Anda di halaman 1dari 13

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

MEI 2021

MPU3122
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
MEI 2021

NAMA : TEOH SIN BEE


NO. MATRIKULASI : 850127025602002
NO. KAD PENGNEALAN : 850127-02-5602
NO. TELEFON : 012-5280033
E-MEL : teohsinbee850127@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Kedah Learning Centre (Alor Setar)
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 1
2.0 Sumbangan Tamadun Melayu dari Perspektif Pemupukan Nilai Estetika 1-2
3.0 Sumbangan Tamadun Melayu dari Perspektif Pemupukan Budaya 2-4
4.0 Persamaan dan Perbezaan Unsur Kesenian dalam Video 4-5
5.0 Pilihan Video dan Justifikasi Video 6
6.0 Kesimpulan 7
7.0 Refleksi Kendiri 8-9
8.0 Rujukan 10
1.0 Pengenalan

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus generik yang wajib
diambil oleh semua pelajar di universiti dan institut pengajian tinggi yang berkepelbagaian
latar belakang. Dalam tugasan MPU3122 ini, saya akan bincangkan tentang Tamadun
Melayu dan sumbangannya terhadap perabadan dunia.

Terdapat tiga objektif tugasan yang juga akan dihalusi. Pertama, membincanagkan
sumbangan tamadun Melayu dari perspektif pemupukan nilai estetika dan budaya dengan
mengaitkannya dengan tiga video tentang lagu “Empat Dara” yang ditonton. Yang kedua
pula adalah berkongsi pengalaman penemuan perbezaan dan persamaan unsur-unsur kesenian
dalam ketiga-tiga video yang ditonton. Objektif yang terakhir ialah memberikan justifikasi
secara kritis dan komprehensif terhadap video yang dipilih dengan mengaitkannya dengan
nilai-nilai yang diterapkan dalam video yang dipilih tersebut.

2.0 Sumbangan Tamadun Melayu dari Perspektif Pemupukan Nilai Estetika

Menurut Nilai (2014), nilai estetika adalah yang berkaitan dengan kemunculan objek dan
emosi yang menyebabkan objek ini pada orang yang merenungkannya. Oleh itu, adalah
penghakiman nilai yang pemerhati memancarkan pada objek yang mengambil kira perasaan
yang membangkitkan di dalamnya. Ini bermaksud nilai estetika adalah mereka yang
menentukan apa yang orang menganggap sesuatu itu sebagai baik berhubung dengan rupa
sesuatu objek.

Nilai-nilai estetika juga dianggap sebagai luhur, lucu, elegan, hebat dan tragis. Oleh
itu, boleh dikatakan bahawa nilai-nilai estetika adalah seseorang yang membuat objek
dihargai sebagai "karya seni" oleh seseorang itu. Alasan penghargaan ini telah lama
dipertikaikan oleh para ahli falsafah dan pemikir sepanjang sejarah manusia kerana nilai
estetika dikaitkan secara langsung dengan konsep kecantikan yang boleh berubah dari satu
budaya ke yang lain atau dari momen sejarah kepada yang lain (7Graus, 2017).

Setelah tontonan 3 video lagu “ Empat Dara” dan membuat pencarian maklumat
secara atas talian, saya telah memahami serba sedikit tentang latar belakang lagu tersebut.
Lagu “Empat Dara”, lagu nukilan Atan Penambang dan Ahmad Yusoh dan lirik oleh dirinya

1
sendiri yang mengisahkan empat orang anak dara. Lagu tersebut menggambarkan bandar
Muar yang berlokasi di tepi sungai dan kuala sungai Muar. Sedikit sebanyak berkaitan
dengan kekacakan, ketampanan dan kesegakan Ahmad Yusoh semasa muda digilai ramai
anak dara pada zaman ketika itu. Tercetuslah keresahan beliau untuk mencari pasangan hidup
kerana terlalu ramai anak dara yang memuja yang perlu dipilih.

