Anda di halaman 1dari 16

PANDUAN UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU GCE PERINGKA T BIASA Kertas 1 - Menulis karangan

Pendahuluan Garis pandu serta perkara-perkara yang dibincangkan di bawah ini lahir daripada penelitian yang dibuat terhadap kesilapan-kesilapan serta kekurangan-kekurangan yang lazimnya terdapat dalam penulisan karangan para pelajar baik ketika membuat latihan di kelas mahupun ketika menjawab soalan peperiksaan. Saya akan membinca ngkan perkaraperkara yang perlu diberikan perhatian dalam penulisan karangan, ke silapan-kesilapan yang lazimnya dilakukan pelajar ketika menulis karangan dan pa nduan-panduan yang saya rasa dapat membantu para pelajar memperbaiki kemahiran m ereka dalam bidang ini. Kelemahan-kelemahan serta kesilapan-kesilapan yang terda pat dalam karangan yang berbentuk faktual dan perbincangan agak berbeza dengan y ang selalunya didapati dalam karangan yang berbentuk naratif atau cerita. Dalam perbincangan ini, adakalanya saya berikan tumpuan khusus kepada kelemahan-kelema han atau kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam karangan-karangan yang berbeza itu. A) Sebelum Menulis 1) Pemilihan tajuk/soalan : Tugas penting yang perlu dilakukan pelajar sebelum menulis sesebuah karangan ial ah membuat pemilihan topik atau soalan yang sesuai dengan kebolehan serta kemahi ran bahasanya. Perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan sebelum membuat pemilih an ialah : a) isi-isi serta contoh-contoh yang dapat difikirkan pada waktu pelaj ar sedang membuat pemilihan. Jika pelajar dapat memikirkan lebih banyak isi sert a contoh-contoh untuk sesuatu soalan, maka itu merupakan indikasi yang paling ba ik bahawa pelajar seharusnya memilih soalan itu. 1

b) Rekomendasi guru berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan para pelajar sewakt u menulis karangan di sekolah, guru dapat memberikan panduan mengenai bentuk kar angan yang lebih sesuai dijawab oleh mereka. Ada pelajar yang lebih mahir menang ani karangan yang berbentuk perbincangan atau faktual manakala yang lain pula le bih berkebolehan menulis karangan yang berbentuk naratif atau cerita. Kelebihan dan kelemahan ini ada pada setiap orang. Dari itu, para pelajar harus tahu di ma na letaknya kelebihan serta kelemahan mereka. 2) Perancangan : Sesudah membuat pemilihan tajuk, maka pelajar seterusnya harus membuat perancang an. Ramai pelajar yang tidak merancang karangan yang ingin mereka tulis. Semua pe rancangan yang dibuat dibiarkan sahaja di minda. Akibatnya, pelajar mengalami mas alah terlupa isi yang hendak ditulis atau terpengaruh dengan arus pemikiran pada waktu dia sedang menulis itu. Akibatnya, isi yang ditulis selalunya bukan sahaj a berbeza daripada rancangan asal yang telah dibuat malah kadangkala pendekatan yang telah dipilih juga berubah. Jika ini berlaku, ia boleh menjejas prestasi ka rangan yang ditulis kerana pelajar mudah bingung dan kadangkala keliru sendiri. Panduan di bawah ini dapat menolong pelajar mengelakkan berlakunya masalah di at as: Pertama kita harus menganalisa soalan yang diberi untuk mengetahui apakah ya ng sebenarnya dikehendaki oleh soalan itu. Seterusnya, tuliskan isi-isi yang ter fikir mengenai topik yang diberi dalam bentuk nota. Fikirkan sekali contoh-conto h yang boleh menguatkan isi-isi itu. Susun isi-isi tadi mengikut urutan kronolog i atau golongan / sub-tajuk (contoh: baik / buruk) yang ingin disampaikan. Kemud ian, ketepikan isi-isi yang kurang relevan. Perancangan yang telah dibuat ini ja ngan dibuang. Jika ditakdirkan pelajar kekurangan masa untuk menamatkan karangan dengan sempurna, bolehlah disertakan kertas perancangan ini bersama kertas jawa pan. Para pemarkah akan mengambil kira nota perancangan ini dalam penilaian mere ka. {Dalam lampiran satu, ada disertakan beberapa soalan karangan GCE O November 1997 serta contoh perancangan isi cadangan yang boleh digunakan pelajar sebagai latih an untuk meningkatkan kemahiran ini.} 2

