Anda di halaman 1dari 23

<BBPP1103>

FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI

SEMESTER : 2 - SEPTEMBER / TAHUN : 2015

KOD KURSUS : BBPP 1103

PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NAMA : MOHD KHAIRY BIN AZIZUL


NO. MATRIKULASI : 810211015881001
NO. KAD PENGNEALAN : 810211-01-5881
NO. TELEFON : 017-4520295
E-MEL : khairytnb@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM

0
<BBPP1103>

1
<BBPP1103>

ISI KANDUNGAN 1

HALAMAN
PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 3-5
Tentang enam peranan yang dimainkan oleh seorang pengurus
dalam sesebuah organisasi.
ANALISIS ARTIKEL 6
Tiga peranan yang dibincangkan sebagai pegawai perhubungan, pencetus
Idea dan jurucakap
ANALISIS ARTIKEL 1 6-8
Pengenalpastian berkenaan artikel 1 yang dimainkan oleh seorang
pengurus tentang peranannya dan disokong dengan contoh-contoh
dari artikel tersebut.
ANALISIS ARTIKEL 2 9-11
Pengenalpastian berkenaan artikel 2 yang dimainkan oleh seorang
pengurus tentang peranannya dan disokong dengan contoh-contoh
dari artikel tersebut.
ANALISIS ARTIKEL 3 11-13
Pengenalpastian berkenaan artikel 3 yang dimainkan oleh seorang
pengurus tentang peranannya dan disokong dengan contoh-contoh
dari artikel tersebut.
KESIMPULAN 14-15
Kesimpulan yang amat jelas tentang peranan manakah yang paling
Sukar untuk dibawa dan dijustifikasikan dengan baik.

LAMPIRAN 16-18

RUJUKAN 19-20

2
<BBPP1103>

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah Memberi


kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Subjek
Prinsip Pengurusan ( BBPP1103 ).
Disini saya selaku penulis tugasan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih
pada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan
tugasan saya ini.Secara jujur juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih pada
pihak OUM Shah Alam kerana memberi petunjuk dan cara untuk menyiapkan tugasan
saya ini.
Dalam pada itu ucapan terima kasih pada tutor saya yang dihormati, Puan Adeline
Yong Yin Yin dan E-Tutor saya Puan Hazira Binti Mohd Nasir kerana telah memberi
panduan,tunjuk ajar dan cara untuk melengkapkan dan menyiapkan Tugasan BBPP1103
( Prinsip Pengurusan ).

Sekian Terima Kasih.

3
<BBPP1103>

1.0 PENGENALAN
Mempunyai pengurus dan pengurusan yang terbaik dalam sesebuah syarikat
adalah satu titik tolak bagaimana hala tuju menentukan sesebuah organisasi tersebut
berada pada tahap kecemerlangan dan mencapai wawasan atau visi yang ingin
dicapai.Sistem pengurusan yang terbaik merangkumi dari aspek bagaimana seorang
pengurus bijak mengatur dan mencorak langkah menuju kejayaan, mewujudkan satu
organisasi yang teratur serta bijak dalam pengawalan dan mempunyai sifat kepimpinan
berteraskan integriti yang jujur dalam menjamin kecemerlangan dan kegemilangan
organisasi tersebut.Perkara diatas amat penting kerana, pengurusan yang baik hasil dari
seorang pengurus yang bijak serta sistematik dalam mengawal selia organisasi, dapat
menjadikan sesebuah organisasi berada pada landasan yang tepat untuk mencapai
matlamat sesuatu syarikat yang telah ditetapkan.Berdasarkan pendapat Mintzberg
(1980), pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan merancang, mengorganisasi,
mengarah, mengkoordinasi dan mengawal selia.
Selain itu, pengurusan dalam sesebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan
terhadap seseorang pengurus adalah merangkumi tugas-tugas menyelaras serta mengawal
selia pekerja bawahan dalam mencapai visi dan misi organisasi secara berkesan dalam
mempertingkatkan kuantiti dan produktiviti sesebuah organisasi kearah kecemerlangan.
Menurut pandangan Robbins ( 2003), Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian
matlamat organisasi sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif.Sementara itu,
Hodge B.J ( 2003 ) mengatakan bahawa pengurusan adalah satu proses dimana ia akan
berterusan yang meliputi proses perancangan, mengorganisasi, sifat kepimpinan,
penilaian dan sistem kawalan bagi segala tugas dan tanggungjawab setiap pekerja
dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Oleh itu, setiap apa yang diperolehi dari sesebuah organisasi tidaklah bergantung
pada kejituan dan ketepatan sesebuah organisasi menjayakannya, malah peranan besar
seseorang pengurus perlu dititikberatkan untuk menjadi fungsi atau nadi pengerak utama
dalam membentuk organisasi yang terbaik samada didalam atau luar negara.

