Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN ILMIAH

Dewasa ini, sistem pendidikan di Malaysia berkembang dengan begitu pesat seiring
perkembangan global seantero dunia dalam kalangan negara maju. Oleh itu, kerajaan
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan utama dalam memajukan
Sistem Pendidikan Malaysia. Untuk menetukan haluan, asas dan inprisasi kepada usaha dan
rancangan dalam memajukan bidang pendidikan maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal. Salah satu perkara yang ditekankan oleh kerajaan dalam membangunkan pendidikan
ialah Pembangunan Modal Insan ini adalah kerana kerajaan memerlukan kepakaran hasil
daripada sistem pendidikan untuk membawa negara ke arah negara maju menjelang tahun
2020. Tidak hanya bergantung pada aspek akademik, aspek kokurikulum juga memainkan
peranan penting dalam membentuk pembelajaran yang berkualiti.
Kokurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya
merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang.
Kokurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan hala tuju
pendidikan serta aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan
Negara dan trend pendidikan dunia adalah di antara kuasa penggerak yang perlu diberi
penekanan dalam usaha memperkasakan kurikulum dan kokurikulum

pendidikan negara.

Matlamat kokurikulum ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Namun, pada masa yang sama kokurikulum

turut perlu menyumbang dalam

melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri
global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan
dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia
yang berkualiti.
Terdapat beberapa contoh aktiviti persatuan sekolah yang dapat membantu peningkatan
pembelajaran yang berkualiti dan dapat melahirkan insan yang berkualiti bagi menjamin
kesejahteraan dan kemakmuran negara pada dewasa kelak. Aktiviti pertama adalah
pertandingan yang dianjurkan dalam setiap persatuan dapat mencungkil atau mengasah bakat
murid-murid yang terpendam. Hal ini kerana, ada murid yang lemah dalam akademik namun
dalam aktiviti kokurikulum mungkin tidak. Adalah lebih baik sekiranya seseorang murid itu
seimbang dalam aspek akademik dan kokurikulum. Contoh pertandingan seperti mendeklamasi
sajak,beryair atau bercerita. Hal ini dapat menguji aspek penguasaan kemahiran lisan dan

membaca murid. Di dalam kelas, guru tidak dapat mengenal pasti bakat maka semasa aktiviti
persatuanlah guru dapat mengecam dan mengenal pasti murid yang berpotensi. Tidak lupa
juga kepada murid yang memerlukan bimbingan agar tidak ada yang tersisih ataupun tercicir.
Aktiviti seterusnya ialah aktiviti

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara merupakan


wadah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya
serta alam sekeliling serta untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat melalui penerapan tentang kefahaman serta nilainilai positif untuk
perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda akan datang. Bagi menghasilkan
satu sistem pendidikan seimbang dan sempurna, maka penekanan kepada kedua-dua
aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberatkan agar tahap kecerdasan
emosi pelajar dapat memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan
jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan
dan ketrampilan intelek. 4
Sehubungan dengan itu kokurikulum adalah sangat penting dalam
menstabilkan emosi untuk merealisasikan konsep pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
merentasi kurikulum di mana ia merangkumi aktiviti pendidikan jasmani,
seni dan rekreasi, aktiviti sains dan teknologi serta aktiviti kumpulan dan sosial.
Menurut Hairunnaja Najmuddin (2004), kegelisahan atau ketidakstabilan emosi
terjadi akibat kegagalan seseorang pelajar yang mengendalikan sikap positifnya
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Oleh kerana keupayaan
dan daya tahan seseorang pelajar berbeza, kegelisahan boleh menjadi penyakit yang
merbahaya dan menyebabkan penderitaan serta menjejaskan keharmonian hidup.
Maka kegelisahan ini perlulah diatasi dengan wajar agar mereka dapat meneruskan
hidup ini dengan ceria dan positif. Bagi Mohamed Alfian dan Mohamed Shariff
(2006) pula, kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah
laku atau kecenderungan gaya berfikir. Walau bagaimanapun orang yang mengalami
kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu meneruskan hidupnya tetapi yang

