Anda di halaman 1dari 16

<SENI DALAM PENDIDIKAN>

<JANUARY/2023>

<HBEF1403>

<SENI DALAM PENDIDIKAN>

NO. MATRIKULASI : < 020928131066001 >


NO. KAD PENGENALAN : < 020928131066 >
NO. TELEFON : < 0197358408 >
E-MEL : < farwizahzakie28@gmail.com >

PUSAT PEMBELAJARAN : < OUM MIRI >


PENGENALAN
Pengalaman membawa maksud sesuatu yang dirasai, dilakukan, dilihat dan terajui oleh
diri sendiri pada waktu tersebut. Pengalaman ini juga boleh disebut sebagai sesuatu yang
memberikan kita pengajaran ataupun sebuah kenangan. Dengan pengalaman ini juga kita
akan lebih cekap dan serba tahu kerana telah merasai dan melakukan hal tersbut pada masa
lalu. Terdapat banyak kepentingan pengalaman yang perlu kita ketahui. Salah satunya adalah,
dapat mengasah kemahiran berkomunikasi dengan orang luar. Dengan berkomunikasi, kita
akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih berkualiti terhadap seorang individu luar
ataupun rakan sekerja kita. Jikalau kita tidak mengasah kemahiran kita berkomunikasi, sudah
tentu kita tidak akan dapat bergaul dengan orang luar apatah lagi mencari pengalaman yang
memerlukan kita untuk berkomunikasi. Selain dari pada komunikasi, keyakinan dan
keberanian diri juga dapat diasah. Keyakinan diri ini sangat perlu ada dalam diri masing-
masing kerana semakin kita besar banyak benda yang perlu dibuat atas keputusan diri sendiri.
Kita sendirilah yang menentukan jalan hidup kita kedepanya. Oleh sebab itulah kita haru
mempunyai keyakinan diri agar dapat membuat suatu keputasan dengan yakin dan berani.
Dengan pengalaman ini juga kita akan dapat menimba ilmu baru yang kita tidak ketahui.
Ilmu yang diperolehi ini dapat digunakan pada masa akan datang sewaktu mencari kerja atau
dalam waktu bekerja. Ianya akan menjadikan kita seorang yang professional dalam
melakukan kerja kerana telah mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam
melakukan hal-hal tersebut. Justeru, kemahiran kita juga akan diasah sewaktu mencari
pengalaman. Contoh kemahiran yang boleh diasah adalah kemahiran sosial, kemahiran media
dan kemahiran kognitif yang bermaksud berfikir secara kritis. Oleh disebabkan itu
mempunyai pengalaman adalah sesuatu yang penting untuk diri kita sendiri. Ianya untuk
kebaikkan dan kegunaan untuk diri kita di masa yang akan datang.
STRATEGI PENGAJARAN
Dalam sesebuah strategi pengajaran, sudah tentu ianya harus mempunyai aplikasi
kemahiran, media dan Teknik dan teknologi agar sesebuah aktiviti itu dapat dijalankan.
Seperti yang kita tahu kemahiran itu terbahagia kepada empat iaitu kognitif, psikomotor,
afektif dan sosial. Semua kemahiran ini mempunyai maksud dan kegunaannya dalam semua
aktivit yang akan dijalankan. Kemahiran kognitif ini lebih kepada berfikir secara kritis,
melakar, melukis, menerokai, menjana idea dan lain-lain. Psikomotor adalah penggunaan alat
dan bahan sewaktu melakukan aktiviti contohnya mereka, membina, mencantum, menyusun,
boleh memanipulasikan sesebuah bahan dan lain-lain lagi. Afektif pula adalah membaca,
mengira, menerangkan, memilih, mengajukkan dan sebagainya. Yang terahkir adalah sosial
yang mana seorang pelajar itu dikehendaki untuk menunjukkan kebolehannya dalam
berkomunikasi dengan orang lain. Bagi media pula ianya lebih kepada barangan yang
digunakan oleh seorang guru itu untuk mengajar anak muridnya. Sebagai contoh laptop,
projektor untuk membuat tayangan, speaker agar muzik yang dimainkan dapat didengari
dengan jelas dan lain-lain lagi. Teknik dan teknologi ini pula adalah peringkat yang telah
dibina untuk melaksanakan aktiviti. Contohnya peringkat awal, pertengahan dan akhir. Hal
ini kerana, aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Semua
kemahiran ini perlu ada dalam sesebuah aktiviti pembelajaran agar pembelajaran yang
dipelajari tidak akan sia-sia dengan membuang waktu hanya untuk berseronok sahaja.
Sebagai guru mestilah menjadi kreatif dan produktif dalam memilih dan membuat strategi.
Hal ini kerana strategi yang dibuat akan memberikan kesan kepada mereka samaada ianya
kegembiraan, kesedihan atau ketakutan. Sebagai contoh, sekiranya guru membuat aktiviti
drama yang bertemakan kesedihan, sudah tentu ianya akan memberikan refleksi kepada anak
muridnya. Akan tetapi, ini akan dapat mengajar mereka untuk memahami perihal perasaan
yang ada pada diri setiap manusia.

