Anda di halaman 1dari 10

BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMANT WITH HONOURS

SEMESTER MEI / 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : xxxxx


NO. KAD PENGENALAN : xxxxx
NO. TELEFON : xxxxx
E-MEL : xxxxx

PUSAT PEMBELAJARAN : xxxxx


KANDUNGAN MUKASURAT

Tugasan 1
1.0: Pengenalan 1-2

1(a): Sumbangan Tamadun Melayu 2-3

1(b): Pengalaman Penemuan 3-5

1(c): Pilihan Video 5-6

1(d): Brosur (PDF)

1.1: Kesimpulam 6

Tugasan 2

2.0: Jurnal Reflektif 6–8

3.0: Rujukan 8
MPU3122
1.0 Pengenalan

Mudun, Madain dan madana antara perkataan Bahasa Arab yang menbawa maksud
Tamadun. Ia juga bermaksud pembukaan bandar baru dan budi bahasa yang tinggi. Tamadun
disebut “civilization” dalam Bahasa Inggeris. Perkataan civilization berasal daripada
perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar. Secara umumnya tamadun
diertikan sebagai perubahan, kemajuan, peradaban dan pembangunan yang dicapai oleh
sesuatu kaum atau bangsa di dunia ini (Darusalam, 2017). Tamadun mengambarkan
kemajuan sesebuah masyarakt dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Perspektif semasa
perkataan tamadun merujuk pencapaian tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan
penonjolannya dalam tamadun barat.

Menurut pandangan tokoh Barat seperti Max Weber, Dancy Ribeiro, Anold Toynbee,
Clicve Bell dan David Rodnick, tamadun dilihat daripada perspektif material (Darusalam,
2017) bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek
yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya.
Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Manakala menurut tokoh
Timur pula seperti Ibnu Khaldun, Muhammad al-Bahi, Syed Muhammad Naquib al-Attas
tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam
bidang fizikal dan sahsiah manusia (Darusalam, 2017), Akhlak yang buruk tidak dikira
tamadun yang sebenar. Menurut mereka lagi, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara
kemajuan lahiriah dan rohaniah.  

Dalam tugasan ini akan dibincangkan tentang Tamadun Melayu dan sumbangnya
terhadap peradaban dunia dari perspektif nilai estetika dan budaya dengan mengaitkannya
dengan video-video yang diberikan. Selain itu, akan dikongsi pengalaman penemuan dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasan ini. Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun
yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luasnya sebagai kumpulan
orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan
pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu-Indo,
Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Penempatan manusia yanag dijumpai pada zaman
itu seperti Kota Tampan di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah.

1
MPU3122
Kedatangan Islam di alam Melayu bukan sahaja mengubah landskap kepercayaan
agaman bahkan juga turut membina tamadun Melayu baru. Bangsa Melayu telah berjaya
menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutamanya setelah kedatangan Islam ke
rantau ini. Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan tamadunnya
dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-
undang, amalan pendidikan, kerancakan ekonomi, keindahan seni estetika, kemurnian budaya
serta kesepaduan sosialnya. Dua perkara yang mewarnai Tamadun Melayu adalah Bahasa
Melayu dan Agama Islam.

1(a): Dua Sumbangan Tamadun Melayu

Tamadun Melayu telah memainkan peranan yang penting dan memberi sumbangan
yang banyak dalam pembinaan akhlak, bahasa dan sastera, bidang seni, dan pendidikan.
Selain itu, tamadun Melayu telah menyumbang dalam kewujudan sistem perundangan yang
teratur untuk menjamin kemakmuran masyarakat. Tamadun Melayu juga adalah asas
tamadun Malaysia dalam membimbing negara ke arah kemajuan dari segi ekonomi,
pendidikan, pemerintahan, kemurnian budaya dan keindahan seni.

Budaya merupakan satu proses pekembangan sahsiah, akal semangat dan usaha
manusia dalam satu kelompok. Budaya adalah tamadun atau peradaban, kemajuan fikiran
atau akal budi iaitu cara berfifkir, berkelakuan dan sebagainya. Budaya menampakkan
keseluruhan hidup manusia yang kompleks yang dipraktik dalam sesuatu masyarakat secara
pembelajaran dan warisan. Budaya dapat disamakan sebagai segala kegiatan manusia yang
bersangkutan budi dan akal. Dengan budaya ini, ia akan melambangkan identity sesebuah
negara atau peradaban. Budaya juga memupuk nilai-nilai kebangsaan serta menjadikan
amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi.

