Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN Tingkatan: 1 Bil Pelajar: 40 Tarikh: 18 Mac 2013 Masa: 40 minit Mata Pelajaran: Sejarah Tajuk:

Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka Sub Tajuk: Zaman Prasejarah Objektif: 1. Kognitif: Supaya murid dapat mengetahui dan membezakan tahap perkembangan zaman prasejarah. 2. Afektif: Dapat melahirkan perasaan ingin tahu dan kagum mengenai zaman prasejarah. 3. Sosial: Membentuk komunikasi sosial dan semangat kerjasama antara murid melalui kerja berkumpulan. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah, mengetahui peralatan pada zaman prasejarah dan melabel lokasi penempatan zaman prasejarah. Bahan Bantu Mengajar: Papan Putih, Pen Marker, Buku Teks, Gambar Rajah, Peta, LCD dan Projektor Nilai: Pelajar akan dapat menghargai tinggalan zaman prasejarah KBKK: Menghubung kaitkan sesuatu perkara, berfikir dengan kritis, inovatif dan logik Perlaksanaan P&P:

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CACATAN

SET INDUKSI (5 Minit)

Pengenalan kepada lokasi penempatan Zaman Prasejarah.

Guru membuat sesi soal jawab dengan pelajar mengenai lokasi penempatan Zaman Prasejarah. Kemudian guru mempamerkan peta lokasi Zaman Prasejarah kepada pelajar.

BBM: Buku teks, Peta. KBKK:

Nilai: Semangat ingin tahu.

Aktiviti 1 (10 minit)

Menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah.

Guru menerangkan tahap perkembangan zaman prasejarah kepada pelajar mengikut kronologi .

BBM: Buku Teks, Peta.

KBKK: Membezakan ciri-ciri setiap masyarakat zaman prasejarah. Nilai: Menghargai kehidupan masyarakat zaman prasejarah.

Guru menunjukkan kepada pelajar lokasi penempatan zaman paleolitik, mesolitik, neolitik dan zaman logam dengan berpandukan peta.

Aktiviti 2 (15 minit)

Menerangkan kepada pelajar mengenai peralatan yang digunakan pada zaman prasejarah.

Guru menerangkan jenis peralatan BBM: yang digunakan pada zaman prasejarah dan fungsinya kepada pelajar melalui gambarajah yang tertera di dalam slide show . KBKK: Menghubungkaitkan teknik pembuatan peralatan dan fungsinya mengikut kesesuaian cara hidup pada zaman tersebut. LCD, Power point, Buku Teks

Nilai: Melahirkan rasa kagum.

Aktiviti 3 (15 minit)

Perbincangan dalam kumpulan.

Guru membahagikan pelajar kepada 8 kumpulan dan menyuruh mereka melabelkan lokasi penempatan zaman prasejarah di atas peta yang disediakan serta menyediakan peta minda ringkas mengenai topik pembelajaran ini.

BBM: Peta yang belum dilabel. KBKK: Berfikir dengan Kritis Nilai: Rasional *Peta minda dihantar pada minggu yang akan datang.

Penutup (5 minit)

Guru merumuskan tentang lokasi dan tahap perkembangan zaman prasejarah.

Di akhir pengajaran, guru akan merumus tentang lokasi dan tahap perkembangan zaman prasejarah kepada pelajar dengan jelas.

BBM: Buku Teks.

KBKK: Berfikir dengan logik

Nilai: Patriotik, Kebebasan

REFLEKSI Tempoh pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak mencapai 40 minit disebabkan guru yang sebelumnya keluar melebihi masa yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai