Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN 1- KEPULANGAN J

J pulang ke tanah air setelah 12 tahun merantau di Amerika. Dia tidak sesiapa
tentang kepulangannya itu. Pada pukul 10 malam dia sampai di pekan Rembau.
Dia dapati tidak banyak perbezaan yang berlaku di Kampung Paya. Dengan
menaiki kereta terpakai yang dibelinya ketika singgah Kuala Lumpur sebelum itu
dia cuba memandu melalui jalan becak untuk ke rumahnya. Oleh sebab cuaca
buruk, keretanya rosak, dan jambatan pun tidak selamat untuk diseberangi, J
berjalan kaki dan singgah di sebuah masjid. Di situ dia bertemu dengan sahabat
lamanya iaitu Daun Nadim. Menurut Daun Nadim, dia telah bermimpi bahawa J
akan pulang hari itu dan sebab itulah dia menunggu J di masjid. Mereka berasa
gembira kerana dapat bertemu semula setelah sekian lama berpisah. J
memberitahu tujuan dia pulang ke kampungnya ialah untuk menulis buku bagi
memenuhi syarat untuk mendapatkan ijazah kedoktorannya, dan tajuk
penulisannya ialah The Malay Concept of Maya: A Philosophical enquiry. Dari
masjid mereka ke rumah Daun Nadim, dan dari situ J minta diri lalu pulang ke
rumah pusakanya.
Ketika sampai di rumahnya, J dapati keadaan rumah itu sangat usang. Di rumah
itu J mendapat ketenangan dan dia mula ingat kembali kisah tentang datuk
neneknya iaitu Tukang Daud yang telah membunuh Tukang Andam akibat tidak
berpuas hati dengan keputusan dalam beberapa pertandingan bertukang.
Pembunuhan itu dilakukan di gelanggang laga ayam. Walaupun peristiwa itu
terjadi pada tahun 1820, namun dia dapat mengetahuinya melalui cerita
warisan iaitu sejarah yang tidak formal atau sejarah yang disebarkan melalui
lisan oleh penduduk-penduduk kampung itu.
BAHAGIAN 2 - PROJEK EMPANGAN
Nira Hitam datang ke rumah J bersama dengan Penghulu Kampung Paya dan
beberapa pengikutnya. J tidak mempelawa Nira Hitam naik kerana lantai
rumahnya yang telah uzur. Peristiwa ini menyebabkan Nira Hitam berasa kecil
hati. Perbualan J dengan Nira Hitam dipenuhi dengan sindir-menyindir antara
satu sama lain. Nira Hitam seolah-olah tidak suka melihat J pulang. Nira Hitam
minta J mengalihkan keretanya kerana menghalang kenderaan yang lalu lalang
di situ iaitu lori pembawa tanah. J kemudiannya diberitahu oleh Daun Nadim
tentang projek membina empangan yang sedang berjalan di kampung itu iaitu di
sebelah hulu sungai Titianwangsa, antara kaki Gunung Bunian dan Gunung
Gajah.
J bertekad untuk menyiasat dengan lebih lanjut lagi tentang projek empangan
itu. Melalui Daun Nadim juga, J dapat tahu bahawa Nira Hitam telah melarang
orang ramai yang tidak berkenaan daripada menghampiri kawasan projek itu
termasuklah orang suku Biduanda yang telah turun temurun tinggal di kawasan
itu. Begitu juga dengan penduduk yang tinggal dekat dengan banjaran gunung
itu, dan termasuk juga penduduk di lembah yang merangkumi Kampung Paya. J
terkejut dan tidak berpuas hati dengan larangan-larangan itu. Orang-orang yang
ditangkap kerana menceroboh akan dihukum dan nama mereka diumumkan di
masjid setelah selesai kuthbah Jumaat.
Daun Nadim telah membawa J ke satu tempat untuk menyaksikan sendiri projek
itu. J dapat melihat banyak kawasan hutan dan tanaman dimusnahkan. J juga
melihat pengawal Nira Hitam mengikat tangan dan leher 3 orang daripada

penduduk kawasan gunung termasuklah Datuk Datin Biduanda sendiri. J


memarahi pengawal itu dan melepaskan ikatan.
J juga memberitahu bahawa perbuatan seperti itu tidak berperikemanusiaan.
Kejadian itu telah dilaporkan kepada Nira Hitam dan 3 orang termasuk Datin
Biduanda itu telah dilepaskan. Pada pendapat J, mereka merupakan penduduk di
sekitar kawasan yang telah lama tinggal di situ dan penceroboh yang
sebenarnya ialah pekerja-pekerja berbangsa cina dan korea yang terlibat dengan
pembinaan empangan itu.
Terdapat juga peristiwa 4 orang pengawal yang mengejar orang gunung telah
tersesat dan termasuk ke dalam perangkap babi hutan. Peristiwa ini menjadi
buah mulut orang kampung dan memalukan Datuk Endut Bondorang dan Nira
Hitam. Lanjutan peristiwa itu, peraturan melalui kawasan larangan itu telah
dilonggarkan. Peristiwa ini juga menambah kemarahan Nira Hitam terhadap J.
J kerap pergi ke kawasan pembinaan empangan itu untuk mengambil gambar .
Dan pada suatu hari dia terserempak dengan seorang gadis ayu yang sedang
membawa kayu api. J terpikat dengan kecantikan gadis tersebut.
Pada keesokannya, J diperintahkan berjumpa dengan Nira Hitam untuk memberi
penjelasan tentang tingkah lakunya yang mengancam projek empangan itu.
Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Datuk-Datuk Lembaga-wakil setiap suku kaum.
J memberi penjelasan bahawa pengawal yang mengikat leher dan tangan orang
yang dikatakan menceroboh itu adalah tidak perlu kerana pengawal itu memiliki
senapang oleh itu, tawanan mereka pasti tidak akan melarikan diri. Perjumpaan
itu dipenuhi dengan pertengkaran antara J dengan Nira Hitam dan ternyata Nira
Hitam tidak dapat mengatasi kebijaksanaan J menyampaikan hujah-hujahnya. J
dianggap biadap dan menderhaka. Nira Hitam tersinggung dengan apa yang
telah berlaku.
Dalam perjumpaan itu juga Nira Hitam telah mengeluarkan salinan fotostat hasil
penulisan J yang disiarkan dalam sebuah jurnal di Kuala Lumlpur. Rencana itu
membicarakan tentang projek pembinaan empangan yang pada pendapat J
mengandungi kepentingan peribadi kerana penduduk kampung tidak dibawa
berbincang mengenainya. Misalnya tentang hak pampasan, kepentingan projek,
peranan penduduk, dan sebagainya. Walau bagaimanapun J telah dibebaskan
dengan pesanan supaya lebih berhati-hati atas tindak-tanduknya selepas itu
atau menerima akibat buruk.
BAHAGIAN 3 - INGIN BERUMAH TANGGA
Selepas peristiwa di balairung itu, J banyak mengurungkan dirinya di rumah
sambil memikirkan tindakan dan sikapnya sebelum ini, dan bertekad ingin
mengubah sikap dan menjadi seorang yang lebih bersabar.
J bersembahyang sunat Dhuha dengan mengikut panduan daripada buku.
Sepanjang masa dia berkurung itu, dia banyak menghabiskan masanya dengan
membaca al-Quran, buku tafsiran, dan banyak bersembahyang. J jugak
memberitahu Daun Nadim tentang pertemuannya dengan seorang gadis cantik
ketika berada di kawasan pembinaan empangan. Dan J menyatakan hasratnya
ingin berumah tangga. J juga bertekad untuk menghadapi sebarang tindakan
susulan Nira Hitam terhadapnya sama ada secara terbuka atau secara halus. Di