4
<BBPP1103>

Berdasarkan pendapat Henry Mintzberg ( 1975 ) dari buku pengurus pekerjaan


menyatakan bahawa peranan pengurus dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peranan
sebagai penghubung atau orang pengantara bagi mendapatkan maklumat luar,selain itu
berperanan sebagai penyebar atau penyampai maklumat dan sebagai pembuat
keputusan berdasarkan maklumat ynag lengkap dan dikemaskini.Oleh itu, dari tiga
bahagian yang wajib diatas bagi peranan seseorang pengurus dalam organisasi terdapat
enam peranan penting yang perlu ada pada seorang pengurus dalam menjana kejayaan
sesebuah organisasi berdasarkan tiga titik utama peranan tersebut.
Peranan yang pertama adalah menjadi tunjang utama atau nadi
penggerak.Bermaksud seseorang pengurus adalah ketua pada setiap ahli organisasi dan
mengurus kerja secara langsung berkaitan kerja-kerja urus tadbir organisasi,
perbincangan mengenai bisnes dan riadah pekerja bawahan merangkumi aktiviti ditempat
kerja.Diantara contoh peranan seseorang pengurus atau ketua jabatan adalah mewujudkan
satu akta keselamatan tambahan ditempat kerja berkaitan wajib memakai topi keledar di
dalam kawasan loji janakuasa semasa menunggang motorsikal bagi mengelakkan
kemalangan semasa menunggang motorsikal.Menyambut dan berbincang dengan
konntraktor-kontraktor yang berdaftar dalam projek baru janakuasa mengenai halatuju
syarikat yang diingini.
Peranan yang kedua adalah pemimpin.Seorang pengurus dalam sesebuah
organisasi akan mewujudkan visi dan misi dalam organisasi bertujuan ingin mencapai
sasaran yang diiginkan serta mengadakan pelan tindakan yang sistematik serta melakukan
perubahan yang drastik dalam memberi yang terbaik terhadap organisasi.Disamping itu,
pengurus juga sentiasa bersedia memberikan segala bentuk arahan, menyelia prosedur-
prosedur atau akta organisasi .Pengurus juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan
kepentingan pekerja bawahan dengan memberi motivasi,peluang kenaikan pangkat dan
latihan didalam membentuk satu organisasi yang cemerlang.
Peranan yang ketiga adalah sebagai pegawai perhubungan.Peranan ini adalah
menjurus kepada memberikan maklumat atau mesej penting kepada ahli-ahli organisasi

5
<BBPP1103>
dan pihak vendor yang terlibat dengan sesebuah organisasi tersebut.Ini bertujuan kerana
dengan adanya penyampaian maklumat yang tepat segala perkara penting dapat ditangani

