Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Sejarah


Kelas Tahun 4
Tema / Tajuk Tema 2 / Tajuk 3: Zaman Prasejarah
Masa 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Standard
Kandungan
3.1 Mengetahui dan memahami kehidupan manusia prasejarah.
Standard
Pembelajaran
3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah.
3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah.
3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah.
3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat
prasejarah.
3.1.5 Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.
K3.1.7 Menyatakan persediaan untuk menghadapi perubahan
persekitaran.
Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat:
i. Menyatakan maksud zaman prasejarah.
ii. Menyatakan tempat tinggal, kegiatan, dan alatan dengan
kegunaannya dalam masyarakat prasejarah.
iii. Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.
iv. Mengelaskan cara kehidupan manusia prasejarah dan zaman kini.
Aktiviti
1. Menonton tayangan video tentang zaman prasejarah The Croods.
2. Berceritakan tentang tempat tinggal, kegiatan, alatan dengan
kegunaannya dan kepercayaan manusia prasejarah.
3. Mengadakan perbincangan stesen dan membentangkan hasil
dapatan kepada ahli kumpulan.
Elemen
Merentasi
Kurikulum
(EMK)
Nilai Murni: Bersyukur
Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen Asas Sejarah, Konversi masa
Elemen Kewarganegaraan: Menghargai sejarah asal usul negara.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi: kemahiran menggunakan laman
web
Bahan Bantu
Mengajar
Komputer riba, LCD, video klip, persembahan powerpoint, lembaran
kerja, kad nota ringkas.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti EMK Catatan
Set Induksi (5 minit)
Menonton tayang video klip
1. Murid menonton tayang video klip The
Croods.
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid
berkaitan dengan video klip yang
ditayangkan:
a. Siapa tahu tajuk cerita ini?
Murid menjawab soalan guru secara
lisan.
(Jawapan: The Croods.)
b. Apakah zaman yang ditunjukkan dalam
cerita ini?
Murid menjawab soalan guru secara
lisan.
(Jawapan: Zaman Prasejarah.)
c. Di manakah watak-watak dalam cerita
tinggal?
Murid menjawab soalan guru secara
lisan.
(Jawapan: Gua.)
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pelajaran hari ini.
(Hari ini cikgu akan membawa adik-adik balik
ke zaman prasejarah manusia, seperti yang
anda lihat dalam cerita sebentar tadi.)
Nilai murni:
Bersyukur

TKP

TMK

Kemahiran
Berfikir:
Menjana
idea
Menghubung
kait
BBM:
Komputer riba
LCD
Video klip
Aktiviti 1 (20 minit)
1. Guru memperkenalkan zaman prasejarah
kepada murid.
(Zaman Prasejarah: zaman manusia belum
mempunyai tulisan. Seperti yang dilihat dalam
video klip, manusia pada zaman prasejarah
Nilai murni:
Menghargai
asal-usul
sejarah negara


Zaman
Prasejarah:
zaman manusia
belum
mempunyai
tulisan.
Lokasi
petempatan
pada setiap
menggunakan lukisan untuk mencatat
perkara dalam kehidupan.)
2. Guru menjelaskan kewujudan manusia
prasejarah dapat diketahui melalui kajian
arkeologi dengan menggunakan kaedah gali
cari.
3. Guru menunjukkan jadual zaman prasejarah
dan membuat penjelasan ringkas.
Zaman Paleolitik 40 000 ribu tahun lalu
Zaman Mesolitik 10 000 ribu tahun lalu
Zaman Neolitik 5 000 ribu tahun lalu
Zaman Logam 2 500 ribu tahun lalu
4. Guru menunjukkan peta petempatan
prasejarah di Malaysia.
zaman berlainan
kerana tempat
tinggal manusia
mengalami
perubahan pada
zaman tersebut.
Bukan hanya
Malaysia
mengalami
zaman
prasejarah tetapi
juga dengan
seluruh dunia.

BBM:
Komputer riba
LCD
Persembahan
powerpoint
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada 4
kumpulan.
Kumpulan 1: Zaman Paleolitik
Kumpulan 2: Zaman Mesolitik
Kumpulan 3: Zaman Neolitik
Kumpulan 4: Zaman Logam
2. Setiap murid akan diberikan kod masing-
masing, seperti 1A, 1B, 1C, 1D, 2A, 2B, 2C,
2D dan seterusnya sehingga 4D.
(1-Kumpulan: A kod murid)
3. Murid-murid berbincang dalam kumpulan
masing-masing dengan menyenaraikan
tempat tinggal, kegiatan dan alatan.
4. Murid kumpulan 1 akan menghantar wakil ke
setiap kumpulan untuk membuat
pembentangan pada hasil perbincangan
mereka. Pertukaran ahli kumpulan berlaku
antara kumpulan. Setiap kumpulan mesti
mempunyai wakil dari setiap kumpulan.
5. Setiap kumpulan diberikan jadual untuk
Nilai murni:
Menghargai
asal-usul
sejarah negara

Kemahiran
berfikir:
Menjana
idea
Menghubung
kait
Ciri-ciri setiap
zaman prasejarah.

BBM:
Jadual
dilengkapkan.
Zaman
Tempat
Tinggal
Kegiatan Alatan
Zaman
Paleolitik

Zaman
Mesolitik

Zaman
Neolitik

Zaman
Logam

6. Guru merumuskan pembentangan murid dan
hasil murid akan dipamerkan dalam kelas.
Aktiviti 3 (10 minit)
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada
murid.
2. Murid diberikan masa untuk menjawab
soalan.
3. Guru membincangkan jawapan dengan
murid.
Nilai murni:
Menghargai
asal-usul
sejarah negara

Kemahiran
berfikir:
Menjana idea
BBM:
Lembaran kerja
Penutup (5 minit)
1. Guru menunjukkan kad nota ringkas yang
berkaitan dengan zaman prasejarah.
2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam
pelajaran hari ini.
Nilai murni:
Menghargai
asal-usul
sejarah negara

BBM:
Kad nota ringkas









Kad Nota Ringkas





































































Lembaran Kerja

Sejarah Tahun 4
(Zaman Prasejarah)

Nama: _________________________ Kelas: _______________ Tarikh: ____________

Jawab semua soalan di bawah.








1. Manusia Zaman Paleolitik menggunakan _________________________ untuk meraut
dan memotong.
2. Manusia Zaman Neolitik sudah pandai membuat ____________________ daripada
tanah liat.
3. Manusia pada Zaman Logam telah pandai membuat perhiasan daripada
____________.
4. Alatan batu seperti _________________ digunakan untuk membuat perahu.
5. Manusia Zaman Logam sudah pandai membuat dan menggunakan kapak,
________________________ dan loceng.
manik
beliung
tembikar
Repihan
batu
Mata lembing

Anda mungkin juga menyukai