Berdasarkan tinjauan sorotan lirik lagu yang dibuat, terdapat banyak nilai estetika
yang dapat dikesan dan dirasai. Jika ditelusuri pada bait-bait kata dalam lirik lagu di atas, dari
segi nilai estetika yang ada pada empat dara itu adalah sifat kerajinan. Rangkap lirik lagu
tersebut seolah-olah menggambarkan empat dara pada suatu ketika dahulu duduk di tepi
sungai untuk menjerat ketam. Mereka sangat rajin dan tekun bekerja untuk menyara hidup.
Contonya dalam rangkap pertama lirik lagu:
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu

Dengan merujuk kepada rangkap yang kedua lirik lagu, nilai estetika yang dapat
dikesan adalah nilai berbudi bahasa. Lirik lagu pada rangkap ini memberikan deskripsi
bahawa keempat-empat dara itu semuanya berupa manis dan perangai mereka juga baik-baik
belaka sehinggalah jejaka dilema untuk membuat pilihan. Contoh dalam rangkap kedua lirik
lagu:
Manis rupa, hai, elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu

Rangkap yang ketiga dalam lirik lagu pula menyatakan tentang cara pemakaian empat
dara tersebut. Lirik lagu “Empat dara berpakaian sedondon” dan “Berbaju putih, berkainlah
biru” membolehkan para pendengar lagu mengimaginasikan kecantikan , kejelitaan serta
kesucian empat dara itu. Lirik lagu pada rangkap yang ketiga adalah seperti berikut:
Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih, berkainlah biru

3.0 Sumbangan Tamadun Melayu dari Perspektif Pemupukan Budaya

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Lantaran itu, budaya boleh ditakrifkan sebagai

2
cara hidup yang diamalkan oleh sekumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, politik,
susunan organisasi ekonomi, agama, kepercayaan, sikap, adat resam dan nilai. Edward B.
Taylor mengatakan dalam bukunya iaitu Primative Culture, kebudayaan ialah satu
keseluruhan sistem yang kompleks. Di dalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan,
moral, seni, adat istiadat dan undang-undang.

Dari perspektif kebudayaan, lagu “Empat Dara” ini telah menggambarkan ciri-ciri
kemelayuan dari segi pemakaian masyarakat Melayu sendiri, khasnya dalam video yang
kedua dan yang ketiga. Budaya dari segi pemakaian Melayu jelas diperlihatkan dalam video
yang kesua dan yang ketiga tersebut apabila penyanyi dan penari wanita berpakaian baju
kebaya. Baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya
panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyarakat di Johor adalah mewarisi baju
belah kebaya panjang ini daripada kerajaan Johor-Riau pada suatu ketika dahulu. Manakala
penyanyi dan penari lelaki pula berbaju Melayu cekak musang, bersongkok dan bertanjak.
Budaya Pemakaian baju Melayu yang menunjukkan kesantunan orang Melayu sebegini telah
pun diwarisi turun-temurun sehinggalah ke hari ini. Ini dapat dibuktikan melalui video yang
ketiga iaitu “Empat Dara” versi 2020 yang dipersembahkan oleh Elly Mazlein, Faizal Tahir
dan Zizi Kirana.

Nilai budaya yang dapat dikesan daripada video ketiga ialah latar belakang video
berunsurkan kehidupan orang Melayu di desa. Setiap masyarakat mempunyai budaya yang
tersendiri. Budaya Melayu biasanya berteraskan budaya tradisional Melayu-Islam yang
berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu. Budaya ini dapat difahami sebagai amalan gaya
hidup yang diamalkan oleh masyarakat yang tinggal di desa seperti yang terdapat dalam
video yang ketiga. Contohnya, budaya berhari raya dahulu sekitar zaman 1970-an dan
sebelumnya diamalkan di desa dengan mengadakan gotong-royong memasak pada malam
raya, takbir atau tahlil dari rumah ke rumah selepas solat sunat hari raya. Seterusnya diikuti
dengan majlis rumah terbuka dan jamuan hari raya serta bermalam di rumah datuk serta
nenek. Hubungan kemesraan, kasih sayang terpancar melalui ikatan persaudaraan yang erat.

Di samping itu, bahasa turut menjadi unsur penting dalam aspek kebudayaan. Fungsi
bahasa adalah sebagai alat komunikasi anggota masyarakat sehingga mereka dapat
berinteraksi antara satu sama lain. Dengan adanya bahasa, barulah kebudayaan dapat
diciptakan. Seperti yang terdapat dalam video yang pertama dan yang kedua, lirik lagunya

3
yang pada rangkap keempat menyatakan bahawa empat dara yang diceritakan itu pandai
mengarang seloka dan berpantun. Ini terbuktinya, masyarakat pada zaman itu mempunyai
kecerdikan dalam bidang bahasa. Berkomunikasi menerusi seloka dan pantun telah menjadi
budaya masyarakat Melayu.

