Anda di halaman 1dari 13

SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 1

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

NO. MATRIKULASI : 941008025806001

NO. KAD PENGENALAN : 941008-02-5806

NO. TELEFON : 011-2170 8402

E-MEL : norfazzura_94@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Johor Bahru Learning Centre


TUGASAN 1

PENGENALAN

Dalam sejarah perkembangan ketamadunan manusia, setiap tamadun saling berinteraksi


antara satu sama lain. Hasil interaksi tersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat
peradaban manusia. Namun, setiap tamadun mempunyai pencapaian-pencapaian serta keunikan
yang tersendiri.Dalam kehidupan bertamadun, kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral
tinggi merupakan satu asas yang penting sebagai manusia. Pembinaan sifat tersebut pada diri
seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seseorang manusia.
Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta
perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Kemunculan tamadun-tamadun terdahulu ini, ia
merupakan satu manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk
pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Kita boleh
melihat bahawa interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia pasti akan
menerima kesan-kesan positif dan negatif.

Pertukaran tamadun dan pembelajaran bersama merupakan pendorong penting bagi


kemajuan peradaban manusia dan pembangunan dunia yang aman. Tamadun melayu adalah
tamadun yang dibentuk oleh kumpulan manusia yang secara meluas digolongkan sebagai
kumpulan orang melayu. Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina berdasarkan perpaduan
bangsa yang kuat. Pemahaman tamadun Melayu sebagai tamadun serantau sangat bergantung
kepada pemahaman tamadun Islam.

Pengenalan dalam peradaban manusia ini, kita seringkali melihat perkembangan dan
kemajuan individu, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Apa yang dibincangkan dalam
pengajian peradaban adalah demi kebaikan dan kebahagiaan manusia serta perubahan ke arah
kehidupan yang lebih baik. Masa depan peradaban manusia bergantung kepada ketinggian ilmu
yang ada pada seseorang individu, masyarakat atau sesuatu peradaban. Semestinya ilmu yang
dimaksudkan adalah ilmu yang bermanfaat dan yang dipraktikkan. Oleh itu, dalam tugasan ini,
saya akan membincangkan lebih lanjut mengenai sumbangan tamadun melayu dari perspektif
pemupukan nilai estetika dan budaya berdasarkan video Kancil dan Buaya yang telah disediakan.
BAHAGIAN A

Sumbangan Tamadun Melayu Dari Perspektif Pemupukan Nilai Estetika Dan Budaya
Berdasarkan Video Kancil Dan Buaya

1. Pemupukan nilai murni

Manusia merupakan sekumpulan sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua
amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal. Manusia dan persekitaran adalah dua
elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan
kehidupan. Oleh itu, budaya tolong-menolong ini merupakan satu fitrah semula jadi yang ada
dalam diri setiap manusia. Budaya ini merupakan amalan yang mulia yang boleh mewujudkan
keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Dalam video tersebut, sang kerbau bernasib malang
apabila digigit oleh sang buaya selepas menolong sang buaya daripada mati ditimpa oleh batang
pokok yang besar. Namun, sang kerbau bernasib baik apabila sang kancil muncul untuk
meminum air di kawasan tersebut. Sang kancil cuba untuk membantu sang kerbau dengan
mengalihkan perhatian sang kerbau dan sang buaya.

Pada minit ke 14.00, nilai tolong-menolong yang kita dapat lihat apabila sang kancil cuba
membantu sang kerbau daripada kakinya terus digigit oleh sang budaya. Untuk mengalihkan
perhatian sang buaya, sang kancil meminta sang kerbau dan sang buaya melakonkan semula
kejadian asal dan berlakon seakan-akan tidak percaya bahawa sang kerbau sangat kuat
mengangkat kayu besar itu dan tidak percaya bahawa sang buaya masih boleh hidup walapun
sudah dihempap kayu yang besar. Selepas sang kerbau dan sang buaya melakonkan kejadian
asal, sang kancil mengarahkan agar sang kerbau tidak mengangkat batang kayu itu semula.
Keadaan ini menyelematkan sang kerbau daripada dimakan oleh sang buaya yang tidak
mengenang jasa. Jelaslah disini bahawa kebijaksanaan sang kancil dalam menghakimi kejadian
tersebut telah membantu menyelamatkan sang kerbau.

