Anda di halaman 1dari 19

Pembentangan Proposal Kajian

Tindakan
Tajuk : Meningkatkan Kemahiran
Murid Membaca Perkataan
Dengan Suku Kata Tertutup Pola
KV + KVK, KVK + KV, KVK + KVK
Oleh : Mohamad Hairulamri
Bin Nordin

Pengenalan
Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua
matapelajaran terutamanyamata pelajaranBahasa Melayu.Untuk
membacadengan baik, seseorang ituperlu menguasaikemahiran
membacadengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas
yang perlu dikuasai oleh setiap orang muridbermula dari Tahun 1 lagi.
Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak
dapat membaca dengan betuldan lancar malah mereka tidak akan dapat
menjawab soalan yang akan dikemukakan.
Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya dapati terdapat beberapa
orang murid tahun 4 yang masih tidak menguasai kemahiran membaca
terutamanya yang melibatkan suku kata tertutup. Masalah ini dapat saya
kenal pasti apabila menyuruh murid membaca petikan teks secara
individu. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan
masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap
kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas
kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk
meningkatkan kemahiran membaca ini.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


Setelah beberapa kali sesi pengajaran saya dapat mengesan pelbagai masalah pembelajaran muridmurid kelas ini. Selain masalah pembelajaran terdapat juga masalah tingkah laku murid ang sering
mengganggu perjalanan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Masalah yang paling ketara ialah tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Apa yang
mengejutkan saya ialah terdapat murid yang langsung tidak mampu membaca perkataan dengan
suku kata tertutup. Hal ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang. Apabila murid tidak menguasai kemahiran membaca, maka
sukar untuk murid tersebut memahami isi pelajaran lain yang akan disampaikan. Selain dari tidak
mampu membaca perkataan dengan suku kata tertutup, terdapat juga murid ang masih tidak
mampu membattangkan suku kata tertutup. Masalah ini dapat dikesan apabila saya menjalankan
aktiviti membaca secara individu petikan teks yang saya sediakan.
Setelah saya analisis kesemua masalah-masalah yang saya hadapi, saya dapati masalah membaca
sangat memberi kesan dalam bilik darjah. Saya beranggapan sedemikian kerana kegagalan
menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betuldan
lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Kemahiran
membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
(PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca.Namun
demikian masih terdapat juga murid tahap dua yang masih tidak menguasai kemahiran ini. Hal ini
perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran
lain. Oleh yang demikian saya berhasrat untuk memfokuskan masalah kemahiran membaca murid
saya ini dalam kajian tindakan yang akan saya laksanakan.

Isu Kajian
Masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam kemahiran membaca ialah
melibatkan membatangkan suku kata tertutup, membaca perkataan suku
kata tertutup dan membaca perkataan yang mempunyaii lebih daripada
dua suku kata terutama yang melibatkan suku kata tertutup.
Hasil daripada pemerhatian saya serta hasil ujian diagnostik yang telah
dijalankan saya dapati masalah membaca perkataan dengan suku kata
tertutup amat ketara.

Terdapat sampel saya yang langsung tidak boleh membatangkan suku


kata tertutup. Murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua
suku kata yang lebih sukar seperti rancak, botak, lembut, borang
dan kentang. Murid gemar membunyikan perkataan mengikut sesuka
hati merekaberdasarkan bunyi terhampir.
Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca
perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola
suku kata tertutup iaitu pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i) Meningkatkan kemahiran murid membaca
perkataan dua suku kata dengan pola KV+KVK,
KVK+KVK, dan KVK+KV.
ii) Mengesan tindakan yang paling sesuai bagi
meningkatkan kemahiran murid membaca
perkataan dua suku kata dengan pola KV+KVK,
KVK+KVK, dan KVK+KV.
iii) Mengesan perubahan tingkah laku murid
dalam aktiviti membaca perkataan dua suku kata
dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV.

Soalan Kajian
Kajian ini menyediakan tiga soalan kajian iaitu :
i) Adakah kemahiran murid membaca perkataan
dua suku kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK,
dan KVK+KV dapat ditingkatkan?
ii) Adakah terdapat tindakan yang sesuai bagi
meningkatkan kemahiran murid menulis
membaca perkataan dua suku kata dengan pola
KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV?
iii) Apakah berlaku perubahan tingkah laku murid
dalam aktiviti membaca perkataan dua suku kata
dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV?

Kepentingan Kajian
Kajian ini diiharapkan dapat member manfaat
kepada semua pihak terutamanya kepada muridmurid supaa dapat menguasai kemahiran membaca
dan dapat memudahkan mereka untuk menguasai
kemahiran serta lebih memahami pelajaran bahasa
Melayu yang lain. Selain itu saya berharap agar
kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu
dalam mencari dan menggunakan kaedah yang
betul untuk mengajar kemahiran membaca kepada
murid. Selain itu, diharap kajian ini dapat membantu
pihak-pihak lain dalam usaha meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca murid-murid.

