Anda di halaman 1dari 12

BACHELOR OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT

MEI / 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : <NO MATRIKULASI>


NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE


Isi Kandungan 1
………………………………………………………………………………………………
Halaman
1.0 Pengenalan 2
Tamadun Melayu dan sumbangannya
2.0 Kajian Mengenai Asal-Usul Rakan Berbangsa Cina 2-7
Gambarajah 1.0: Contoh-contoh perkataan dialek kantonise 3
yang diberi oleh Hoo Goh Wan
semasa sesi temubual
Gambarajah 1.1: Sesi Temubual Bersama En. Hoo Goh Wan 5
Gambarajah 1.2: Makanan “Jiaozi” Tradisi Keluarga 6
Hoo Goh Wan
3.0 Perbincangan mengenai empat kesan kedatangan Tamadun 7-10
Cina terhadap masyarakat Malaysia.
Pengenalan

Tamadun melayu yang adalah tamadun yang sangat terkenal di kawasan semenanjung tanah
air dan menjadi tamadun yang paling awal mendiami tanah melayu. Topik sumbangan tamadun
melayu terhadap peradan dunia banyak melihatkan bahawa tamadun melayu ini sangat istimewa
sehingga dilihat dan di praktikkan budayanya di serata tempat.Tamadun melayu adalah sebuah
tamadun yang asalnya dibentuk oleh sekolompok manusia digolongkan secara luas sebagai
kumpulan orang melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali
dengan pelbagai nama seperti Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan Gugusan Tanah Melayu
(Azam Hamzah,1997). Budaya tamadun melayu juga merupakan tamadun yang sangat rapat
dengan tamadun islam ianya dibuktikan dengan ciri-ciri tamadun islam seperti kepercayaan
agama, ciri-ciri pembinaan pada masjid dan istana (Irene,2012).

Ketemadunan tamadun Melayu yang bersistem dari aspek ekonomi dan pentadbiran sebagai
contoh Kesultanan Melau Melaka pada abad ke-13 yang dilihat menjadi pusat pentadbiran dan
perundangan di kepulauan Melayu. Tamadun Melayu telah berjaya menampilkan sebuah
tamadun yang gemilang terutamanya setelah kedatangan Islam ke tanah Melayu hingga ke hari
ini.
Tugasan 1

A. Tamadun Melayu yang berasas dari tanah melayu atau Alam Melayu ini
berkembang sehingga ke hari ini kerana wujudnya factor-faktor penting seperti
komunikasi menggunakan sisteam Bahasa. Bahasa Melayu sebagai Bahasa perantaraan
(lingua franca) dan kedatangan agam islam menjadi pelengkap pembentukan tamadun
melayu (Stone,2010). Dalam kontek bahasa dalam Tamadun Melayu ianya bukan sahaja
digunakan sebagai bahasa perantaraan malah dilihat sebagai konsep seni dalam tamadun
ini. Sebagai cotoh lirik dalam video 1: Empat Dara (versi asal) memperlihatkan budaya
Tamadun Melayu yang menekankan aspek kehidupan seperti menjaga perangai dan
akhlak sendiri sangat penting dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat yang
aman harmoni. Nilai estitika yang di ketengahkan dan Nilai tara yang ditetapkan itu
bukan sekadar pada ungkapan yang tersurat tetapi merangkumi aspek tersirat. Lantaran
itu setiap unsur yang membina estetika saling mempertaut dan memperjelas bagi
membentuk kesempurnaan. Dalam hal nilai estitika dalam konteks bahasa dikaji dengan
lebih terperinci. Namun penemuan nilai kesenian bahasa ini tidak dilakukan secara
terpisah sebaliknya mengaitkan dengan makna yang hendak disampaikan.

