Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMANT WITH HONOURS

SEMESTER MEI / 2021

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI : 820601146528001


NO. KAD PENGENALAN : 820601-14-6528
NO. TELEFON : 012-344 3118
E-MEL : kpremah@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM, SELANGOR


KANDUNGAN MUKASURAT

1.0: Pengenalan 1

1.1: Pengenalan Tentang Organisasi Yang Dipilih 1-2

1.2: Perbandingan Komunikasi Formal Dan Tidak Formal 3-5

1.3: Komunikasi Bukan Lisan Dalam Organisasi 5-6

1.4: 4 Jenis Halangan Dalam Komunikasi 6-8

1.5: Kaedah-kaedah Untuk Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi 8-9

1.6: Ringkasan 9 – 11

1.7: Rujukan 12
BBPP1103

1.0 Pengenalan

Komunikasi adalah satu proses pemindahan maklumat dan pengetahuan dari


seseorang individu kepada individu yang lain dengan menggunakan simbol-simbol yang
bermakna. Ia lebih cenderung kepada pertukaran idea, sikap, kepercayaan, pandangan dan
fakta dengan orang lain menggunakan pendekatan ini. Penghantaran tindakan atau proses
penghantaran fikiran, mesej atau maklumat adalah melalui saluran suara. Ia juga boleh
didefinisikan sebagai satu seni yang unik dan amalan ini berjaya menggunakan kata-kata
untuk menyampaikan maklumat atau pemikiran. Secara mudahnya, komunikasi adalah
tindakan yang berkaitan dengan atau bertukar idea dan maklumat dengan manusia lain secara
peribadi, melalui telefon atau melalui pesanan teks, mengikut bahasa badan, bahasa isyarat,
dan sebagainya. Seseorang individu yang pekak dan bisu, lebih cenderung menggunakan
isyarat atau perlakuan simbolik sebagai alat komunikasi tidak boleh diabaikan juga
(Fatimayin, 2018).

1.1 Pengenalan Tentang Organisasi Yang Dipilih

Tujuan tugasan ini adalah untuk menganalisis setiap aspek komunikasi dari segi
perbezaan serta halangan dan juga kaedah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi
dalam organisasi yang akan dibincangkan. Saya telah memulakan kerjaya saya di Galvapole
Industries Sdn Berhad pada 5 June 2015. Sudah 16 tahun saya berkhidmat dalam organisasi
ini. Ingin saya mengelupas sedikit sebanyak isu yang berkaitan dengan komunikasi yang
berlaku di dalam organisasi ini. Pada 3 Mac 1988 syarikat Marivale Sdn Bhd telah ditukar
nama kepada Galvapole Industries Sdn Bhd. Sudah 33 tahun organisasi ini memacak nama
dalam sektor perbuatan. Ibu pejabat dan kilang syarikat ini beroperasi di Seksyen 33, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan manakala cawangannya terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Sejak penubuhan Galvapole Industies Sdn Bhd pada tahun lewat 1980-an, kami telah
mengembangkan dan menginovasikan penawaran produk kami untuk memberikan
penyelesaian untuk pelbagai aplikasi dan industri termasuk sektor keselamatan,
telekomunikasi dan Minyak & Gas. Galvapole adalah sebuah organisasi yang berkecimpung
dalam bidang pembuatan Tiang Lampu Keluli. Pertumbuhan pesat infrastruktur negara dan
pembangunan bandar, Galvapole Industries Sdn Bhd berjaya melayani permintaan yang
1
BBPP1103
semakin meningkat untuk tiang keluli berkualiti tinggi. Sebagai salah satu pengeluar
terkemuka di rantau ini, Galvapole telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat dengan
kualiti melalui rangkaian produk tiang keluli unggul yang komprehensif untuk pelbagai
tujuan. Maka dengan itu terhasil pelbagai produk seperti tiang lampu jalan, tiang lalu lintas,
tiang lalulintas, tiang CCTV, tiang iklan, tiang stadium, tiang solar, tiang telekomunikasi dan
banyak lagi serta mempunyai ketinggian dari 3 meter sehingga ke 50 meter .