dengan telus contohnya dengan berbincang dengan pihak luar, jaminan lanjutan kontrak
bagi mendapatkan dan melakukan kerja demi organisasi.Selain itu, pengurus juga perlu
berbincang dan mendapatkan idea pengurus-pengurus lain untuk kebaikan dan
mendapatkan jalan penyelesaian jika berlaku sesuatu kesulitan.
Peranan keempat adalah sebagai jurucakap.Pengurus memikul tanggungjawab
sebagai individu yang diamanahkan memberitahu segala perkara dan maklumat
organisasi kepada pihak luar dan dalaman dalam apa jua bentuk.Ini bertujuan apabila
adanya jururunding segala masalah dapat diselesaikan tanpa ragu-ragu.Contohnya,
bekalan elektrik terputus melebihi 1 jam, memo akan dikeluarkan oleh pihak pengurus
berhubung dengan perkara tersebut dan memaklumkan kerja pembaikan dalam proses
dan akan dipulihkan dalam masa 30 minit.
Peranan kelima adalah perunding cara.Pengurus sesebuah organisasi akan
menjalankan kerja melihat segala masalah yang timbul samada ringan atau berat dan
mencari jalan untuk memperbaikinya dengan melibatkan semua ahli organisasi dan
aktiviti dalam sesebuah organisasi.Sebagai contoh, pihak seksyen mekanikal membuat
laporan bahawa kurangnya kakitangan yang kompetan dalam aktiviti kerja ruang
terkurung hingga menjejaskan produktiviti seksyen tersebut dan masa kerja menjadi
panjang.Pengurus bertindak berunding dengan pihak pengurusan utama organisasi
berkaitan masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian.
Peranan keenam adalah sebagai pencetus idea.Pengurus bertanggungjawab
terhadap segala bentuk pembaikkan sesebuah organisasi dalam memastikan perjalanan
organisasi tersebut lancar dengan mencetuskan idea idea yang bernas untuk
kecermerlangan organisasi.Contohnya, program Better Brighter yang dicetuskan oleh
CEO TNB dalam Organisasi TNB dalam membina semangat kerja berpasukan, integriti
individu, demi meningkatkan mutu dan kualiti organisasi dari lebih baik kepada
cemerlang dan gemilang.Dalam peranan sebagai pencetus idea, tiga proses utama yang
dapat membantu pekerja menjadi lebih bersemangat, berinisiatif dalam pembentukan

6
<BBPP1103>
kendiri kearah perubahan adalah proses keushawanan, proses pembangunan keupayaan
dan proses Transformasi.

2.0 Analisis Artikel


Pada kali ini, saya akan membincangkan dan menganalisis tiga peranan yang
berlainan dari tiga artikel yang berbeza tentang peranan pengurus dalam sesebuah
organisasi.Saya akan cuba merungkai dengan lebih tepat peranan-peranan pengurus
berdasarkan artikel-artikel yang diambil samada dari artikel majalah dan surat khabar
untuk dibincangkan dan mengetahui bagaimana peranan tersebut dijayakan oleh seorang
pengurus dalam artikel atau akhbar tersebut.Antara tiga peranan yang akan dibincangkan
adalah pegawai perhubungan, pencetus idea dan jurucakap.

2.1 Artikel I : Pengurus sebagai Pegawai Perhubungan


Setiap pengurus mengimpikan sesuatu kejayaan yang gemilang terhadap
organisasinya, namun begitu bukan mudah untuk mengecapi nikmat kejayaan tanpa usaha
yang gigih demi pembangunan sesuatu organisasi.Setiap pengurus yang inginkan
kejayaan perlulah mempunyai gaya selia yang jitu dalam konteks sebagai pegawai
perhubungan.Ini kerana dengan peranan pengurusan sebagai pegawai perhubungan dalam
sesebuah organisasi ia berteraskan aspek strategi bisnes yang tepat,strategi pemasaran
dalaman serta global, dan yang paling penting adalah pekerja bawahan adalah aset utama
pengerak sesebuah organisasi.Dengan berteraskan aspek tersebut, secara langsung
kepercayaan pihak luar dan dalam akan lebih utuh terhadap sesebuah organisasi kerana
terbukti nilai bisnes yang diterapkan selama ini nampak berhasil dan berjaya.
Artikel berkenaan Majalah Niaga yang bertajuk Strategi Bisnes Tony Fernandez
Membangunkan Air Asia menerapkan dan menceritakan bagaimana beliau bermula
mempelopori bidang bisnes aero-angkasa atau lebih di kenali sebagai bisnes Syarikat
Penerbangan Air Asia Tambang Rendah sehingga menjadikan organisasi beliau terkenal
dalam Malaysia mahupun luar Negara.Organisasi era Air Asia bermula pada tahun 2001
dan syarikat ini hanyalah bernilai RM 1.00 dan mempunyai beban hutang yang
dianggarkan sebanyak RM 40 Juta Ringgit.Pada tahun tersebut Air Asia hanya