B) Ketika Menulis Perkara yang harus diberi perhatian semasa menulis ialah cara penyampaian isi ya ng telahpun pelajar fikirkan dan susun dalam bentuk nota. Ada dua perkara yang p erlu diberikan perhatian di sini: a) i) Susunan / Penyampaian isi : Setiap karan gan yang ditulis perlulah mengikut pendekatan lazim yang diambil oleh setiap pen garang, iaitu ia didahulukan dengan pembukaan / pendahuluan, kemudian diikuti de ngan isi / pendapat dan berakhir dengan penutup atau kesimpulan. Karangan yang b aik haruslah mengandungi setiap komponen ini yang diberikan variasi yang wajar d engan tajuk yang diberi. Pembukaan yang samar-samar atau penutup yang mendadak a kan memincangkan karangan yang ditulis. Biarpun demikian, janganlah pula pelajar memberikan tumpuan yang terlalu panjang kepada pembukaan sesuatu karangan sehin gga isi yang sepatutnya diberikan lebih penelitian tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. ii) Pelajar perlu tahu cara penyampaian isi karangan yang berbentuk baik/buruk atau masalah/huraian yang baik. Pendekatan yang boleh diambil luas, namun, pelajar harus pastikan bahawa susunan isi yang dibuat adalah sistematik d an tidak mengelirukan. Sebagai contoh, pelajar bolehlah menerangkan isi-isi yang menunjukkan kebaikan dahulu sebelum menerangkan isi-isi yang menunjukkan keburu kan dalam menjawab karangan yang berbentuk baik/buruk. Dalam karangan masalah/hu raian pula, bolehlah pelajar mengutarakan sesuatu masalah diikuti dengan huraian nya sebelum membincangkan masalah yang seterusnya. iii) Isi yang telah disusun r api perlu pula disampaikan dengan cara yang meyakinkan. Ia harus disertakan deng an contoh-contoh yang relevan untuk menguatkan serta menyokong pendapat / isi ya ng diketengahkan. Terdapat dua perkara yang harus pelajar elakkan iaitu (1) hany a memberi pendapat atau isi dan terus berpindah kepada isi yang seterusnya, tanp a menjelaskan dengan terang apa yang dimaksudkan dengan isi yang sebelumnya dan (2) penggunaan statistik yang direka sendiri dan ketulenannya tidak mampu dibukt ikan. Ini boleh menjejas nilai karangan yang ditulis sebagai sebuah karangan yan g cetek. 3