Nilai estitika dalam kontek pakaian menjadi pilihan seterusnya ini kerana nilai
keindahan yang ditunjukkan dalam video 2: Empat Dara pemakain kain songket oleh penari itu
melambangkan ketemadunan melayu yang kekal hingga ke hari ini. Dalam memahami tentang
betapa pentingnya kain songket kepada orang Melayu adalah bermanfaat seseorang itu
memahami tentang keindahannya. Songket Melayu merupakan hasil kraf tangan Melayu yang
mempunyai nilai estetika yang tinggi, ini dapat dilihat daripada proses awal pembuatan
hinggalah apabila ianya dipakai. Ia menampilkan kejelitaan dan keanggunan si pemakai selain
menegaskan sifat-sifat tertentu. Dalam melihat keindahan songket Melayu, Menurut Ku Zam
Zam keindahan dalam seni rupa Melayu terbahagi kepada tiga nilai iaitu nilai kehalusan,
kesesuaian, dan keaslian Ku Zam Zam Ku Idris (1984). Manakala bagi Zakaria Ali, keindahan
seni rupa Melayu berdasarkan kepada enam prinsip iaitu halus, berguna, bersatu, berlawan,
berlambang, dan bermakna Zakaria Ali (1989). Berdasarkan pendekatan-pendekatan ini, kami
merumuskan bahawa dalam melihat keindahan seni songket Melayu secara keseluruhannya dapat
dilihat daripada tiga prinsip utama iaitu prinsip bijak, baik, dan benar. Berdasarkan maklumat
yang diperolehi kain songket pada zaman dahulu di pakai oleh golongan istana, bangsawan dan
orang-orang kaya dengan melambangkan kedudukan dan kebesarannya. Pihak istana pula
hanyalah pihak yang dibenarkan untuk mebuat tempahan dan mengupah penenun bagi
menghasilkan corak pilihan hati mereka (Selvayagam,1990). Oleh yang demikian Tamadun
Melayu menunjukkan nilai kenidahan dan estitika dalam pelbagai aspek ketemadunan dan ianya
dikekalkan hingga ke hari ini.