7
<BBPP1103>
mempunyai dua kapal terbang terpakai dan terbang hanya ke satu destinasi sahaja dengan
mempunyai 250 pekerja dalam bisnes beliau.Tahun demi tahun Tan Sri Tony Fernandez

menggarap segala usaha demi kejayaan Air Asia,hinggalah selepas 9 tahun berusaha kini
Air Asia hampir bernilai RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM 549 juta,
mendominasi 85 pesawat Airbus, terbang terus dan melalui 130 laluan perjalanan ke 70
destinasi seluruh dunia.Selain itu, Tan Sri Tony Fernandez menggangarkan lebih 20 juta
setahun penumpang dan dalam pada masa yang sama aset utama Tan Sri Tony Fernandez
adalah pekerjanya yang dianggarkan 8,000 pekerja dari Malaysia, Thailand dan
Indonesia.
Antara resepi kejayaan utama Tan Sri Tony Fernandez dalam klasifikasi peranan
pengurus sebagai pegawai pehubungan adalah mempunyai strategi bisnes yang unggul
diterapkan kepada organisasi beliau iaitu Air Asia.Selain itu, strategi pemasaran dan
produk yang tidak terbatas dan merangkumi segala aspek dalam pengurusan bisnes
beliau.Kejayaan utama Air Asia menurut beliau adalah sumbangan para pekerja adalah
aset kepada tulang belakang Air Asia.Menurut Tan Sri Tony Fernandez, Air Asia berjaya
disebabkan oleh sistem pengurusan yang efisen serta berkesan terhadap pekerjanya.Tidak
mustahil beliau dan air asia menggelarkan para pekerjanya sebagai kesemuanya adalah
bintang ( All Star ) kerana berperanan besar membangunkan organisasi dan
menjayakanya.Demi menghargai jasa para pekerjanya yang berkhidmat dengan
cemerlang, beliau dan air asia memberikan latihan yang kompetetif kepada pekerjanya
untuk mengekalkkan kecermerlangan organisasi dan menubuhkan satu unit budaya
korporat yang bertanggungjawab memupuk nilai murni dan amalan syarikat terhadap
pekerjanya, bersandarkan peranan beliau sebagai pengurus merangkap pegawai
perhubungan yang menjaga kebajikan setiap pekerjanya.
Selain itu, peranan sebagai pegawai perhubungan yang diterapkan dalam
organisasi beliau sehingga berjaya adalah, mempromosikan bisnes dengan mengurangkan
kos pengurusan efektif kepada pelanggan-pelangganya sehingga membolehkan Air Asia
menawarkan tambang rendah dengan harga sekitar RM0.82 bagi setiap tempat duduk

8
<BBPP1103>
dalam pesawat.Jelas dengan memainkan peranan tersebut dalam organisasi beliau, Air
Asia terbukti berada pada kecekapan pengurusan dalam pengawalan kos yang

berkesan sehingga organisasi beliau diiktiraf oleh Badan Perhubungan Perkhidmatan


Penerbangan Dunia kerana menawarkan penerbangan tambang murah dan sentiasa
mementingkan keselesaan pengguna terjamin semasa mendapatkan perkhidmatan
organisasi Air Asia sewaktu penerbangan.

Gambarajah 1.0: Pengurus Organisasi Air Asia

Peranan sebagai pegawai perhubungan dalam sistem pengurusan Tan Sri Tony
Fernandez yang begitu ketara adalah beliau sentiasa membina hubungan yang baik
dengan rakyat Malaysia.Hal ini adalah satu strategi dan rangka bisnes beliau kerana
dengan mempunyai hubungan yang baik dengan keseluruhan rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum, beliau akan menggapai kejayaan tanpa mengira kejayaan yang kecil
ataupun yang besar.Ini disebabkan oleh, kejayaan dan kecemerlangan yang digapai oleh
organisasi beliau akan dihebahkan samada di laman sosial ataupun media dan Air Asia
mengiktiraf bahawa kejayaan utama organisasi ini bersandarkan pada sokongan rakyat
Malaysia sekaligus menaikkan jenama Malaysia dimata dunia.
Tan Sri Tony Fernandez berkata bahawa, salah satu peranan yang besar dalam
sejarah organisasi beliau yang dikenali sebagai Air Asia adalah dengan memainkan
peranan sebagai pegawai pehubungan yang efektif dalam mencapai impiannya. Ini kerana

9
<BBPP1103>
untuk menjadikan organisasi beliau dulunya dipandang rendah dan kini terbang tinggi
sejajar dengan kecermerlangan dan kejayaan yang diperolehi demi menaikkan jenama
Malaysia dimata dunia khususnya.

