Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Komunikasi merupakan satu kemahiran asas yang amat penting dalam bidang
kesukanan. Ini adalah kerana

kefasihan atau kelancaran seseorang berkomunikasi

dengan orang lain akan mempengaruhi persekitaran dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, sekolah merupakan satu tempat yang dapat berlatih muridmurid berkomunikasi dengan baik dan melahirkan murid-murid yang berkeyakinan diri
tinggi semasa bergaul dengan kawan-kawan di sekelilingnya.
Untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik, seseorang murid adalah
diminta menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas, di samping menggunakan bahasa
yang betul dan senang difahami. Ini dapat menarik perhatian pendengar supaya
memberikan tumpuan kepada apa yang ingin kita sampaikan.
Kesimpulannya, kemahiran berkomunikasi adalah amat ditekankan dalam bidang sukan
dan rekreasi, hal ini adalah kerana perlaksanaan bidang ini mempunyai beberapa
tingkat pengurusan, maka maklumat yang disampaikan kepada para peserta hendaklah
tepat demi tindakan dapat diambil dengan segera nya. Para peserta pula perlu
mempunyai kemahiran mendengar dan bertindak yang baik. Dengan adanya kemahiran
berkomunikasi yang baik, maka sesuatu tugasan akan dapat dijalankan dengan baik
dan mencapai kejayaan yang diingini.

Anda mungkin juga menyukai