b) Laras bahasa yang digunakan dalam penyampaian isi Ramai pelajar yang ghairah ketika menulis karangan, lebih-lebih lagi dalam peper iksaan dan apabila topik yang keluar merupakan sesuatu yang mereka anggap menarik atau mudah. Bukan sahaja mereka tidak merancang isi-isi yang ingin dimuatkan, ma lah format serta laras bahasa yang sesuai juga tidak diberikan perhatian. Para p elajar perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan bentuk karangan yang di pilih. Misalnya, mereka harus elakkan daripada menggunakan gaya bahasa naratif k etika menjawab karangan berbentuk perbincangan atau faktual, (begitu juga ketika menulis surat kiriman rasmi). Penggunaan laras bahasa lisan perlu dielakkan sam a sekali, biarpun dalam penggunaan dialog. Cuba rujuk kepada contoh karangan di bawah ini: Majalah hiburan banyak membawa kesan negatif kepada para remaja. Beri pendapat ka mu. Aku dan teman-teman remajaku yang lain selalu bertemu di restoran makanan seg era Mac Donalds sebelum kami menuju ke kedai buku The Popular Bookshop untuk mend apatkan majalah-majalah hiburan terkini yang kami gemari. Kami selalu berpakaian berjenama dan menggunakan bahan-bahan dandanan yang popular seperti yang selalu nya diiklankan dalam majalah-majalah hiburan yang kami beli. Maznilah yang palin g berani di antara kami. Dia akan berpakaian seperti artis-artis popular yang di pamerkan dalam majalah-majalah yang kami baca, pakaian-pakaian yang ketat dan me mberahikan. Cara hidup kami juga agak berbeza dengan remaja-remaja lain. Kami su ka membaca ruangan gosip yang selalunya dimuatkan dalam majalah-majalah hiburan itu dan selalunya, cara hidup artis-artis popular yang kami sanjungi akan dibinc angkan. Kami gemar meniru cara hidup mereka, saja kerana suka-suka dan untuk men dapatkan keseronokan. Kelab-kelab malam serta disko kami kunjungi kerana di situ lah kami dapat merasakan nikmat yang sebenar seperti yang digambarkan dalam maja lah-majalah hiburan yang kami baca. Atas desakan teman-teman yang kami kenali se masa di disko dan kelab-kelab malam itu, kami bukan sahaja pernah merokok, malah mencuba pil ecstasy. Seronok juga rasanya. Namun, kami telah tertangkap pada su atu malam apabila disko yang kami kunjungi diperiksa polis. Aku dimasukkan ke ru mah tumpangan budak-budak perempuan nakal manakala teman-temanku yang lain mengh adapi nasib yang seburuk aku. Aku setuju dengan topik di atas, bahawa majalah hi buran banyak membawa kesan negatif terhadap para remaja. Lihatlah apa yang telah berlaku kepada diriku serta rakanrakanku. Akibat terlalu dipengaruhi oleh bahan -bahan bacaan yang terdapat dalam majalah hiburan yang aku gemari, aku kini terp aksa merempat di rumah kebajikan. 4

** Karangan di atas sebenarnya penuh dengan isi yang relevan untuk menjawab soal an yang diberi. Penulis ingin menjadikan dirinya serta rakan-rakan sebayanya seb agai bukti bahawa tajuk yang diberi sangat disetujuinya. Namun, cara penyampaian nya serta laras bahasa yang digunakan adalah tidak sesuai untuk menjawab soalan karangan yang berbentuk perbincangan ini. Ini tentunya akan menjejas markah yang akan diberikan untuk karangan yang ditulis bukan sahaja dari segi bahasa, malah juga isi kerana gaya bahasa yang digunakan tidak dapat menyampaikan isi dengan cara yang jelas dan teratur. C) Sesudah Menulis Terdapat ramai pelajar yang tidak memeriksa semula karangan yang telah mereka tu lis. Ini dilakukan kerana mungkin pelajar itu malas atau tidak tahu apa yang har us diperiksa semula. Di bawah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan: Beri tumpuan kepada kesilapan bahasa seperti : 1. penggunaan dua kata hubung : Ki ta tahu yang bahawa Kamal telah 2. penggunaan kata ganti yang tidak sesuai : mengg unakan dia untuk ayah atau ibu atau orang-orang yang lebih tua atau berpangkat. - me nggunakan saya dan aku secara tidak konsisten 3. penggunaan tanda baca : noktah, kom a, 4. penggunaan frasa-frasa yang diulang-ulang : Di dalam surat ini, saya akan m enerangkannya seberapa yang mampu dalam lembaran ini. Pantang larang seterusnya ia lah jangan makan bertatang kerana jika makan bertatang akan banyak berhutang dar ipada orang. 5. penggunaan kata ganda / majmuk yang tidak sesuai : ramai pelajar-pelajar, par a-para remaja, rakyat-rakyat, semua orang-orang, 6. penggunaan ku yang sewenang-wenangnya : 5

Ku mula tidak menghadiri sekolah kerana tiada minat lagi. Setiap hari ku keluar m emberitahu ibuku pergi belajar dengan sahabatku tetapi sebaliknya ku ke taman be rsama kawan-kawanku yang lain. 7. penterjemahan langsung dari bahasa Inggeris : hendak membuat dagu orang terjat uh melihat mereka memakai barang berjenama dari hujung rambut ke hujung kaki saya tidak boleh percaya telinga saya apabila saya melihat surat beranak tersebut, dua biji mata saya hampir-hampir terkeluar aku terjatuh lalu seorang tua memberikan tan gannya