2.2 Artikel II : Pengurus Sebagai Pencetus Idea ( Inisiatif Kendiri)


Istilah pencetus idea dalam diri seorang pengurus sesebuah organisasi merupakan
idea yang tidak ternilai bagi seorang pengurus yang memainkan peranan tersebut untuk
memulakan, menjana dan mencapainya kejayaan dalam organisasinya kerana seseorang
itu tidak mencetak atau mangambil apa-apa jua idea orang lain dalam pelaksanaan
sesebuah organisasinya sehingga berlaku kejayaan.Idea yang diterjemahkan oleh setiap
pengurus berperanan pada organisasi kerana ia akan menjadi satu nilai kormesial yang
dipandang tinggi oleh pelanggan,lapisan masyarakat mahupun pekerja sesebuah
organisasi.
Analisis berkenaan artikel dari Sinar Online Telus dan Tulus bertajuk DHerbs
Bukti Kejayaan Anak Muda.DHerbs menceritakan seorang pengurus yang berasal dari
keluarga orang yang bukan senang tetapi menunjukkan minat yang mendalam dalam
aktiviti keushawanan dan bisnes starategi hingga kejayaan diperolehi, beliau adalah Dato
Aliff Syukri Kamarzaman yang memainkan peranan sebagai pencetus idea hingga
membuktikan kejayaan dalam organisasi beliau sehingga kini.Beliau menunjukkan minat
terhadap bidang perniagaan daripada kecil sehingga menunjukkan inisiatif ideanya
tercetus untuk memulakan perniagaanya sendiri.Berdasarkan susur galur kehidupanya
dulu, beliau merupakan seorang yang agak sosial dalam kehidupan dan telah
bermuhasabah serta mendapat kesedaran yang maksimum supaya tidak lagi berada pada
tahap yang sama saja.
Berdasarkan artikel ini, beliau menyedari mempunyai satu sifat berniaga dalam
diri sejak dibangku sekolah dan beliau mula berniaga sejak berumur tujuh tahun ketika
tinggal bersama neneknya.Bermulanya kehidupan perniagaan beliau dengan menjual
jeruk mempelam dan jambu batu di sekolah rendah,kemudian di sekolah menengah pula
beliau berjinak-jinak berniaga barangan kosmetik, tudung dan kerongsang sehingga habis
persekolahan dengan menjual jamu dan produk kecantikan di rumah sambil mengetuk

10
<BBPP1103>
pintu dan pejabat sehinggakan tidak dilayan.Sejajar dengan itu, beliau menanamkan
semangat yang berkobar-kobar dalam diri untuk membuktikan beliau akan berjaya dan
membuka satu organisasi perniagaan berteraskan barangan kosmetik ilham idea dari
beliau sendiri untuk mencabar diri dalam bidang perniagaan.

Tahun demi tahun berlalu, sehingga tertubuhnya satu organisasi dari cetusan idea
Dato Aliff Syukri Kamarzaman iaitu DHerbs Healty Marketing pada September 2010
dan hanya beroperasi di lot kedai tingkat 2 dengan mempunyai hanya seorang pekerja
serta menjalankan 4 bisnes produk utama iaitu bedak asas, produk pelansingan, minuman
kesihatan wanita dan juga gincu rawataan bibir sahaja.Usaha demi usaha sentiasa berjalan
setiap hari dan berazam untuk membesarkan perniagaan dengan terciptanya 90 produk
terbaru dari idea beliau dan berjaya beroperasi di lot kedai tingkat bawah serta
membuktikan jenama Dherbs mendapat tempat dimata pengguna di Malaysia, Singapura
dan Brunei.Dalam pada masa yang sama beliau memasang impian untuk menjadikan
bisnes beliau terkenal dipelusok dunia.
Sejajar dengan kesungguhan melalui cetusan ideanya, termaktub wawasan, misi
dan objektif syarikatnya ingin menjadikan sebuah badan organisasi produk kesihatan dan
kecantikan sebagai tahap pertama ( single level ).Berdasarkan konsep yang
diketengahkan oleh beliau, secara terbuka, ringkas, pengurusan yang terbaik,
keberkesanan, berkualiti, produktif dan yang paling penting beliau mementing keutamaan
pengeluar, peniaga dan pengguna melalui harga mampu milik yang diperkenalkan oleh
beliau.Pada masa yang sama juga, beliau mewar-warkan ideanya kepada semua
pelanggannya kenapa produknya menjadi pilihan orang ramai, salah satunya adalah
disebabkan oleh produk yang berteraskan bersih, suci dan halal serta organisasi beliau
adalah milik penuh bumiputera.