Kepentingan kajian ini juga diambil kira kepada :


i) Murid
Membanttu murid untuk meningkatkan kemahiran membaca sekaligus memupuk
minat murid untuk membaca serta menjadikan murid lebih berminat terhadap
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.
ii) Guru
kajian ini diharapkan dapat membantu guru mengatasi masalah kemahiran membaca
dalam kalangan murid. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru-guru dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menarik agar dapat membantu murid
menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah.
iii) Pihak sekolah
Menyatakan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi oleh guru berkaitan
dengan masalah murid yang lemah dalam kemahiran membaca. Oleh itu, pihak
sekolah patut membantu guru-guru dalam membina dan menyediakan bahan bantu
mengajar bagi menolong guru menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
iv) Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK) perlu
mengambil inisiatif dengan mengadakan kursus, bengkel dan latihan secara intensif
kepada guru-guru bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran, teknik dan kaedah
pengajaran yang bersesuaian bagi mengajar murid-murid menguasai kemahiran
membaca.

Definisi Istilah
i) Meningkatkan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), meningkatkan bermaksud
meninggikan tahap kedudukan. Dalam kajian saya, meningkatkan ini
membawa maksud membawa perubahan dari yang lemah kepada yang
lebih baik dari segi kemahiran membaca.
ii) Kemahiran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kemahiran bermaksud
kecekapan atau kepandaian. Kemahiran yang dimaksudkan dalam
kajian saya bermaksud murid menguasai sesuatu perkara tersebut
yakni dalam konteks kajian ini ialah murid dapat menguasai kemahiran
membaca.
iii) Murid
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menyatakan bahawa murid ialah
orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar atau
penuntut. Dalam kajian ini, murid yang terlibat ialah sampel kajian saya
yakni seramai lima orang murid.

iv) Membaca
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan
maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod
(decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan
antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan
bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan
yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh
tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy
(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk
visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).
Berdasarkan dua definisi tersebut jelas bahawa kemahiran bahasa merupakan satu kemahiran
bahasa yang sangat penting dan perlu dikuasai sebagai asas untuk menguasai kemahiran
bahasa yang lain serta untuk mmemudahkan murid menguasai bidang ilmu yang lain.

Sorotan Kajian
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan
sebelum ini, terdapat banyak kajian yang
berkaitan dengan kaedah atau teknik-teknik
meningkatkan kemahiran membaca murid.
Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi
masalah-masalah murid dalam menguasai
kemahiran membaca. Antara pengkaji-pengkaji
yang terlibat dalam mengkaji permasalahan ini
ialah Nur Nadiyah (2010), Roziah (2005), Mazni
Othman (2007), Siti Nor Farizah (2011),
Munalizatul (2011).

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Terdapat pelbagai model kajian tindakan


yang dikemukakan bagi membantu para
pengkaji menjalankan kajian di dalam bilik
darjah. Antara model yang boleh digunakan
sebagai model kajian ialah model Kemmis
dan Mctaggart, Kurt Lewin, John Elliot, dan
pelbagai lagi. Namun dalam kajian saya ini
saya telah memilih untuk menggunakan
model Kemmis dan Mctaggart (1988)
sebagai reka bentuk kajian ini.

Carta Aliran
Merefleksi

Merancan
g
Tindakan

Kitaran kedua

Kitaran
Pertama

Pemerhati
an

Merefleksi

Merancan
g
Tindakan

Pelaksann
an

Pemerhati
an

Pelaksann
an

Kumpulan Sasaran
Kajian ini telah dijalankan kepada murid tahun lima
Ehsan Sekolah Kebangsaan Dato Hasyim(2).
Kelas ini mempunyai bilangan ahli seramai empat orng
murid perempuan dan 23 orang murid lelaki.
Satu ujian diagnostik telah dijalankan terhadap murid
kelas empat Ehsan ini.
Seramai 5 orang murid tidak hadir dan telah
digugurkan daripada kajian ini dan menjadikan bilangan
murid yang mengikuti ujian ini hanya 23 orang sahaja.
Tujuan ujian diagnostik ini diadakan ialah untuk
menentukan fokus kajian daan juga menentukan sampel
kajian saya.
Keputusa
n ujian
diagnostik

Pelaksanaan Tindakan.

Mengenal kaedah fonik


Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memilih
tiga tindakan yang akan digunakan bagi
membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran membaca. Antara tindakan yang
saya gunakan ialah fonik berirama, satukan
kami dan jangan pisahkan,. Diharapkan
ketiga-tiga tindakan yang akan dijalankan ini
dapat mencapai semua objektif kajian yang
telah saya tetapkan.

Jangan pisahkan
Kaedah satukan
kami
Kaedah Fonik
Berirama

Tindakan
ketiga

Tindakan
Kedua

Tindakan
satu

Kaedah Pengumpulan Data


Pelbagai instrumen telah saya
gunakan bagi mengumpul data
kajian tindakan saya ini. Instrumeninstrumen ini membantu saya dalam
mengumpul data dan menyokong
kajian yang telah saya lakukan.
Antara instrumen yang telah saya
gunakan ialah pemerhatian, temu
bual, ujian, dan analisis dokumen.

Jadual Pelaksanaan Tindakan

Klik di
sini

Kos Kajian

Klik di sini

Anda mungkin juga menyukai