Terdapat beberapa sumbangan tamadun Melayu dari perspektif pemupukan nilai


estetika dan budaya yang dalam dikaitkan dengan ketiga-tiga video yang diberikan.
Antaranya dari segi muzik. Masyarakat Melayu mempunyai alat-alat bunyian untuk hiburan
dan tujuan tertentu. Seni lagu dan muzik tamadun Melayu tidak terkecuali daripada pengaruh
Islam seperti muzik nasyid qasidah, dakwah, muzik Melayu asli dan sebagainya (Darusalam,
2017). Kebanyakkan alat muzik dihasilkan untuk mengiringi sesuatu persembahan tarian atau
nyanian. Elemen muzik dalam ketiga-tiga video adalah seperti pengunaan alat-alat muzik
2
MPU3122
dimana masyarakat Melayu terkenal dengan penciptaan pealatan muzik seperti kompang,
gong, rebana, gambang, gambus, seruling dan banyak lagi. Elemen muzik ini adalah antara
penyumbang tamadun Melayu. Muzik ini digunakan sebagai medium hiburan, lambang
identiti bangsa Melayu dan sebagai media untuk tujuan Pendidikan. Walaupun muzik Melayu
telah melalui proses evolusi yang agak luas namun masih dapat megekalkan bunyian dan
perasaannya yang unik. Dapat dinyatakan bahawa perubahan penggunaan alat-alat muzik
dalam Tamadun Melayu ini mengalami perubahan mengikut era perkembangan industry
muzik dan bertambah baik.

Selain itu, elemen pakaian antara sumbangan Tamadun Melayu yang dapat dilhat
dalam ketiga-tiga video. Memupuk sifat kreativiti yang berkaitan dengan zaman dahulu yang
mengembangkan dan menetapkan gaya pakaian untuk generasi akan datang mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap peradaban. Pakaian jenis ini sentiasa berkembang dan
berkembang. Fesyen pada zaman ini lebih moden, mencerminkan selera pelanggan dan
permintaan dan kehendak masyarakat, serta gaya walaupun tidak mempunyai pebezaan
ketara. Penyanyi-penyanyi dalam video mengenakan baju melayu, baju kebaya dan baju
kurung yang pelbagai pemakaiannya Contohnya dalam semua video ini pakaian yang
dikenakan menutup badan dan bersopan bersesuaian dengan budaya Melayu dan ajaran
agama Islam yang

1(b): Pengalaman Penemuan, Perbezaan Dan Persamaan

Terdapat pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalankan kajian
terhadap video-video. Disini akan saya kongsikan penemuan yang telah saya perolehi.
Terdapat beberapa berbezaan dan persamaan antara ketiga-tiga video yang diberikan.
Perbezaan pertama adalah dari segi penyanyinya. Video 1 iaitu versi asal dinyanyikan pada
tahun 1968 oleh S. Radziah bersama orkes Gambos Penambang manakala video 2
dinyanyikan pada tahun 2013 oleh Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin bersama
Orkestra Traditional Malaysia dan video 3 dinyanyikan pada tahun 2020 oleh Elly Mazlen,
Faizal Tahir dan Zizi Kirana Bersama UMG (bagi pihak Universal Music Sdn Bhd).

Dari segi lirik dan genre pula, ketiga-tiga video ini menunjukkan perbezaan. Selain
itu, dari versi asal ke versi terbaru, liriknya diubahsuai mengikut citarasa terkini dan
mengikut peredaran masa. Lirik dalam video 1Mendengar lirik dan menganalisa irama lagu-
3
MPU3122
lagu Melayu jelas menunjukkan betapa bijak dan kreatif masyarakat Melayu sejak mulanya ia
berkembangan sehingga sekarang. Manakala genre lagu dalam video 1 berbentuk irama
Malaysia. Genre video 2 juga berbentuk irama Malaysia tdan rancak. Manakala Lagu Empat
Dara versi 2020 telah perbaharui dengan menampilkan beberapa genre music. Ada “pop
dance”, rap, ada lenggok tradisional yang dinyanyikan.

