Anda di halaman 1dari 16

QGJ3033

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

JENIS TUGASAN:
ARTIKEL ILMIAH

TAJUK:
MENGHARGI BUDAYA BANGSA KITA

DISEDIAKAN OLEH:
Nama TEH HUEY THARNG
No. Matrik D20112054989
Kumpulan UPSI21
Nama Pensyarah E-Learning RUAIBAH YAZANI BINTI TENGAH
No. Telefon Pelajar 012-5088348

1
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1 Tajuk Tugasan 3
2 Definisi seni dan kebudayaan 3
3 Fungsi seni dan kebudayaan 3-6
Riadah
Kecergasan
Keagamaan
Sosialisasi
Ritual
Identiti
4 Penglibatan masyarakat dalam seni dan kebudayaan dapat meningkatkan: 7 -9
Kecergasan fizikal
Perpaduan Kaum
Ekonomi
5 Pendapat dan pandangan anda terhadap penglibatan murid di sekolah 10 -12
masing-masing dalam aktiviti seni dan kebudayaan khususnya aktiviti
tarian dan permainan traditional
Sukarela
Minat
Motivasi
(a)Motivasi Rakan Sebaya
(b)Motivasi Ibu Bapa
(c)Motivasi Pendidik Sekolah
Hari Terbuka
6 Kepentingan penglibatan aktif murid sekolah rendah dalam seni dan 13 - 14
kebudayaan terhadap perkembangan domain
Psikomotor
Kognitif
Afektif
7 Rumusan atau Penutup 15
8 Rujukan 16

2
Tajuk Semailah Seni dan Kebudaaan Dalam Masyarakat Kita

Objektif
Objektif seni dan kebudayaan dalam pendidikan adalah:-
1. Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
2. Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
3. Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di
peringkat antarabangsa.
4. Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
5. Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

Definisi seni dan kebudayaan

Menurut Kamus Dewan, seni merupakan satu bentuk karya seperti pantun, ukiran,
muzik dan lain-lain yang dapat dicipta dengan bakat yang tersendiri. Karya seni adalah
pelbagai berdasarkan latar belakang dan sosiademografi sesebuah masyarakat. Bagi
kebudayaan pula, membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradapan dan
kemajuan. Kebudayaan juga boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat
yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Fungsi seni dan kebudayaan

Seni dan kebudayaan telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat
Malaysia. Selain menjadi symbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga
merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat
Malaysia
Fungsi seni dan kebudayaan dapat dipecahkan kepada 6 bahagian iaitu:
i. Riadah
ii. Kecergasan
iii. Keagamaan
iv. Sosialisasi
v. Ritual
vi. Identity
3
Fungsi seni dan kebudayaan dalam riadah

Aktiviti seni dan kebudayaan telah menjadi salah satu medium riadah yang amat
penting bagi masyarakat Malaysia. Kesibukan hidup masa kini telah mendorong
pembangunan industri seni dan kebudayaan kerana masyarakat semakin dahagakan aktiviti
seni dan kebudayaan sebagai medium escapism dari kesibukan seharian. (Modul Sukan
Sepanjang Hayat dan Rekreasi, muka surat 46)
Menjalankan aktiviti riadah dapat menenangkan fikiran kita setelah sehari suntuk
penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran (bagi mereka yang terlibat dalam bidang
pendidikan ), dan pekerjaan (bagi golongan yang bekerja).
Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan riadah di setiap taman perumahan.
Lokasinya adalah sangat strtegik serta sesuai untuk rakyatnya mengamalkan gaya hidup yang
sihat.

Fungsi seni dan kebudayaan dalam kecergasan

Seni dan kebudayaan juga menjadi medium membina kecergasan fizikal dan mental.
Aktiviti seperti tarian contohnya dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular selain
membina kordinasi dan kelenturan tubuh badan. (Modul Sukan Sepanjang Hayat dan
Rekreasi, muka surat 46)
Dalam kehidupan seharian, kecergasan merupakan aspek penting bagi membolehkan
seseorang bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Selain dari kemahiran yang
tinggi, kemampatan kecergasan juga memainkan peranan penting bagi seseorang dalam
mengharungi aktiviti hariannya.
Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf
kesihatan setiap insan. Amalan bersenam yang berkala akan dapat meningkatkan tahap
kecergasan fizikal dan seterusnya menjauhkan seseorang daripada penyakit.

