Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar sudah mempelajari latar belakang tamadun. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Slide show Power point, gambar, kertas edaran, kertas mahjung, papan putih. Nilai-nilai murni / patriotik :Patuh kepada arahan, berani mencuba, kerjasama. KBKK / KPS: Meneroka bukti, menjana idea, menjana kreativiti.
Isi Kandungan
Aktiviti Guru Guru meminta supaya pelajar menumpukan perhatian di hadapan kelas. Guru menunjukkan scroll kepada pelajar dan bertanya apakah isi kandungannya. Guru meminta seorang pelajar tampil ke hadapan dan membuka scroll tersebut. Guru menyuruh pelajar yang membuka scroll tersebut supaya menunjukkan gambar Menara Berkembar Petronas kepada rakan yang lain. Guru bertanya kepada pelajar tentang gambar yang ditunjukkan. Guru bertanya apakah topik yang akan dipelajari.
Seorang pelajar tampil ke hadapan dan membuka scroll yang diberikan oleh guru. Pelajar tersebut menunjukkan gambar Menara Berkembar Petronas kepada rakanrakan yang lain.
Pelajar menjawab pertanyaan guru. Pelajar menjawab pertanyaan guru tentang topik yang akan dipelajari.
Tajuk: Bab 2: Peningkatan Tamadun (Seni bina) Hasil Pembelajaran: 1) Menyenaraikan 1 seni bina yang terdapat dalam tamadun Yunani, India, Rom dan China. 2) Menyatakan 1 fungsi Seni bina yang terdapat dalam tamadun Yunani, India, Rom dan China. Langkah 1 (10 minit) Isi Pelajaran: Kertas edaran
Guru memberitahu tajuk yang dipelajari pada hari ini. Memberitahu hasil pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar pada hari ini.
Tamadun Yunani
1) 2)
Slideshow powerpoint:
Guru menerangkan fungsi seni bina berdasarkan slideshow powerpoint di hadapan kelas. Penerangan guru diselangselikan dengan menyoal pelajar yang dipilih secara rawak.
Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru dihadapan kelas. Pelajar yang dipilih secara rawak menjawab soalan guru.
Fungsi seni bina Tamadun Yunani : 1) Sebagai pusat pentadbiran Acropolis adalah ibu negeri Athens. 2) Sebagai aktiviti keagamaan. Parthenon merupakan rumah berhala iaitu memuja dan menyimpan patung Dewi Athena.
Fungsi seni bina Tamadun India: 1) Menjalankan aktiviti keagamaan iaitu : Stupa besar Shanci di India. a) Kompleks kuil di Gua Ajanta yang mempunyai 20 buah kuil. b) Komplek kuil di Gua Ellora yang mempunyai 28 buah kuil. 2) Sebagai kemudahan awam. The Great Bath adalah seni bina kolam mandian yang baik, lengkap dan menakjubkan. Memudahkan masyarakat menjalankan aktiviti sosial seperti beriadah
Tayangan Video:
Guru menayangkan video untuk memperkenalkan senibina Tamadun Rom. Guru bertanya kepada pelajar tentang video ditayangkan.
KPS/KBKK: Meneroka bukti, menjana Idea. BBM: Video Slide Powerpoint, kertas edaran.
Persembahan powerpoint : Seni bina Tamadun Rom Guru menayangkan slide powerpoint tentang seni bina Tamadun Rom. Setiap satu dari seni bina tersebut guru akan memberikan penerangan tentang fungsi dan ciri seni bina tersebut. (Nilai kepatuhan diterapkan). Guru memberi penerangan sambil bersoal jawab dengan pelajar. Pelajar melihat powerpoint yang ditayangkan. Pelajar mendengar penerangandaripada guru.
Fungsi seni bina Tamadun Rom: Sebagai tempat sosial masyarakat Rom: 1) Tempat persembahan teater. 2) Tempat pahlawan bertarung bagi menguji kekuatan masing-masing melalui pertandingan. 3) Tempat mengadakan aktiviti permainan dan sukan. Contohnya ,Colosseum. -mula dibina pada tahun 70 masihi.berbentuk kubah dan berukuran 52 meter,garis pusat luarnya 545 meter yan boleh memuatkan 50,000 80,000 orang.
1) Kenalpasti 3 fungsi seni bina Tamadun Rom daripada persembahan powerpoint yang telah ditayangkan. 2) Tulis jawapan selepas melihat tayangan powerpoint dalam kertas edaran dan rujuk buku teks m/s 59.
pusat
(Nilai inkuiri Diterapkan) Guru memberi masa kepada pelajar untuk menulis isi penting dan huraian. Guru bertanya kepada pelajar tentang 3 fungsi seni bina Rom. Pelajar menulis jawapan (menyatakan 3 fungsi seni bina tamadun Rom dalam kertas edaran). Pelajar secara sukarela menjawap pertanyaan guru tentang 3 fungsi seni bina Tamadun Rom.