samping itu, J juga kesal kerana Nira Hitam tidak mahu mengajak dia berunding
sedangkan dia termasuk golongan orang yang terdidik dan dapat memahami
sebarang penerangan tentang projek itu jika diberi peluang.
Dengan perkataan lain, J inginkan perspektif atau pandangan pihak yang
menjalankan projek membina empangan itu. Kisah J membangkang Nira Hitam
telah menjadi buah mulut orang-orang kampung di mana-mana. J mengambil
kesempatan ini dengan memberikan satu persoalan kepada penduduk kampung
iaitu pertengkaran antara dia dengan Nira Hitam itu tidak penting tetapi yang
lebih penting ialah empang itu iaitu hak siapa, dan untuk siapa?.
Bagi Nira Hitam, tidak ada sesiapa yang dapat merobohkan projek yang telah
mula dibina itu dan dia juga kerap memberikan hadiah kepada beberapa orang
penyokong kuatnya. Hadiah-hadiah itu berupa barang-barang dari pasar raya
dan surat sokongan untuk mendapatkan pekerjaan di Rembau, motosikal, lesen
teksi, dan lesen lori balak. Pada masa itu wujud dua pihak iaitu yang menyokong
Nira Hitam dan satu pihak lagi yang menyokong J. Berlaku juga pergaduhan di
sana sini sehingga terpaksa di letakkan ambulans sebagai langkah berjaga-jaga.
J telah menemubual beberapa orang penduduk dan didapati hanya 5 peratus
penduduk yang tahu tentang projek itu. 25 peratus sahaja yang mendengar
tentang projek itu setelah mendengar ada pergaduhan. 80 peratus penduduk
sokong sekiranya projek itu dihentikan dan hanya 10 peratus sahaja yang mahu
melihat projek itu diteruskan. J berpendapat Nira Hitam sepatutnya memberitahu
sejauh manakah projek itu akan dilaksanakan. Berapa ekar tanah lagi akan
diambil dan siapakah yang akan mendapat faedah hasil projek empangan ini.
Bagi J, sungai Titian terus itu penting kerana penduduk kampung menggunakan
airnya untuk diminum, mengairkan sawah, dan kebun. Sekiranya disekat dengan
empangan itu, hasil penduduk akan terjejas.
Imam masjid kampung itu iaitu imam Kelawai juga turut mengecam J melalui
khutbahnya pada hari Jumaat. Keadaan ini jelas kerana gaji imam Kelawai
dibayar oleh Nira Hitam. Setelah menerima sindiran daripada seorang ahli
jemaah, imam Kelawai berasa malu lalu menghentikan khutbahnya itu. Pada
masa itu terjadi masalah perpecahan suku. Suku Batu Belang (J) dan suku Batu
Berkembar (Daun Nadim) menyokong J. Dan orang-orang suku Batu Berhampar
menyokong Nira Hitam. Didapati tidak ada lagi ciri-ciri perpaduan seperti saling
membantu dan bertegur sapa. Namun, J ditegur sapa oleh ketujuh-tujuh suku itu.
Sementara itu masalah kecurian juga dihadapi oleh penduduk kampung itu
termasuklah Nira Hitam yang kehilangan sepasang kasut yang berharga RM
300.00. J merakamkan semua kejadian di kampung itu melalui perbualannya
dengan orang-orang kampung dengan menggunakan pita rakamannya yang
kecil.
Melalui perbualannya dengan orang-orang kampung juga J dapat tahu bahawa
ada orang yang akan mencuri keretanya dan diberitahu juga tarikh, hari, dan
nama bakal pencuri itu iaitu Badak. Pada hari yang berkenaan J bersedia dan
telah dapat melihat pencuri itu dan mengambil gambarnya sekali. Percubaan
Badak gagal kerana laluan jalan telah di sekat oleh J dengan batang pisang.
Dalam pergelutan itu pencuri itu talah dapat ditangkap setelah dipukul oleh J
dengan sebatang kayu. Namun begitu beberapa orang lagi yang datang bersama
Badak telah sempat membakar keretanya. Kejadian itu dilaporkan kepada Nira
Hitam pada malam itu juga. J diminta membuat laporan itu secara bertulis.

BAHAGIAN 4 - MEMELUK ISLAM BERAMAI-RAMAI


Pada malam itu J bermimpi dia dilanda ombak besar. Dia tidak dapat menafsir
mimpinya itu tetapi ada kemungkinan penunggu rumah tersebut ingin
menyampaikan sesuatu mesej kepadanya. J teringat cerita warisan yang
membuktikan bahawa darah keturunannya ada juga orang alim seperti uztaz
Abdul Karim. J dan Daun Nadim pergi semula ke kawasan pergunungan dan
dalam perjalanan itu Daun Nadim menceritakan tentang keadaan kampung
Sunyian yang selalu kehilangan haiwan ternakan akibat dimakan harimau. Cerita
itu dikaitkan pula dengan cerita warisan. Kononnya tindakan menyerang haiwan
ternakan itu ialah akibat tindak balas harimau kepada manusia yang mungkir
janji tentang siapa yang akan memiliki gua. Manusia yang bersetuju untuk
berkongsi tempat itu dengan harimau telah mingkir janjinya akibat tamak.
Masyarakat gunung juga kurang bersetuju dengan perkahwinan campur antara
suku. Pada pendapat mereka perkahwinan antara J dengan Melur Putih itu tidak
akan kekal kerana telah banyak perkahwinan campur antara perempuan dari
daerah gunung dengan lelaki dari lembah tidak aman. Meraka juga mungkin
akan melahirkan keturunan yang tamak , dengki, panas baran dan sebagainya.
Namun pada hari itu Daun Nadim dan J pergi juga ke rumah Datin Biduanda
untuk berbincang dengan ibu bapa Melur Putih. Melalui pantun, J memberikan
bayangan tentang hajat mereka datang iaitu untuk bertanya dan merisik Melur
Putih untuk dijadikan isteri J.
Datin Biduanda juga menjelaskan kepada J bahawa haiwan seperti pelanduk,
rusa, dan kijang juga telah banyak berkurangan akibat pembinaan empangan
itu. Datin Biduanda juga menganggap Nira Hitam menghinanya kerana sanggup
meminang Melur Putih setelah pernah memperlakukan dirinya seperti binatang
ketika diikat tangan dan lehernya dahulu. Badak juga pernah datang meminang
Melur Putih tetapi ditolak. Dalam perbualan antara Daun Nadim dan Datin
Biduanda itu, Daun Nadim dan J tidak bangkitkan soal agama walaupun mereka
tahu Melur Putih bukan beragama Islam. Pada petang itu juga mereka berdua
pergi ke Seremban untuk membeli cincin pertunangan.Urusan pertunangan
diserahkan kepada Daun Nadim dan isterinya Latifah yang latah. Pada suatu
ketika dahulu usaha untuk mengislamkan penduduk di kawasan gunung
telahpun dilakukan orang tetapi semua usaha itu menemui kegagalan. J
berpendapat keadaan itu kerana para mubaligh itu sendiri tidak jujur dan mereka
sendiri masih belum betul-betul menunjukkan tingkah laku seperti orang Islam.
Mereka juga sering menipu orang-orang di kawasan pergunungan itu.
Setelah beberapa kali berulang alik ke suatu tempat yang disebut perteduhan
( yang dipercayai tempat Tukan Daud pernah bertapa dahulu) J pergi sendiri ke
rumah Datin Biduanda dengan membawa Al Quran untuk menerangkan kepada
Melur Putih tentang Islam. Setelah itu seluruh penghuni gunung telah memeluk
agama Islam. Upacara memeluk agama Islam secara beramai-ramai itu
dilakukan dimasjid pada suatu hari Jumaat. Sementara itu urusan peminangan
ditangguhkan kerana dikhuatiri Melur putih dan J adalah sesuku berdasarkan
keturunan nenek moyang mereka. Oleh sebab perkahwinan antara sesuku tidak
dibenarkan, mereka akan menyiasat latar belakang keluarga Datuk Datin
Biduanda dahulu secara terperinci.
BAHAGIAN 5 - PERBICARAAN BADAK

Perbicaraan ke atas Badak yang membakar kereta J dijalankan di rumah Nira


Hitam. Jemaah hakim diketuai oleh Nira Hitam sendiri dan barisan hakim terdiri
daripada setiap ketua suku. Bagi ketua suku yang menjadi pembela, tempat
mereka sebagai hakim akan digantikan oleh anak mereka sendiri. Badak akan
dibela oleh Datuk Suku Batu Hampar manakala J akan dibela Oleh Datuk Suku
Batu Belang.
Nira Hitam menyarankan agar perbicaraan itu tidak berlanjutan, hanya mereka
perlu menetapkan nilai kereta J yang terbakar itu sahaja. Menurutnya lagi,
perkara ini perlu demi kesejahteraan penduduk kampung. J tidak berpuas hati
dengan pendapat itu dan meminta perbicaraan itu diteruskan. Pendapat ini
disokong oleh DS Batu Belang.
Setelah pertuduhan(aquisation) dibaca, Badak tidak mengaku salah dan dia
membawa beberapa orang saksi termasuklah ibunya sendiri. Imam Kelawai juga
menjadi saksi dengan mengatakan bahawa dia pulang bersama dengan Badak
agak lewat pada malam kejadian dan tak mungkin Badak yang kelihatan sangat
letih itu dapat melakukan pekerjaan yang terkutuk itu. Semua saksi
menyampaikan keterangan mereka setelah bersumpah sambil meletakkan
tangan di atas al Quran. Pihak penyokong yang berada di bawah riuh rendah dan
saling menyindir pihak masing-masing sehingga suasana perbicaraan bertukar
menjadi seperti sarkas.
Nira Hitam membuat keputusan J tidak ada kes untuk menuduh Badak kerana
Badak dapat mengemukakan saksi alibinya. Namun keadaan dan suasana
perbicaraan telah bertukar apabila J telah menunjukkan bukti foto yang
diambilnya pada malam kejadian. Foto tersebut dengan jelas menunjukkan
wajah Badak dari depan, sisi, dan belakang. Bahan bukti ini ditunjukkan kepada
barisan hakim dan semua saksi berasa malu kerana rahsia mereka terbongkar.
Penonton yang menyokong Badak sebelum itu juga berasa malu kerana saksi
mereka telah mengangkat sumpah dengan menggunakan Al Quran.
J telah membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM 6 000.00. Ganti rugi itu
dibayar oleh Badak dan kawan-kawannya melalui pinjaman daripada Nira Hitam.
Keadaan ini telah menambah pecah belah penduduk antara suku, dan J tidak
suka keadaan ini berlaku. Dia berasa bertaggungjawab ke atas apa yang telah
berlaku. Keputusan itu juga telah menyebabkan Onton telah tidak tahan
menanggung malu lalu mengamuk dengan parangnya. Beberapa orang telah
cedera termasuklah seorang pengawal yang cedera parah kerana cuba
menghalang. Namun begitu J telah dapat menenteramkan Onton (bapa Badak)
secara pujukan dan psikologi. Pada hari itu juga Badak membuat pengakuan
bahawa dia telah melakukan percubaan mencuri itu bersama-sama dengan
kawan-kawannya iaitu Kudung, Dokut, Bulo, dan Buduk. Mereka ditangkap ketika
sedang minum arak di belakang kedai Sideeq.
BAHAGIAN 6 - TERMAKAN RACUN
Antara peristiwa penting dalam babak ini ialah rombongan peminangan J telah di
rompak oleh Badak dan kawan-kawannya. Badak telah melarikan wang hantaran
berjumlah seribu ringgit. Setelah hal ini diketahui oleh J, dia telah berpakat dan
cuba memerangkap Badak dengan menyebarkan berita bahawa rombongan
peminangan akan diteruskan.