Perbezaan ketiga pula, dari segi penyampaian lagu-lagu tersebut. Dalam video 1
penyampaiannya memang terasa keaslian dan keasyikan irama Melayu. Namun hanya suara
penyanyi kedengaran dan gambar hiasan seperti muka penyanyi, gambar masjid, dan gambar
ukiran yang sahaja dimana tiada sebarang ilustrasi yang memeriahkan video ini selain
pengeluaran lagu dalam prirng hitam. Manakala video 2 pula, persembahan disampaikan
secara langsung kepada penonton di mana nyanyian dan muzik secara langsung
dipersembahkan di atas pentas. Tidak kurang daripada nyanyian, tarian juga dimasukkan
semasa penyampaian video 2 ini. Ini akan dapat tarikan penonton yang berminat dalam
bidang nyayian untuk datang dan menyaksikan persembahan secara langsung. Dalam video 3,
pelbagai elemen baru dimasukkan. Penyampaian video 3 ini dalam bentuk ilustrasi dimana
digabungkan dengan elemen lenggokan era moden supaya lebih menarik minat pendengar.
Ini dapat dinyatakan kemajuan bidang multimedia yang kian berkembang di negara ini.
Pelbagai elemen ilustrasi telah dimasukkan sebagai latarbelakang antara yang tempat-tempat
menarik di Malaysia seperi KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Menara Condong, Batu Caves
serta pelbagai yang berkaitan alam semulajadi.

Manakala dari segi persamaan pula, ketiga-tiga versi lagu ini dinyanyikan
dalam Bahasa Melayu yang harus diberi pujian. Ini kerana kebanyakkan lagu keluaran terkini
mempunyai sedikit sentuhan barat dimana penggunaan Bahasa Inggeris yang berleluasa.
Walaupun terdapat perbezaan lirik, namun terdapat unsur -unsur nasihat dalm lagu-lagu ini.
Antara nasihat ialah sebagai gadis melayu seseorang itu haruslah menjaga keperibadian
mereka tidak kira tinggal di desa atau di kota. Adap dan tatasusila perlu dijaga walau
berada di mana-mana sekali pun. Penggiat, terutama NGO dalam industri ini perlu
mempunyai anjakan paradigma dan perubahan minda serta berani dan sentiasa mencuba
sesuatu yang baru demi pembangunan dan kejayaan industri ini (Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan, 2005).

4
MPU3122
Selain itu, cara berpakaian juga mempunyai persamaan. Oleh kerana video 1 tiada
sebarang persembahan akan tetapi dalam video 2 & 3 semua artis yang terlibat mengenakan
pakaian tradisional orang Melayu. Contohnya pemakaian baju kurung, baju melayu, kain
batik serta aksesori yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Ini dapat dinyatakan
walaupun setiap lagu mempunyai perbezaan tahun dan era namun akar umbi sesebuah
masyarakat tidak dilupakan.

1(c): Pemilihan Video

Setelah menyaksikan ketiga-tiga video ini, saya berasa video 2 yang telah menarik
perhatian saya, Ini kerana saya membesar pada era kegemilangan Dato' Sri Hajah Siti
Nurhaliza Binti Tarudin. Beliau seorang penyanyi, penulis lirik, pelakon dan juga seorang
usahawati yang mempunyai produk kecantikkan tersendiri. Telah menceburi bidang nyanyian
pada usia yang muda. Beliau telah memenangi Bintang MHI pada tahun 1995. Dato' Sri
Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin telah menyanyikan dalam pelbagai bahasa. Oleh hal ini,
beliau dikenali pada peringkat antarabangsa. Beliau telah mendapat lebih 300 anugerah
tempatan dan antarabangsa dalam bidang nyanyiannya.