11
<BBPP1103>

Gambarjah 1.1: Pengasas Produk Kesihatan & Kecantikan

Selain itu, perananya sebagai pencetus idea dalam bisnes tidak luntur sekaligus
beliau mempromisikan dan membuat iklan didalam majalah-majalah tersohor,media-
media,dan rancangan televisyen untuk menggerakkan layaran bisnes DHerbsnya supaya
di kenali oleh semua bangsa.Tercetus idea dari beliau supaya orang ramai mengenali
lebih nilai kormesial dan strategi pemasaran produknya dengan adannya tarikan kata-
kata hikmat dari beliau iaitu Terlajak Laris yang semakin mendapat tempat dalam
dunia keushawanan dan bisnes pelan beliau.Semangat beliau semakin membara, dengan
idea dan pemikiran seorang yang otak bisnes dan mementingkan kejayaan, sekali lagi
DHerbs telah berada dihadapan dengan label sebagai Syarikat Sendirian Berhad serta
membuka beberapa anak syarikat antaranya Megah Perawan Sdn.Bhd dan juga Aliff
Herbs Manufacturing Sdn. Bhd cetusan dari ideanya bagi menggembangkan bisnes
pelannya dan infarstruktur ekonomi serta akan memperkenalkan 500 produk baru melalui
ideanya.Ternyata, peranan sebagai pencetus idea dalam sesebuah organisasi atau syarikat
amat penting pada seseorang pengurus dalam membentuk segala perjalanan sesebuah
organisasi kearah kecemerlangan.

2.3 Artikel III: Pengurus Sebagai Jurucakap


Menjadi seorang pengurus atau menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah
organisasi dan bertindak sebagai jurucakap atau menyebar maklumat terhadap

12
<BBPP1103>
organisasinya bukanlah mudah yang kita sangkakan selama ini.Setiap perkara yang ingin
seseorang individu itu hujahkan dan sebar serta bercakap dikhalayak ramai, mereka perlu
bersedia dari segala maklumat, input yang tepat berkenaan orgnisasinya supaya
masyarakat diluar sana dan dalam mengetahui apa teks dan perkara yang disampaikan
oleh seseorang pengurus yang bertindak sebagai jurucakap dalam organisasinya.
Analisis berkenaan artikel dari Utusan Online bertajuk Peranan Guru besar
Sebagai Pengurus Di Sekolah.Seseorang yang menjawat jawatan guru besar didalam
sesebuah sekolah merupakan seorang pengurus yang bertindak secara langsung terhadap
pekerja-pekerjanya didalam organisasi beliau seperti guru-guru, kerani pentadbiran,
pengawal keselamatan dalam sekolah, pekerja-pekerja rencam ( pemotong rumput dan
pembersih bangunan) dan paling penting adalah hal-ehwal berkenaan murid-murid

disekolah tersebut.Selain itu, seorang guru besar juga bertindak sebagai jurucakap bagi
organisasi beliau terhadap pekerja-pekerjanya, murid-murid, ibu-bapa, orang luar,dan
juga badan-badan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam segala aktiviti organisasi
beliau.Peranan seorang guru besar sebagi pengurus merangkap jurucakap adalah satu
aktiviti dan penglibatan guru besar dalam mencari serta menyelesaikan segala masalah
yang berbangkit antara masyarakat dengan pelajar supaya setiap masyarakat diluar sana
tahu akan setiap proses pendidikan berjalan mengikut susunan yang diatur oleh pihak
sekolah.Perkara ini sangat penting kerana, setiap guru besar yang menjalankan tugasnya
sebagai jurucakap atau penyebar maklumat kepada masyarakat-masyarakat diluar dan
perlu menyampikan mesej serta informasi terkini berkenaan apa yang sedang berlaku
dalam organisasi seorang guru besar dan pelan tindakan sekolah beliau.