Setiap kali pihak rombongan gagal memenuhi janjinya, Datuk Datin Biduanda
menuntut denda sebanyak 1 000 ringgit setelah beberapa hari ditangguhkan,
jumlah tuntutan menjadi 5 000 ringgit dan rombongan empat orang itupun
bergerak ke rumah DD Biduanda. Di petengahan jalan, mereka diserang lagi. Kali
ini Badak terkena kerana mereka telah dikepung oleh beberapa orang yang
bersembunyi bersama dengan J. Setelah diugut, Badak mengaku dia yang
merompak wang seribu ringgit dahulu dan berjanji akan mengambilnya balik dari
rumah Nira Hitam. Sementara itu kawan-kawannya yang lain ditambat dekat
dengan sarang penyengat sebagai tebusan. Sekiranya dia tidak balik, kawankawannya akan disengat. Dengan itu Badak terus pergi dan pulang semula
dengan wang seribu ringgit itu, dan kawan-kawannya dilepaskan. Rombongan
peminangan diteruskan.
Rombongan itu disambut secara besar-besaran. Hanya pasangan DS Batu Belang
dan isterinya sahaja dibenarkan naik. Tetamu yang lain akan dilayan oleh jiran.
Seorang tetamu bagi setiap rumah. J bertamu di sebuah rumah di tepi hutan. J
telah dijamu dengan tapai yang beracun. Setelah sedar dirinya diracun, J cepatcepat pulang ke rumahnya dan mengubati dirinya sendiri. Dia makan pil
membersihkan perut dari racun yang dibawa pulang dari Amerika. Setelah agak
sembuh sedikit dia pergi ke rumah Daun Nadim dan dia pengsan di situ.
BAHAGIAN 7 - PEMBUKAAN RASMI
J masih menderita akibat termakan racun . Kebanyakan orang kampung dapat
mengagak siapa yang melakukan kerja terkutuk itu namun tidak seorang pun
yang berani bersuara tentang hal tersebut. Ada juga yang percaya J ditimpa
malang kerana makhluk halus dari gunung tidak merestui pertunangan J dengan
Melur Putih.
Sementara itu, kerja-kerja projek pembangunan diteruskan di Kampung Paya.
Penduduk kampung dapat melihat sendiri bagaimana pokok getah dan pokokpokok di dusun mereka tumbang akibat dirempuh jentolak. Pekerja projek lebuh
raya pula mengalami masalah kerana terpaksa bekerja dalam hujan. Banyak
juga pekerja yang jatuh sakit sehingga akhirnya mereka berhenti seorang demi
seorang kecuali juruukur. Pekerja tempatan telah diambil bekerja menggantikan
pekerja mahir yang telah berhenti itu namun tidak dapat menjalankan tugas
mereka dengan memuaskan. Namun begitu, projek lebuh raya itu siap juga
setelah dibantu oleh 50 orang pekerja Korea yang membina empangan itu.
Hari pembukaan rasmi lebuh raya itu diadakan di pekan Rembau dengan dihadiri
oleh pembesar-pembesar negeri termasuk DE Bondorang dan isterinya. Lebuh
raya yang siap itu telah dilengkapi dengan tiang-tiang lampu yang diimport dan
berukiran cara barat pada zaman Victoria. Yang anehnya ialah bekalan elektrik
masih belum wujud lagi di kampung itu dan penduduk di situ tidak banyak yang
mempunyai kenderaan untuk memanfaatkan lebuh raya itu. Lagipun, pembinaan
lebuh raya tersebut terhenti separuh jalan dan tidak dipanjangkan melalui
kampung paya. Oleh itu lebuh raya tersebut kebanyakannya digunakan oleh
lembu dan kerbau.
Pada malamnya Nira Hitam mengadakan mesyuarat dan dalam mesyuarat itu
dia telah menghalau Daun Nadim dan semua penduduk dari suku Batu Belang
dengan alasan perbincangan itu tidak memerlukan penduduk dari suku Batu
Belang. Terdapat dua perkara penting yang dibincangkan malam itu. Yang

pertama ialah penubuhan syarikat kerjasama yang akan menjalankan


perniagaan menjual dan membaiki alat-alat elektrik.
Syarikat tersebut juga akan mengendalikan kenderaan awam (bas) yang akan
berulang alik dari Kampung Paya ke Rembau. Nira Hitam akan memiliki 50%
daripada saham syarikat itu manakala 50% lagi akan dijual kepada ahli-ahli. Yang
kedua ialah tentang undang-undang. Dalam soal empangan ini, Nira Hitam
memberitahu bahawa undang-undang adat yang diamalkan oleh penduduk
kampung selama ini tidak boleh diaplikasikan. Sebaliknya mereka perlu akur
dengan undang-undang biasa kerana mereka akan berhubung dengan orangorang yang berada di luar kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu syarikat
yang akan ditubuhkan itu akan membeli tanah-tanah mereka dan kemudian akan
dijual semula dengan harga ansuran yang murah. Menurut Nira Hitam, mereka
dianggap setinggan kerana tanah pusaka yang mereka duduki selama ini tidak
mempunyai geran.
Nira Hitam menamakan syarikat itu Syarikat Kerjasama Kampung Paya (SKKP)
dan dia telah menyediakan pejabat sementaranya di dalam sebuah wagon dan
orang kampung menggelarkan pejabat itu pejabat beroda.
Peristiwa Daun Nadim dihalau itu telah menyebabkan berlaku keretakan dalam
perhubungan antara Suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain. Oleh sebab
itu mereka tidak lagi bersembahyang di masjid di Kampung Paya sebaliknya
mereka berjumaah di surau mereka sendiri. Nira Hitam mempelawa semua
penduduk mengambil borang untuk memohon menjadi ahli. Daun Nadim
bertanya sama ada Suku Batu Belang juga boleh menyertainya lalu Nira Hitam
memberitahu sekali lagi bahawa semua penduduk Kampung Paya layak
memohon tanpa mengira suku. Pertanyaan dari Daun Nadim itu rupa-rupanya
telah sengaja disuruh oleh Nira Hitam terdahulu daripada itu.
J juga turut memohon atas desakan Daun Nadim walaupun dia mengesyaki suku
Batu Belang tentu tidak akan berjaya kerana pada borang tersebut diminta
menulis nama suku. Pada pendapat J, maklumat itu tentulah untuk memudahkan
panel pemilih membuat pengasingan dan orang2 Batu Belang akan tertipu lagi.
Panel pemilih adalah terdiri daripada ketua suku masing-masing. Apabila
pengumuman dibuat, tidak seorang pun dari suku Batu Belang yang terpilih
kecuali DS Batu Belang sekeluarga dan Daun Nadim sekeluarga. Alasannya ialah,
ketika membuat pemilihan itu DS Batu Belang tidak hadir kerana pergi ke
Genting Highland dengan Nira Hitam untuk membincangkan hal-hal penting.
Keputusan itu menyebabkan J rasa bersalah kerana dia seolah-olah menjadi
penyebab orang-orang suku Batu Belang tidak dapat peluang itu. Keputusan itu
juga bererti J akan bermusuhan dengan Daun Nadim kerana mulai saat itu Daun
Nadim sudah menjadi ahli syarikat SKKP sedangkan dia tidak. J pulang
kerumahnya walaupun keadaannya masih belum pulih betul. Selama ini dia
berasa dia membebankan Daun Nadim kerana tinggal di rumahnya. J dapati
rumahnya berselerak kena geledah. Setelah bangun dari tidur, J terasa sihat
sedikit, dia berbasikal ke Rembau. Di Rembau, dia pergi ke pejabat tanah.
Setelah menyemak beberapa fail. Dia dapati terdapat beberapa kawasan tanah
di K.Paya itu telah mempunyai geran, termasuklah tanah pusaka miliknya
sendiri. Tanah ketua suku dan Nira Hitam juga mempunyai geran. Tanah-tanah
yang lain dikategorikan sebagai tanah rezab Melayu. Ini bermakna penduduk