4.0 Persamaan dan Perbezaan Unsur Kesenian dalam Video

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN UNSUR KESENIAN


Video Seni Muzik Seni Tari Seni Batik Seni Bina
1 √ √
2 √ √ √ √
3 √ √ √

Menurut Kamus Dewan, seni ditakrifkan sebagai karya contohnya sajak, lukisan,


muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat atau kecekapan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Kesenian pula bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni dan keindahan atau
kehalusan. Kesenian ini merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak
turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini, identiti masyarakat Melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai.

Dengan berpandukan ketiga-tiga video tentang lagu “Empat Dara” yang telah
ditonton, terdapat banyak unsur kesenian yang agak ketara yang tampak. Terdapat persamaan
dan perbezaan unsur-unsur kesenian yang boleh dikesan dalam video-video tersebut.

Pertama sekali, video yang pertama dan video yang kedua mempunyai persamaan dari
segi seni muzik. Kedua-dua penyanyi telah mempersembahkan lagu “Empat Dara” dengan
adunan muzik orkestra. Dengan iringan orkestra yang menampilkan alat muzik tradisional,
citrawarna rentak Melayu tradisional telah dapat menarik minat para penonton atau
pendengar terus mencintai seni muzik yang istimewa itu. Di sebaliknya, video yang ketiga
yang memainkan muzik pop pula adalah berbeza dengan video yang pertama dan yang kedua.
Ia lebih kepada seni muzik yang lebih moden dan berunsur zaman sekarang.

4
Dengan berdasarkan video yang kedua dan yang ketiga, terdapat persamaan dari segi
seni tari. Tarian merupakan satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut
rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan mempunyai asal usul dan
tujuannya tersendiri. Tarian atau gerak badan yang dipersembahkan dalam kedua-dua video
tersebut merupakan tarian zapin. Manakala bagi video yang pertama pula tidak menunjukkan
sebarang video, lagu dipersembahkan melalui audio sahaja.

Selain itu, ketiga-tiga video “Empat Dara” mempunyai persamaan dalam seni batik.
Batik adalah sejenis seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan
mencelup kain. Batik merupakan kraftangan yang unggul di Malaysia. Video yang kedua dan
yang ketiga mempunyai persamaan dari segi seni batik. Dalam video yang kedua, penari
wanita memakai kain batik.

Dalam ketiga-tiga video tersebut, penyanyi perempuan turut berkain batik. Pemakaian
kain batik sarung mempunyai hubung kait secara langsung dengan si pemakainya dan
bukanlah mengikut sesuka hati sahaja. Teknik pemakaian kain batik ada adab dan caranya.
Jika seseorang wanita itu memakai kain batik dengan kedudukan kepala kainnya di hadapan
melambangkan si pemakai belum berkahwin ataupun masih anak dara lagi.

Dari segi seni binaan pula, terdapat persamaan antara video yang kedua dan yang
ketiga. Dalam kedua-dua video tersebut, telah muncul bangunan-bangunan yang mempunyai
unsur seni binaan yang sama. Contohnya dalam video yang kedua, Dato Seri Siti Nurhaliza
telah mengadakan konsertnya di Istana Budaya yang kaya dengan seni bina tradisional
Melayu. Keunikan seni bina Istana Budaya bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan
Melayu. Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama iaitu
serambi, rumah ibu dan rumah dapur. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga
tradisional rumah Melayu Melaka. Manakala dalam video yang ketiga, pejabat Perdana
Menteri iaitu Perdana Putra yang muncul dalam video buat seketika itu juga menunjukkan
seni bina tradisional Melayu. Bangunannya berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah
berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil. Ciri-ciri yang dinyatakan itu
semuanya mempunyai unsur keislaman. Namun begitu, dalam video yang ketiga juga
terdapat seni bina bangunan yang moden, misalnya Menara Berkembar Petronas (KLCC).