8. penggunaan perkataan / atau bentuk perkataan yang tidak sesuai : lama-lama kem udian kata-kata ibu tidak memperketatkan perangai saya seorang jurutera mesti ada s iswazah, bukan? kawan saya telah membaca gambar yang diambil semasa cuti sekolah ibu u mencicirkan airmata sehari semalam aku meneran cuba mengingat di mana aku pernah aku berjumpa dengan surat khabar yang dibuang orang guru-guru juga harus ikut sam an membawa buah-buah mereka ke sekolah. Beberapa minit sebelum waktu rehat, para pelajar akan diberi peluang untuk menukar buah-buah mereka bersama rakan-rakan mereka 6

9. kesilapan ejaan terutama sekali perkataan-perkataan yang berimbuhan: Ramai pe lajar yang masih keliru akan ejaan perkataan yang berakhir dengan huruf k seperti b anyak, layak, retak apabila diberikan imbuhan akhiran an, biarpun setelah diajar bahaw garis pandu yang perlu dilihat bergantung kepada imbuhan yang akan menjadikan p erkataan itu kata benda bentukan ataupun kata kerja. Untuk memudahkan pemahaman pelajar, maka bolehlah pelajar rujuk kepada nota di bawah ini sebagai panduan ka sar: Jika perkataan bermula dengan imbuhan per atau ke maka perkataan dieja dengan s atu k. (misalnya; pertunjukan, perletakan, kelayakan, kemasukan, kebanyakan) Jika perkataan bermula dengan imbuhan me, meng, menge dsbnya dan di, maka perkataan itu d dengan dua k. (misalnya; kita haruslah membanyakkan amalan berzikir, meretakkan pers ahabatan , melayakkan diri ke pusingan, dia dimasukkan ke penjara, diletakkan , dir sakkan..) Satu lagi kekeliruan ialah ejaan perkataan yang diberi imbuhan di, sama ada ia perlu disambung atau diasingkan daripada kata dasarnya. Garis pandunya ia lah: Jika perkataan itu merupakan kata kerja, maka ia disambung. Misalnya digigit, disambut, digemari dan sebagainya. Jika perkataan itu menerangkan tempat atau masa, maka ia dijauhkan. Misalnya di sekolah, di rumah, di perhentian bas , di waktu aku se ang, di saat itu. Beri tumpuan kepada isi-isi yang tertinggal : Jika terdapat isi-i si yang tertinggal, para pelajar harus tahu teknik menyisip isi yang tertinggal itu dengan sistematik. Jangan disalin semula karangan yang telah ditulis hanya k erana takut karangan itu comot atau tidak bersih. Masa yang ada boleh dimanfaatk an untuk keperluan lain. Gunakan tanda bintang (*) dan sebagainya untuk memandu pemarkah merujuk kepada isi-isi yang tertinggal itu. 7

D) Kelemahan-kelemahan umum dalam penulisan karangan : Ketika menulis karangan, ramai pelajar gagal merujuk kepada soalan. Mereka hanya membaca topik yang diber i sekali sahaja, membuat kesimpulan dan terus menjawab. Adakalanya, tafsiran mer eka salah atau mereka terkeluar daripada landasan yang seharusnya mereka ikuti. Inilah yang menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam penulisan mereka. Dari it u, para pelajar harus sentiasa merujuk kepada topik yang diberi sepanjang mereka menulis untuk memastikan isi-isi serta ayat-ayat yang digubah untuk menyampaika n isi-isi itu sesuai dengan kehendak soalan. Satu lagi kelemahan yang terdapat d alam penulisan karangan pelajar (terutama sekali ketika menjawab karangan berben tuk faktual atau perbincangan) ialah penggunaan ayat-ayat yang terlalu umum dan kebenarannya boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, lihat ayat-ayat di bawah ini: 1. Semua remaja hari ini gemar membaca majalah hiburan. 2. Remaja yang gemar membel i barangan yang berjenama adalah remaja yang nakal dan menganggotai kumpulan sam seng remaja. Pendekatan yang sedemikian akan memberikan gambaran kepada pemarkah bahawa pelajar tidak berfikir panjang ketika menulis, belum matang fikiran dan k urang teliti menggunakan perkataan. Ini akan menjejas nilai karangan tadi dari s egi pemarkahan impresionistik. Berikutan dengan kelemahan ini ialah teknik pemer engganan yang lemah dan kurang tepat. Masih ramai pelajar yang memulakan perengg an yang baru secara sewenang-wenangnya, adakalanya mengikut bilangan ayat yang t elah ditulis atau apabila mereka rasa sudah cukup panjangnya sesuatu perenggan i tu. Lazimnya, perenggan yang baru dimulakan jika berlaku: 1. 2. 3. 4. peralihan dari satu isi kepada satu isi yang baru perubahan kepada situasi yang dibincangk an perubahan kepada pendekatan (baik lawan buruk) dialog antara dua atau lebih ora ng setiap dialog yang berbeza penuturnya dimulakan dengan perenggan yang baru 8