yang meneroka atau tinggal di situ memang berhak menuntut tanah itu
walaupun tanpa penubuhan syarikat SKKP.
BAHAGIAN 8 - HIDUPAN LIAR TERANCAM
Ketika berehat di hadapan pejabat tanah, J ternampak Daun Nadim dengan anakanaknya sedang melintas jalan. Daun Nadim berpusing balik kerana tidak mahu
bertembung dengan J. Mereka seolah-olah menjadi musuh sejak Daun Nadim
menjadi ahli syarikat SKKP. J tidak menyalahkan Daun Nadim kerana dia perlu
membeli tanah pusaka nenek moyangnya dan caranya ialah dengan menjadi ahli
syarikat itu. Pada pendapat J, sekiranya Daun Nadim tidak mahu bertegur sapa
dengannya, maka kehendak Daun Nadim itu akan dihormati. J juga terfikir,
urusan pertunangannya yang sepatutnya diuruskan oleh Daun Nadim tentu
terpaksa ditarik balik.
Ketika pulang dari Rembau hari itu, J ikut jalan lama. Dia melihat beberapa
kejadian yang anih. J ternampak ikan yang berwarna warni melompat-lompat di
dalam lubuk di tepi jalan. Terdapat ikan yang melompat ke atas tebing. Ikan itu
mati apabila J pegang. J juga ternampak seekor ular sawa yang besar yang
kemudiannya menjadi jambatan untuk beberapa ekor pelanduk melintasi
sebatang anak sungai.
Kejadian yang anih itu disaksikan oleh J dan sepasang teruna dara yang sedang
berdua-duaan tidak jauh dari situ. J menemani pasangan itu pulang. Dalam
perjalanan, mereka menyaksikan pula berpuluh-puluh ekor gajah liar sedang
mandi di dalam kubang. Apabila sampai di sebuah kampung mereka
menyaksikan pelbagai haiwan yang sedang merayau-rayau. Orang-orang
kampung lari dan menyembunyikan diri kerana takut kena serang tetapi
binatang-binatang liar itu tidak mengganggu sesiapa. Apabila terdengar bunyi
tempikan gajah-gajah liar, binatang-binatang itu keluar dari kampung itu. J juga
melihat gajah-gajah liar itu balik semula ke gunung.
Hasil bekerjasama dengan Nira Hitam, Daun Nadim telah mendapat sebuah
rumah baru, anaknya sulungnya dihantar melanjutkan pelajaran ke Amerika,
Daun Nadim juga mendapat sebuah bengkel di Rembau untuk berniaga hasil
rotan dan pertukangan tangan, dan dia memiliki sebuah kereta Honda Accord.
Isteri Daun Nadim pula memarahi J kerana tidak hadir ketika mereka
mengadakan kenduri sempena rumah mereka yang baru. J dituduh tidak
mengenang budi. J memberikan alasan dia tidak pergi kerana dia bukan ahli
syarikat SKKP.
J pergi lagi ke Pejabat Tanah. Dia membuat aduan bahawa SKKP cuba merampas
tanah penduduk Suku Batu Belang kerana syarikat tersebut akan membeli tanahtanah mereka dan mereka sendiri tidak dapat membeli tanah-tanah itu kerana
mereka bukan ahli. Walaupun penduduk suku Batu Belang mempunyai hak
untuk membeli rumah-rumah teres yang akan didirikan, namun mereka tidak
mampu berbuat demikian. Oleh itu J berpendapat, syarikat SKKP tidak
seharusnya dibenarkan beroperasi. J juga meminta akan Pejabat Tanah
memberikan geran kepada penduduk suku Batu Belang menurut undang-undang
biasa. J juga meminta agar projek pembinaan empangan dihentikan untuk
mengekalkan imbangan ekologi dan menyelamatkan habitat hidupan liar.

Pegawai dari Pejabat Tanah memberitahu J bahawa pihaknya tidak dapat menarik
balik pendaftaran syarikat SKKP kerana pada dasarnya syarikat tersebut
ditubuhkan secara sah. Dia juga berkata, syarikat tersebut ada juga mengambil
penduduk suku Batu Belang menjadi ahli. Alasan syarikat itu menghalau suku
Batu Belang juga tidak diterima kerana perkara itu hanya satu ancaman dan satu
kemungkinan yang tidak berlaku lagi. Soal empangan pula katanya melibatkan
projek yang besar dan adalah di luar bidang kuasanya untuk membuat
keputusan. Seterusnya J mengutus surat kepada DE Bondorang dan
memberitahunya bahawa projek empangan telah membuat ramai penduduk
Kampung Paya menjadi pecah belah. J mencadangkan projek itu dihentikan
segera. Kesan surat itu ialah larangan untuk menghampiri kawasan empangan
telah ditarik balik.
J cuba menubuhkan sebuah syarikat untuk membantu orang-orang suku Batu
Belang namun permohononnya ditolak 3 kali berturut-turut dengan alasan tanda
tangannya tidak sama ketika mengisi borang-borang permohonan itu.
Sementara itu, Nira Hitam telah dimalukan dalam satu majlis penyerahan anak
kunci. Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa orang dari suku Batu Belang
yang layak menerima rumah teres tetapi enggan keluar menerima anak kunci
tersebut apabila nama mereka dipanggil. Datuk Suku Batu Belang telah keluar
mewakili mereka. Dia tidak menerima anak kunci itu malah menyumbatkan
anak-anak kunci itu kedalam saku Nira Hitam dan berkata Kau boleh mampus
dengan rumah batu kau.
Projek yang dijalankan oleh Nira Hitam juga melibatkan pembinaan masjid yang
berharga 3 juta ringgit sebagai menggantikan masjid asal Kampung Paya yang
dirobohkan oleh Tan Loi Sue apabila kerana mendapat upahan daripada Nira
Hitam. Kebanyakan penduduk kampung kurang senang dengan tindakan ini lalu
pergi ke rumah Nira Hitam untuk mendapatkan penjelasan. Mereka diberitahu
bahawa masjid yang baru itu lebih sesuai untuk kampung mithali dan tarikan
pelancong nanti. Penduduk kampung tidak dapat mendengar penjelasan Nira
Hitam hingga selesai kerana hujan lebat dan pekat.
BAHAGIAN 9 - PERKAHWINAN J
Hari perkahwinan J telah ditetapkan. Penduduk suku Batu Belang turut
bergembira dan J menerima pelbagai hadiah dari penduduk kampung seperti
beras, lembu, kerbau, rusa, ayam, itik, bawang, lada, dan sebagainya untuk
kenduri perkahwinan itu. J telah mengundang sendiri Nira Hitam dan Daun Nadim
tetapi mereka tidak dapat datang kerana hendak pergi berkelah di empangan
anjuran Nira Hitam.
Nira Hitam juga telah memecat pekerja dari suku Batu Belang yang bekerja
dengannya kerana belot. Dia juga telah memberikan wang kepada pekerja yang
diberhentikan itu sebanyak 50 ringgit supaya tidak dikatakan bertindak zalim.
Pada hari perkahwinan J ada juga beberapa orang yang membatalkan rancangan
berkelah lalu pergi ke majlis perkahwinan J. Pada hari itu juga J menerima berita
bahawa semua hadiah untuk kenduri perkahwinannya itu telah musnah. Beras
ditebuk, dan haiwan untuk disembelih itu dibunuh secara kejam. Oleh sebab itu
majlis kenduri di adakan di rumah pengantin perempuan sahaja. J kecewa kerana
Daun Nadim tidak hadir bersama. Dengan bertemankan Hamzah dan Kadut, J
pergi ke empangan tempat Daun Nadim dan orang-orang lain berkelah. J berasa

hutang budinya akan terbayar sekiranya Daun Nadim dan keluarganya hadir di
majlis perkahwinannya itu. Sekurang-kurangnya J ingin Daun Nadim melihat
upacara dia diijab kabulkan dan bersanding. Ketika mengundang, Daun Nadim
tidak menjawab salam J ,dan tidak menyambut tangan J malah dia berasa malu
kalau dilihat oleh orang lain dia bercakap dengan J.
Di dalam masjid, sebelum mendirikan solat zuhur, Daun Nadim datang kononnya
hendak menyampaikan satu pengumuman. Dia membawa borang untuk
memohon mendapatkan geran bagi membuka tanah hutan di Kampung Sunyian.
Orang-orang yang mendengar kata-kata Daun Nadim menganggap itu
merupakan taktik untuk menghalau orang-orang Batu Belang dari lembah.
Mereka dipelawa membuka tanah baru dan tanah mereka yang sedia ada di
lembah akan dirampas. Mereka marah dan meneruskan sembahyang zuhur.
BAHAGIAN 10 - EMPANGAN ROBOH
Para jemaah yang bersembahyang zuhur pada hari itu tidak kusyuk kerana
mengingatkan apa yang dikatakan oleh Daun Nadim. Selepas solat, J mengambil
borang lalu dibaca. Dia terkejut kerana borang itu meminta penduduk
memberitahu pihak Pejabat Daerah sempadan lama tanah mereka sama ada
sempadan pokok atau batu tanda. Mereka juga diminta membuat lakaran tanahtanah itu dan itu bererti sesiapa yang memiliki tanah tempat tinggal di Kampung
Paya, dengan sendirinya diakui Oleh Pegawai Daerah. Daun Nadim mungkin
tersilap menerima arahan. Tetapi dia telah dianggap sebagai pembohong, tidak
bermaruah, serta mengkhianati suku kaumnya sendiri. Daun Nadim berasa takut
lalu melarikan diri dengan terjun melalui tingkap masjid. J berasa dia mendapat
satu kemenangan kerana Pegawai Daerah sudah bersetuju untuk merasmikan
tanah pusaka milik penduduk di Kampung Paya.
J membuat rumusan bahawa Daun Nadim menjadi keliru kerana dia menerima 3
arahan dan tekanan. Pertama, daripada Pegawai Daerah yang memintanya
menyelesaikan masalah tanah pusaka di Kampung Paya itu. Yang kedua, arahan
daripada Nira Hitam supaya borang-borang itu ditangguhkan kepada suku Batu
Belang dengan alasan borang sudah habis dan dalam proses dicetak semula.
Ketiga arahan daripada isterinya supaya jangan diberi langsung borang itu
kepada suku Batu Belang.
Sementara itu J sukar melafazkan ijab kabul kerana dikehendaki melafazkannya
dalam bahasa Arab. J akhirnya membaca lafaz tersebut yang ditulis oleh
jurunikah Haji Azman dalam tulisan khat. J masih belum berpuas hati kerana
perkahwinannya tidak dapat disaksikan oleh Daun Nadim. Bagi J Daun Nadim
seolah-olah telah menarik pengiktirafan perkahwinannya dan ini mungkin satu
kemenangan bagi Daun Nadim. J berkonflik dengan dirinya sendiri kerana dia
berasa tindakannya selama ini banyak mendatangkan keburukan terhadap orang
kampung. Namun dia juga berasa tindakannya itu tidak salah kerana dia berniat
baik. Dia tidak ingin melihat wajah kampungnya berubah buat selama-lamanya
dan tidak indah lagi.
Majlis perkahwinan berjalan sederhana dengan bunyian muzik dan berbalasbalas pantun.
Dan menurut laporan, empangan yang dibina itu pecah dan mengakibatkan
semua kampung yang berhampiran telah musnah kecuali Kampung Sunyian
yang terletak di tempat tinggi.