1. Tempat Agama pemujaan Tuhan penduduk Rom. 2. Tempat penyimpanan patung dewa. 3. Tempat menjalankan kerja awam. Contohnya membersihkan kawasan kuil. Contohnya, Pantheon kuil berbentuk kubah dan merupakan binaan kubah terbesar di dunia iaitu bergaris pusat 44 meter.Di bina pada zaman Maharaja Hadrian padatahun 117-138 M). Berfungsi Sebagai kemudahan awam Masyarakat Rom: - Tempatempangan air. Berfungsimenyalurkan air di kawasanpenduduktempatan. SeperticontohnyaEmpanganp adahariini. Contohnya, seni bina Aqueduct (Saluran air bersih). Merupakan saluran air pada zaman Tamadun Rom. Bekalan air dibawa dari sumbernya digunung melalui saluran air tersebut. Aqueduct yang paling panjang ialah di Marcia iaitu
Mengaitkan fungsi seni bina zaman dahulu dengan kini. Bertanya kepada pelajar apakah nilai yang boleh dipelajari daripada fungsi seni bina Tamadun Rom.
Guru menerangkan fungsi seni bina Tamadun China berdasarkan slideshow powerpoint di hadapan kelas. Penerangan guru diselangselikan dengan menyoal pelajar.[nilai menghargai diterapkan] Soalan: 1. Apakah seni bina yang terkenal di China? 2. Mengapa Tembok Besar China itu dibina pada zaman dahulu?
Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru di hadapan kelas. Pelajar menjawab soalan guru.
BBM: Power point, papan putih. KPS: Meneroka bukti. Nilai: Menghargai Seni bina.
Pusat keagamaan
Tempat tinggal@kedia man
Fungsi seni bina Tamadun China: i) pertahanan - Tembok Besar China Pertahanan daripada serangan puak-puak nomad dari Utara. ii) pusat pentadbiran - Kota Larangan/Forbidden City Istana rasmi bagi maharaja China (mula digunakan pada zaman Dinasti Ming hingga Dinasti Qing). iii) pusat keagamaan - Kuil dan pagoda iv) tempat tinggal/kediaman - Kota Larangan/Forbidden City
Guru meminta pelajar menyebut beramai-ramai fungsi seni bina dalam Tamadun China. Guru meminta 2 orang pelajar menyenaraikan 1 seni bina yang terdapat dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.
H/P 1 dinilai.
2 orang pelajar menyenaraikan 1 seni bina yang terdapat dalam tamadun Yunani, Rom,
H/P 2 dinilai.
Kediaman maharaja dan keluarganya. Guru meminta 2 orang pelajar menyatakan 1 fungsi seni bina yang terdapat dalam Tamadun Yunani, Rom, India dan China.
India dan China. 2 orang pelajar menyatakan 1 fungsi seni bina yang terdapat dalam Tamadun Yunani, Rom, India dan China.
Beri arahan kepada pelajar: Bentukkan 4 kumpulan. Guru memberikan sampul surat yang mengandungi gambar seni bina. Guru meminta pelajar untuk membuat peta konsep tentang fungsi seni bina pada kertas mahjung dengan menggunakan gambar seni bina yang disediakan guru. Pelajar membentuk 4 kumpulan. Pelajar mengambil sampul surat. Pelajar membuat peta konsep seni bina tamadun pada kertas mahjung yang disediakan guru. ( Nilai kreativiti dan kerjasama pelajar dapat dicungkil dalam aktiviti ini) Wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan membentangkan peta konsep seni bina tamadun.
KPS/KBKK: Menjana Pemikiran Kreatif. BBM: Sampul surat, gambar seni bina, kertas mahjung, pen warna. Nilai: Kreativiti, kerjasama.
apakah nilai yang boleh diperoleh melalui topik seni bina tamadun.
Penutup (5 minit)
Seorang pelajar mrumuskan mengenai pembelajaran pada hari ini. Pelajar mendengar rumusan yang dibuat oleh guru. Pelajar memberi pendapat tentang nilai yang diperolehi pada sepanjang pembelajaran. Pelajar memberikan tumpuan terhadap pesanan guru.
Guru membuat rumusan terhadap pembelajaran pada hari ini. Guru meminta seorang pelajar menyebut tentang nilai yang diperolehi sepanjang pembelajaran pada hari ini. Guru memberi pesananagar pelajar membuat persediaan untuk sub topik yang seterusnya (Bahasa dan Kesusasteraan)