Pertambahan penggunaan CCTV baik di sektor awam dan swasta kerana keperluan
untuk pemantauan yang lebih baik dan isu keselamatan telah menciptakan permintaan untuk
tiang yang dirancang khusus bagi mengoptimumkan prestasi CCTV. Kami bekerjasama
dengan penyepadu sistem CCTV untuk memastikan pemasangan yang lengkap dan dirancang
dengan baik dengan mempertimbangkan semua aspek seperti prestasi CCTV,
penyelenggaraan dan juga keperluan estetik. Selain itu dalam industri telekomunikasi pula,
penyediaan perkhidmatan rangkaian secara rutin meningkatkan rangkaian telekomunikasi
selama satu dekad terakhir untuk memenuhi permintaan untuk liputan yang lebih baik dan
kecepatan yang lebih cepat. Galvapole memiliki pengalaman luas melalui kolaborasi dengan
syarikat telekomunikasi di Malaysia dan juga luar negara, yang memberi penyelesaian untuk
memenuhi perkembangan jaringan internet. Selain itu, perkembangan pesat infrastruktur
dalam sektor minyak dan gas juga menyumbang kepada permintaan terhadap tiang lampu
keluli Galvapole juga telah merancang dan membekalkan tiang yang bersesuaian dengan
keperluan industri ini. Kami selama satu dekad terakhir ini telah membekalkan tiang ke
syarikat pengeluar minyak & gas utama di Wilayah Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Secara keseluruhaannya Galvapole Industries Sdn Bhd, mempunyai kapasiti yang


boleh memenuhi keperluan pasaran kini. Ini semuanya telah berlaku dengan kerjasama
dengan tenaga pekerjanya. Syarikat Galvapole mempunyai jumlah keseluruhan 150 orang
pekerja termasuk lelaki dan perempuan. Seramai 32 orang adalah dalam bidang pegurusan
seperti Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Pemasaran & Jualan, Jabatan Kewangan &
Pentadbiran, Jabatan Logistik dan juga Jabatan Teknikal. Manakala sejumlah 118 orang
dimana 79 adalah warganegara dan selebihnya perkerja asing adalah dari Jabatan
Pengeluaran tiang lampu. Dapat dinyatakan, kebanyakkan pekerja di Galvapole mempunyai
pengalaman kerja yang lebih 10 tahun. Organisasi ini bukan sahaja perlu memenuhi
permintaan pasaran tempatan malah juga antarabangsa. Galvapole berurusan dengan syarikat-

2
BBPP1103
syarikat antarabangsa seperti Commtel Networks (FZC) U.A.E, Richardson Projects Pvt Ltd
Sri Lanka, Uniteckorea Co., Ltd Korea, Changi-Light Pte Ltd Singapura dan banyak lagi.

1.2 Perbandingan Komunikasi Formal Dan Tidak Formal

Komunikasi formal mungkin berbeza dari segi isi dan bentuk, tetapi semua
komunikasi formal mempunyai ciri-ciri rasional, tersusun, dan berorientasikan tujuan.
Komunikasi formal adalah asas kepada kemunculan komunikasi organisasi sebagai disiplin
dan kritikal terhadap komunikasi sebagai perspektif perlembagaan organisasi. (Gómez & L.
Dailey, 2017). Dalam menuju kejayaan, Galvapole Industries Sdn Bhd juga tidak terkecuali
dari pelbagai keberkesanan dan juga kerumitan dalam sistem komunikasi. Komunikasi formal
dan tidak formal juga berlaku dalam organisasi saya. Komunikasi formal adalah mesej atau
maklumat yang dihantar melalui tanggungjawab kerja yang ditetapkan oleh sesebuah
organisasi seperti komunikasi menegak iaitu aliran mesej ke bawah menyampaikan mesej
kepada subordinat atau pelanggan manakala aliran mesej ke atas pula pekerja menyampaikan
cadangan atau pendapat kepada pihak pengurusan atasan. Seterusnya, komunikasi mendatar
yang lebih berlaku di kalangan rakan kerja atau pengurus-pengurus sahaja. Manakala
komunikasi menyilang pula adalah aliran mesej antara dua pihak dari jabatan yang berlainan
dalam satu organisasi.