WATAK & PERWATAKAN

1. WATAK - J
1. J merupakan watak protagonis dalam novel Empangan. Dia tergolong sebagai
seorang yang mempunyai ciri-ciri intelektual dan telah merantau ke luar negeri
selama 12 tahun untuk belajar sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran. Sebagai
seorang intelek, J tidak menerima secara membuta tuli apa yang dikatakan oleh
orang lain. Misalnya, J tidak terus menganggap projek pembinaan empangan itu
sebagai sesuatu yang baik seperti yang dianggap oleh kebanyakan penduduk di
Kampung Paya. Sebaliknya J mendapati projek tersebut sebenarnya tidak banyak
mendatangkan manfaat malahan banyak keburukannya. J juga enggan
mempercayai mimpinya. Baginya mimpi itu hanya mainan tidur dan imej hasil
pengalaman yang dilalui ketika sedar.
2. Pada peringkat awal, J digambarkan sebagai seorang yang tidak kuat iman.
Walaupun pada suatu ketika dahulu dia pernah belajar mengaji Al-Quran dan
mempunyai pengetahuan agama yang cukup dia lupa bagaimana mengerjakan
solat sehinggalah dia diingatkan oleh seorang nenek berkulit hitam. J belajar
mengucap semula dengan pertolongan seorang nenek itu dan seorang imam di
Masjid Quincy. Setelah peristiwa itu J tidak lagi mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang muslim malah dia telah mengatur rancangan mengislamkan
beberapa orang dari Kampung Gunung secara serentak.
3. J mempunyai prinsip tersendiri tentang keadilan. Bagi J, apabila keadilan yang
dipinta tidak diberikan, maka keadilan perlu dirampas. Hal ini jelas dalam
peristiwa keretanya dibakar. Apabila masalah itu tidak diambil tindakan yang
wajar oleh Nira Hitam, J bertekad untuk mengambil tindakan sendiri. Dia berjaya
menangkap pencuri itu. Dia juga berusaha untuk mendapatkan satu keputusan
yang adil dalam perbicaraan itu.
4. J menentang penganiayaan, penghinaan, dan kekejaman. Hal ini jelas dalam
peristiwa J melepaskan Datin Biduanda yang diheret dengan keadaan tangan dan
lehernya diikat seperti haiwan kerana dikatakan bersalah menceroboh kawasan
pembinaan empangan sedang bagi J, Nira Hitamlah sebenarnya yang
menceroboh kawasan penduduk kampung itu. Dalam peristiwa itu juga J minta
disampaikan pesan kepada Nira Hitam bawaha mengikat tangan dan leher orang
yang ditangkap itu merullpakan satu tindakan yang biadap.
5. J mempunyai pandangan hidup yang jauh. Ini jelas kerana sejak awal lagi dia
telah melihat kesan negatif pembinaan empangan di hulu sungai Titianterus
terutama dari segi sosio ekonomi yang dialami oleh masyarakat di Kampung
Paya. J memandang dan menganalisis pembinaan empangan tersebut dari
pelbagai aspek. J tidak mudah terpedaya dengan pulangan hasil dari projek

tersebut seperti yang dikatakan oleh Nira Hitam. Dia lebih memikirkan aspek
kehidupan masyarakat Kampung Paya dan masalah alam semula jadi yang
sedang terancam ketika itu.
6. J juga memiliki sifat pemaaf. Dia memaafkan Nira Hitam dan Daun Nadim
walaupun kereka menyakiti hatinya. Misalnya walaupun Nira Hitam secara
berterusan cuba menjatuhkan maruahnya, J tetap menjemput Nira Hitam ke
majlis perkahwinannya. Dia juga menganggap dirinya terhutang budi kepada
Daun Nadim. Oleh itu, dia juga cuba berbaik-baik dengan Daun Nadim walaupun
sahabat baiknya itu telah memihak kepada Nira Hitam.
2. WATAK DAUN NADIM
Daun Nadim berketurunan suku Batu Berkembar dan berfungsi sebagai watak
dinamik serta mempunyai dua sisi, iaitu memihak kepada J dan kemudiannya
memihak kepada Nira Hitam. Daun Nadim (orang semenda) telah berkahwin
dengan Latifah daripada suku Batu Belang.
Daun Nadim merupakan seorang tukang kayu yang mahir dan berjiwa seni. Dia
telah membina mimbar masjid dan kerusi meja di rumah Datuk Endut Bondorang
juga adalah hasil pertukangannya.
Daun Nadim juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai selok-belok
hutan di Kampung Paya. Dia telah membawa J ke kawasan pergunungan untuk
melihat projek pembinaan dan ke Kampung Sunyian untuk merisik Melur.
Daun Nadim mempunyai pengetahuan yang luas mengenai cerita warisan. Dia
dapat menceritakan mengenai penduduk Kampung Sunyian dan Kampung Paya
kepada J dengan jelas ketika pendakian mereka di Gunung Bunian.
Namun begitu, sikap Daun Nadim didapati berubah pada pertengahan cerita
iaitu setelah menjadi ahli SKKP. Dia digambarkan sebagai menerima rasuah
daripada Nira Hitam yang berupa sebuah kereta dan sebuah rumah
batu,bengkel, dan anaknya dihantar melanjutkan pelajaran ke Amerika dengan
perbelanjaan dibiayai oleh Datuk Endut Bondorang. Daun Nadim mula angkuh,
besar diri, dan tidak bertegur sapa dengan orang-orang yang bukan ahli SKKP.
Daun Nadim mula berpihak kepada Hitam dan melakukan segala yang disuruh
oleh Nira Hitam.
3. NIRA HITAM
Nira Hitam merupakan watak antagonis dalam novel ini.
Pernah belajar di Universiti Oxford pada tahun 1949.
Menjadi penghulu dan perancang kemajuan Kampung Paya.
Memiliki pelbagai kemewahan termasuklah helikopter, beberapa buah kereta
mewah, dan mempunyai 3 orang isteri.
Dia juga merupakan orang kepercayaan Datuk Endut Bondorang.
1. Nira Hitam tidak berperikemanusiaan. Ini dapat dilihat melalui sikap, tindakan,
serta pemikirannya pada sepanjang plot novel ini. Nira Hitam juga merupakan
perancang pertama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan
maruah J.
2. Nira Hitam sangat lincah dalam menjalankan kegiatan serta muslihatnya
kerana dia pandai berselindung. Kejahatannya tidak diperlihatkan dengan jelas

