Anda di halaman 1dari 21

KAEDAH

PENYOALAN
DALAM PDP
BAHASA
MELAYU
 DSKP yang telah diperkenalkan di sekolah rendah
mahupun sekolah menengah inginkan Sukatan Standard
Kurikulum Bahasa Melayu dikemaskini untuk
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama
(Kurikulum Standard,2011).

 Pengajaran Bahasa Melayu menjadi alat pengukur


kepada guru-guru untuk menjana keupayaan berfikir
dalam kalangan murid melalui proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.
 Guru sebagai pemudahcara memainkan peranan yang penting
dalam mempelbagaikan PdPc dengan memilih pendekatan
dan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap serta
kebolehan murid.

 Hasil atau pencapaian sesuatu proses pengajaran adalah


bergantung kepada pengolahan teknik dan persediaan guru
dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar di samping
menggunakan aplikasi teknologi yang dapat menarik perhatian
pelajar dan menjadi motivasi kepada mereka untuk terlibat
dalam proses PdPc dengan sepenuhnya.

 Dengan ini, wujud interaksi dua hala di antara guru dengan


pelajar serta berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif.

 Dalam situasi ini, kecenderungan berfikir pelajar mempunyai


pertalian dengan pendedahan dan penggunaan soalan dan
penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Bagi menangani masalah yang wujud dalam aspek
kemahiran berbahasa dan menjana pemikiran murid
supaya berfikir secara rasional, maka penggunaan
soalan-soalan yang berkesan diperlukan dalam
pengajaran Bahasa Melayu .

 Justeru, jenis soalan dan teknik penyoalan adalah


salah satu faktor yang dapat membantu murid
membuat penilaian, memberikan pandangan,
menjana tahap pemikiran secara kritis dan kteratif.
 Teknik penyoalan boleh didefinisikan sebagai satu
teknik pengucapan yang dapat menjana daya
pemikiran seseorang murid jika digunakan secara
berkesan oleh guru dalam bilik darjah.

 Soalan yang dibina dan dikemukakan wajar


berdasarkan kepada klasifikasi hierarki aras kognitif
soalan bagi menjamin penggunaan kepelbagaian
aras penyoalan ke arah menerapkan kemahiran
berfikir dan memantapkan pemikiran murid.

 Teknik dan kaedah penyoalan merupakan suatu


perkara yang harus digunakan oleh para guru untuk
mengenalpasti kejayaan mereka dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran.
 Teknik ini digunakan daripada tahap prasekolah
sehingga ke tahap universiti.

 Guru menggunakan teknik penyoalan sebagai satu


cara untuk menerangkan definisi, kandungan dan
dasar sesuatu perkara serta mempertajamkan fikiran
pelajar .

 Kemahiran guru menggunakan teknik penyoalan


adalah penting untuk memastikan objektif
pengajaran dapat dicapai dan proses PdPc berjaya.
 Umumnya, seseorang guru akan banyak mengajukan
soalan kepada pelajar-pelajarnya sepanjang PdPc
untuk menguji pengetahuan dan kefahaman tentang
tajuk yang dipelajari.
 Pengkaji mendapati guru mengemukakan banyak
soalan kerana semakin banyak reaksi pelajar
diperoleh, semakin jelas akan status kefahaman
pelajar tentang kandungan pelajaran.
 Pengkaji juga dapati sepanjang pemerhatian, soalan-
soalan Komponen Kesusasteraan Komsas lebih banyak
dikemukakan berbanding tajuk Rumusan kerana
kesusasteraan merupakan suatu komponen yang
besar yang diajar berbanding dengan rumusan.
 Maka, teknik penyoalan memberi impak besar
kepada pelajar untuk memudahkan mereka lebih
memahami kesusasteraan walaupun ia adalah suatu
komponen yang luas dengan kan dungannnya yang
banyak.

 Dalam Bahasa Melayu, soalan-soalan yang


dikemukakan adalah pelbagai disebabkan Bahasa
Melayu merupakan suatu bidang yang luas.

 Dalam teknik penyoalan Bahasa Melayu, seorang


guru memerlukan jawapan pendek, dan jawapan
panjang yang menghendaki murid-murid berfikir
pada tahap yang lebih kompleks.
 Seorang guru Bahasa Melayu harus sedar bahawa
keberkesanan pencapaian objektif pengajaran bergantung
pada aktiviti penyoalan guru dengan pelajarnya.

 Disebabkan mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap satu


mata pelajaran yang membosankan bagi kebanyakkan
pelajar, maka adalah wajar menggunakan teknik
penyoalan kerana ia berperanan dalam menggerakkan
komunikasi bilik darjah dan dapat menghidupkan suasana
pembelajaran dalam kelas.
 Dalam hal ini, guru adalah penggerak untuk merangka
strategi dan menyalurkan kemahiran bagi menampilkan
kepelbagaian bentuk soalan dan teknik penyoalan dalam
setiap sesi PdPc.