Komunikasi tidak formal adalah bentuk komunikasi santai dan tidak rasmi di mana
maklumat tersebut ditukar secara spontan antara dua atau lebih orang tanpa mematuhi
peraturan, proses, sistem, formaliti dan rantai perintah rasmi yang ditetapkan. Komunikasi
tidak formal adalah berdasarkan hubungan peribadi dan tidak rasmi seperti rakan sekerja,
rakan sebaya, keluarga dan sebagainya (Kapur, 2020). Komunikasi tidak formal ini juga
dikenali sebagai buah mulut atau ‘grapevine’. Komunikasi tidak formal boleh
menghubungkan kakitangan organisasi dalam apa jua hala komunikasi sama ada secara
menegak, melintang atau menyilang. Walaupun komunkasi ini hanya sebagai khabar angin
namun ia sangat berguna kepada sesebuah organisasi. Menerusi komunikasi tidak formal ini
sesebuah organisasi akan dengan cepat menerima maklum balas tanpa melibatkan kos yang
tinggi.

Terdapat pelbagai perbandingan dalam komunikasi formal dan tidak formal yang
berlaku di Galvapole Industries Sdn Bhd. Contoh-contoh komunikasi formal di Galvapole
3
BBPP1103
adalah seperti surat sebut harga untuk pelanggan, notis pengambilan pekerja baru, surat yang
berkaitan dalam dengan pihak kerajaan, notis kenaikkan gaji dan bonus tahunan, notis
pemberitahuan matlamat syarikat dan banyak lagi. Secara keseluruhan, dalam hal ini segala
notis dan surat yang dikeluarkan oleh pihak syarikat Galvapole boleh dipercayai akan tetapi
jika sebarang khabar angin contohnya mengenai bonus tahunan atau kenaikkan gaji pekerja
yang disebarkan secara meluas walaupun maklumat yang disebarkan kurang dipercayai di
kalangan warga kerja Galvapole.

Selain itu, dalam isu-isu yang berkaitan dalam komunikasi formal ini seperti
pengubalan dalam matlamat organisasi akan dirahsiakan dahulu kerana Galvapole Industries
Sdn Bhd perlu melalui pelbagai prosuder yang berkaitan dalam pengubalan ini. Proses ini
akan melibatkan masa yang banyak utuk meneliti serta hanya melibatkan pihak atasan
syarikat kami. Namun dalam komunikasi tidak formal ini khabar angin mengenai sebarang
maklumat yang tidak sepenuhnya akan disebarkan atau dikongsi oleh para pekerja pada masa
yang sangat singkat walaupun tiada sebarang pengesahan dari pihak syarikat kami. Dalam hal
ini, dapat saya nyatakan komunikasi formal di organisasi saya mengambil tempoh masa yang
lama jika dibandingkan dengan komunikasi tidak formal ini yang merebak secara laju dan
pantas.

Dari segi aliran maklumat pula, dalam Galvapole segala maklumat, surat, mesej atau
notis hanya melalui saluran yang telah ditetapkan seperti daripada pihak pengurusan dan
jabatan-jabatan atau pekerja-pekerja yang terlibat sahaja. Contohnya seperti surat tatatertib
kepada pekerja, pihak pengurusan Galvapole berserta jabatan dan pekerja yang terlibat sahaja
yang akan terlibat dalam komunikasi ini. Manakala bagi komunikasi tidak formal di
Galvapole, mesej atau perbincangan santai boleh dibincangkan dengan bebas di kalangan
pekerja tanpa mengira pangkat atau pengalaman kerja.