E) Perkara-perkara yang perlu dielakkan: Mengira bilangan perkataan : Satu tabia t yang diamalkan pelajar ketika menulis karangan yang bukan sahaja membuang masa malah kadangkala menjejas mutu karangan yang ditulis ialah kebiasaan mengira bi langan perkataan semasa mereka menulis. Kadangkala berlaku kegenjutan pada kelan caran isi yang disampaikan hanya kerana bilangan perkataan yang telah ditulis su dah mencapai bilangan minimum yang dikehendaki soalan. Apabila ini berlaku, pela jar tadi akan cuba mengakhiri karangannya seberapa ringkas yang boleh, biarpun m asih terdapat isi-isi penting yang belum diterangkan. Dengan lain kata, obsesi ini menguasai perkembangan isi karangan yang ditulis, bukan perancangan yang rapi y ang seharusnya telah dilakukan pada permulaan proses penulisan karangan. Untuk p engetahuan umum, bilangan perkataan yang diberikan dalam arahan pada permulaan s oalan adalah panduan sahaja. Pemarkah tidak akan membuang masa mengira setiap pe rkataan yang ditulis oleh pelajar. Ini bukan soalan rumusan (summary writing!) D ari itu, pelajar haruslah membuang tabiat yang tidak mendatangkan faedah ini. Ga ris pandu yang boleh diambil untuk menentukan panjangnya karangan yang boleh dik atakan telah memenuhi kehendak soalan ialah 1 - 2 muka surat kalau pelajar menul is dengan tidak menglatkan garisan ataupun 3 4 muka surat kalau dilat (tidak kir a sama ada tulisan pelajar besar atau kecil). Adalah penting juga para pelajar t idak menulis dengan tulisan yang terlalu kecil. Ini akan menyusahkan para pemark ah yang memeriksa karangan. Pelajar yang mempunyai tulisan yang telah ditegur gu ru sebagai susah dibaca haruslah berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki tulisan mereka. Menjawab karangan Naratif / Cerita tanpa persediaan yang betul: Rata-ra ta, ramai pelajar gemar menjawab soalan karangan yang berbentuk cerita atau nara tif. Pada sangkaan mereka, soalan bentuk ini lebih mudah, tidak perlu banyak mem ikirkan tentang isi yang perlu ditulis dan risiko karangan yang ditulis menyelew eng daripada kehendak soalan amat tipis. Laras bahasa yang diperlukan juga mudah kerana ia sama seperti yang digunakan dalam buku-buku cerita serta majalah-maja lah yang mereka gemari. Pendapat sedemikian boleh membawa padah, lebih-lebih lag i jika ia menyebabkan pelajar menjurus kepada sikap sambil lewa dan kurang berha ti-hati. Sebenarnya, soalan yang berbentuk sedemikian memerlukan perancangan yan g rapi juga. Adakalanya, kehendak soalan ini lebih susah daripada soalan karanga n yang berbentuk faktual atau perbincangan. Cuba kita lihat contoh di bawah ini. 9