4
Fungsi seni dan kebudayaan dalam keagamaan

Aktiviti seni dan kebudayaan juga berperanan sebagai agen pemupukan amalan
keagamaan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Aktiviti seperti nasyid, marhaban dan
hadran merupakan aktiviti kesenian Islam yang berkait rapat dengan amalan keagamaan.
Melalui aktiviti kesenian sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara
berkesan. (Modul Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi, muka surat 46)
Seni dan kebudayaan dalam agama bertindak sebagai satu pelindung kepada
masyarakat dalam meningkatkan kesedaran masyarakat agar berbakti kepada Tuhan.
Peranannya telah menjadi dasar dan pedoman kepada rakyat dalam masyarakat yang
diterapkan secara turun-temurun tanpa mengira bangsa dan agama. Fungsinya adalah
membantu seseorang individu dalam mengekspresikan dirinya supaya rajin mendapatkan
pengetahuan.

Fungsi seni dan kebudayaan dalam sosialisasi

Sosialisasi merupakan salah satu amalan terpenting dalam kehidupan masyarakat


Malaysia. Sehubungan itu, aktiviti seni dan kebudayaan telah menjadi salah satu medium
yang ter penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti ini, perpaduan
antara kaum serta sikap saling hormat menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan
masyarakat majmuk yang harmoni. (Modul Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi, muka surat
46)
Seseorang individu mengalami proses sosialisasi sejak lahir. Individu tersebut
mempelajari norma, nilai dan juga peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses
pembudayaan yang disebut enkulturasi dan ia sesuai dengan kehendak-kehendak budaya
individu tersebut.

5
Fungsi seni dan kebudayaan dalam ritual

Seni dan kebudayaan juga memainkan peranan dalam ritual. Masyarakat Malaysia
mempunyai pelbagai upacara ritual yang amat kompleks dan tersendiri berdasarkan budaya
sesuatu kaum tersebut. Sebagai contoh, masyarakat Orang Asal dengan tarian sewangnya
manakala masyarakat Melayu dengan Tarian Ulik Mayangnya. Kedua-dua amalan ini berkait
rapat dengan upacara ritual. Sehubungan itu, aktiviti seni dan kebudayaan telah menjadi salah
satu medium ritual dalam kalangan masyarakat Malaysia. (Modul Sukan Sepanjang Hayat
dan Rekreasi, muka surat 47)

Fungsi seni dan kebudayaan dalam identiti

Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam masyarakat


Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah ,e,bentuk suatu identity bangsa Malaysia yang
amat unik. Identity ini seharusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat
Negara ini. Keunikan identity ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah
masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan.
(Modul Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi, muka surat 47)
Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah berpegang teguh dengan pepatah biar mati
anak, jangan mati adat agar imej bangsa dan budaya Negara kita dapat terus terpelihara dan
bertahan sampai bila-bila.

6
Penglibatan Masyarakat Dalam Seni Dan Kebudayaan Dapat Meningkatkan
Kecergasan Fizikal Masyarakat Di Malaysia

Di dalam Negara kita Malaysia, ramai yang menghidapi pelbagai jenis penyakit akibat
tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Contohnya adalah seperti penyakit sedentari atau
penyakit hipokinetik yang disebabkan oleh kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal,
mengamalkan corak pemakanan yang tidak seimbang serta amalan gaya hidup yang tidak
sihat seperti merokok, minum minuman keras, menghisap dadah dan sebagainya. Selain
daripada penyakit-penyakit yang disebut di atas, obesiti juga merupakan salah penyakit yang
menyerang baik golongan muda mahupun golongan tua.
Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia digalakkan untuk melakukan aktiviti
kecergasan seperti berjogging serta melakukan senam robik supaya dapat membantu mereka
menghindari penyakit sedentari dan obesiti. Melalui aktiviti-aktiviti kecergasan, komposisi
lemak yang terdapat dalam badan terutamanya kadar peratusan lemak badan dapat dikawal
dan dikurangkan dan seterusnya dapat mengelakkan masalah obesiti.
Melakukan aktiviti fizikal secara berkala juga dapat meningkatkan taraf kesihatan.
Kesannya bukan sahaja meliputi segi fizikal tetapi juga dari psikologi dan emosi. Antara
faedahnya adalah dapat meningkatkan kecergasan pada organ-organ jantung, paru-paru serta
memperbaiki sistem peredaran darah dengan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
dan meningkatkan peredaran darah seluruh badan.
Kesimpulannya, penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti kecergasan akan membawa
pelbagai faedah kepada semua masyarakat. Oleh itu, rakyat Malaysia digalakkan menyertai
semua jenis aktiviti-aktiviti kecergasan yang sesuai dengan tahap kesihatan masing-masing
supaya dapat bebas dari penyakit boleh memudaratkat kesihatan.