Walaupun terdapat nama-nama besar masa kini yang mengangkat genre tradisional
seperti, Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin namun tumpuan dan kepakaran beliau
bukanlah menjurus kepada lagu Melayu asli. (Ahmed & Kechot, 2015) Pemyampaian dalam
video 2 ini begitu bersopan-santun, masih menjunjung tinggi budaya timur yang sopan amat
menarik. Dalam video Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin berkeupayaan untuk
mengawal keseluruhan penonton yang meyaksikan. Memainkan muzik secara langsung oleh
Orkestra Traditional Malaysia memerlukan latihan dan displin yang kental. Ini kerana jika
berlaku sebarang kesilapan pasti seluruh persembahan akan mendapat kritikan. Tidak lupakan
juga penari-penari yang mengambil bahagian dalam Konsert Lentera Timur 2013 yang
berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya yang tidak langsung melakukan kesilapan.

Bagi saya nilai yang terkandung dalam video ini adalah nilai kebudayan tidak
dilupakan. Ia dapat dilihat dari segi pemyampaian lagu, dimana lagu lama yang kian
dilupakan diberi genre baru mengikut peredaran zaman. Dalam hal ini penyanyi
memperjuangkan lagu irama tradisional. Selain itu, nilai seperti sikap sopan santun dan lemah
lembut diterapkan dalam penyampaian dimana lagu ini disampaikan dengan mesra dengan
5
MPU3122
senyuman yang boleh memberi aura yang positif. Selain itu, nasihat an teguran diberikan
dalam maksud yang tersirat semasa menyampaikan lagu.

1(d): Tugasan Brosur (PDF)

1.1: Kesimpulan

Secara kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa tamadun Melayu mempunyai


pelbagai pencapaian yang terbukti dan berjaya membina kegemilangannya selepas
kedatangan Islam. Telah wujudnya sistem perundangna, kemajuan dalm ilmu pengetahuan,
penempatan masyarakat Melayu yang tersusun, wujudnya sistem organisasi sosial yang
kukuh dalam bidang pentadbiran, ekonomi, politik dan agama, penggunaan system tulisan,
komunikasi dan bahasa, peningkatan dalam kualiti hidup melalui Pendidikan, kesihatan serta
kepercayaan agama Islam.

Dalam tugasan ini telah dibincangkan sumbangan tamadun Melayu dari perspektif
pemupukan nilai estetika dan budaya. Terdapat sumbangan yang sehingga kini memberi
faedah di kalangan masyarakat kini. Ia dapat dinyatakan dengan melihat kejayaan kehidupan
bangsa Melayu di negara ini. Bangsa Melayu harus berasa bersyukur dan berterima kasih
kepada ahli-ahli falsafah, tokoh-tokoh yang melibatkan diri dalam pembentukkan sesebuah
Tamadun. Kejayaan masyarakat Melayu silam mencorakkan tmadun dan budaya
menyebabkan bangsa Melayu menjadi satu rumpun bangsa yang dikenali, dihormati dan
disanjung tinggi.

Tugasan 2
2.0 Refleksi

Sebelum saya memulakan refleksi ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Encik Hamilan Bin Soni, pensyarah eTutorial subjek Tamadun Islam Dan Tamadun
Asia (MPU3122), atas tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini serta kepada Open
University Malaysia (OUM) bagi menganjurkan Bengkel Teknik Menulis Tugasan Esei yang
sedikit sebanyak membantu saya sebagai pelajar baru. Dengan bimbingan ini saya akhirnya
berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Melalui semua elemen penting dalam
Tamadun Melayu, saya juga telah membuat banyak kajian mengenai lagu-lagu ini untuk
6
MPU3122
memahami lebih lanjut mengenainya. Selain itu, tujuan utama tugasan ini ialah adalah
memahami lebih lanjut unsur-unsur kesenian dan kebudayan dari segi peredaran masa dalam
Tamadun Melayu dari dulu hingga kini.

Pengalaman sebelum menonton ketiga-tiga video ialah tidak mempunyai sebarang


idea mengenai konsep lagu-lagu melayu kerana saya amat jarang mendengar lagu-lagu ini
Boleh dikatakan hanya berberapa lagu sahaja dalam senarai lagu yang didengar oleh saya.
Lebih- lebih lagi lagu-lagu lama ini, saya langsung tiada pengetahuan atau pengalaman
terhadapnya. Ini bukan kerana tidak berminat, tetapi keadaan persekitaran saya. Namun ada
beberapa seniman yang saya kenal dalam industri musik negara antaranya Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad,
Datuk Sheila Majid, Ella dan juga Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin yang
mencipta nama negara di persada dunia.