Aktiviti yang saya akan lakukan untuk pengajaran saja adalah aktiviti membuat topeng
haiwan. Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak jenis haiwan yang ada dimuka bumi ini
yang mana dapat membuatkan pelajar saya untuk menerokai lebih dalam berkenaan dengan
haiwan-haiwan yang masih ada mahupun yang sudah pupus. Aktiviti ini juga bukan hanya
membuat topeng akan tetapi menyuruh mereka memilih haiwan kegemaran serta
memperkenalkan kepada kelas tentang haiwan yang mereka pilih. Hal ini kerana, sudah tentu
haiwan yang mereka pilih adalah haiwan kegemaran mereka yang mana mereka akan lebih
tahu tentang keperibadian haiwan tersebut dari kawan-kawan yang lain. Begitu juga dengan
kawan-kawan yang lain, mereka harus mempamerkan hasil kerja dan menceritakan sedikit
keperibadian haiwan yang dipilih agar rakan sekelas mendapat ilmu yang baru tanpa cikgu
perlu memberitahu. Kemahiran ini dipanggil sebagai kemahiran sosial yang mana
menggalakkan pelajar untuk bercakap dan berkomunikasi dikhalayak ramai. Kemahiran
sosial ini akan dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri untuk memulakan
percakapan dengan orang baru. Memerankan watak mereka sebagai haiwan yang dipilih juga
adalah kemahiran sosial kerana sesuatu perkara yang melibatkan percakapan walaupun hanya
meniru suara haiwan akan boleh dianggap berkomunikasi selagi mereka berkomunikasi
dengan manusia. Selain itu, kemahiran kognitif dalam aktiviti ini juga dapat dilihat dari
penggambaran topeng haiwan pada awal aktiviti ini. Pelajar haruslah memilih dan
menggambar topeng haiwan yang ingin dibuat. Membina lakaran dan pelan awal agar topeng
haiwan yang diinginkan menjadi sama persis seperti haiwan yang sebenar. Dengan melukis
dan menggambar haiwan ini, mereka akan dapat mengasah kemahiran mereka dan dapat
belajar untuk melakar atau melukis sesuatu benda yang dapat difahami.

Seterusnya, pelajar akan mula mencantum bahagian-bahagian yang telah dipotong untuk
menjadikannya sebuah topeng. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat topeng haiwan
ini adalah pinggan plastik, starw plastik atau kayu untuk dilekatkan pada topeng, gunting, cat,
satu atau dua berus cat, pen maker hitam dan gam. Guru tidak akan mengajar mereka untuk
mencantum dan membuat topeng melainkan hanya memberikan pendekatan awal pada awal
aktiviti. Memberikan tunjuk ajar pada awal aktiviti yang dimaksudkan adalah slide atau video
yang menunjukkan cara pembuatan topeng tersebut. Ini akan dapat menilai kepekaan dan
ketekunan mereka dalam membuat sesuatu benda. Guru hanya akan menolong jikalau
keadaan tersebut memerlukan guru untuk mendampingi. Contohnya, sekiranya aktiviti ini
terlibat dengan pelajar tahun satu, guru haruslah mendampingi mereka sewaktu mereka
hendak menggunakan benda tajam seperti gunting.