Pelajar dikehendaki menulis karangan yang berakhir dengan : Begitulah nasib yang menimpa dirinya. Perasaan tamak dan dengkinya itu akhirnya memakan dirinya sendi ri. Perkataan-perkataan yang condong dan digelapkan merupakan penentu batasan ser ta tema yang perlu ada dalam cerita yang harus dikarang. Jika cerita yang disamp aikan gagal menimbulkan perkara-perkara yang telahpun ditentukan dalam soalan, m aka pelajar boleh dianggap sebagai telah menyeleweng atau tidak dapat menjawab s oalan seperti yang dikehendaki. Cerita yang diharapkan dapat dikarang pelajar ha rus berkisar kepada seseorang yang mempunyai sifat-sifat tamak dan dengki. Sifat -sifat ini pula merupakan kelemahannya yang akhirnya menyebabkan dirinya menderi ta. Namun, ramai pelajar yang hanya menyentuh tentang sifat tamak watak utama sa haja. Sifat dengkinya hanya disebut tetapi tidak diberi penekanan yang sewajarny a. Ada pula yang tersilap tafsir dan menerangkan bagaimana sifat tamak dan dengk i watak utama membawa padah kepada keluarganya atau orang-orang yang disayanginy a, bukan terhadap watak utama itu sendiri. Ini adalah contoh-contoh yang menunju kkan kesilapankesilapan besar yang mungkin dilakukan oleh pelajar yang menjawab soalan-soalan berbentuk cerita atau naratif. Seterusnya, ada juga pelajar yang t idak mempunyai penguasaan bahasa yang baik, kurang membaca dan kurang pengetahua n mengenai ciri-ciri penulisan cerpen yang baik yang juga ingin menjawab soalan yang berbentuk sedemikian. Hasil karangan yang ditulis sudah tentu akan mengandu ngi kekurangan-kekurangan dari segi isi, gaya dan bahasa. Pelajar perlu tahu bah awa karangan berbentuk cerita ini mempunyai ciricirinya tersendiri. Ia memerluka n: plot yang dirancang dan disusun rapi, menarik,unik dan asli/original, dan tid ak membosankan pengenalan watak-watak utama secara teratur; tidak mendadak dan t idak mengelirukan, masalah atau saspens (climax) dan berakhir dengan suatu penye lesaian (anticlimax) yang menarik dan bukan sekadar mengambil jalan keluar yang mudah sahaja. Sebagai contoh, plot yang baik serta saspens yang menarik akan han cur jika pelajar mengakhiri ceritanya dengan mengatakan bahawa watak utamanya ha nya bermimpi. Cerita yang berkesudahan dengan mimpi merupakan jalan mudah yang d iambil pelajar setelah dia sendiri keliru dengan urutan cerita yang ingin disamp aikan atau dia sudah kebuntuan idea. 10

Selain keperluan mekanis yang dibincangkan di atas, laras bahasa yang sesuai, be bas dari penggunaan bahasa lisan serta teknik pemerengganan yang baik juga amat diperlukan dalam penulisan karangan yang berbentuk cerita atau naratif agar ceri ta yang disampaikan bukan sahaja lancar, malah menarik dan berkesan. Antara kele mahan-kelemahan bahasa yang terdapat dalam karangan berbentuk cerita yang dituli s pelajar selain yang telah dibincangkan sebelum ini ialah: kelemahan dalam kema hiran tanda baca, lebih-lebih lagi ketika mereka menggunakan dialog dalam karang an itu penggunaan bahasa lisan yang keterlaluan dan tidak sesuai (biarpun dalam bentuk dialog atau tukilan) penggunaan bahasa yang berbunga-bunga untuk menerang kan keadaan sekeliling atau (setting) yang tidak terkawal sehingga hilang tumpua n terhadap isi yang seharusnya diberikan penekanan. Dari itu, para pelajar haruslah berhati-hati ketika membuat pilihan bentuk karan gan yang ingin mereka tulis. Ia harus sesuai dengan kebolehan serta penguasaan b ahasa Melayu mereka. Mereka bolehlah merujuk kepada guru darjah yang telah banya k memarkah karangan yang mereka tulis di sekolah untuk memberikan nasihat yang w ajar mengenai perkara ini. F) Kriteria Pemarkahan Selain perkara-perkara yang te lah dibincangkan di atas, pelajar juga harus sedar bahawa antara kriteria atau c iri-ciri yang diambil kira ketika pemarkah memberi markah kepada sesebuah karang an ialah penguasaan kosa kata serta keberanian pelajar mempelbagaikan teknik per sembahannya, serta kebolehannya menggunakan perkataan-perkataan yang jitu untuk menerangkan sesuatu keadaan atau perkara dengan jelas. Ini termasuklah penggunaa n perkataan-perkataan yang tidak lazim digunakan, simpulan bahasa serta peribaha sa. Kriteria-kriteria ini akan mendedahkan kepada para pemarkah sama ada pelajar telahpun mencapai penguasaan bahasa seperti yang diharapkan ada pada seorang pe lajar peringkat GCE O atau belum. Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, menuli s karangan yang tidak mengandungi kesilapan bahasa sekalipun tidak akan menjamin markah yang tinggi jika tahap bahasa yang digunakan tidak sesuai dengan tahap p enguasaan bahasa seperti yang diharapkan ada pada seorang pelajar menengah 4 eks pres atau 5 normal. Pelajar perlulah menggunakan ayat-ayat yang bervariasi, ayat -ayat majmuk yang diselang-selikan dengan ayat-ayat tunggal, menggunakan simpula n bahasa atau peribahasa yang sesuai dan perkataan-perkataan yang tepat dan dapa t menyampaikan makna dengan khusus dan jelas. 11

