapkan tugasan MPU3323 ini adalah pengalaman yang
sangat menarik kerana di samping memenuhi kehendak tugasan, saya telah mempelaja r i
tamadun China secara lebih mendalam. Mula-mula, saya berasa agak bosan namun lama-
kelamaan minat tentang sejarah telah datang secara tiba-tiba. Apabila saya mencari maklumat
dan info yang berkaitan dalam buku dan laman sesawang, saya dapat merasakan keseronokan
dan keterujaan untuk lebih mengetahui keistimewaan tamadun-tamadun yang pernah bertapak
di dunia pada suatu ketika dahulu. Dari situ, saya mula merasakan bahawa subjek TITAS begitu
penting dalam diri saya kerana saya dapat belajar tentang asal-usul sesebuah tamadun serta
sumbangannya terhadap peradaban dunia yang saya lihat sendiri sehingga kini.

Melalui tugasan ini juga, pelbagai perkara dapat saya pelajari. Pertamanya, saya dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang sumbangan-sumbangan tamadun China yang
masih releven sehingga kini terutama sekali Tembok Besar China. Saya dapat simpulka n
bahawa sumbangan ini seolah-olah dilitupi dengan kecanggihan sains dan teknologi masa kini
walhal, kewujudannya adalah dari zaman tamadun terdahulu lagi. Jika saya tidak membuat
tugasan ini, mungkin sehingga sekarang saya masih tidak mengetahui sejarah pengbinaannya.
Selain itu, tugasan ini memberi saya pelbagai kesan positif yang perlu diterapkan dalam diri.

Keduanya adalah semasa pembinaan info grafik. Setelah menyelesaikan tugasan, saya
sedar penghasilan info grafik sangat penting untuk merumuskan sesuatu maklumat ataupun
info. Walaupun proses penghasilannya agak mencabar, namun memberi cabaran kepada diri
saya supaya memberikan hasil yang terbaik pada akhirnya. Memandangkan saya seorang guru,
jadi pengalaman ini membuatkan saya semakin mahir menghasilkan infogr afik yang menarik
untuk kegunaan di dalam kelas semasa menjalankan PdPC. Yang terakhir adalah berkaitan
dengan tugasan OCP Forum. Dengan menyelesaikan OCP Forum, dapat mengajar saya
bagaimana untuk menjawab soalan dan pemahaman yang diberikan dengan lebih terperinci.
Secara tidak langsung memberi saya pengalaman pertama untuk melibatkan diri secara aktif
dalam penggunaan sistem myINSPIRE memandangkan saya pelajar semester pertama yang
tidak pernah menggunakan sistem tersebut. Saya juga dapat berkongsi pendapat dengan rakan-
rakan lain pelbagai negeri dalam OCP tersebut. Tugasan dalam OCP forum tidak
mendatangkan tekanan kepada saya, bahkan menjadi keseronokan kerana saya boleh
mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soalan yang diberikan dengan baik.

Cadangan saya mengenai tugasan ini adalah ia perlu diteruskan kerana sangat bagus
untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tamadun-tamadun terdahulu yang masih

9
MPU3323

kekal sehingga sekarang supaya tiada lagi isu di mana generasi kini memperlekeh budaya
tamadun dan bangsa lain. Saya berharap, ilmu dan pengetahuan yang saya dapat semasa
melakukan tugasan ini dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya lebih-lebih lagi
dalam pengajaran saya di dalam kelas. In sha Allah.

(767 patah perkataan)

10
MPU3323

TUGASAN 3 (10 MARKAH) - Online Class Participant (OCP)

Postings 1: Persamaan Antara Tamadun

Postings 2: Tamadun Mengikut Perspektif Melayu, Inggeris dan Arab

11
MPU3323

Postings 3: Ciri-ciri Tamadun

Postings 4: Perbezaan dan Persamaan Antara Tamadun

12
MPU3323

Postings 5: Istilah Tamadun dan Definisi

13
MPU3323

TUGASAN 4 (10 MARKAH) – Online Activity

e-Lesson Week 5 (Online Activity)

e-Lesson Week 10 (Online Activity)

14
MPU3323

SENARAI RUJUKAN

Buku Rujukan

Ahmad Zaki, A.L, Hamzah, A & Mad Aros, A. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS).
Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.

Akashah Ismail. (2009). Focus Ace SPM 2009 Sejarah: Ciri-ciri Tamadun.
Kuala Lumpur: Pelangi Publishing.

Azam Hamzah. (1990). Tamadun Islam dan Tamadun Asia.


Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Esa Khalid & Mohd Azhar Abd. Hamid. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India,
China dan Jepun.
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazarudin Zainun, Khaw, Nasha Rodziadi. (2016). Hubungan Politik dan Sosiobudaya China.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Sazelin Arif, et al (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam.

S. Salahudin, Mashita Abu Hasan & Azizon Salleh. (2004). Persepsi Mahasiswa Terhadap
Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia Peringkat Ijazah Pertama.
Kuala Lumpur: UiTM.

Zulkiflee Haron, R. A. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Universiti Teknologi Malaysia.

15
MPU3323

Laman Sesawang

Claudia Chiew. (2015, November 08). Sumbangan Tamadun China.

https://prezi.com/pa62c8nns8rf/jelaskan-sumbangan-tamadun-china-kepada-dunia-
dalam-bidang-s/

DSP Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir. (2022, Ogos 23). Dalam Perang Pun Ada Seni.

https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/08/874458/dalam-perang-pun-ada-seni

Hafizah Munir. (2000). Disebalik Seni dalam Peperangan.

https://www.jejaktarbiah.com/di-sebalik-seni-dalam-peperangan/

Zakaria. (2014, Mei 07). Pengertian dan Ciri-Ciri Tamadun.

http://cgzakariasej.blogspot.com/2014/05/pengertian-dan-ciri-ciri-tamadun.htm

16

Anda mungkin juga menyukai