melalui perbuatan serta gerak lakunya, tetapi dilihat melalui pemikiran serta
sikapnya. Contohnya, bagi melindungi niat jahatnya dia tidak melakukan sendiri
perbuatan jahatnya itu tetapi mengupah Badak, Imam Kelawai, Kudung, Bulo,
dan beberapa orang pengikutnya termasuklah Daun Nadim. Dia juga
berselindung dengan sikap talam dua mukanya terutama pada J.
3. Nira Hitam juga seorang yang bercita-cita tinggi. Dia menggerakkan
pembangunan di Kampung Paya dengan projek-projek mega dan melibatkan
perbelanjaan yang besar dan memerlukan pekerja-pekerja asing. Misalnya projek
pembinaan empangan, lebuh raya Rembau-Kg Paya, serta projek-projek
perumahan secara besar-besaran.
4. Nira Hitam bersikap angkuh, sombong, dan ego. Tutur katanya
memperlihatkan kesombongannya. Misalnya dia pernah menyindir J bahawa
penduduk Kampung Paya tidak memerlukan seseorang yang memiliki PhD untuk
sekadar memberikan pendapat.
5. Dia juga seorang oportunist iaitu bijak mencari peluang yang sesuai pada
masanya. Misalnya dia merasuah Daun Nadim dengan segala kemewahan.
Kesannya Daun Nadim meninggalkan J dan memihak kepadanya kerana telah
bersikap materialistik. Dia juga sanggup membelanjakan wang dengan banyak
untuk mengukuhkan kedudukan serta pengaruhnya. Misalnya dia sanggup
membayar RmM 6000 sebagai denda yang dikenakan ke atas Badak atas
kesalahan membakar kereta J.
6. Nira Hitam telah mengupah Imam Kelawai supaya memburuk-burukkan J
dalam khutbah Jumaat. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa dia juga seorang
yang sanggup memperalatkan agama demi kepentingan dirinya sendiri. Nira
Hitam juga mengugut untuk melucutkan jawatan Imam Kelawai sekiranya dia
enggan memihak kepadanya.
7. Dengan sikap iri hati yang ada padanya pula, Nira Hitam sanggup
mengkhianati J dengan cubaannya menggagalkan kenduri perkahwinan J dengan
Melur. Ini kerana dia juga menaruh hati kepada gadis tersebut. Apabila barangbarang keperluan untuk majlis kenduri dimusnahkan, J terpaksa membatalkan
kenduri itu di Kampung Paya dan mengadakan kenduri di rumah pengantin
perempuan, di masjid Kampung Sunyian. Dia juga dipercayai mengupah Badak
untuk merompak rombongan peminangan Melur.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
* *
PERBEZAAN DAN PEPRSAMAAN PERWATAKAN/ SIKAP J - NIRA HITAM
1. J sensitif tentang hak-hak asasi manusia dan menentang unsur-unsur
kekejaman sedangkan Nira Hitam didapati bertindak tanpa perikemanusiaan.
Contohnya dalam peristiwa penangkapan DD Biduanda.
2. J dan Nira Hitam sama-sama tergolong sebagai orang yang berpendidikan
tinggi.
3. Apabila insaf tentang kecuaiannya menunaikan tanggungjawab dalam agama,
J muncul sebagai seorang yang berjaya mengislamkan masyarakat di kawasan

pergunungan sedangkan Nira Hitam tidak mampu berbuat demikian kerana tidak
mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada penduduk kampung tersebut. Di
samping itu Nira Hitam juga menggunakan imam Kelawai untuk mempengaruhi
orang ramai dengan menabur fitnah terhadap J dalam Khutbah Jumaat.
4. J bersifat perihatin terhadap alam sekitar sedangkan Nira Hitam lebih
mementingkan keuntungan wang ringgit dan sanggup melihat kemusnahan alam
sekitar berlaku demi mencapai cita-citanya.
5. J ingin melihat kampung Paya maju. Nira Hitam turut berkongsi cita-cita yang
sama. Namun begitu mereka berselisih pendapat tentang cara melaksanakan
pembangunan itu. J berpendapat pembangunan itu perlu mengambil kira faktorfaktor alam sekitar dan perasaan penduduk tempatan serta masa depan mereka.
Nira Hitam tidak menghiraukan aspek-aspek tersebut.

TEMA

Novel Empangan membawa pembaca menghayati tema pembangunan desa.


Kampung Paya ialah sebuah desa yang terpencil yang terletak berhampiran
dengan Pekan Rembau di Negeri Sembilan. Desa ini digambarkan sedang
mengalami satu perubahan ke arah pembangunan yang mendadak dengan
terlaksananya projek pembinaan empangan yang akan berfungsi sebagai
penjana kuasa elektrik dan sebagai sebuah tasik untuk tarikan pelancong. Projek
usahasama dengan sebuah syarikat dari Korea itu juga membawa masuk
pembangunan infrastruktur yang lain iaitu pembinaan lebuh raya 4 lorong 2 hala
yang menghubungkan Kampung Paya dengan pekan Rembau sepanjang 5
kilometer dan diberi nama Lebuh Raya Nira Hitam, sempena nama orang yang
merancang projek tersebut.
Selain itu, kawasan yang terlibat juga mengalami perubahan dari segi
penempatan dan perumahan. Sebahagian daripada penduduk telah menikmati
tempat tinggal yang lebih selesa dengan terbinanya rumah-rumah teres dan
banglo untuk menggantikan rumah tradisional mereka. Nira Hitam juga
merancang untuk menjadikan Kampung Paya sebagai sebuah tempat tarikan
para pelancong. Oleh itu dibina beberapa tempat penginapan pelancong seperti
'Holiday Resort' yang terletak berhampiran dengan tasik empangan. Untuk
menarik pelancong juga, Nira Hitam telah merobohkan masjid yang lama untuk
dan diganti dengan masjid yang berharga 3 juta ringgit. Terdapat juga rumahrumah contoh yang dicat dengan cantik. Keluarga yang tinggal di rumah tersebut
dibayar gaji untuk tinggal di situ sebagai tontonan pelancong. Dengan itu,
pembangunan desa juga telah menaikkan taraf sosio ekonomi beberapa orang

penduduk di kawasan yang terlibat sehingga ada yang mampu untuk membeli
kereta dan motosikal yang baru. Walau bagaimanapun, pembangunan desa ini
juga telah menimbulkan beberapa persoalan lain. Keadaan ini berlaku kerana di
sebalik pembangunan yang mendadak itu, terdapat ciri-ciri penindasan,
kepentingan peribadi, penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, masalah
kesukuan, dengki, pengkhianatan, dan pemusnahan alam sekitar. Tema ini
dipaparkan secara jelas kerana segala permasalahan yang timbul dari awal plot
hingga ke akhir peristiwa adalah berkaitan dengan pembangunan desa di
Kampung Paya. Watak-watak utama dalam Empangan juga bergerak atas
landasan pembangunan desa.
Watak J dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan
penindasan dan pemusnahan alam sekitar sehingga dia dianggap sebagai anti
pembangunan. J cuba menggagalkan projek pembinaan empangan itu kerana
pada pedapatnya projek itu tidak dirancang dengan sempurna memandangkan
pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa. J dapati pekerja-pekerja Korea itu
membancuh simen dalam cuaca hujan yang mengakibatkan benteng atau
dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Apa yang ditakuti itu akhirnya
terjadi juga. Empangan tersebut pecah dan mengakibatkan berlaku banjir.
Pembinaan lebuh raya juga merupakan satu projek yang tidak mendatangkan
manfaat secara langsung kepada penduduk desa. Keadaan ini demikian kerana
setelah lebuh raya itu dibuka secara rasmi, lebuh raya itu gelap pada waktu
malam kerana tiada kuasa elektrik, dan hanya digunakan oleh lembu dan kerbau
kerana penduduk desa kebanyakannya masih belum berkenderaan kecuali
basikal dan motosikal. Sementara itu , watak Nira Hitam pula digambarkan
sebagai orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan penduduk
desa dengan berselindung di sebalik tujuannya yang murni iaitu untuk membawa
penduduk desa ke arah kemajuan agar tidak ketinggalan zaman.
Dari hasil perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa novel Empangan
telah berjaya mengutarakan tema yang menarik dan sesuai dengan ekoran
persoalan-persoalan sampingan yang dikemukakan untuk renungan pembaca.
Secara tidak langsung, tema ini juga turut disesuaikan dengan mesej utamanya
iaitu: pembangunan mendadak tanpa perancangan yang teliti akan
mengakibatkan kemusnahan dan merugikan masyarakat sekeliling yang terbabit.
Tema pembangunan desa yang dikemukakan juga dipaparkan secara seimbang
dari segi kesan positif dan kesan negatifnya.

PERSOALAN (Nota Ringkas)

1. Perbalahan antara suku


-perbalahan antara suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain.
-perbalahan akibat dendam Nira Hitam terhadap J.
-Nira Hitam berasa kehadiran J di Kampung Paya mengancam kedudukannya dan
mungkin akan menggagalkan rancangannya.
-penduduk berlainan suku tidak bertegur sapa
-mewujudkan dua buah masjid yang berbeza untuk bersembahyang jemaah.
-percubaan untuk menggagalkan perkahwinan J
-pemilihan yang tidak adil bagi permohonan untuk menjadi ahli syarikat SKKP.