Selain itu, kelebihan komunikasi formal di Galvapole sangat berkesan kerana tepat
pada masanya,sistematik boleh dipercyai dan bukannya sesuatu yang tidak boleh dinafikan
oleh pekerjanya contohnya seperti isu kenaikan gaji. Ini kerana pihak pengurusan Galvapole
bersama pengurus jabatan lain yang akan membuat analisis terhadap isu ini. Namun buah
mulut dari pekerja juga dianggap berkesan kerana pekerja boleh membincangkan masalah
yang berkaitan dengan proses pekerjaan dan menjimatkan masa serta kos organisasi. Di
Galvapole, sesetengah masalah berkaitan tatatertib pekerja diselesaikan secara tidak formal
4
BBPP1103
dan tidak melibatkan pihak atasan. Hal seperti ini akan diselesaikan dengan cepat dan pantas
tanpa melalui pelbagai prosuder atau langkah.

1.3 Komunikasi Bukan Lisan Dalam Organisasi

Komunikasi bukan lisan adalah sejenis komunikasi dimana proses penyampaian


maksud atau makna dalam bentuk bukan perkataan. Ini merangkumi semua maklumat, mesej
dan idea yang disampaikan tanpa menggunakan kata-kata tetapi komunikasi dalam bentuk
pergerakkan fizikal seperti nada suara, sentuhan, dan pergerakan badan (Fatimayin, 2018).
Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu kinesik dan paralinguistik. Kinesik adalah
pengguna bahasa tubuh atau ekspresi muka manakala paralinguitik pula yang melibatkan
nada, tahap intonasi,kelantangan dan corak pertuturan seperti berdiam diri.

Galvapole merupakan syarikat yang menitikberatkan aspek komunikasi di kalangan


pihak pengurusan dan pekerja. Namun demikian, pihak pengurusan Galvapole tidak dapat
memenuhi kepuasan semua pihak yang terlibat. Dalam isu sebegini, berlakunya komunikasi
bukan lisan di organisasi ini. Walaupun sebarang hal tidak dibincangkan, ada sebilangan
individu akan menunjukkan maklum balas mereka secara tidak formal contohnya seperti
hanya berdiam diri atau marah semasa sebarang perbincangan diadakan. Di senario sebegini,
individu yang tidak berpuas hati akan akan menunjukkan bantahan melalui komuikasi bukan
lisan.

Selain itu, ada segelintir aliran maklumat atau mesej di kalangan pekerja dikongsi
secara bukan lisan iaitu melalui aplikasi “Whatsapp” di mana sebarang khabar angin atau
mesej akan dikongsi bersama kumpulan mereka. Semua maklumat yang dikongsi tidak akan
melibatkan pihak pengurusan atasan. Jika isu ini berlanjutan, pekerja tidak akan menghantar
dan membalas mesej dari ketua jabatan. Walaupun maklumat yang disebarkan dalam aplikasi
itu tidak benar namun pekerja di hierarki bawahan mudah mempercayainya.

Komunikasi bukan lisan yang lain berlaku di Galvapole adalah dari isu emosi dan
ekspresi. Dalam isu ini, ketika sedang berkomunikasi seseorang individu akan menunjukkan
emosi dan sikapnya dari segi intonasi atau mimik wajah. Ekspresi emosi dan sikap ini dapat
menjelaskan pernyataan diri seseorang dimana ada senario pekerja mengambil cuti tanpa
sebab dan tidak akan menjawab panggilan daripada syarikat. Ada juga pelanggang yang
5
BBPP1103
termasuk dalam komunikasi tidak formal ini, jika tidak berpuashati dengan pekhidmatan
kami mereka akan batalkan pesanan tanpa notis dan membeli tiang lampu dari syarikat lain.

Komunikasi bukan lisan lebih berkesan dan berkuasa dibandingkan komunikasi lisan.
Ini kerana seperti perbualan santai sesama pekerja merupakan komunikasi sesuatu perkara
yang tidak boleh dilarang. Dengan perbualan seperti ini banyak maklumat akan dikongsi dan
kesimpulan akan dibuat oleh kelompok ini. Terbukti juga perbualan santai sebegini dapat
meningkatkan prestasi pekerjaan sesama individu di Galvapole dan kesilapan akan diperbaiki
sebelum mencapai pihak pengurusan atasan. Isu sebegini akan berlaku di setiap tangga
hierarki pengurusan di Galvapole.