Sikap tolong-menolong ini wajar dicontohi oleh setiap masyarakat dalam kisah Kancil
dan Buaya dapat dilihat nilai murni seperti nilai tolong-menolong dan nilai keadilan telah
digarapkan dalam kisah ini. Nilai tolong-menolong antara satu sama lain menjadikan masyarakat
kuat dan teguh serta dapat menyelesaikan masalah dengan mudah.
2. Pengiktirafan bahasa

Daripada video asal Kancil dan Buaya yang asal, sumbangan yang boleh dilihat adalah
dari segi pengiktirafan satu bahasa sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam kehidupan dalam
konteks kepelbagaian bangsa atau puak pada minit ke 1.00 sehingga minit ke 1.26. Pada
hakikatnya, bahasa adalah satu unsur yang penting dalam mana-mana peradaban, bangsa, negara
dan juga masyarakat yang bertindak sebagai golongan kata yang disusun untuk memberikan
sesuatu makna tertentu (Prof Madya Dr. Kamsiah, 2014). Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka
juga mentakrifkan bahasa sebagai satu lambang dalam suatu budaya di mana pembinaan bahasa
itu boleh mempengaruhi sesuatu budaya. Sebagai contoh, bahasa Melayu di Malaysia telah
dipilih sebagai alat komunikasi utama sesama masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa
(Hanis Izrin et.al, 2017). Umur patut mengetahui bahawa, bahasa itu wujud sebagai suatu bahasa
yang agung kerana hubungan antara bahasa itu sendiri dengan penuturnya sama ada dalam aspek
politik, ekonomi, sosial perdagangan mahupun budaya. Daripada video Kancil dan Buaya yang
asal kita melihat bagaimana setiap pertuturan kata itu begitu dalam maksudnya.

3. Kesusasteraan melayu

Daripada cerita Kancil dan Buaya ini, sumbangan tamadun Melayu yang dapat dilihat
ialah kesusasteraan Melayu dari segi ucapan lisan iaitu daripada penggunaan peribahasa di
sekitar minit ke 18.00. Secara dasarnya, elemen kesusasteraan Melayu yang diguna pakai
sememangnya berperanan dalam menyampaikan mesej tertentu malah dapat menjana
kebijaksanaan insan (Muhd Norizam, et.al, 2015). Pada masa yang sama, cabang-cabang seni
sastera seperti peribahasa adalah digunakan untuk memberi nasihat atau pengajaran menerusi
pendidikan informal. Penerapan elemen kesusasteraan Melayu dalam karya penulisan ataupun
grafik seperti ini juga memberi gambaran kepada ciri-ciri akal budi serta kebijaksanaan orang
Melayu. Menurut Shamsudin, et.al (2015), akal budi Melayu merupakan elemen yang sentiasa
hidup apabila membicarakan mengenai perihal sosiobudaya Melayu di mana ia adalah konsep
yang wujud daripada kemahiran berfikir bagi bangsa Melayu.

Elemen kebijaksanaan pula disampaikan dalam pelbagai bentuk ilmu kesusasteraan


Melayu untuk cerapan serta cernaan akal masyarakat yang lain (Muhd Norizam et.al, 2015).
Individu yang menghasilkan karya sedemikian akan mencurahkan ilmu serta kebijaksanaan
mereka dalam karya-karya menerusi watak-watak yang dihasilkan. Sepertimana yang
digambarkan dalam kisah Kancil dan Buaya ini, karyawan menggunakan watak seperti sang
Buaya yang tidak mengenang jasa sang Kerbau serta pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ketanah juga’ sebagai salah satu bentuk penyampaian untuk memberi pengajaran
kepada mereka yang menonton.
BAHAGIAN B

Perbezaan Masyarakat Melayu Dahulu Dan Kini Menyampaikan Nilai Murni Kepada
Generasi Mereka

Daripada video versi asal, kita dapat melihat bahawa masyarakat Melayu dahulu kerap
menggunakan bahasa kiasan. Hal ini kerana, persekitaran hidup masyarakat Melayu mewah
dengan akal budi. Masyarakat Melayu dahulu sering menggunakan bahasa kiasan dalam bentuk
pantun atau peribahasa. Bukan bermaksud untuk membelit-belitkan bahasa atau situasi tetapi
lebih kepada memupuk perasaan saling menghormati dan ingin menyampaik suatu mesej yang
boleh menyentuh hati. Dalam video Kancil dan Buaya ini, terdapat banyak bahasa-bahasa kiasan
dan peribahasa yang digunakan bagi menyampaikan pengajaran. Setiap dialog yang mempunyai
bahasa kiasan meninggalkan satu sentuhan dalam hati penonton yang mana maksud bahasa
kiasan yang digunakan adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