 Justeru, soalan yang diajukan terhadap murid adalah perlu


berdasarkan pada tahap dalam Taksonomi Bloom.

 Teknik penyoalan aras kognitif tinggi digunakan dalam


pengajaran Bahasa Melayu .

 Daripada kajian didapati penglibatan pelajar dalam bilik


darjah menjadi semakin baik dan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi semakin
tinggi.
 Dalam proses PdPc, terutamanya mata pelajaran
bahasa, kepelbagaian soalan yang dikemukakan dan
mempunyai aras yang berbeza adalah penting.

 Soalan yang ditanya terdiri daripada aras soalan yang


mudah atau rendah, dan aras soalan yang tinggi atau
susah.

 Para guru seharusnya menjadikan ini sebagai rujukan


untuk membina soalan yang lebih berkualiti dan
mengambil kira tahap dan peringkat pemikiran murid.
 Teori penyoalan kefahaman Taksonami Bloom telah disusun
kepada enam tahap seperti di bawah.

Penilaian

Sintesis

Analisis

Aplikasi

Kefahaman

Pengetahuan
 Teknik penyoalan dalam Bahasa melayu boleh
dikatakan bermula dengan kata tanya.

 Kata tanya ialah kata yang menerangkan sesuatu


perkara yang ingin diketahui.

 Kata tanya harus mengandungi partikel ‘kah’.

 Peringkat perkembangan frasa ialah keupayaan


seseorang yang berpotensi untuk
memperkembangkan ideanya dan
memperluaskannya.

 Kata yang terdiri daripada unti terkecil akan


membentuk frasa yang menjadi elemen penting
dalam membentuk soalan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
 Soalan-soalan yang melibatkan proses kognitif yang
tinggi akan memaparkan jawapan-jawapan murid
yang berkualiti.

 Melalui kepelbagaian kaedah yang diaplikasikan,


soalan-soalan yang diutarakan mempunyai
keupayaan dan pertalian terhadap kesan pencapaian
pelajar dalam menggerakkan fikiran dan membantu
meningkatkan prestasi dalam pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu.

 Keupayaan soalan-soalan bergantung pada jenis frasa


yang diaplikasikan semasa aktiviti penyoalan.
 Sullivan dan Clarke berpendapat bahawa kumpulan
ayat yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa
jenis penyoalan ‘apa’, ‘bila’, ‘di mana’ tidak akan
memberi keberkesanan dalam pembelajaran Bahasa
Melayu disebabkan jenis soalan tersebut terbatas .

 Frasa soalan dan aras pemikiran berkait rapat


dengan aktiviti penyolan semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

 Berdasarkan “Analisa Soalan Kefahaman Dalam Buku


Kerja Bahasa Melayu Peringkat Menengah Atas”,
penggunaan frasa soalan noleh mencetus pergerakan
operasi kognitif pada tahap yang lebih mencabar,
malah tindakan operasi pemikiran akan berfungsi
pada aras kemahiran berfikir tinggi.
 Tindakan ini seterusnya membawa kepada
pembentukan skema dalam minda murid dengan
lebih jelas dan dapat dirangsang kembali maklumat
pada bila-bila masa.

 Teknik penyoalan yang menggunakan frasa berkesan


semasa mengajar Kesusasteraan dan Novel kerana
pelajar dapat menjana idea dan mindanya untuk
menjawab soalan aras tinggi. Maka, mereka dapat
sentiasa akan mengingati skemanya.

 Proses dan teknik penyoalan yang berterusan ini akan


memudahkan para pelajar untuk menghadapi dan
menjawab soalan Komsas dalam Bahasa Melayu.
 Kesimpulannya, pelajar dapat menggunakan kembali
maklumat dengan lebih yakin dan menuju ke arah
penghasilan dan tulisan jawapan yang lebih mantap
dalam Bahasa Melayu.
 Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan
murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat
 Ciri-ciri soalan yang berkesan
 1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan
tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa
yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit
perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran
dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa
kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil
secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak
bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan
berbeza-beza)
 Memperkembangkan Kemahiran
Menyoal Dalam Kalangan Pelajar

1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya


soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya
lebih banyak soalan secara lisan dan
bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk
menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk
membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang,
membina dan mengkategorikan soalan murid
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
 2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
 3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ...?
 4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
 5. Bolehkah anda menunjukkan saya cara ... ?

 1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?


 2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
 3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
 4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
 5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Anda mungkin juga menyukai