7
Penglibatan Masyarakat Dalam Seni Dan Kebudayaan Dapat Meningkatkan
Perpaduan Kaum Masyarakat Di Malaysia

Malaysia merupakan satu negara yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa, agama dan
budaya. Oleh itu, perpaduan yang erat telah menjamin kesejahteraan masyarakat dalam
mengejar kemajuan individu, keluarga dan negara.
Perpaduan bukan sesuatu yang sukar untuk dicapai. Perpaduan boleh dicapai melalui
kesenian dan kebudayaan jika masyarakat Malaysia dapat melahirkan sifat inovatif dan
kreatif, sememangnya perpaduan dapat ditingkatkan.
Pembangunan seni dan kebudayaan adalah sangat penting dalam mewujudkan sebuah
negara yang stabil dan bersatupadu. Perpaduan kaum dan negara dapat dicapai melalui seni
dan kebudayaan yang kuat di mana ia dapat memupuk dan memelihara keperibadian
sesebuah negara, memperkayakan serta mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang.

Penglibatan Masyarakat Dalam Seni Dan Kebudayaan Dapat Meningkatkan Ekonomi


Masyarakat Di Malaysia

Seni dan kebudayaan dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Pembangunan


bandar-bandar merupakan salah satu pembangunan seni dan kebudayaan. Pembinaan
bangunan yang pelbagai telah menunjukkan perubahan pesat kepada gaya hidup rakyat
Malaysia. Pembangunan ekonomi yang berpusat bukan sahaja di bandar-bandar, malah di
kawasan kampong pada masa sekarang telah banyak menarik ramai pelancong dari luar
bandar, luar negeri dan juga luar negara. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur
budaya bagi mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang
berbeza daripada gaya hidup golongan elit di bandar dan di negara kita telah memberikan
peluang kepada mereka untuk mengisi masa kelapangan.
Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden telah mendorongkan kepada
peningkatan perkembangan seni dan budaya budaya Malaysia. Teknologi yang ada pada
zaman moden kini telah membolehkan produktiviti ditingkatkan. Dengan itu, penawaran
bahan-bahan seni dan budaya telah disebarkan secara meluas iaitu globalisasi.
Dengan adanya perkembangan seni dan kebudayaan, maka peluang pekerjaan untuk
ramai orang dalam industri yang sama pun meningkat. Mereka yang berkebolehan dan
8
berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang seni dan kebudayaan yang dilahirkan
negara.berkaitan.
Kerajaan juga sangat menggalakkan rakyatnya dalam membangunkan seni dan
budaya kita. Malah terdapat juga peruntukkan yang disalarkan. Walaupun peruntukkan yang
disalurkan tidak seberapa, namun ia sekadar cukup untuk membangunkan sedikit sebanyak
budaya kita secara pelahan dan berperingkat. Pelbagai pameran, seminar, bengkel,
pertandingan dan aktiviti seni telah dianjurkan dalam negara kita bagi memupuk minat
generasi muda supaya apabila mereka dewasa kelak, dapat menyumbang kepada
pembangunan negara.
Penglibatan masyarakat dalam permainan traditional seperti silat, kompang,
pertandingan laying-layang dan penglibatan murid dalam aktiviti sekolah seperti action song,
persatuan-persatuan, syair, pantun, nasyid dan lain-lain aktiviti dapat membantu
meningkatkan kecergasan fizikal, perpaduan kaum dan ekonomi masyarakat di Malaysia.

9
Pendapat dan pandangan saya terhadap penglibatan murid di sekolah dalam aktiviti-
aktiviti seni dan kebudayaan khususnya aktiviti tarian dan permainan tradisional

Pada pendapat saya, terdapat empat sebab utama yang mendorong murid di sekolah
saya terlibat dalam aktiviti seni dan kebudayaan khususnya aktiviti tarian dan permainan
tradisional. Selain daripada itu, aktiviti seni dan kebudayaan bukan sahaja tertumpu pada
aktiviti tradisional pada zaman yang mengalami transformasi ini, malah aktiviti-aktiviti
traditional juga banyak dimodenkan mengikut pengaliran masa.
Empat sebab utama yang mendorong murid di sekolah saya terlibat dalam aktiviti seni
dan kebudayaan adalah sukarela, minat, motivasi dan Hari Terbuka.