-perbalahan antara J dengan Daun Nadim


-J diracun
-hanya suku Batu Belang yang menghadiri majlis perkahwinan J sedangkan sukusuku lain pergi berkelah pada hari tersebut sebagai alasan.
-perhubungan dua sahabat karib, J dan Daun Nadim juga menjadi renggang
akibat sikap Daun Nadim yang beranggapan dia tidak akan memperolehi apaapa keuntungan dengan menyebelahi J oleh itu dia memihak kepada Nira Hitam
dan mendapat banyak faedah termasuklah memiliki sebuah kereta, rumah, dan
memiliki saham dalam syarikat SKKP.
2. Pelaksanaan projek pembangunan yang tidak terancang
-projek yang dijalankan tidak sesuai dengan masa (musim) dan tempat
-projek dilaksanakan dalam musim hujan, mengakibatkan bahan-bahan binaan
yang digunakan tidak kukuh.
-projek yang dijalankan lebih banyak mendatangkan keburukan dan tidak
memberikan faedah kepada penduduk kampung.
-projek tidak mengambil kira masalah alam sekitar dan keselamatan penduduk.
3. Pemusnahan alam sekitar dan hidupan liar
- keindahan desa tercemar akibat projek yang dilaksanakan termasuk
kemusnahan kebun dan dusun milik penduduk tempatan
-banyak haiwan liar hilang tempat tinggal lalu merayau ke dalam kampung
- kawasan lembah menerima bencana banjir akibat empangan yang pecah
-tindakan merobohkan masjid mungkin menghilangkan kesan-kesan yang
bernilai sejarah
-projek pembinaan mengakibatkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman
hidupan liar
-secara umumnya, kemusnahan sebuah kampung juga akan mengakibatkan
orang Melayu kehilangan identiti. Ini kerana memang identiti masyarakat Melayu
itu sentiasa dikaitkan dengan kampung.
4. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri
- Nira Hitam mementingkan dirinya sendiri untuk mengaut keuntungan yang
lumayan
- Datuk Endut Bondorang juga tidak menunjukkan sikap mengutamakan
penduduk desa dan membiarkan Nira Hitam menjalankan aktivitinya sesuka
hati.
- Datuk Endut Bondorang tidak mahu menonjolkan dirinya ketika pembukaan
rasmi dan
tidak hadir dalam upacara penyerahan anak kunci rumah.
5. Penindasan
-amalan atau sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nira Hitam
menampakkan unsur penindasan
-mengambil kesempatan untuk merampas tanah penduduk desa secara lembut
dan menipu.
-tidak memikirkan manfaat bagi penduduk desa ketika menjalankan projek
-penduduk di sekitar kawasan pembinaan tidak dibenarkan menjalankan aktiviti
mereka di kawasan tersebut
-tidak berlaku adil ketika menjatuhkan hukuman terhadap Badak yang
merompak wang hantaran J
-menindas kaum suku Batu Belang kerana tidak membenarkan mereka

menyertai SKKP sebagai ahli


-membeli tanah yang diusahakan oleh penduduk desa dan menjual semula
dengan harga yang lebih tinggi
6. Penentangan terhadap kekejaman
-J menentang Nira Hitam kerana dianggap kejam
-ketua suku Batu Belang menunjukkan protes terhadap Nira Hitam dalam majlis
penyerahan anak kunci rumah kerana menganggap pemilihan itu tidak adil dan
ada unsur penindasan serta pilih kasih. J melihat pembangunan yang dilakukan
di Kampung Paya seolah-olah menenggelamkan kesalahan yang dilakukan oleh
mereka yang terbabit terutamanya Nira Hitam. J ingin membetulkan keadaan itu.
Oleh itu persoalan ini telah mengubah perwatakan J daripada seorang orang luar
yang pasif kepada orang dalam yang aktif.
7. Adab resam dan falsafah masyarakat Melayu
-masih menggunakan pantun dalam adat merisik
-beberapa falsafah hidup yang disampaikan oleh J
- beberapa peristiwa penting seperti adat peminangan, perkahwinan, dan Adat
Pepatih.
8. Pelaksanaan undang-undang mengikut adat
9. Pengaruh orang yang berpengaruh
10. Pengaruh terhadap cerita warisan terhadap masyarakat setempat.

GAMBARAN MASYARAKAT

Taraf hidup (Ekonomi)


Secara umumnya, masyarakat di Kampung Paya boleh dikatakan masih lagi
dibelenggu kemiskinan. Keadaan ini dapat kita lihat melalui keadaan sekeliling
perkampungan mereka dan aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Keadaan
sekeliling mereka tidak banyak berubah sejak J berada di luar negara kira-kira 10
tahun sebelum itu. Gambaran ini dapat kita lihat melalui keterangan J sendiri
apabila dia mula menjejak kaki di kampungnya. Menurut J, keadaan jambatan di
situ masih lagi tidak berpagar seperti dahulu dan lantainya dibuat daripada kayu
bulat. J juga mendapati keadaan jalan yang masih lagi becak ketika musim hujan
dan begitu juga rumah Daun Nadim dan surau yang sangat usang.semua

gambaran yang diberikan itu menunjukkan taraf ekonomi masyarakat di


Kampung Paya masih lagi dibelenggu kemiskinan.
Selain itu, kegiatan ekonomi penduduk di situ juga didapati masih tertumpu
kepada pertanian secara tradisional iaitu bersawah, menoreh getah, berkebun
sayur, kelapa sawit, dan berdusun. Hanya segelintir daripada penduduk di situ
yang berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka kedai runcit, barang-barang
hard ware, dan kedai kopi. Daun Nadim sendiri bekerja sebagai tukang
membuat perabot dan menoreh getah.
Penduduk-penduduk di situ juga kebanyakannya tidak memiliki kenderaan
sendiri kecuali beberapa orang yang memiliki motosikal dan basikal.
Taraf pemikiran ( Pendidikan), sikap, dan kepercayaan.
Tahap pemikiran penduduk boleh dikatakan masih rendah kerana masih kurang
pendedahan dari segi pendidikan dan keadaan mereka yang tinggal di kawasan
pedalaman yang terpencil daripada arus pembangunan. Dengan pemikiran
seperti itu, kebanyakan daripada mereka akan menurut sahaja apa-apa yang
dikatakan oleh pemimpin mereka. Mereka menganggap semua orang jujur, dan
tidak banyak bersikap melawan kerana menurut keterangan Nira Hitam ketika
bertengkar dengan J, penduduk kampung harus menurut perintah pemimpin
mereka tanpa soal jawab sekiranya tidak, itu dianggap sebagai menderhaka.(ms:
42) Menurut Nira Hitam lagi, mereka mengamalkan adat mereka menurut apa
yang mereka tafsirkan daripada cerita warisan. Oleh sebab itu ketua kaum
gunung iaitu Datin Biduanda didapati tidak melawan apabila diberkas oleh
orang-orang suruhan Nira Hitam kerana dituduh menceroboh kawasan larangan
walaupun dia diikat seperti haiwan dan kawasan yang dikatakan kawasan
larangan itu ialah kawasan persekitaran tempat tinggal mereka. Dengan alasan
yang sama juga Nira Hitam tidak perlu meminta sokongan daripada penduduk
kampung untuk membina empangan kerana dia tahu penduduk kampung akan
menurut sahaja apa yang difikirkan baik oleh pemimpin mereka tanpa
bangkangan.
Ketika J memberikan penjelasan bahawa dia mengambil gambar di kawasan
pembinaan empangan itu bertujuan untuk menulis buku bagi pengajiannya di
peringkat ijazah kedoktoran, salah seorang Datuk Lembaga ingin tahu apakah
kaitannya gambar empangan dengan ilmu perubatan kerana keliru dengan
perkataan kedoktoran itu. Ini menunjukkan tahap pemikiran yang rendah kerana
kurang pendidikan. Tahap pemikiran seperti ini juga telah menyebabkan
sesetengah daripada mereka melakukan tindakan yang melulu dan kurang bijak.
Misalnya tindakan Badak membakar kereta J dan merompak rombongan
peminangan J. Begitu juga dengan tindakan Onton (bapa Badak) mengamuk
kerana marah anaknya didenda 6000 ringgit bagi kesalahan membakar kereta J.
Kepercayaan:
Sejak turun temurun penduduk Kampung Paya memegang teguh kepada cerita
warisan. Cirita warisan dianggap satu-satunya bahan bukti yang dapat
menentukan identiti seseorang penduduk di situ. Cerita warisan atau sejarah
tidak formal juga meletakkan kuasa mutlak Datuk Endut Bondorang yang tidak
dapat dipertikaikan. Cerita warisan juga telah menetapkan suku kaum dan
keturunan penduduk di Kampung Paya.

kebanyakan penduduk juga didapati sudah kehilangan konsep peredaran masa


sehingga ada yang meletakkan masa itu menurut waktu sembahyang(ms: 135)
seperti berikut:
1. selepas subuh - bersedia untuk ke ladang atau ke sawah.
2. masuk waktu zuhur - masa untuk makan tengah hari.
4. masuk waktu asar - masa untuk berhenti bekerja
5. selepas isya - masa untuk kanak-kanak yang mengaji di surau pulang ke
rumah.
Terdapat juga penduduk-penduduk yang tidak tahu menghargai masa mereka
yang terluang. Mereka yang termasuk dalam golongan ini akan menghabiskan
masa mereka dengan berborak-borak di kedai kopi Sidik atau bermain judi,
membaca akhbar dan minum minuman keras. Ada juga penduduk yang tinggal di
rumah untuk mendengar radio.
Perhubungan antara penduduk
Secara umumnya perhubungan antara sesama penduduk di Kampung Paya
adalah baik sehinggalah terjadi perpecahan antara suku Batu Belang dengan
suku-suku yang lain. Perhubungan yang baik ini dapat kita lihat dari segi
permuafakatan mereka dalam kerja-kerja bergotong -royong seperti sewaktu
hendak mengadakan kenduri J. dalam hal ini kita dapati kebanyakan penduduk
ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga dan benda seperti beras,
daging lembu dan kerbau, ayam dan itik, sayur, dan sebagainya. Mereka juga
digambarkan sebagai masyarakat yang suka bekerjasama dan bantu membantu.
Namun begitu, akibat perpecahan yang tercetus sejak kepulangan J, penduduk
suku-suku lain didapati tidak menegur penduduk suku Batu Belang dan Kampung
Sunyian. Secara tidak langsung mereka seolah-olah berpecah menjadi
kumpulang yang menyokong J, dan kumpulan yang menyokong Nira Hitam.
Namun begitu ketika perkahwinan J, penduduk yang dipaksa pergi berkelah itu
ada juga yang menukar fikiran dan turut sama memeriahkan majlis perkahwinan
J dan melupakan perselisihan faham antara mereka.
Kebanyakan penduduk juga membuat sesuatu keputusan dengan bermesyuarat
di surau dan mereka menjadikan surau seperti dewan perhimpunan orang ramai
yang rasmi. Namun perpecahan yang berlaku telah menyebabkan mereka
bersembahyang Jumaat di masjid yang berlainan dan perasaan perkauman
antara suku yang berlainan semakin menebal. Keadaan ini jelas dilihat dalam
peristiwa perbicaraan J dengan Badak. Keadaan menjadi huru-hara dan bising
kerana penyokong sibuk menjeritkan nama Badak dan nama J. menurut
gambaran pengarang, apa yang berlaku dalam peristiwa itu bukanlah
perbicaraan untuk menegakkan kebenaran, tetapi perlawanan antara 2 suku.Dan
demi menyelamatkan penduduk dari suku kaum yang sama, mereka sanggup
mengemukakan saksi palsu seperti imam Kelawai.