1.4 Empat Jenis Halangan Dalam Komunikasi

Halangan dalam komunikasi dapat dijumpai di mana-mana organisasi, dari atas


hingga pengurusan pertengahan hingga hubungan luaran. Kelancaran semua aliran
komunikasi ini penting untuk membina perhubungan dan interaksi secara bersama ahli
dalaman organisasi dan khalayak luar. Galvapole yang lebih 33 tahun sebagai syarikat yang
berjaya dalam sektor pembuatan ini juga banyak mengalami halangan komunikasi dalam
organisasinya. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakberkesanan
komunikasi dalam organisasi di Galvapole.

Antara halangan komunikasi di organisasi saya adalah seperti tanggapan atau


informasi yang bercanggah. Ini berlaku apabila tanggapan yang dibuat oleh penerima mesej
atau maklumat terhadap sesuatu situasi mungkin bercanggah dengan tanggapan yang dibuat
oleh penyampai mesej itu. Sebagai contohnya, hal ini berlaku apabila pesanan untuk
barangan masuk kakitangan dari Jabatan Pemasaran dan Penjualan di Galvapole akan
memberikan maklumat dan dokumen yang berkaitan kepada Jabatan Pengeluaran untuk
melalukan proses pembuatan tiang. Kakitangan kami akan memberi segala informasi kepada
pelanggan termasuk tarikh barang akan disiap. Namun jika berlaku sebarangan kesulitan atau
kesalahan berlaku semasa proses penghasilan produk seperti ketidaksempuaraan dalam
proses pengimpalan tiang lampu ia akan memberi kesan kepada kelewatan dalam proses
persiapan produk. Dalam hal sebegini, tanggapan oleh pelanggan terhadap Jabatan Pemasaran
dan Jualan ini amat bercanggah daripada perjanjian yang sebelumnya. Oleh isu yang

6
BBPP1103
sebegini, ia akan menyebabkan jalinan hubungan antara Jabatan Pemasaran & Penjualan
dengan pelanggan kami menjadi renggang.

Selain itu, halangan dari segi pengkhususan. Biasanya seseorang individu pakar dalam
sesuatu bidang akan menghadapi masalah komunikasi daripada pakar dari bidang yang lain
kerana mereka tidak memerlukan antara satu sama lain. Senario juga ini juga berlaku di
Galvapole. Contohnya kakitangan dari Jabatan Pengeluaran sukar berkomunikasi dengan
kakitangan Jabatan Pemasaran dan Penjualan kerana perbezaan pendapat. Hal ini sering
berlaku di Galvapole kerana Jabatan Pemasaran dan Penjualan lebih teruja mendapatkan
pesanan dari pelanggan untuk mencapai sasaran jualan syarikat. Kadang kala mereka akan
bersetuju apa yang diharapkan atau permintaan dari pihak pelanggan tanpa berbincang
dengan Jabatan Pengeluaran adakah ia boleh dilaksanakna. Ini kerana perancangan perlu
dalam proses pembuatan tiang lampu di organisasi saya. Pernah juga berlaku pertengkaran
mulut antara kakitangan dari 2 jabatan ini sehingga mendapat amaran dari Pengurus syarikat.

Halangan seterusnya dalam komunikasi syarikat saya adalah halangan semantik. Ia


berlaku apabila salah seorang penyampai atau penerima mesej atau maklumat kurang fasih
dengan ayat, maksud atau perkataan yang digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan
maklumat atau mesej tidak disampaikan dengan berkesan apabila tahap kefahaman penerima
maklumat berlainan dari pemberi maklumat atau mesej. Penggunaan ayat teknikal, slang atau
Bahasa yang tidak jelas juga antara faktor halangan semantik. Sebagai contoh, di tempat kerja
saya terdapat pelbagai bangsa dan etnik yang bekerja. Selain itu, terdapat juga sebilangan
pekerja bukan warganegara Malaysia. Ada dikalangan mereka yang tidak langsung
memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika ada sebarang pengumuman di dalam
syarikat, pihak pengurusan mengalami kesukaran untuk buat mereka memahami dan
memberi pandangan mereka sebagai pekerja kami. Dari segi teknikal mereka boleh belajar
dari apa yang dilihat tetapi dari segi komuikasi in merupakan satu halangan bagi Galvapole.
Oleh hal ini, pekerja ini akan hilang minat apabila sebarang perjumpaan diadakan di
organisasi.