Setelah proses mencantum dan membuat topeng ini selesai, pelajar haruslah
mempamerkan hasil kerja mereka didepan kawan-kawan agar dapat menghargai setiap binaan
topeng haiwan yang dibuat. Seperti yang saya nyata diatas, mereka harus mewatakkan
haiwan yang mereka pilih dan menyatakan keperibadian haiwan tersebut. Sebagai contoh,
haiwan yang dipilih adalah singa. Singa dikenali sebagai raja hutan. Dia yang paling digeruni
dihutan. Dia hanya memakan daging kerana dia adalah sejenis karnivor. Singa juga dikenali
sebagai satu sifat yang garang kerana keperibadiannya yang ganas dan menakutkan. Pelajar
bebas untuk memberitahu rakan-rakan tentang topeng haiwan yang dibuat mahupun hanya
meniru suara haiwan, itu dapat dikatakan juga sebagai satu perkembangan. Setelah semua
murid sudah berhasil memerankan watak haiwan mereka, saya akan membuka lagu yang
bersesuaian dengan tema aktiviti ini agar murid-murid lebih bersemangat meneruskan
pembelajaran. Mereka juga akan lebih aktif dan gembira apabila mendengar lagu-lagu yang
ceria kerana memang sifat umum kanak-kanak untuk gembira terhadap suatu benda yang
ceria. Pada akhirnya mereka akan dapat mempelajari sesuatu benda yang baru iaitu jenis-jenis
haiwan yang ada didunia ini. Malahan mereka akan dapat kemahiran berkomunikasi yang
baru setelah habis waktu pembelajaran.

Disamping aplikasi kemahiran, media, teknik dan teknologi ini, teori Gardner juga harus
ada didalam strategi yang dibuat. Teori Gardner ini terbahagi kepada tujuh bahagian, akan
tetapi dalam strategi saya ini ianya hanya ada empat teori yang berkaitan dengan aktiviti ini
iaitu muzik, kinestik, intrapersonal dan visual-ruang. Teori Gardner muzik ini adalah
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan
mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Pada strategi yang dibuat, pelajar
akan mendengarkan lagu haiwan selepas sahaja mereka habis memerankan watak mereka
kepada kawan-kawan sekelas. Sebagai contoh lagu “bunyi haiwan” dan “bangau oh bangau”
yang dinyanyikan oleh didi and friend. Kedua lagu ini amat sesuai dimainkan untuk budak-
budak kerana ritma nya ceria dan animasinya yang menarik dapat menarik perhatian pelajar.
Selain itu, teori kinestetik juga dapat dikaitkan sewaktu mereka memerankan watak mereka.
Pergerakan haiwan yang mereka tiru dapat dikatakan teori kinestetik kerana mereka membuat
suatu pergerakan yang menunjukkan perasaan tanpa bercakap. Mereka juga akan dapat
menunjukkan bakat yang mereka ada dalam aktivit fizikal seperti menari dan bersukan.