TEKNIK PENULISAN

TEKNIK PENULISAN/PENCERITAAN/ NARATIF EMPANGAN


1. Penggunaan Dialog.
Dikemukakan untuk perbualan antara 2 watak atau lebih.
-terdapat juga dialog pendek yang tidak bersesuaian dengan latar belakang
pendidian watak J. ini kerana dialog tersebut kelihatan berasahaja dan dialek
Negeri 9 yang digunakan itu meletakkan J sama taraf dengan watak2 lain
kecuali isi percakapannya yang menampakkan sikap keintelektualan beliau.
2. Penggunaan monolog
Terdapat beberapa monolog yang digunakan oleh pengarang.Misalnya J pernah
berbisik kepada dirinya sendiri dengan berkata padan muka, yang ditujukan
kepada Nira Hitam dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak.
Kesannya: penulis berjaya memberikan fokus atau tumpuan kepada pembaca
terhadap watak-watak yang tertentu dalam masa tertentu.
3. Penggunaan Pemerian
Jika dibandingkan dengan teknik dialog dan monolog, teknik pemerianlah yang
paling kerap digunakan oleh pengarang.
Kesan: Penggunaan teknik ini menyebabkan pembacaan pembaca menjadi
lancar tanpa tersekat-sekat. Pembaca berasa seolah-olah sedang mendengar
sebuah cerita secara terus daripada pengarangnya.
4. Penggunaan surat kiriman dan laporan akhbar
Teknik ini juga digunakan untuk memberikan gambaran yang terperinci
mengenai isi kandungan surat yang ditulis oleh J. Misalnya surat yang ditulisnya
kepada DEB (ms 199) untuk menyampaikan berita kepulangannya, ucapan
terima kasih kerana membantunya belajar, dan sedikit sebanyak tentang
keadaan yang berlaku di Kg Paya. Sementara itu, dipaparkan juga petikan
rencana atau artikel yang ditulis oleh J dalam sebuah jurnal di KL. Artikel itu
menyentuh persoalan kebaikan dan keburukan projek2 pembangunan di Kg
Paya.
Kesan: pembaca seolah-olah membaca surat atau artikel itu secara first-hand.
5. Unsur Suspens (Ketegangan)
Contoh:
-mimpi J sama ada akan menjadi kenyataan atay tidak
-peristiwa percubaan untuk mencuri kereta J, - sama ada akan berjaya atau
tidak.
- watak DEB pembaca tertanya-tanya siapa beliau yang sebenarnya.
- Projek empangan sama ada benar-benar akan menjadi kenyataan atau tidak.
- Peristiwa J termakan tapai beracun, sama ada dia akan selamat atau tidak
Kesannya: menimbulkan keinginan kepada pembaca untuk meneruskan
pembacaan bagi mengetahui kesudahan peristiwa.
6. Flash back /Imbas Kembali
Contoh:
- J mengingat kembali cerita warisan yang berkaitan dengan datuk neneknya.

- - kenangan J tentang perkenalannya dengan Kathy Harrison ketika J bekerja


sambilan sebagai pemandu teksi ketika menuntut di Havard.
- Kenangan DDBiduanda tentang keadaan kampung sebelum projek
pembangunan dilaksanakan. Sebelum itu mereka boleh berburu dan bercucuk
tanam tanpa gangguan dan masalah.
Kesan: penggunaan unsur flash-back yuang agak banyak menimbulkan kesan
tersekat-sekat dan mengganggu tumpuan pembacaan pembaca serta kelancaran
jalan cerita.
7. Imbas Muka
Contoh:
Mimpi J memberikan sedikit gambaran tentang peristiwa yang bakal terjadi
banjir.
-terdapat juga imbas muka melalui dialog misalnya pantun yang dinyanyikan
dalam majlis perkahwinan J:
Ada pihak sukakan ayam
Curi ulam di kebun orang
Pesaka ibu akan tenggelam
Banjir besar melanda garang
PLOT

Peringkat pengenalan
Peringkat pengenalan dalam novel Empangan melibatkan peristiwa J bersiap-siap
untuk kembali ke tanah air dari Amerika hinggalah J selamat sampai ke Kampung
Paya dan mengetahui tentang pembinaan empangan di hulu Sungai Titian Terus
yang pada pendapatnya akan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar
dan manusia. J menentang pembinaan empangan itu. Peringkat pengenalan
dimasukkan dalam prolog,bab1,2, dan 3.
Peringkat Perkembangan
Peringkat perkembangan telah dimasukkan dalam bab4 hingga bab10. Dalam
peringkat ini pengarang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan
beberapa watak lagi kepada pembaca; kebanyakannya watak-watak sampingan
sama ada yang berperanan atau tidak berperanan seperti Badak, imam kelawai,
Haji Azman Nordin, dan sebagainya. Peranan cerita warisan juga lebih jelas
dalam peringkat ini. Di samping itu, pengarang telah memasukkan unsur konflik
iaitu antara J dengan Nira Hitam berkaitan dengan peristiwa pembinaan
empangan, penubuhan SKKP, dan pembinaan lebuh raya. Pelbagai taktik jahat
telah digunakan oleh Nira Hitam untuk menghalang J tetapi tidak berjaya. J juga
berkonflik dengan Badak kerana perbuatan membakar keretanya. Konflik yang
dimasukkan itu telah menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Antara yang
jelas ialah ketegangan dalam peristiwa perbicaraan antara J dengan Badak yang
berakhir dengan pergaduhan antara penyokong-penyokong suku masing-masing
dan bapa Badak iaitu Onton telah tidak dapat mengawal perasaan lalu
mengamuk. Seterusnya J berkonflik dengan Daun Nadim apabila sahabat
karibnya itu memihak kepada Nira Hitam. Ditonjolkan juga konflik dalaman
apabila J berkonflik dengan dirinya sendiri iaitu sama ada akan terus menentang

Nira Hitam atau meneruskan niat asalnya iaitu untuk membuat penyelidikannya.
Pada peringkat ini juga pengarang telah memasukkan unsur-unsur suspens
misalnya ketika J termakan racun. Timbul tanda tanya di hati pembaca sama ada
penyakit J akan sembuh atau adakah racun itu akan menyebabkan J meninggal
dunia. Unsur suspens juga jelas dalam peristiwa perkahwinan J. Ini kerana
terdapat dua percubaan menggagalkan rombongan peminangan J itu. Lagipun
terdapat perbuatan mensabotaj perkahwinan itu dengan mencuri dan
mengkhianati barang-barang keperluan untuk mengadakan majlis kenduri
tersebut.Unsur suspens yang tidak dapat dielakkan ialah sama ada J akan
berjaya menghalang Nira Hitam daripada terus menjalankan projeknya serta
menindas penduduk tempatan.
Peringkat Kemuncak
Peringkat ini ditonjolkan dalam bab 10. Ketika itu J berada di Kampung Sunyian
untuk majlis perkahwinannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang sangat
kuat. Letupan itu rupa-rupanya berpunca daripada empangan yang pecah.
Beberapa pengikut Nira Hitam yang sedang berkelah di situ bertempiaran lari
dan ada yang cedera namun tidak ada sesiapa yang kehilangan nyawa.
Peringkat Penyelesaian
Peringkat ini terdapat pada peringkat terakhir iaitu Bab11 yang dinyatakan
dalam bentuk epilog. Kampung Paya dikatakan telah ditenggelami air,lumpur,
serta pasir kerana banjir besar telah berlaku akibat pecahnya empangan
Titianterus. Banjir tersebut telah memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang ada
serta kediaman penduduk-penduduk. Yang terselamat ialah penduduk Kampung
Sunyian dari gunung. Bagi J, mimpinya ketika dia di Amerika dan ketika dia di
Kampung Paya itu memang benar-benar berlaku. Selepas itu J meneruskan
penulisan disertasinya.

Anda mungkin juga menyukai