5.0 Pilihan Video dan Justifikasi Video

5
Antara ketiga-tiga video “Empat Dara”, saya lebih cenderung kepada video lagu
“Empat Dara” yang dipersembahkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Saya memilih video yang
kedua ini kerana saya berpendapat bahawa Dato Sri Siti Nurhaliza telah mempersembahkan
lagu tersebut berkelas antabarangsa. Beliau mampu menguasai pentas, berinteraksi dengan
penarinya, dan juga pemain muziknya ketika persembahan berlangsung. Lebih-lebih lagi
suaranya yang merdu dan lunak telah memukau hati saya sehingga bermain dalam benak
saya hampir setiap detik. Kemerduan suaranya merupakan khazanah muzik yang tidak
ternilai.

Jika diperhatikan secara halus, video kedua ini telah menerapkan banyak nilai,
misalnya cinta akan tradisional Melayu, kerajinan, disiplin, berbudi bahasa, berakhlak
mulia dan bersopan-santun. Pertama sekali, nilai cinta akan tradisional Melayu telah
diterapkan dan terkandung dalam video yang kedua ini. Kita dapat perhatikan unsur-unsur
kemelayuan persembahan yang telah dibuat oleh Siti Nurhaliza. Ini terbuktinya kerana
konsertnya ini berlokasi di Istana Budaya yang reka bentuknya yang berkonsepkan unsur
kemelayuan. Selain itu, persembahan itu dibuat dengan kerjasama orkestra Melayu. Lagu
“Empat Dara” tersebut masih mengekalkan gaya dan unsur tradisional.

Di samping itu, dengan persembahan yang besar-besaran, pemuzik yang ramai dan
penarinya yang meriah, kita boleh menyedari bahawa tanpa sikap kerajinan dan disiplin
yang kental yang ada pada penyanyi dan semua yang terlibat dalam persembahan itu,
sudah pasti para penonton tidak dapat menyaksikan satu persembahan yang begitu
berkualiti. Persembahan yang mengagumkan itu semuanya hasil daripada sikap kerajinan
dan disiplin tertanam dalam jiwa artis-artis tersebut.

Dalam video yang kedua ini, kita boleh melihat nilai berbudi bahasa dan berakhlak
mulia, terutamanya dalam lirik lagu yang dinyanyikan. Contoh lirik lagu, “manis rupa hai
elok perangai” dan “sekali pandang senyuman manisnya” telah menunjukkan kesantunan
dan kemuliaan tingkah laku yang ada pada gadis Melayu. Sepanjang persembahan Siti
Nurhaliza juga, senyuman yang dilemparkan olehnya adalah cukup manis dan menawan.
Senyuman manisnya itu juga menunjukkan sikapnya yang ramah mesra.

6
6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, jelaslah bahawa tamadun Melayu sangat berpengaruh dan telah memberi
kesan yang meluas dan besar dalam kehidupan masyarakat. Secara keseluruhannya, estetika
merupakan kemuncak ketinggian nilai sesebuah karya kreatif.

Melalui kajian tentang lagu “Empat Dara” yang dipersembahkan oleh penyanyi asal
iaitu S. Radziah dan yang kemudian dinyanyikan semula oleh Siti Nurhaliza seterusnya oleh
Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana telah membuktikan sumbangan tamadun Melayu
terhadap masyarakat. Setelah meneliti kahalusan dalam lirik lagu tersebut, nilai tara yang
ditetapkan itu bukan sekadar pada ungkapan yang tersurat tetapi merangkumi aspek tersirat.
Lantaran itu setiap unsur yang membina estetika saling mempertaut dan memperjelas bagi
membentuk kesempurnaan.

Kajian ke atas lirik lagu “Empat Dara” dilakukan untuk memperlihatkan unsur-unsur
estetika dan budaya. Lagu “Empat Dara” yang telah melalui berzaman-zaman masih dapat
menambat hati pencinta seni lagu dan mampu bertahan sehingga kini. Bagi menjelaskan
unsur estetika dalam lirik lagu tersebut, tiga ciri keindahan disentuh iaitu merangkumi
keutuhan dan kesempurnaan, keselarasan dan keseimbangan serta aspek kejelasan. Dalam hal
ini, aspek bahasa yang merupakan medium pengantara dikaji secara khusus. Namun,
pembicaraan terhadap aspek bahasa ini tidak dilakukan secara terpisah sebaliknya
mengaitkannya dengan makna yang disampaikan. Pemilihan kata yang teliti berhasil
menemukan aspek keutuhan dan kesempurnaan.