membezakannya dengan orang lain adalah penderitaannya yang tidak mampu hidup
bergembira, riang, yakin, bersemangat dan bahagia.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bidang ini berupaya
memberi peluang kepada murid untuk membina kekuatan jasmani, menguatkan
keupayaan mental, membantu dalam kestabilan emosi seterusnya kepada kemantapan
rohani dalam menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan pegangan kepada agama yang dianuti.
Proses pembinaan individu ini perlu berterusan dan menyeluruh tanpa
ada pemisahan antara kurikulum dan kokurikulum (Ab.Alim Abd Rahim, 1999).
Kini, kokurikulum dan tahap kecerdasan emosi telah menjadi keutamaan
dalam pendidikan. Kajian oleh Yusnizam, (2008) dalam Wong Huey Ling (2007),
mendapati, penglibatan dalam kokurikulum menggalakkan perkembangan
keseluruhan individu murid. Ia juga memudahkan pencapaian matlamat akademik
dan bukan akademik. Kokurikulum berupaya menghasilkan kesan positif seperti
membentuk keupayaan mengawal kehidupan sendiri, aspirasi pendidikan yang tinggi
dan mengurangkan masalah keciciran. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia begitu serius berusaha dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah
untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan Mohd. Najib
Abd Ghafar (2007) menyatakan pendidikan seimbang
seharusnya menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti
kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa
Malaysia yang harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa
kecerdasan emosi generasi hari ini dapat melahirkan pemimpin masa depan. Walaupun ramai
pelajar mengakui akan kepentingan aktiviti kokurikulum
dalam pembangunan modal insan yang

Menurut Adnan Sharif (1988) walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum


kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang
masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak
menghairankan jika programnya dilaksanakan secara ambil lewa sahaja dan aktiviti
dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti mata pelajaran
akademik. Dapatan Adnan Sharif (1988) disokong oleh Abu Bakar Nordin (1991).
Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan pihak yang tidak memahami dan
tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila mereka merasakan
kokurikulum membuang masa pelajar, menggunakan wang yang banyak dan terlalu
banyak tanggungjawab. Pelaksanaan kokurikulum di universiti tidak begitu
mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak
terutamanya pengurusan mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil
bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat

KeSAn KEGIATAN KOKUM

i.

mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah ii.
mengaplikasikan

ilmu

pengetahuan

dan

kemahiran

yang

diperolehi

melalui

pembelajaran formal di bilik darjah


iii.

mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran yang telah dan akan dipelajari dalam bilik darjah


iv.

melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri

v.

berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar untuk mengukuhi keinsafan tentang

hakikat kewujudan dan menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta menyedari


kebertanggungjawab diri sendiri ke atas kelestarian dan kesejahteraan alam semula jadi
vi.

mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam bidang-bidang yang

diceburi
vii.

mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan individu lain mempunyai nilainilai

murni kemanusiaan dan keinsanan yang luhur


viii.

mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan, kerjasama, permuafakatan dan

semangat sepasukan
ix.

menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepemimpinan, ketabahan dan

kecekalan menghadapi masalah dan cabaran


x.

memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru untuk

memajukan diri sendiri dan rakan-rakan


xi.

memperoleh pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran baru yang tidak mungkin

diperolehi di bilik darjah


xii.

meningkatkan kreativiti, inovasi dan kekaryawanan dalam bidang- bidang yang diminati

xiii.

memperluaskan persepsi dan pandangan hidup xiv.

berinteraksi dengan rakan-

rakan, dan anggota masyarakat untuk mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan
sejahtera serta saling bekerjasama
xv.

mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah di samping membina

kesihatan dan kesejahteraan diri


xvi.

memberi sumbangan tenaga, idea, buah fikiran yang bernas, khidmat dan kepakaran

kepada yang memerlukan


xvii.

menyuburkan sifat-sifat penyayang (caring), bertimbang rasa (understanding), toleransi

(tolerance), menerima dengan senang hati (acceptance), positivisme (positivism), berbudi


bahasa dan bersopan santun (politeness), kepemimpinan

Anda mungkin juga menyukai