Akhir sekali, halangan dari segi aspek maklum balas. Maklum balas daripada pekerja
dalam sesebuah organisasi tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana pengurusan.
Namun Galvapole menghadapi halangan dalam hal diatas. Dalam beberapa hal seperti isu
kenaikkan gaji dan pemberian bonus di organisasi adalah lebih peribadi dan sulit. Hanya
7
BBPP1103
beberapa orang yang berkedudukkan tinggi dalam hierarki pengurusan sahaja akan menerima
maklumat mengenai hal tersebut. Di Galvapole pernah berlaku suatu keadaan dimana
pekerja-pekerja berbincang mengenai peratusan bonus yang mereka dapat. Ini menyebabkan
salah seorang pekerja tidak puas hati dengan peratusan yang diberikan dan telah
menyebabkan pekerja itu rasa tidak dihargai oleh syarikat kami. Akhirnya pekerja itu telah
memberi notis berhenti kerja dalam tempoh 24 jam. Individu itu merupakan pekerja yang
sudah berkhidmat lebih 10 tahun di Galvapole. Kami hampir-hampir kehilangan pekerja yang
mempunyai kemahiran yang sangat terperinci dalam proses pembuatan Tiang
Telekomunikasi.

1.5 Kaedah-kaedah Untuk Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi

Untuk mewujudkan komunikasi yang efektif dalam organisasi, penggunaan model


komunikasi yang betul perlu diambil kira oleh setiap organisasi supaya dapat mencapai
matlamat atau sasaran organisasi yang ditujui. Komunikasi yang kurang baik dan berkesan
akan mengalami kegagalan dalam mencapai visi dan misi penubuhan sesebuah organisasi
sekali gus mengecewakan harapan warga pekerja yang menaruh kepercayaan terhadap
sesebuah organisasi. Pada pendapat saya, terdapat pelbagai cadangan untuk meningkatkan
keberkesanan komunikasi dalam di Galvapole Industries Sdn Bhd.

Antara cadangan yang penting adalah mengadakan perjumpaan dan berbincang


sesama jabatan atau dengan jabatan yang berkaitan dengan pengawsan pihak atasan dalam isu
mengatasi masalah komunikasi di Galvapole. Hasil interaksi dua hala ini dapat membolehkan
pengubahsuaian dan pengadaptasian berkaitan perlaksanaan kerja. Sebagai contoh dari proses
pesanan pembelian masuk sehingga kepada penyediaan stok yang dipesan oleh pelanggan.
Komunikasi secara formal dan tidak formal perlu diadakan dengan melibatkan setiap individu
dalam tangga hierarki dari jabatan yang mempunyai masalah komunikasi ini. Ia akan lebih
berkesan jika komunikasi terbuka bagi membolehkan maklumat atau idea mengalir bebas
tanpa sebarang batasan atau halangan. Dengan cara ini, pekerja di Galvapole mungkin berasa
dihargai dan puas hati mengenai apa jua keputusan atau hasil yang akan dicapai kelak.

Cadangan seterusnya dengan menyediakan kotak cadangan. Walaupun ini merupakan


cara yang lama, saya berasa cara ini amat berkesan Apabila seseorang pekerja dapat memberi
komen tanpa nama, mereka lebih bersedia untuk memberitahu masalah atau khabar air yang
8
BBPP1103
didengarinya. Dengan cara ini pekerja itu dapat berkongsi emosinya yang mungkin terluka
atau marah dengan cara kepimpinan jabatan yang berkaitan atau apa jua yang berkaitan.
Kemungkin besar juga, pekerja ini boleh memberi petunjuk bagi pihak pengurusan Galvapole
dalam menangani masalah yang akan datang. Dengan cara ini, pihak pengurusan akan lebih
megenali pekerjanya serta akan lebih bersedia untuk menghadapai sebarang masalah dan
menangani dengan segara.