Penggabungjalinan unsur tradisi dan moden oleh Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi
Kirana telah memberi semula nyawa baharu kepada lagu dan membentuk aspek
kesempurnaan yang menjadi sebahagian daripada ciri-ciri estetika. Oleh itu, ternyatalah
daripada kajian ini, setiap kata yang digunakan berfungsi dan dapat dipertanggungjawabkan
dalam menyampaikan maksud tertentu. Unsur kejelasan dipaparkan menerusi pemilihan kata
terpilih yang menggambarkan unsur tersurat atau tersirat. Selain itu, dalam kajian yang
dilakukan turut meneliti persoalan yang paling dominan dipaparkan dalam video lagu yang
dikaji. Secara tuntasnya, usaha ini juga memperlihatkan pemartabatan dan ketamadunan
dalam aspek seni binaan dan teknologi.

7
7.0 Refleksi

Salam sejahtera. Saya amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasan Tamadun
Islam
dan Tamadun Asia ini. Mata pelajaran TITAS merupakan satu subjek yang diwajibkan dalam
semester 1. Walaupun tugasan ini kelihatan mudah, tetapi ia telah telah memberikan cabaran
yang agak besar kepada saya kerana saya perlu membincangkan tentang tamadun Melayu dan
sumbangannya terhadap peradaban dunia. Ini disebabkan tajuk ini agak baharu untuk saya.
Sesungguhnya, tanpa sokongan padu dan dorongan yang diberikan oleh pensyarah, Encik
Ishak bin Khairon serta kawan karib saya, sudah tentu tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan lancar.

Sebelum memulakan tugasan ini, saya perlu mengenal pasti tujuan mempelajari mata
pelajaran TITAS. Pada pandangan saya, kita perlu mempelajari tentang Tamadun Islam dan
Asia supaya dapat mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan zaman
dahulu dan kini bagi merencana strategi masa depan. Selain itu, kita dapat memahami latar
belakang masyarakat, kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya dalam tamadun silam.
Dengan adanya pengetahuan dalam bidang tersebut, rakyat dapat menyemat persefahaman
antara satu sama lain serta dapat memupuk sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat
yang terdiri daripada pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Kita juga
dapat mengambil iktibar daripada zaman silam supaya berfikiran lebih luas dan
berpandangan global.

Soalan pertama dalam tugasan ini ialah membincangkan tamadaun Melayu dari
perspektif pemupukan nilai estetika dan budaya dengan mengaitkannya dengan tiga video
lagu “Empat Dara”. Saya sedar bahawa tugasan ini bertujuan untuk membolehkan kita
menghayati nilai-nilai estetika dan budaya Melayu dalam lirik lagu dan video di samping
mengenali dengan lebih lanjut tentang perkembangan-perkembangan dalam seni muzik. Oleh
sebab kekurangan pengetahuan dalam aspek ini, saya telah melayari internet berpuluh-puluh
kali semoga boleh mendapatkan jawapannya. Tidak dinafikan bahawa saya telah menghadapi
ketidaktentuan apabila mendapatkan sesuatu jawapan.

Selain itu, saya juga perlu mencari persamaan dan perbezaan unsur-unsur kesenian
dalam ketiga-tiga video lagu “Empat Dara” tersebut. Sepanjang proses mencari penyelesaian,

8
saya telah membaca e-modul yang disediakan oleh pihak OUM di aplikasi MyInspire dalam
laman sesawang OUM. Di samping itu, saya juga melayari pelbagai laman web untuk
mendapatkan jawapan. Setelah mendapat sesuatu maklumat, saya akan membanding bezanya
agar mendapatkan maklumat yang paling relevan dan tepat.