Berbanding dengan masyarakat kini, nilai murni dan pengajaran yang ingin disampaikan
lebih kepada suatu yang praktikal. Hal ini bermaksud, pengajaran yang disampaikan itu kadang
kala berdasarkan suatu kejadian yang telah pun berlaku. Bahasa yang digunakan juga merupakan
bahasa yang mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Mesej yang ingini disampaikan
lebih straight forward berbanding cara masyarakat terdahulu memberikan nasihat. Perkara ini
boleh dilihat dari video Kancil dan Buaya pada video versi kini yang mana seorang datuk
menceritakan terlebih dahulu setiap plot cerita kemudian diakhir cerita barulah memberikan nilai
dan pengajaran yang diperoleh dari cerita tersebut. Ayat yang digunakan juga merupakan ayat
yang lebih mudah untuk difahami tanpa sebarang kiasan.
BAHAGIAN C

Justifikasi Pemilihan Video

Daripada kedua-dua versi video Kancil dan Buaya ini, saya lebih memilih video versi
terkini. Walaupun video versi kini mempunyai durasi video yang lebih panjang berbanding versi
asli, namun teknik penceritaan dalam video ini masih lagi menarik dan jelas pada awalnya
memberi gambaran kepada ketiga-tiga watak, iaitu seorang datuk bersama dua orang cucunya.
Ketika datuknya sedang membawa cucunya bersiar-siar disekitar sawah padi, datuk tersebut
menceritakan sebuah kisah mengenai Kancil dan Buaya untuk memberi pengajaran dan teladan
kepada cucu-cucunya. Di akhir durasi, kita dapat melihat terdapat penerapan nasihat yang
dikongsi oleh datuk itu kepada cucu-cucunya dengan merujuk kepada watak-watak dalam cerita
haiwan yang diceritakannya sebelum itu. Penegasan yang ditunjukkan pada akhir video tersebut
secara tidak langsung menyebabkan penonton akan turut sama mendapat pengajaran yang
disampaikan oleh datuk kepada cucu-cucunya. Tambahan lagi, transisi video daripada perbualan
antara datuk dan cucunya kepada video cerita haiwan tersebut mudah difahami serta tidak
mengelirukan penonton.

Daripada video tersebut juga terkandung pengajaran berasakan nilai positif kepada
masyarakat hari ini yang terkandung dalam video tersebut adalah tolong-menolong dan belas
kasihan antara satu sama lain. Dalam video tersebut, ketika sang Kerbau sedang mencari
makanannya, dia terdengar suara yang sedang meminta tolong. Sejurus itu, sang Kerbau mencari
dimana suara meminta tolong itu dan ternyata suara sang Buaya yang sedang terhempap oleh
batang pokok yang sangat besar. Sang Buaya mengadu kesakitan dan meminta tolong sang
Kerbay untuk membebaskannya. Sang Kerbau merasa ragu untuk menolong sang Buaya, namun,
dia telah termakan kata-kata pujian sang Buaya menyebabkan dia akhirnya membantu
membebaskan sang Buaya dari dihempap batang pokok itu. Daripada jalan cerita ini, kita dapat
melihat nilai tolong menolong yang dipaparkan oleh sang Kancil yang membantu sang Kerbau
daripada gigitan sang Buaya setelah diselamatkan oleh sang Kerbau. Tindakan sang Kerbau dan
sang Kancil yang suka menolong haiwan lain itu perlu diambil sebagai satu nilai yang positif
dalam diri setiap insan sebagai salah satu cabang kepada pembentukan moral dan akhlak dalam
kehidupan bermasyarakat.
Disamping itu, pengajaran yang boleh diambil berasaskan nilai negatif yang dipaparkan
dalam video tersebut ialah tidak berlaku zalim kepada makhluk lain dan tidak bersifat tamak.
Konteks ini merujuk kepada sifat si Sang Buaya yang pada asalnya ingin meminta tolong kepada
Sang Kerbau untuk melepaskan dirinya dari dihempap batang pokok itu, namun akhirnya
mengambil kesempatan setelah Sang Kerbau menolongnya. Sebaik sahaja Sang Kerbau
mengalihkan batang pokok tersebut, Sang Buaya terus membaham kaki Sang Kerbau dan beralih
pula situasi di mana Sang Kerbau merayu untuk dilepaskan. Namun, disebabkan sifat tamak
Sang Buaya itu yang hanya memikirkan perutnya yang lapar tidak menghiraukan rayuan Sang
Kerbau. Setelah itu, Sang Kancil datang ketempat kejadian lalu meminta Sang Kerbau dan Sang
Buaya melakonkan semula kejadian asal. Kebijaksanaan Sang Kancil telah menyebabkan Sang
Buaya dihempap semula oleh batang pokok tersebut dan menerima balasannya. Apa yang
digambarkan dari jalan cerita ini ialah perbuatan menzalimi makhluk lain tidak akan
mendatangkan faedah kepada dirinya, malah hanya akan memberi kesan buruk sahaja.

Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan saya memilih video versi terkini adalah
disebabkan oleh bahasa yang digunakan dan grafik video yang lebih sesuai pada masa kini.
Bahasa yang digunakan akan lebih mudah difahami oleh kanak-kanak dan grafik yang digunakan
juga lebih menarik. Tambahan pula, setiap dialog yang digunakan merupakan dialog yang
tersusun dengan ayat yang biasa digunakan dalam masyarakat pada hari ini berbanding video
versi lama tersebut, setiap dialog terdapat ayat yang mempunyai maksud yang mendalam. Hal ini
mungkin akan membuatkan penonton kurang minat untuk menonton kerana setiap dialog
tersebut perlu diterjemah kepada ayat yang mudah difahami. Walaupun durasi video terkini lebih
panjang berbanding video asli, namun, jalan cerita kisah Kancil dan Buaya tersebut lebih jelas
dan pengajaran yang ingin disampaikan juga lebih mudah difahami kerana ia disimpulkan pada
akhir video dengan dialog yang lebih mudah.
KESIMPULAN

Daripada kisah Kancil dan Buaya tersebut, kita dapat melihat terdapat pelbagai nilai
murni yang telah digarapkan serta bermotivasi untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak
mulia. Antara nilai murni yang terdapat dalam kisah ini ialah nilai kebijaksanaan, keberanian,
tolong menolong, keadilan, kesederhanaan dan baik hati. Manakala, pengajaran yang terdapat
dalam cerita ini ialah jangan berlaku zalim, jangan bersikap sombong dan jangan bersikap tamak.
Cerita Kancil dan Buaya ini sangat sesuai ditayangkan dan dibaca untuk kanak-kanak bagi usaha
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak sejak di awal usia lagi. Hal ini dapat
membantu untuk membentuk dan menjadikan kanak-kanak yang mempunyai nilai akhlak dalam
diri mereka agar tidak melakukan perkara yang akan merosakkan diri mereka pada masa
hadapan. Situasi ini sesuai dengan peribahasa Melayu iaitu “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Cerita Kancil dan Buaya ini juga banyak memberikan pengajaran kepada
masyarakat agar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan mereka. Oleh itu, nilai murni dalam
setiap buku cerita kanak-kanak perlulah diterapkan untuk dijadikan sebagai tauladan.
TUGASAN 2

REFLEKSI

Dalam refleksi ini, saya akan menyatakan mengenai pengalaman penemuan daripada
kursus MPU3323 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 ini serta pengalaman dari segi pros dan
kontra semasa menyiapkan tugasan ini dan juga apa yang saya perlu perbaiki untuk mendorong
saya menjadi seorang pelajar dan pekerja yang bagus. Apa yang saya ingin sampaikan ialah,
pembelajaran kursus ini membolehkan saya mempelajari sejarah-sejarah ketamadunan dunia
terdahulu. Daripada kursus ini, saya dapat memperolehi pemahaman mengenai perihal latar
belakang masyarakat, kepelbagaian budaya serta sistem kepercayaan yang diamalkan semasa
tamadun silam berlaku.

Tambahan lagi, melalui pembelajaran ketamadun yang pelbagai seperti tamadun Melayu,
tamadun China, tamadun India dan sebagainya juga memberi gambaran dan membolehkan saya
memahami dengan lebih jelas lagi mengenai perbezaan agama, bangsa serta kebudayaan dalam
setiap tamadun tersebut. Malah, pengajaran dalam setiap tamadun ini dapat saya jadikan iktibar
serta panduan hidup dalam memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Pada waktu yang sama,
iktibar serta pengajaran dari pembelajaran mengenai masa lampau itu juga membolehkan saya
melengkapkan ilmu supaya lebih berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencorakkan kehidupan
amalan kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan pekerja.