Sukarela
Sebahagian daripada murid di sekolah saya menyertai aktiviti-aktiviti seni dan
kebudayaan seperti tarian dan permainan secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana
pihak. Biasanya murid yang sedemikian akan memilih sekurang-kurangnya dua atau tiga
jenis aktiviti yang berlainan yang dirasai seronok bagi mereka untuk membuat perbandingan
sebelum betul-betul memilih aktiviti yang paling disukai oleh mereka sebelum membuat
keputusan bidang mana yang paling sesuai dengan peribadi masing-masing.

Minat
Kebanyakkan murid di sekolah saya menyertai menyertai aktiviti-aktiviti seni dan
kebudayaan seperti tarian dan permainan disebabkan minat yang mendalam. Aktiviti-aktiviti
seni dan kebudayaan yang banyak mendapat sambutan adalah seperti Kompang, Nasyid,
Chorus Speaking (Bahasa Melayu), Chorus Speaking (Bahasa English), Chorus Speaking
(Bahasa Arab), Action Songs, Kelab Muzik, Kelab Tarian, Persembahan Pentas, Sukan dan
Permainan serta Unit Badan Beruniform.
Satu sebab utama kebanyakkan murid di sekolah saya minat menyertai aktiviti-aktiviti
kokurikulum sekolah adalah mereka berpeluang untuk keluar bertanding bagi pihak sekolah.
Ini kerana anak murid di sekolah merupakan individu-individu yang aktif dan sukakan
aktiviti yang merupakan persembahan. Selain daripada itu, setiap kali sekolah mengadakan
sebarang program, pastinya slot persembanhan tidak akan ketinggalan. Anak murid saya akan
sentiasa bersungguh-sungguh memastikan slot persembahan tersebut tidak menjadi sia-sia.

10
Motivasi
Motivasi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu motivasi rakan sebaya,
motivasi ibu bapa dan motivasi pendidik sekolah.

Motivasi Rakan Sebaya


Motivasi yang dirikan oleh rakan sebaya merupakan salah satu faktor tidak langsung
dalam menaikkan semangat masing-masing dalam menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum di
sekolah. Motivasi yang sedemikian dapat menimbulkan serta melahirkan keyakinan rakan
sebaya masing-masing dalam membuat keputusan dalam pemilihan aktiviti kokurikulum
yang sesuai dengan diri masing-masing.

Motivasi Ibu Bapa


Motivasi yang diberikan oleh ibu bapa murid sangat memberangsangkan. Ini kerana
mereka telah didedahkan dengan Program Sarana Ibu Bapa yang dianjurkan oleh pihak
sekolah saya. Dengan bantuan Program Sarana Ibu Bapa, mereka sekarang lebih memahami
keputusan akademik dan juga keputasan kokurikulum adalah sama penting di antara satu
sama lain. Oleh sebab itu, dorongan daripada ibu dan bapa juga memberikan motivasi yang
tinggi kepada anak-anak mereka dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

Motivasi Pendidik Sekolah


Selain motivasi daripada rakan sebaya dan ibu bapa, motivasi guru-guru di sekolah
merupakan dorongan yang utama dan paling penting sekali. Tanpa dorongan daripada guru-
guru sekolah, anak murid zaman sekarang pastinya tidak akan melibatkan diri langsung
dalam aktiviti selain akedsemik. Ini kerana dalam bidang pelajaran, para guru lebih tahu
tentang kepentingan penglibatan murid dalam aktiviti sedemikian dan mempunyai
tanggungjawab terhadap anak muridnya.

11
Hari Terbuka
Sekolah saya pernah buat Hari Terbuka sebelum ini dan sambutan yang diterima agak
memberangsangkan. Tujuan sekolah saya berbuat demikian adalah untuk:-

i. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,


jasmani dan emosi murid-murid;
ii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah
dan di antara sekolah;
iii. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi;
iv. Membina dan meningkatkan disiplin murid dan
v. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala
antara sekolah dan masyarakat

12
Kepentingan penglibatan aktif murid sekolah rendah dalam seni dan kebudayaan
terhadap perkembangan domain psikomotor, kognitif dan afektif.

Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan seni dan
budaya dalam negara kita, pelbagai jenis program telah dilaksanakan bagi membantu
meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia di semua
peringkat.
Walaubagaimanapun, aktiviti kokurikulum di sekolah rendah hanya dibukakan dan
diwajibkan kepada murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, Tahan 5 dan Tahun 6. Namun
demikian, di negeri Terengganu, kami telah melahirkan beberapa aktiviti seperti Action Song,
Smart English dan Story Telling untuk murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, Tahun 2 dan
Tahun 3.
Sekiranya semua murid sentiasa terlibat secara aktif dalam aktiviti seni dan
kebudayaan, mereka akan dapat mengekalkan serta membantu diri masing-masing dalam
memperkembangkan keadaan psikomotor, kognitif serta afektif mereka.