B. Berdasarkan video 1,2 dan 3 terdapat pelbagai persamaan dan diantaranya adalah
maksud dan nilai lirik yang disampaikan oleh penulis lagu ini bertujuan untuk
menceritakan tentang kehidupan orang Melayu. Kesenian kata lagu bemaksud kata-kata
yang disusun dan diguna pakai dalam nyanyian mempunyai seninya yang tersendiri
sehingga diterima ramai (Davis 1985). Maksud lagu yang disampaikan oleh penulis
menggambarkan cara pemakaian gadis pada waktu itu dengan mengenakan baju kurung
beserta kain merupakan cara tersurat untuk adat orang Melayu dalam bentuk penulisan
lagu. Kesenian kata lagu menjadi isi kepada rangkap karyanya iaitu irama atau melodi
lagu itu sendiri (Lydon,2004).
Selain daripada itu, seni alat muzik yang digunakan dalam video-video ini adalah
sama seperti alat muzik ghazal, gambus dan lain-lain lagi. Kesenian alat muzik amat rapat
dengan kebudayaan orang Melayu di mana alatan itu dimainkan dari satu generasi ke generasi
yang lain hingga ke hari ini. Dari sudut warisan pula, alat muzik tradisional Gambus ini
merupakan salah satu warisan tidak ketara. Gambus amat popular dalam kalangan masyarakat
Melayu terutamanya di Johor. Walaubagaimanapun, alat muzik ini turut mendapat perhatian
masyarakat Melayu di Kedah, Sabah dan Brunei Darussalam (Rohasliza:2005). Sejarah
kedatangan alat muzik seperti gambus dan ghazal ini datang daripada Tanah Arab ketika
penyebaran agama Islam ke Melaka pada abad ke-15 (Anis:1993).
Pemilihan penyanyi wanita yang mahir adalah menjadi salah satu persamaan dalam
video-video ini. Ini kerana penyanyi yang berbakat mampu melongtarkan kesenian suara dalam
setiap persembahan mereka. Setiap lagu yang dinyanyikan dengan bersesuaian melodinya
mempunyai magisnya tersendiri untuk menakluki minda dan jiwa setiap pendengar.
(Scruton :1997) berpendapat bahawa estetik muzikal adalah satu disiplin yang kritikal. Ianya
perlu sifat dan dan had pemikiran yang berbeza terhadap muzik.
Perbezaan yang dapat dilihat dalam ketiga-tiga video adalah irama muzik yang
dipersembahkan adalah berbeza setiap satunya. Video pertama menunjukkan irama dalam tahun
1960-an, manakala video kedua pada tahun 2013 dan video ketiga adalah irama muzik yang
terkini pada tahun 2020. Irama muzik mengalami perubahan seiring dengan perubahan
kemodenan masyarakat. Walaubagaimanpun irama muzik tradisional masih utuh didendangkan
dan dipelihara hingga ke hari ini. Seterusnya pakaian artis dan penari dalam video ini terdapat
juga perbezaannya ia nya disokong dengan pendapat daripada (Ahmed Ibrahim Abushouk 2007)
secara ringkasnya mengatakan pada tahun 1930-1940 adalah satu tempoh di mana masyarakat
Muslim Melayu melalui pelbagai tranformasi dalam usaha mereka untuk mencapai kemajuan
dan kemodenan.
Setiap perubahan zaman yang mengikut arus kemodenan juga memperlihatkan perbezaan
tarian yang dipersembahkan dalam video-video ini. Tarian tradisi Melayu yang lazimnya
dikenali sebagai tarian Zapin, Ulek Mayang dan pelbagai lagi masih dikekalkan hingga ke hari
ini. Dalam video ke tiga menunjukkan tarian tradisi melayu mengalami sedikita rovolusi dari
segi gerak tarinya yang membezakan dari video kedua. Hal ini sesuai dengan pendapat Helen
Thomas (1995), yang menyatakan bahawa tarian sebagai ciri utama dalam sesuatu budaya.
Perubahan tamadun budaya yang bersifat berterusan menyebabkan berlakunya pengaruh
pembaharuan penyampaian dalam seni persembahan. Lazimnya, analisis komposisi tari meliputi
tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan kostum dilakukan berdasarkan pendekatan
budaya dan nilai tradisi Melayu pada sesuatu zaman itu.
Persembahan lagu dalam klip setiap klip video ini menunjukkan dari latar belakang zaman
yang berbeza. Perubahan arus kemodenan dan teras teknologi masa kini menujukkan pelbagai
kaedah teknologi termasuk persembhan lagu. Dari zaman piring hitam ke rakaman cakera padat
dan sekarang di persembahkan secara langsung menggunakan internet. Persembahan lagu yang
mengalami revolusi ini menunjukkan perubahan ketemadunan manusia terutamanya Tamadun
Melayu yang tidak terlepas dari kemajuan yang seiring dengan tamadun-tamadun lain.
C. Pemilihan video kedua untuk memperlihatkan nialai-nilai murni yang terdapat di
dalamnya diantaranya kesenian estetika dalam lirik dan lagu yang disampaikan penuh
dengan maksud tersurat dan tersirat. Lantaran itu setiap unsur yang membina estetika
saling mempertaut dan memperjelas bagi membentuk kesempurnaan. Lirik yang
mengambarkan sifat-sifat orang Melayu yang mahsyur dengan budi pekerti contohnya,
‘Manis rupa hai elok perangai’ dan juga kaya dengan adat budaya seloka dan pantun.
Budaya ini menjadi adat resam orang Melayu hingga sekarang.
Kesenian tarian dalam masyarakat Melayu di tonjolkan dalam video yang kedua ini
secara jelas sepeti tarian Joget oleh penari latar dan tarian Zapin dipersembahkan oleh
empat orang penari wanita tersebut. Nilai estetika dalam tarian orang Melayu
mennjukkan bahawa masyarakat Melayu amat menitikkan soal bersopan santun dan
saling hormat menghormati. Ianya dapat dilihat dalam gerak geri setiap tarian yang
dipersembahkan . Karya kreatif dalam bidang tarian terus berkembang hingga ke hari ini.
Namun tarian asal tadisional seperti Joget, Inang dan Zapin dikekalkan dan terpelihara
oleh masyarakat Melayu hingga sekarang.
Pelbagai jenis cara pemakaian yang dipersembahkan dalam video ini menunjukkan
bahawa orang Melayu juga kaya dengan pengetahuan pembuatan pelbagai jenis tekstil.
Baju Melayu, Kebaya dan Baju Kurung antara yang paling terkenal dikalangan orang
Melayu dan ianya jua diketengahkan dalam video ini. Dalam penciptaan sesuatu pakaian
itu tidak lari daripada aspek rupa bentuk yang menekankan nilai formalisenya dan aspek
maknanya iaitu nilai estetika. Hiasan dan dekorasi pada sesuatu fabrik mempunyai nilai
estetika yang berbeza contohnya kain songket yang dipakai oleh penari. Kian songket ini
adalah hasil tenunan tradisional masyarakt Melayu dan menjadi warisan yang berasal dari
istana.
Istilah songket berasal dari perkataan Melayu, menyungkit menggunakan benang
gimpal (emas atau perak). Berdasarkan dari maklumat yang didapati, pemakaian sogket
ini adalah dari golongan istana dan bangsawan sahaja dan cara tenunannya juga
menunjukkan kedudukan dan kebesaran seseorang. Menurut (Selvayagam,1990) hanya
golongan istana sahaja yang mamou dan dibenarkan untuk memiliki songket dan
mengupah penenun untuk menghasilkan corak pilihannya.
D. Brosur
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Tamadun Melayu merupakan tamadun yang sangat banyak
menyumbangkan peradaban dan teras pembangunan masyarakat melaui revolusi Tamadun
Melayu selepas kedatangan Islam dan adat resamnya yang terus kekal hingga ke hari ini. Oleh
yang demikian sebagai rakyat di negara kita akita seharusnya memelihara tradisi dan sejarah
awal di negara ini supaya tidak hilang ditelan zaman.
[
Tugasan 2