Penutup Diharapkan, perbincangan yang dilakukan mengenai ciri-ciri penulisan karangan da n kelemahan-kelemahan lazim yang dikupas serta panduan-panduan yang diberi dapat membantu para pelajar membaiki mutu karangan yang mereka tulis. Saya akan cuba mengumpul lebih banyak lagi nota serta contoh-contoh yang relevan untuk disertak an dalam nota ini di masa hadapan. Saya berharap guru-guru yang menggunakan nota ini dapat memberikan komen yang membina atau menyertakan perkara-perkara (notanota yang mereka simpan) mengenai topik perbincangan ini agar usaha membantu par a pelajar memperbaiki kemahiran penulisan karangan mereka dapat diteruskan dan d itingkatkan. ABDUL HARRIS BIN SUMARDI KETUA JABATAN BAHASA IBUNDA SEKOLAH MENENGAH CHUA CHU K ANG 1998 12

Lampiran 1 Contoh membuat perancangan karangan. Karangan faktual : GCE O November 1997 Soalan 1 : Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk meng galakkan para pelajar memakan makanan berkhasiat. Soalan memerlukan calon memberikan LANGKAH-LANGKAH yang boleh diambil PIHAK SEKO LAH untuk MENGGALAKKAN para pelajar memakan MAKANAN BERKHASIAT. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian: 1. 2. 3. 4. Isi yang diharapkan harus merangkumi la ngkah-langkah yang luas, bukan tertumpu kepada satu sudut sahaja, misalnya, kant in sekolah. Langkah-langkah itu harus diambil oleh pihak sekolah, bukan pemerint ah atau badan-badan pemerintah seperti klinik, balai rakyat dan sebagainya. Lang kah-langkah itu haruslah yang berupa menggalakkan, bukan memaksa Karangan tidak tert umpu kepada penerangan apa itu makanan berkhasiat, definisinya serta sebab-sebab seseorang harus makan makanan seperti itu. Isi-isi yang boleh disertakan : a) m elalui pendidikan memberitahu para pelajar mengenai kebaikan memakan makanan ber khasiat dan keburukan mengabaikannya. Ini boleh dilakukan secara formal menerusi pelajaran kurikulum, misalnya dalam mata pelajaran sains atau ekonomi rumahtang ga mengadakan kempen / ceramah / peraduan - mengenai makanan berkhasiat dengan t ujuan mendedahkan para pelajar tentang ciri-ciri makanan yang berkhasiat dan keb aikannya kepada kesihatan dan proses ketumbuhan seseorang - cara ini boleh memba ntu meningkatkan kesedaran mereka terhadap perlu memakan makanan berkhasiat meng awal makanan yang dijual di kantin sekolah pihak sekolah memastikan penjaja di k antin sekolah menjual makanan berkhasiat misalnya, buah-buahan, lauk bersayur, m asakan yang tidak menggunakan terlalu banyak garam atau MSG atau terlalu berminy ak bekerjasama dengan ibu bapa pelajar-pelajar pihak sekolah menggalakkan dan le bih baik lagi memastikan ibu para pelajar menyediakan makanan berkhasiat di ruma h - para pelajar pula boleh digalakkan membawa bekal dari rumah yang telah dised iakan oleh ibu bapa mereka b) c) d) 13