Semasa menonton ketiga-tiga video saya berasa hairan adakah ia penting untuk
pembelajaran saya? Apakan kaitan Lagu Empat Dara dengan Tamadun Melayu? Banyak
soalan bermain dalam fikiran saya. Namun saya menepikan semua soalan ini dan mula
melakukan kajian saya. Setelah mendengar setiap versi lagu Empat Dara saya meghayati lagu
dari segi kemerduan, lirik, muzik dan kerancakkannya. Saya memang tidak dapat menafikan
bahawa lagu-lagu Melayu yang telah diubahsuai kini mendapat sambutan yang baik di
pasaran. Walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai lagu-lagu yang
dibincangkan, namun saya berusaha untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang berkaitan
dengan lagu Empat Dara dari versi asal ke versi 2020.

Setelah selesai mendengar ketiga-tiga versi lagu, saya megetahui bahawa ia berkaitan
dengan nilai-nilai yang diterapkan dalam Tamadun Melayu yang mengalami perubahan
zaman. Seperti lagu-lagu ini, Tamadun Melayu juga mengalami beberapa perubahan dari
pelbagai aspek. Dalam kajian ini, hasil pencapaian dalam bidang kesenian diberi tumpuan.
Lagu-lagu lama yang semakin pupus diberi nafas baru dengan sedikit pengubahsuaian
mengikut citarasa terkini dengan penggunaan teknologi dalam industri muzik negara. Dengan
cara ini, saya mendapati lagu-lagu lama yang mempunyai ciri-ciri tersendiri akan terpelihara.
Penggunaan alat-alat muzik yang pelbagai di setiap versi lagu-lagu ini serta penyanyi-
penyanyi yang menyampaikan juga mendapat sambutan pada era-era tertentu menarik

7
MPU3122
perhatian saya. Dapat dinyatakan perubahan minda serta berani dan sentiasa mencuba sesuatu
yang baru demi pembangunan dan kejayaan industri muzik ini.

Sementara itu, ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini saya banyak melibatkan
diri dalam bidang teknologi maklumat. Semasa membina brosur saya telah melayari aplikasi
“Canva” dimana proses pembuatan brosur menjadi lebih mudah dan senang. Banyak
kreativiti disedaikan untuk pengguna dalam aplikasi ini Kini, saya juga lebih arif dalam
pelbagai carian dalam internet seperti pencarian jurnal-jurnal dan laman sesawang yang
berkaitan. Lebih-lebih lagi, tugasan ini perlu menggunakan gaya APA atau "American
Psychological Association" untuk rujukan dalam tugas ini. Ini mendorong saya untuk belajar
dan melakukan penyelidikan mendalam untuk merujuk kepada pendekatan tersebut. Tetapi,
walaupun sukar sedikit namun saya telah berjaya mempelajari sesuatu yang baru yang
meningkatkan kemahiran saya.

Ingin saya nyatakan kebelakangan ini saya lebih pandai membahagikan masa saya
antara tugasan kerja, tugasan pelajaran dan tugasan rumah. Pembahagian masa ini akan
membantu saya menguruskan aktiviti yang lebih sukar pada masa akan datang dengan masa
yang lebih singkat. Saya juga memahami bahawa tugasan ini banyak memberi ilmu
pengetahuan dalam mendalami Tamadun Melayu. Akhirnya, saya begitu berpuas hati dengan
hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.

(2500 Patah Perkataan)

3.0 Rujukan

Ahmed, I., & Kechot, A. (2015). LAGU MELAYU ASLI: UNSUR SINKRETISME DALAM.
Dicapai Dari : http://journalarticle.ukm.my
http://journalarticle.ukm.my/9462/1/11451-31081-2-PB.pdf

Darusalam, G. (2017). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Open University Malaysia
(OUM).

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. (September 2005). Dasar Dan Strategi
Pembangunan Industri Muzik Malaysia .
Dicapai Dari : https://www.kkmm.gov.my
https://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/dasar_industri_muzik.pdf abgerufen

Anda mungkin juga menyukai