Apabila menjawab soalan 1(c) iaitu memperihalkan salah satu video yang menjadi
pilihan sendiri, saya juga mengalami kekangan kerana saya kurang pengetahuan dalam seni
muzik Melayu. Saya memang tidak tahu untuk menjelaskan gaya muzik , gaya tarian dan ciri-
ciri yang penting dalam video dengan mengaitkannya dengan nilai-nilai yang diterapkan.
Saya agak keliru dan tidak pasti bahawa “nilai-nilai yang diterapkan dalam video” merupakan
nilai-nilai murni atau nilai-nilai kesenian. Walau bagaimanapun, saya pun cuba menjawabnya
dengan pemahaman diri sendiri. Mudah-mudahan pensyarah pemeriksa tugasan dapat
menerima hujah-hujah yang saya berikan.

Sepanjang proses membuat brosur pertandingan nyanyian, saya juga sentiasa melayari
internet untuk membuat rujukan brosur yang dibuat oleh orang lain. Untuk membuat brosur
dengan lebih baik, saya telah mempelajari cara yang efisien. Saya telah memat turun aplikasi
“Canva” dalam komputer sebagai langkah yang pertama. Bagi pihak lain, mungkin brosur
yang saya hasilkan ini adalah biasa dan kelihatan senang, tetapi bagi saya, brosur ini
merupakan hasil titik peluh saya. Ini adalah satu pengalaman yang amat berharga untuk saya.

Setelah bertungkus-lumus dan membanting tulang empat kerat berpuluh-puluh hari,


berkat semangat gigih dan kental, saya telah pun menyiapkan tugasan saya pada akhirnya.
Saya berasa amat bersyukur dan puas hati kerana tidak sangka bahawa saya mampu
menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh hantar. Ini merupakan satu pengalaman yang amat
berharga dan tidak ternilai untuk saya.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan TITAS ini telah memberikan
banyak manfaat kepada saya. Saya berpeluang mempelajari banyak ilmu tentang tamadun
Melayu. Selain itu, melalui tugasan ini saya juga dapat melatih kesabaran dan memupuk
semangat cinta akan budaya kaum lain. Proses-proses menyempurnakan tugasan TITAS ini
juga membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

9
Sekian, terima kasih.

2758 patah perkataan


8.0 Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suwardi Endraswara (2006:4). Metode. Teori, teknik penelitian kebudayaan:


ideologi,      epistemologi, dan aplikasi, Yogykarta: Pustaka Widyatama.

Mustafa Haji Daud, (1990). Pengantar Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa Dan Pustaka.

N. S. (2019, July 31). 5 jenis alat muzik tradisional orang Melayu. Retrieved July 10, 2021,
from https://iluminasi.com/bm/5-jenis-alat-muzik-tradisional-orang-melayu.html

A. (2020, November 12). Empat Dara 2020 Dapat Perhatian. Retrieved July 1, 2021, from
https://www.utusan.com.my/gaya/2020/11/empat-dara-2020-dapat-perhatian/

R. A. (2009, January 19). Estetika dan semiotik Melayu. Retrieved July 12, 2021, from
https://mimbarkata.blogspot.com/2013/01/estetika-dan-semiotik-melayu.html?m=1

I. K. (2020, October 11). Kembalikan kegemilangan tamadun Melayu. Empat Dara 2020


Dapat Perhatian. Retrieved July 15, 2021, from
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/10/740620/kembalikan-kegemilangan-
tamadun-melayu

M. (2013, April 18). Kepelbagaian budaya-Malaysia. Retrieved July 5, 2021, from


https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia

10
N. (2020, October 09). Kepentingan nilai estetika dalam penghayatan hasil karya seni.
Retrieved June 24, 2021, from https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?
id=1885897

S. (2021, June 30). Kesenian tamadun Islam dalam warisan seni tradisi Melayu [Art of
Islamic civilazation in the Malay heritage art tradition]. Retrieved July 10, 2021, from
https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/190

I. (2016, June 07). Seni & budaya sejarah baju melayu yang dulunya dikenali sebagai baju
kurung. Retrieved June 25, 2021, from https://soscili.my/sejarah-baju-melayu/

A. M. (2008, June 30). Sumbangan tamadun Islam dalam kehidupan masyarakat di alam
Melayu hingga ke abad ke-17 M. Retrieved June 20, 2021, from
http://ajba.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/7845

T. (2015, August 22). Tarian-tarian tradisional di Malaysia. Retrieved July 12, 2021, from
http://tarshu14.blogspot.com/

11

Anda mungkin juga menyukai