Seterusnya adalah teori visual-ruang. Teori ini dapat dikaitkan pada proses menggambar
atau membuat pelan awal untuk membuat topeng haiwan. Pelajar hendaklah melukis dan
membuat pelan agar proses selanjutnya tidak akan susah untuk dilakukan. Ini akan dapat
menilai mana-mana pelajar yang dapat menggambar dengan sempurna dan mana pelajar yang
kurang bagus dalam menggambar. Aktiviti tersebut juga telah menyatakan bahawa pelajar
akan melihat video atau slide berkenaan pendekatan awal tentang cara membuat topeng
haiwan. Akan tetapi guru tidak akan membantu murid-muridnya untuk membuat topeng
tersebut. Hal ini kerana, ianya hanya ingin menilai kefahaman dan kreativiti seseorang murid
tersebut dalam kepekaan dan keperhatian mereka terhadap sesuatu yang visual. Mereka juga
harus menentukan warna dan bentuk yang sesuai yang sama persis dengan rupa haiwan
sebenar. Jikalau mereka berhasil dalam menentukan warna dan bentuk, mereka dianggap
telah mencapai objektif dari aktiviti ini. Selain itu, teori intrapersonal juga dapat dikaitkan
dengan proses pemilihan haiwan diawal aktiviti ini. Kecerdasan intrapersonal merupakan
kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri
sendiri. Seperti yang kita lihat, pelajar memilih sendiri haiwan yang mereka ingin perankan
kerana ianya adalah keperibadian haiwan tersebut adalah yang paling mirip dengannya.
Contohnya, pelajar satu memilih untuk memerankan haiwan anjing kerana sifatnya yang
ceria, bersemangat dan riang yang mana sama seperti dirinya, pelajar dua pula memilih singa
kerana sifatnya yang garang, ketua dan kuat, pelajar ketiga memilih haiwan kucing kerana
sifatnya yang lemah-lembut,pemalu dan peramah dan pelajar keempat memilih untuk
memerankan haiwan koala kerana sifatnya yang tenang, sabar dan baik hati. Kita dapat lihat
disini bahawa murid-murid akan lebih cenderung untuk memilih haiwan yang mempunyai
keperibadian yang hampir sama dengannya. Hal ini kerana mereka merasa terhubung dan
lebih sesuai untuk diperankan dengan sifat yang mereka ada. Disini, guru akan dapat menilai
kekuatan dan kelemahan diri pelajar hanya melalui pemilihan dan gerak-geri pelajar. Ini juga
akan mengajar pelajar mengenai kebolehan dan kekurangan yang ada pada setiap manusia.
Dengan adanya aktiviti ini, mereka mampu menunjukkan kemampuan diri mereka dalam
menilai keperibadian masing-masing dengan hanya melalui topeng haiwan ini.

Selain daripada mengajar mereka seni, pembuatan topeng haiwan ini juga dapat mengajar
mereka berkenaan subjek sains. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, topik pendekatan
haiwan ini banyak didedahkan didalam subjek sains. Contohnya, sains telah mengajar kita
bahawa haiwan-haiwan mempunyai tiga jenis kelompok yang berbeza. Kelompok pertama
dikenali sebagai karnivor iaitu haiwan yang memakan haiwan sahaja. Yang kedua adalah
omnivore iaitu haiwan yang memakan daging ataupun tumbuhan. Yang ketiga adalah
herbivor iaitu haiwan yang memakan tumbuhan saja. Haiwan juga mempunyai ciri-ciri khas
yang berbeza-beza contohnya kura-kura ciri khasnya adalah cengkerangnya yang tebal, rusa
ciri khasnya adalah tanduk yang tajam dan keras dan landak ciri khasnya adalah duri yang
besar dan tajam. Hal ini sudah dipastikan bahawa pelajar akan dapat mempelajari subjek
sains walaupun kelas yang dijadualkan adalah kelas seni. Buktinya, sewaktu proses
mengambar topeng haiwan yang dipilih, sudah tentu mereka akan meneliti dahulu ciri-ciri
khas yang ada pada haiwan tersebut. Hal ini dilakukan kerana sebelum memerankan sesuatu
watak kita mestilah tahu dahulu berkenaan haiwan yang diwatakkan agar watak yang
diperankan akan menjadi sempurna. Dari cara pecakapan, cara pemakanan, ciri-ciri khas,
sifat dan kepribadian semua itu perlu diketahui dulu sebelum ingin memilih topeng haiwan.
Di samping itu juga, subjek muzik juga dapat dikaitkan didalam aktiviti ini. Hal ini kerana,
didalam strategi ini mempunyai aktiviti yang mana pelajar harus menyanyi dan menari agar
dapat menceriakan suasana. Dengan mendengarkan ritma dan nada yang bresesuaian dengan
tema, ianya akan membuatkan kelas lebih ceria dan aktif semasa aktiviti dijalan.

