Anda di halaman 1dari 2

CARA MEMBUAT IKAN

KERING

0
SHARES

Share on Facebook Tweet on Twitter

Ada banyak jenis ikan yang boleh dibuat ikan masin samada ikan laut atau ikan air
tawar. Contohnya ikan gelama, gelama pisang, kembung, ikan duri ikan sepat, puyu ,
haruan , keli dan sebagainya.
Caranya.
1. Siang ikan macam biasa , belah ikan di bahagian belakang dari ekor hingga kepala
( macam ikan gelama kering yang kita selalu beli) ,buang perutnya dan basuh bersihbersih.Kalau ikan kecil contohnya sepat, tak perlu di belah.
2. Bilas ikan yang telah dibasuh tadi dengan air asam jawa yang dicampur garam.
3. Keluarkan dan basuh sekali lagi dengan air bersih.
4.Stand by beberapa kg garam kasar, asam keping dan cuka.
5. Cari satu bekas yang sesuai (Tupperware atau balang plastik. Taburkan garam
kasar satu lapis dan letakkan kira-kira 5 keping asam keping>susun ikan untuk
lapis pertama. Kemudian tabur lagi garam kasar ,letakkan asam keping untuk lapis
kedua. Susun ikan untuk lapis ke dua pula. Tabur garam untuk lapisan ke 3 pula
bersama asam keping ,susun ikan lagi. Begitu dibuat secara berselang seli hingga
habis.

6. Tutup bekas supaya tidak boleh dimasuki lalat


7.Perapkan begitu selama 2 hari.Selepas 2 hari , keluarkan ikan (asing kan dari
garam) , dan basuh semula.
8. Rendamkan sekejap ikan tadi ke dalam air yang dicampur sedikit cuka .
9. Toskan ikan tadi dan jemur di panas matahari hingga kering.
Dah selesai.
- Mohd Salleh Mazukhi

Anda mungkin juga menyukai