Anda di halaman 1dari 2

LIMA AMALAN PENTING DALAM KEPIMPINAN

Dalam buku “Leadership Challenge” tulisan Kouzes dan Posner menyebut ada lima amalan
kepemimpinan yang biasa diamalkan untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

Pertama, (modeling the way) mencontohkan cara: Memimpin dengan memberi contoh. Pemimpin harus
menunjukkan contoh terlebih dahulu dalam tindakannya setiap masa dan menzahirkan komitmen yang
mendalam atas apa yang diyakininya. Di sini juga dijelaskan bagaimana orang dipimpin harus
diperlakukan. Memang kepemimpinan contoh sangat sesuai diterapkan dalam semua bidang
kepemimpinan.

Kedua, (Inspiring a shared vision) Menginspirasikan visi bersama : Pemimpin mengangankan dan
memimpin visi untuk kebaikan. Ini bererti bila pemimpin memimpin maka visi adalah tujuan yang hendak
dicapai bersama dan semua pekerja dalam organisasi perlu memahami dan menghayatinya. Kita tidak
dikatakan pemimpin selagi tidak tahu ke mana halatuju organisasi yang kita ketuai.

Ketiga, (challenging the process) Menentang proses : Pemimpin mengambil risiko, menentang sistem
yang lapuk dan jumud, menerima idea baru, berinovasi, membuat dasar baru, dan bergerak dari status
quo. Pemimpin mencari peluang untuk melakukan inovasi, melaksanakan segala yang rancang dengan
bijaksana, prestasi semasa organisasi akan dilihat berkembang dan meningkat.

Keempat, (encouraging the heart) Menyemangati jiwa : Pemimpin dapat memberikan semangat,
motivasi, dan keghairahan serta menunjukkan empati kepada para rakan sekerja dalam mencapai tujuan
organisasi.

Kelima, (enabling others to act) Mendayakan orang lain untuk bertindak : Dalam mencapai tujuan
organisasi, adalah penting menunjuk cara kepada rakan sekerja untuk mencapai tujuannya melalui usaha
mendayakan dan memberi galakkan.

Kredibiliti adalah asas kepada kepimpinan


Apabila seseorang pemimpin boleh dipercayai, orang lain akan lebih mudah untuk menyediakan dan
sanggup mengorbankan masa, tenaga, kecerdasan, dan memberi sokongan. Selepas bertahun-tahun
menyelidik, Kouzes dan Posner mendapati bahawa empat sifat secara konsisten menerima purata lebih
60 peratus undi.

• Jujur.
Pemimpin jujur, bukan sahaja bercakap benar, mereka juga hidup dengan menggunakan satu set prinsip
etika dan standard yang jelas.

• Melihat kehadapan (Forward-Looking).


Pemimpin yang baik mempunyai visi untuk organisasi, tetapi mereka juga mampu menyambung
wawasan, harapan dan aspirasi orang lain. Apabila pengikut dapat memahami dengan jelas sasaran dan
harapan masa hadapan dan meyakininya, mereka lebih cenderung untuk menerima pemimpin tersebut.

• Inspiring.
Pemimpin Inspiring berkongsi kegembiraan mereka mengenai kemungkinan masa depan. keseronokan
ini disertai dengan sikap yang positif.

• Kompeten.
Individu yang cekap dan telah membuktikan pencapaian dengan rekod-rekod kejayaan lalu akan
menjana keyakinan terhadap kepemimpinnya.

Di manakah kita berada?

Rajah di atas digunakan untuk menentukan dalam kumpulan manakah kita berada berdasarkan prestasi semasa
dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Kumpulan 1: Jika kita mempunyai motivasi/kesediaan dan keinginan yang tinggI tetapi mempunyai keupayaan
yang rendah dalam melaksanakan tugas, kepimpinan sekolah perlu menjadi seorang pemudahcara/melatih atau pun
sebagai seorang mentor bagi membantu kita kembali berfungsi dengan penuh komitmen.

Kumpulan 2: Seorang yang berkeupayaan tinggi untuk menjalankan tugasnya tetapi mempunyai motivasi/kesediaan
dan keinginan yang rendah maka kepimpinan sekolah perlu memberi kaunseling.

Kumpulan 3: Mereka yang berada dalam kumpulan ini, kepimpinan sekolah terpaksa menggunakan kaedah arahan
untuk membolehkan sesuatu tugas dilaksanakan.

Kumpulan 4: Kepimpinan sekolah bertindak sebagai "coach" bagi para guru yang berada pada motivasi/kesediaan
dan keinginan yang tinggi dan para guru kumpulan ini juga terdiri daripada mereka berkeupayaan tinggi yang
mempunyai kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas,

Anda mungkin juga menyukai