Refleksi.

Tugasan yang diberikan ini bertujuan utuk kita lebih mengenali Tamadun Melayu dengan lebih
dekat menerusi kajian-kajian yang dijalankan untuk mencari fakta, sejarah atau catatan. Hal ini
kerana kajian ilmiah yang didapati ketika melakukan tugasan dapat memberi kita gambaran yang
jelas dalam permulaan, kegemilangan dan kemodenan sesuatu tamadun itu. Tujuan tugasan ini
juga adalah memberikan pendekatan kepada pelajar untuk memulakan pencarian sesuatu ilmu itu
dengan cara dan landasan yang betul berdasarkan kaedah-kaedah yang dipelajari dari pensyarah.
Pendekatan seperti ini dapat mendikarikan seseorang pelajar itu dalam mengikuti proses
pembelajaran terkini.

Sewaktu melakukan tugasan ini saya mendapati kaedah pembelajaran dalam pengajian tamadun
di Asia dan Tamadun Melayu khasnya memberikan saya perasaan yang gembira dan bangga
kerana begitu banyak sumbangan tamadun Melayu yang dilihat memberi impak ketemadunan di
negara ini sehingga ke hari ini. Dalam dapatan kajian menunjukkan Tamadun Melayu
merupakan
Rujukan
Halimi A.J.( 2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu.Utusan Publications.

https://docplayer.info/33311905-Estetika-dan-keindahan-songket-melayu.html

http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/62"ESTETIKA DAN
KEINDAHAN SONGKET MELAYU."
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24066/Article_1.PDF.

https://ir.unimas.my/id/eprint/18875/1/Gambus%20sebagai%20seni%20warisan%20yang
%20perlu%20dipelihara%20(24pgs).pdf

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1675/1212

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2510

Anda mungkin juga menyukai