Kesimpulannya, semua strategi pembelajaran haruslah mempunyai kemahiran,media,


Teknik dan teknologi didalamnya agar strategi yang dibina menjadi sempurna, teori Gardner
juga haruslah dimasukkan kedalam sesebuah strategi agar membuatkan hasil dalam suatu
pembelajaran. Strategi pembelajaran ini bukan hanya dibina untuk berseronok sahaja, akan
tetapi ianya mestilah mempunyai objektif dan matlamat yang hendak dicapai. Contohnya,
objektif pada strategi ini adalah murid-murid dapat mengenal lebih banyak haiwan yang
mereka tidak ketahui, murid-murid dapat menilai dan mengetahui kebolehan dan kelemahan
pada diri mereka sendiri dan murid-murid dapat berkomunikasi dengan lancar dikhalayak
ramai. Semua objektif ini haruslah dicapai sewaktu aktiviti dilukukan. Oleh itu, strategi
pembelajaran yang berkesan ini harus dilakukan oleh semua guru agar suatu aktiviti yang
diingin dilaksanakan akan berjalan dengan lancar justeru dalam keseronokan menjalankan
aktiviti mereka juga dapat menimba ilmu pembelajaran yang baru.
KARYA SENI LUAR NEGARA DAN TEMPATAN
1. KARYA SENI LUAR NEGARA

Pelukis: Nguyen Thi Kim Due


Tajuk: Cover of Future (2019)
Media: Sutera Vietnam Tradisional dan cat air hasil inspirasi Van Gogh
Koleksi: Tam The Palace of Tam Chuc Temple
Hubung Gambar diatas menunjukkan ke-13 perubahan iklim terhadap tumbuh-tumbuhan
Kait: yang diabaikan manusia. pokok-pokok mahupun haiwan dan manusia akan mati
jikalau mengabaikan isu perubahan iklim secara berterusan. Puan Nguyen
menyampaikan amaran kepada masyarakat dalam bentuk seni agar masyarakat
lebih peka dan prihatin dengan penjagaan alam sekitar di muka bumi ini.
Pelukis: Antoine Bertin
Tajuk: 333Hz (2022)
Hubungkait Motif dari hasil karya ini adalah untuk memperdengarkan masyarakat dunia
Matlamat: mengenai tempo penebangan hutan ke seluruh dunia. Nama 333Hz ini terinspirasi
daripada tempo penebangan hutan yang sebanyak 20.000 per minit. Karya ini
dicipta agar masyarakat sedar bahawa penebangan pokok yang berlebihan akan
memberi impak yang sangat buruk kepada bumi kita.

Pelukis: Jill Pelto


Tajuk: Incorporater Graph of Rising Sea Level and Soaring Temperature (2016)
Sumber: National Geographic
Hubungkait Perubahan iklim boleh dilihat apabila pokok di lereng gunung bertular menjadi
Matlamat: coklat hasil kesan daripada kemarau yang malampau. Hal ini dikatakan demikian
kerana lapisan ozon yang kini menipis akibat isu pemanasan global yang telah
lama berlaku. Selain itu, paras air laut yang meningkat secara mendadak
mengakibatkan glasier di antartika timur mencair dengan lebih cepat pada kadar
70.8 B tan setahun. Para pasukan saintis telah melaporkan risiko penyusutan
glasier yang tidak stabil jika isu ini tidak dibendung. Hal ini telah menimbulkan
perasaan bimbang dalam diri masyarakat dunia.
2.Pelukis:
KARYA SENIRoslisham
TEMPATAN Ismail
MALAYSIA
Tajuk: ChronoLOGICal (2015)
Sumber: National Art Malaysia
Hubungkait Kenaikan aras air laut adalah kesan daripada pemanasan global akibat perubahan
Matlamat: iklim dan perubahan cuaca yang ekstrem yang mana menyebabkan berlakunya
benjir besar. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia menyebabkan banyak air tersejat
daripada sungai dan lautan seterusnya merubah corak hujan. Oleh itu, banyak tebing
dan sungai akan melimpah dan sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat
menampungnya.