Psikomotor
Domain psikomotor merujuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau
gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental. (dalam Iberahim
Hassan 2001). Objektif ini adalah dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) di mana ia
mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan amalan
menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik
dalam kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
Berdasarkan objektif di atas, dengan menyertai aktiviti seni dan kebudayaan secara
aktif murid akan dapat menguatkan sistem kardiovaskular, meningkatkan daya tahan otot,
memberi ketangkasan dan kecergasan pada tubuh badan, mengelakkan kecederaan pada
anggota badan, meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui aktiviti sukan yang
dijalankan, meningkatkan kesihatan dan mengelakkandiri masing-masing daripada sebarang
penyakit kronik serta meningkatkan dan mengekalkan kecergasan yang berasaskan kesihatan
dan perlakuan motor dalam diri masing-masing.

13
Kognitif
Domain kognitif merupakan ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah
dan aplisiasi, estetika serta seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). B.S. Bloom
(1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ia mementingkan perkembangan potensi
murid dari segi interlek.
Dengan adanya penglibatan aktif dalam aktiviti seni dan kebudayaan, murid akan
mempunyai ciri-ciri kognitif adalah seperti:-
a. Berupaya membentuk daya pemikiran yang positif
b. Mewujudkan daya pemikiran yang kreatif dan kritis
c. Dapat berfikir secara waras
d. Dapat melahirkan idea yang bernas
e. Membantu negara kita melahirkan modal insane yang celik akal

Afektif
Domain afektif merujuk kepada aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat,
keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. (dalam
Iberahim Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan domain ini
mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.
Dengan adanya penglibatan aktif dalam aktiviti seni dan kebudayaan, murid akan
dapat melahirkan sifat saling tolong menolong serta mampu dan dapat menyesuaikan diri
dengan apa jua keadaan di sekeliling masyarakat setempatnya. Selain daripada itu, murid
akan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang
tidak menyihatkan. Akhir sekali, setiap insan yang terlibat aktif dengan aktiviti seni dan
kebudayaan sekolah akan dapat membina hubungan yang sihat dengan ahli keluarga, rakan
sekolah dan juga ahli masyarakat setempat.

14
Rumusan atau Penutup
Seni dan kebudayaan dapat membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang
sihat dan cergas. Sebagai pendidik, kita seharunya membantu mengekalkannya demi
kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita dapat mengetahui asal usul
kita. Dengan ini, kita tidak akan mudah lupa akan daratan.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, masyarakat mestilah didedahkan dengan
kekayaan warisan budaya negara yang sedia ada. Selain mengalakkan anak murid kita supaya
aktif dalam aktiviti seni dan kebudayaan di sekolah, sebagai cadangannya, kita juga boleh
menganjurkan kempen, ceramah, serta pameran untuk menghidupkan warisan seni dan
budaya Negara.
Melalui aktiviti seni dan kebudayaan yang dilaksanakan di sekolah, ia dapat
meningkatkan kecergasan fizikal, perpaduan kaum dan ekonomi masyarakat di Malaysia.
Anak murid kita akan dapat tahu cara untuk memperoleh fizikal yang cergas, mereka juga
akan sedar bahawa tanpa perpaduan rakyat Malaysia tidak akan dapat hidup dengan harmoni.
Dengan aktiviti seni dan kebudayaan yang dipraktikkan di sekolah murid pastinya dapat
membantu mengembangkan ekonomi negara Malaysia apabila masing-masing menjejak kaki
dalam masyarakat apabila dewasa kelak.

15
RUJUKAN
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku PanduanPengurusan
Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grak, Sdn. Bhd.
Budaya dan Kepelbagaian kelompok di Malaysia SlideShare www.slideshare.net
Budaya Mendaulatkan Martabat Bangsa
www.zanas.wordpress.com/pembinaanMalaysia/budaya

Dasar Kementerian MOTAC www.motac.gov.my/bm/profil.../dasar-kementerian.ht...

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan
dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Md Amin Md Taff, Jaffry Zakaria, Mazuki Mohd Yasim. Sukan Sepanjang Hayat & Rekreasi

16

Anda mungkin juga menyukai