13
<BBPP1103>

Gambarajah: 1.2: Peranan Guru Besar Sebagai Pengurus Merangkap Jurucakap

Dalam pada masa yang sama juga, setiap guru besar yang menjadi pengurus dan
orang penting dalam sekolah beliau kadangkala tidak mengetahui segala perkara yang
berlaku dalam organisasi beliau.Berdasarkan perkara diatas, seorang guru besar akan
memperolehi segala maklumat dan informasi terkini melalui komunikasi serta
perhubungan dari guru-guru, kakitangan sumber manusia sekolah dan pihak-pihak yang
berkaitan dengan pendidikan serta ibu-bapa murid-murid.Melalui segala maklumat yang

diperolehi dari peranan sebagai jurucakap dalam organisasi seorang guru besar, mesej dan
maklumat akan disimpan serta di beritahu pada pekerjanya.Sebagai contoh, guru besar
yang merangkap sebagai pengurus dalam sekolah menerima pelbagai idea-idea baru dari
lapisan masyarakat, badan-badan kerajaan atau swasta, pejabat pendidikan negeri
berkenaan penambahbaikkan dalam sistem pendidikan mahupun kokorikulum sekolah
beliau.Berkenaan dengan perkara tersebut, seorang guru besar bertindak selaku jurucakap
atau penyebar maklumat kepada guru-guru, kakitangan organisasi dan murid-murid
dibawah pentadbiran beliau berkenaan idea tersebut.Pada masa yang sama beliau
menyeru merangka strategi berkesan melaksanakanya demi pembangunan dan kemajuan
organisasi beliau akan datang melalui cara perhubungan dengan komunikasi dan menjadi
jurucakap yang diterap seorang guru besar.

14
<BBPP1103>
Selain itu, peranan jurucakap guru besar sebagai pengurus dalam organisasi beliau
juga menjadi penghantar informasi maklumat kepada masyarakat luar.Contohnya, bila
seorang guru besar meminta input-input atau mandat dari guru-guru melalui percakapan,
perbualan tidak rasmi atau bermesyuarat guru besar berperanan memberitahu dan
mengajukan kepada pihak atasan samada pejabat pendidikan daerah ataupun pejabat
pendidikan negeri melalui perjumpaan, mesyuarat, perbualan telefon atau email untuk
pembangunan dan kepentingan organisasi sekolah beliau.Jelas sekali, peranan guru besar
sebagai pengurus yang bertindak sebagai jurucakap dalam organisasi beliau sangat
penting kerana dapat membangunkan dan memberi serba sedikit kemajuan organisasinya
melalui pelan-pelan hubungan percakapan yang dijalinkan.

3.0 Kesimpulan
Berdasarkan kriteria-kriteria peranan seorang pengurus melalui tiga artikel
yang berbeza diatas, disini saya sebagai penulis dapat menghalusi serta
memperjelaskannya dengan tepat setiap peranan yang berbeza melalui artikel
tersebut.Walaupun setiap peranan yang berbeza dimainkan oleh seorang pengurus
dalam organisasi masing-masing, tetapi matlamat, setiap wawasan serta visi yang
dipikul oleh pengurus-pengurus didalam tiga artikel diatas terhadap organisasi
masing-masing adalah sama.Ia mencerminkan dan mengimpikan satu kejayaan
dan kecemerlangan organisasi melalui peranan besar yang dipikul oleh seorang
pengurus dalam sesebuah organisasi untuk melihat organisasi itu berada jauh
lebih maju dan berjaya kehadapan.

15
<BBPP1103>
Melalui pandangan dan kajian saya sebagai penulis, saya dapat simpulkan
bahawa berdasarkan ketiga-tiga artikel yang berlainan peranan bagi seorang
pengurus diatas yang paling sukar dan sangat memerlukan jati diri serta mencabar
diri supaya kuat dalam mengharungi setiap ranjau dalam mengurus syarikat atau
organisasi adalah pengurus yang berperanan sebagai pencetus idea dan pengerak
dalam sesebuah organisasi.Mengapa saya memilih peranan pencetus idea paling
sukar dan susah untuk dibuat justifikasi adalah disebabkan ia memerlukan satu
idea atau pemikiran seorang pengurus yang berfikiran ditahap global. Selain itu,
tidak meminta bantuan dari orang lain atau idea dan memerlukan kajian
berdasarkan satu matlamat, misi serta wawasan terhadap organisasi seseorang
untuk berada pada tahap gemilang,terbilang dan cemerlang. Ini berlaku atas satu
cetusan idea dari seorang pengurus yang berfikiran luas untuk menjana sesuatu
bahan atau produk dari organisasi beliau sendiri.Disamping itu, ia sangat-sangat
berkehendak dalam mengambil kira dari segi pekerjanya, sumber kewangan, dan
masa yang panjang dalam merealisasikan matlamat dan wawasan dari cetusan
idea untuk menjayakan sesebuah organisasi tanpa idea dari orang lain.Mengikut
perbandingan peranan pegawai perhubungan dan jurucakap dalam pengurusan
sesebuah organisasi tidak kurang payah untuk buat, kerana setiap pengurus perlu
bijak mengambil hati masyarakat dan pelanggan dalam mengetengahkan pelbagai