Pelukis: Kenji Chai


Tajuk: The Nature Mind of Landscape (2022)
Hubungkait Lukisan tersebut merupakan karya untuk mengingatkan generasi kini agar
Matlamat: menyanyangi alam dan haiwan kehidupan liar yang semakin pupus. Hal ini
kerana perubahan iklim memberi impak yang negetif terhadap haiwan dan
habitatnya sehingga banyak spesis berisiko pupus. Sebagai contoh, pemanasan
global memaksa banyak haiwan meninggalkan habitat biasa mereka. Oleh itu,
masyarakat haruslah membantu usaha pemuliharaan untuk melindungi haiwan
dan habitat semula jadi.
Pelukis: Rizo Leong
Tajuk: Jungle of Hope (2015)
Sumber: Kolektif Pangrok Sulap
Hubungkait Perubahan iklim mampu mempengaruhi ekosistem kita secara negatif. Misalnya,
Matlamat: isu atau permasalahan pencemaran hutan yang disebabkan aktiviti pembuangan
sampah sarap secara terbuka oleh manusia. oleh itu, ekosistem hutan seali gus
habitat haiwan liar musnah akibat tercemar oleh timbunan sampah sarap hasil
Tindakan tidak bermoral dari manusia.

SOROTAN KAJIAN
Sebelum melaksanakan tugasan ini saya telah membuat rujukan beberapa bahan atau
kajian lepas. Antaranya hasil kajian oleh Denna Ezzati Jasni yang bertajuk Teori-teori
dalam Pendidikan. Dalam kajian ini telah mengkaji tentang teori-teori kecerdasaran dari
Horward Gardner. Prof. Howard Earl Gardner, lahir pada tanggal 11 Julai 1943 di Scranton,
Pennsylvania. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kebangsaan Amerika dan menjadi
profesor di Cognition and Education di Harvard Graduate School of Education Universitas
Harvard. Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau
mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat
kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa,
juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua
ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak
mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa
mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh
ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Salah satu teori Gardner adalah kinestetik. Kebolehan menggunakan sebahagian atau
keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap
mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental. Yang kedua adalah interpersonal. Kecerdasan interpersonal
membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain
secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi
kepada orang lain.

Yang ketiga adalah intrapersonal.Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan
sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian,
perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada
ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai
cara berfikir. Yang keempat adalah Logik-Matematik. Kebolehan yang dominan di bahagian
kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta
boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan
komputer dengan cekap. Ini adalah empat contoh teori Gradner yang telah Denna Ezzati Jasni
terangkan. Selain daripada empat teori diatas, terdapat lagi banyak teori kecerdasan yang ada
iaitu Muzik, Verbal-Linguistik, Visual-Ruang dan Naturalis. Semua teori ini mempunyai
keterangan yang berbeza-beza kerana sifat teori tersebut tidak akan ada yang sama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, seni dalam pendidikan ini harus dipelajari oleh semua guru agar
pembelajaran sesuatu subjek itu akan lebih ceria dan senorok sesuai yang tahun yang mereka
ajar. Selain daripada suasana yang ceria, pelajar juga akan mudah faham tentang apa yang
dipelajari kerana mereka lebih tertarik dengan seni visual berbanding dengan penceritaan atau
suatu berita. Seperti yang kita ketahui juga pelajar lebih suka akan sesuatu yang
menyeronokkan berbanding dengan yang tiada keseronokan. Dengan adanya seni dalam
pendidikan ini guru-guru boleh belajar cara untuk membuat strategi pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan aktif.
RUJUKAN
Aries music kid channel, (2017), Alif dan Mimi “Bangau oh bangaun” animasi 2D lagu
kanak-kanak, https://youtu.be/uY1G-vOTziA

Cikgu Zaki, (2012), Teori kecerdasan pelbagai,


https://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html

Deena Ezzati Jasni, (2016), Teori Howard Gardner,


https://deenaezzati.wordpress.com/teori-kecerdasan/teori-howard-gardner/

Didi and friend, (2018), Lagu bunyi haiwan, https://youtu.be/SzAK4ZBISZA


BAHAGIAN B
PENYERTAAN KELAS ATAS TALIAN

Anda mungkin juga menyukai