Soalan 2 : Hidup sebagai seorang remaja sememangnya penuh bererti. Terangkan pengalaman pah it manis yang tidak dapat kamu lupakan. Soalan memerlukan calon menerangkan pengalaman pahit manis yang pernah mereka al ami sebagai seorang remaja yang menjadikan hidup mereka penuh bererti (memberika n kesan yang positif / satu pengajaran) kepada mereka. Perkara-perkara yang perl u diberi perhatian : Calon boleh menerangkan satu sahaja pengalaman pahit dan sa tu pengalaman manis ATAU mereka boleh menerangkan lebih daripada satu. Apa yang penting ialah mereka harus dapat mengaitkan pengalaman-pengalaman itu dengan aya t pertama, iaitu, dengan melalui pengalaman-pengalaman itu, mereka memperolehi p engajaran / menjadikan mereka lebih matang dan sebagainya. Calon yang hanya mene rangkan atau menceritakan satu pengalaman yang pahit atau manis yang tidak dapat mereka lupakan sahaja dan tidak mengaitkannya dengan kehidupan mereka sebagai s eorang remaja yang menjadikannya penuh bererti boleh dikatakan tidak menepati ke hendak soalan. Isi yang diharapkan haruslah dapat memberikan gambaran yang menca kup kehidupan remaja secara keseluruhannya (bukan sebagai seorang anak kecil ata upun seorang dewasa). ** Isi contoh tidak diberikan kerana pengalaman seseorang berbeza-beza, tidak ada yang sama. Ia unik kepada individu itu sendiri. Maka unt uk memberikan contoh di sini hanya akan menghalang kreativiti penulis. 14

Soalan 3 : Tabiat membeli barangan berjenama di kalangan belia boleh menimbulkan kesan-kesa n buruk. Bincangkan. Soalan memerlukan calon membincangkan kesan-kesan buruk yang mungkin timbul akib at belia yang mempunyai tabiat membeli barangan berjenama. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian: Kesan-kesan buruk yang mungkin timbul tidak hanya tertum pu kepada para belia itu sendiri, malah haruslah merangkumi kesan terhadap masya rakat umum, negara, ekonomi dan sebagainya. Isi-isi yang boleh disertakan: a) ke san terhadap individu: i) ii) membawa kepada sifat pembaziran, materialistik, so mbong, megah diri, bongkak, sifat meninggi diri dan membeza-bezakan antara yang kaya dengan yang miskin prioriti hidup salah tumpuan hanya kepada barang-barang itu dan cara-cara untuk mendapatkannya sanggup bekerja bukan untuk membantu kelu arga tetapi untuk kepentingan sendiri lalai akan tanggungjawab terhadap pelajara n sanggup mencuri merosakkan masa depan individu serta meningkatkan kadar jenaya h negara iii) b) kesan terhadap keluarga: i) ii) ibu bapa / keluarga terpaksa melayan kehendak an ak-anak - boleh mengakibatkan keperluan seharian terjejas jika tidak dilayani ke hendak mereka pergaduhan, lari dari rumah, biadap - menjejas keutuhan / keharmon ian rumahtangga c) kesan terhadap negara: i) ii) generasi penerus yang mementingkan diri sendiri, y ang tidak dapat menghargai kelemahan masyarakat kerana dari dulu lagi hanya memb eri perhatian kepada yang bertaraf tinggi melahirkan generasi yang bukan sahaja ma terialistik dan mementingkan diri sendiri, malah tidak produktif prioriti tidak tertumpu kepada meningkatkan produktiviti dan kemahiran sebagai pekerja tetapi k epada kepentingan diri sendiri 15

Anda mungkin juga menyukai