cara untuk memasarkan bisnes organisasi. Disamping itu, setiap pengurus perlu
mendapat segala input atau sumber maklumat untuk dihebahkan melalui
penyampian dan percakapan kepada ahli-ahli organisasi untuk merangka pelbagai
strategi pembangunan supaya tidak gagal.Pelbagai bentuk masalah, baik dari
dalam atau luar organisasi akan merencatkan sebarang pertumbuhan dan
keseimbangan sesebuah organisasi.

( 3050 patah perkataan )

16
<BBPP1103>

4.0 LAMPIRAN

PERANAN PENGURUS DALAM


SESEBUAH ORGANISAS

17
<BBPP1103>

PERANAN SEBAGAI
TUNGGAK UTAMA

PERANAN SEBAGAI
PEMIMPIN

PENGURUS
PERANAN SEBAGAI PEGAWAI
PERHUBUNGAN

PERANAN SEBAGAI
JURUCAKAP

PERANAN SEBAGAI
PERUNDING

PERANAN SEBAGAI
PENCETUS IDEA

MEMBENTUK 1
ORGANISASI
CEMERLANG
&
BERJAYA

18
<BBPP1103>

Lampiran Majalah

Lampiran Surat Khabar

19
<BBPP1103>

Lampiran Surat Khabar

20
<BBPP1103>

5.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Mazlan Mohamed ( 2013 ). Strategi Bisnes Tony Fernandez Membangunkan Air Asia.
Dipetik Pada September 11, 2015 Dari http://www.majalahniaga.com/strategi-
bisnes-tony-fernandez-membangunkan-airasia.html

Utusan Online ( 2000 ). Perbandingan Guru Besar Sebagai Pengurus.


Dipetik Pada September 10, 2015 Dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info

Norhana Fariza Harun ( 2012 ). DHerbs Bukti Kejayaan Anak Muda


Dipetik Pada September 12, 2015 Dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/
d-herbs-bukti-kejayaan-anak-muda-1.90228

Kamaruzaman Moidunny ( 2012 ).Pengurusan Strategik Konsep Dan Aplikasi Dalam


Organisasi.Dipetik Pada September 10, 2015 Dari
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2012/09/Pengurusan-strategik-
konsep-dan.html

Alfeusv6 ( 2013 ). Fungsi Pengurusan Dan Peranan Utama Penggal-3


Dipetik Pada September 11, 2015 Dari http://alfeusv6.blogspot.my/
2013/07/pengurusan-penggal-3.html

Dr.Kalthum ( 2010 ).Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik Dalam Sesebuah Organisasi


Dipetik Pada Septembar 13, 2015 Dari http://mylitlletask.blogspot.my/
2010/11/ciri-ciri-pemimpin-yang baik-dalam.html

Bukryman Sabri ( 2010 ).Pengurusan Dan Pembuatan Keputusan


Dipetik Pada September 11, 2015 Dari

21
<BBPP1103>
vodppl.upm.edu.my/.../fem3201_1294123775

Nurdiana Saat ( 2012 ). Peranan Pengurus Dalam Sesebuah Organisasi


Dipetik Pada September 10, 2015 Dari http://dunialolipop87.blogspot.my/
2012/03/peranan-pengurus-di-dalam-organisasi.html

Pejabat Menteri Besar Terengganu. Hubungan Antara Organisasi Dengan Pengurusan


Dipetik Pada September 10, 2015 Dari http://pmb.terengganu.gov.my/maxc
2020/agensi/index_article.display.php

22

Anda mungkin juga menyukai