Selain itu, kaedah yang lain yang dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi di
Galavapole ialah dengan mengadakan kursus atau latihan yang berkaitan dengan isu
keberkesanan komunikasi bagi setiap pekerja dalam heirarki pengurusan, maksudnya dari
peringkat pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan Dengan cara ini, setiap pekerja akan
memahami kepentingan komunikasi dalam organisasi. Menjadi kebiasaan pihak pengurusan
Galvapole dengan hanya menghantar pihak pengurusan atasan dan pertengahan untuk
sebarang kursus atau latihan. Selain itu, ini dapat memberikan idea-idea baru yang bernas
dalam pengendalian pekerja dan juga menuju ke arah organisasi yang cemerlang dalam
komunikasi serta menyumbangkan kepada kejayaan yang boleh dikongsi bersama warga
Galvapole.

Akhir sekali, dengan cara memberi penghargaan. Ia boleh menjadi rangsangan yang
amat berguna untuk meningkatkan prestasi individu, prestasi kumpulan dan prestasi
organisasi. Penghargaan boleh dijadikan sebagai motivasi terhadap seseorang pekerja.
Cadangan saya, Galvapole patut tawarkan ganjaran bukan berbentuk wang tetapi seperti
pujian, penghargaan dan peluang untuk mencapai dan mengembangkan prestasi adalah lebih
lama kesannya berbanding dengan ganjaran berbentuk kewangan. Dengan cara ini juga,
pekerja akan lebih yakin dalam komunikasi dengan pihak atasan kerana akan berani
berkongsi idea dan memberi pandangan terhadap sesuatu maklumat atau mesej dari pihak
pengurusan. Secara tidak langsung maklum balas dari pekerja akan diterima dengan baik dan
terbuka oleh pihak pengurusan serta memberi ruang untuk memperbaiki kesilapan dalam isu
komunikasi dalam organisasi.

1.6 Ringkasan

Secara ringkas, semua operasi dalam organisasi dibina berdasarkan komunikasi


sebagai asas yang merangkumi semua aktiviti. Setiap individu atau kumpulan bukan sahaja
9
BBPP1103
dapat memahami dan menyampaikan idea dan perspektif tetapi mereka juga dapat
bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain dan membina kerjasama yang berkekalan
di kalangan pekerja. Di samping itu, komunikasi adalah faktor utama dalam menentukan
sesebuah kejayaan organisasi sekiranya saluran komunikasi digunakan dengan betul. Saluran
dalam konteks ini, komunikasi merujuk kepada aliran mesej dari satu individu ke individu
lain.dan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain dan sebaliknya.

Dalam kajian ini, saya dapat menyatakan bahawa organisasi yang dipilih iaitu
Galvapole Industries Sdn Bhd mempunyai pelbagai isu dalam aspek komunikasi dalam
organisasinya. Walaupun 3 komunikasi sistem formal iaitu komunikasi menegak mendatar
dan menyilang dianggap penting oleh setiap pengurusan syarikat, perbandingan komunikasi
formal dan tidak formal telah dianalisis di Galvapole. Pelbagai isu dalam aspek komunikasi
ini berlaku. Organisasi ini juga perlu menitikberatkan isu yang timbul dalam komunikasi
tidak formal. Organisasi yang mempunyai rangkaian hierarki dan sebilangan pekerja dari
pelbagai bangsa, etnik dan negara harus diambil kira cadangan dan komen setiap individu.
Jika komunikasi ini tidak berjaya ia akan menyebabkan pertikaian dan pertembungan di
kalangan pekerja dalam pentadbiran sesebuah organisasi.

