Anda di halaman 1dari 2

1.

3 Objektif Kajian
Kajian ini secara umunnya adalah untuk mengenal pasti kaedah bacaan bergred dapat
mengatasi fenomena tidak boleh membaca perkataan KVKV serta pendekatan yang
sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang lemah untuk menguasai kemahiran
membaca. Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk:
i. Mengkaji sama ada Buku Bacaan Bergred adalah alat bantu mengajar yang paling
sesuai untuk menguasai suku kata KVKV.
ii. Mengkaji sama ada murid tidak dapat membunyikan suku kata terbuka KV adalah
punca kepada pemasalahan ini.
iii. Mengkaji keberkesanan penggunaan komputer dalam mengajar kemahiran KVKV
1.4 Soalan Kajian
Berpandukan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan, soalan-soalan kajian dibina
bagi memudahkan untuk mencapai objektif dan tujuan kajian yang dijalankan. Soalan-
soalan kajian adalah seperti berikut
i. !pakah kaedah paling sesuai untuk murid tahun satu menguasai kemahiran
membaca perkataan KVKV"
ii. !dakah kegagalan menguasai kemahiran suku kata KV menjadi punca murid
tidak menguasai kemahiran membaca perkataan KVKV"
iii. !dakah penggunaan komputer untuk menyokong bahan bantu mengajar dapat
membantu murid menguasai perkataan KVKV"
1.5 Kepentingan Kajian
#apatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru, altenatif untuk
menangani masalah tidak boleh membaca di kalangan murid setelah mengetahui faktor-
faktor yang menyumbang kepada masalah murid tidak boleh membaca. #iharapkan juga
ibu bapa dan guru dapat membuat impro$asi pendekatan dan menyediakan persekitaran
yang kondusif bagi merangsang kanak-kanak prasekolah untuk belajar membaca. Kajian
diharap dapat menjadi satu garis panduan ke arah mengurangkan bilangan murid yang
buta %M.

Anda mungkin juga menyukai