Daripada proses menyiapkan tugasan ini pula, ia agak mudah kerana setiap refrensi sudah
pun disediakan dalam rubrik. Idea-idea juga dapat dijana melalui video yang disediakan.
Daripada setiap bahagian tugasan, ia membuatkan saya lebih fokus menonton dan meneliti video
yang disediakan untuk dijadikan sebagai huraian idea. Proses menyiapkan tugasan ini berjalan
dengan lancar apabila sumber rujukan dapat diperoleh dengan lebih mudah. Kebanyakan sumber
yang saya cari ialah mengenai tamadun Melayu dan corak kehidupan masyarakat Melayu
terdahulu. Sumber-sumber yang saya perolehi memberi satu pengetahuan kepada saya mengenai
satu anjakan yang besar dalam peradaban masyarakat Melayu. Sebagai contoh, perbezaan cara
masyarakat Melayu terdahulu memberi nasihat dan cara masyarakat kini sememangnya sangat
berbeza dari pelbagai segi yang begitu ketara.
Disamping itu, saya percaya bahawa saya akan dapat melakukan tugasan ini dengan lebih
efektif sekiranya saya lebih bersikap proaktif dan menjalin hubungan berkomunikasi sesama
rakan sekelas yang lain dan pensyarah. Merujuk kepada tugasan bahagian C yang mana saya
diminta memilih video versi asli atau versi kini, saya menyedari bahawa perbincangan sesama
rakan yang lain sebenarnya boleh membantu dalam menjana idea untuk penulisan saya sendiri
walaupun kemungkinan besar pilihan yang dikemukakan oleh setiap individu adalah berbeza-
beza. Malah, saya akan dapat berfikir dan memperoleh pengetahuan yang mungkin berbeza
dengan pandangan saya sendiri.

Keadaan ini secara tidak langsung akan membantu saya dalam melihat sesuatu perkara
dari perspektif yang berlain dan situasi perbincangan sesama rakan sekelas ini juga sekali gus
dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri. Hal ini penting dalam membina cara
berkomunikasi serta mempraktikkan elemen komunikasi antara rakan sekelas khususnya setelah
tempoh pandemik yang menimpa negara selama lebih kurang dua tahun lalu yang telah
membataskan pergaulan sesama manusia. Peralihan tempoh pandemik kepada endemik secara
perlahan-lahan sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada pembelajaran bersemuka yang
justeru memudahkan perbincangan atau perkongsian pendapat sesama rakan sekelas dan juga
pensyarah.

Secara keseluruhannya, silibus yang terdapat dalam subjek ini adalah sangat signifikan
kerana merangkumi proses peralihan tamadun yang bermula daripada kewujudan awalnya
sehinggalah keruntuhannya. Subjek ini boleh memberi impak dalam kehidupan masyarakat
menerusi pengajaran dan amalan nilai murni yang diketengahkan dalam kisah ketamadunan ini.
Daripada konteks tugasan ini pula, ia dapat memupuk pembangunan kemahiran insaniah yang
seterusnya menyumbang kepada pembangunan kebolehan yang diperlukan untuk berunding
dengan dunia pekerjaan. Selain itu, ia juga turut memberi impak dalam aspek pembangunan
kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam aspek pembelajaran. Sebagai contoh, tugasan yang
diberikan ini sedikit sebanyak memberikan satu praktis kepada saya untuk membuat penilaian
dan pemikiran secara kritis yang juga boleh digunapakao dalam setiap aspek kehidupan sama ada
sebagai seorang pelajar mahupun seorang masyarakat.
RUJUKAN

Hanis Izrin Mohd Hasan, Siti Mahani Angterian & Mohd Sharifudin Yusop (2017).
Kegemilangan
Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca. Jurnal Kesidang, 2(1), 18-30.

Prof. Madya Dr.Kamisah Abdullah (2014). Kuasa Bahasa dan Sastera Melayu Dalam Tatatingkat
Bahasa-Bahasa di Dunia. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), Jld 2,
207-228.

Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh (2015). Pemikiran Akal Budi dan
Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of
Education and Training (InJET), 1(2), 1-10.

Mohammad, A. (2008). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Di Alam


Melayu Hingga Abad Ke-17 M. Journal Of Al-Tamaddun, 3(1), 68-84.

Salleh, H., &Othman, N. (2004). Nilai-Nilai Lestari Dalam Tamadun Melayu.

Jalaluddin, N. H. (2022). Masa Dan Masyarakat Melayu: Peradaban Berterusan. Jurnal Bahasa,
4(2), 257-277.
ONLINE CLASS PARTICIPATION (OCP)

Anda mungkin juga menyukai