Dapat dirumus bahawa di Galvapole, komunikasi lisan kurang mempengaruhi


berbanding dengan komunikasi bukan lisan. Gerak isyarat, intonasi, ekspresi wajah, dan
bahasa badan adalah semua contoh komunikasi bukan lisan. Maklumat yang disampaikan
secara lisan tidak mencapai keberkesanan disampaikan jika tidak diselarikan dengan
komunikasi bukan lisan. Melalui komunikasi, individu dalam organisasi dapat bertukar
maklumat dalam mengembang dan memajukan organisasi (Ibrahim, Haizan Mahbob, &
Ahmad, 2018). Antara komunikasi bukan lisan yang dibincangkan adalah seperti perbualan
santai, penggunaan aplikasi “Whatsapp”, luahan emosi dan ekspresi muka dan juga maklum
balas daripada pekerja di Galvapole.

Antara halangan dalam komunikasi di Galvapole adalah seperti halangan semantik,


tanggapan yang bercanggah, serta aspek maklum balas dan pengkhususan. Jika halangan
sebegini tidak diatasi, Galvapole mungkin akan mengalami kesukaran dalam mengekalkan
nama dalam sektor yang diceburi. Setiap halangan yang telah dibincangkan haruslah dikaji
dengan penuh teliti oleh Galvapole supaya setiap individu yang bekerja boleh melihat

10
BBPP1103
organisasi ini sebagai tempat yang selamat dimana mereka berasa selesa dan senang hati
apabila melakukan kerja yang disuruh.

Manakala dari segi cadangan mengenai kaedah untuk meningkatkan keberkesanan


dalam Galvapole pula, dapat dirumuskan terdapat pelbagai cara yang mudah antaranya
mengadakan perbincangan atau mesyuarat yang tidak formal bersama jabatan lain dan yang
berkaitan, penyediaan kotak cadangan di kalangan pekerja, lebihkan kursus dan latihan di
kalangan pekerja di setiap peringkat hierarki dan akhir sekali perhargaan atau pengiktirafan
kepada yang layak. Mungkin dengan cara ini, pebagai isu-isu yang berkaitan dengan
komunikasi di kalangan pekerja dapat diatasi dan interaksi sesama individu akan bertambah
baik. Pelbagai usaha harus disusun, diambil dan dirancang untuk di laksanakan oleh pihak
organisasi dalam proses melatih, penempatan semula dan menyampaikan maklumat dan
memberi kefahaman kepada pekerja dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih
proaktif.

Sebagai kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada


kecemerlangan sesebuah organisasi adalah berhubung kait dengan keberkesanan proses
komunikasi. Hakikat ini secara langsung mencerminkan bahawa komunikasi dan pengurusan
yang menekankan bahawa komunikasi perlulah menjadi teras kehidupan sesebuah organisasi.
Oleh itu, komponen utama dalam komunikasi adalah pengaliran maklumat, komunikasi dan
interaksi kemanusiaan (Ibrahim, Haizan Mahbob, & Ahmad, 2018). Organisasi yang
mengambil langkah yang berbeza untuk melatih, memahami dan memberi pengetahuan
kepada pekerjanya yang akan membantu mereka melaksanakan tugasan dengan lebih
berkesan dan dengan cara ini ia akan menjamin kepada kestabilan sesebuah organisasi.

(3440 Patah Perkataan)

11
BBPP1103

1.7 Rujukan

Fatimayin, F. (Oktober 2018). What is Communication?


Dicapai dari : https://www.researchgate.net/:
https://www.researchgate.net/publication/337649561_What_is_Communication?

Gómez, L. F. (Mac 2017). Formal Communication.


Dicapai dari : https://www.researchgate.net/:
https://www.researchgate.net/publication/314712165_Formal_Communication

Ibrahim, N. N., Haizan Mahbob, M., & Ahmad, A. (2018). KEPENTINGAN KOMUNIKASI
NON VERBAL DALAM ORGANISASI.
Didapai dari : https://ejournal.ukm.my/:
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/29285/8739

Kapur, R. (Oktober 2020). Informal Communication Systems.


Dicapai dari : https://www.researchgate.net/:
https://www.researchgate.net/publication/344738415_Informal_Communication_Syst
ems

12

Anda mungkin juga menyukai