Anda di halaman 1dari 2

Ini adalah cerita tentangku yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Sebagaimana yang kamu semua tahu, aku berasal dari Batu Pahat, Johor dan aku adalah
bekas pelajar dalam jurusan diploma bahasa arab dalam sebuah kolej swasta di selangor
sebelum aku melanjutkan pelajaranku di Universiti Sultan Zainal Abidin di peringkat ijazah
sarjana muda dalam jurusan yang sama. Aku cuba buat yang terbaik dalam pelajaranku kali
ini, paling kurang lebih baik dari pelajaranku di peringkat diploma. Semuanya berjalan
dengan baik selama satu tahun di sini, sehinggalah masuk tahun kedua aku di sini.

Pada tahun kedua, aku dilantik menjadi wakil bagi tahun kami menggantikan wakil
yang sebelumnya. Selaku pelajar tahun kedua, kami diwajibkan membuat sebuah program
dan aku dilantik menjadi pengarah program tersebut. Persiapan program telah disempurnakan
sedikit demi sedikit oleh ahli-ahli yang terlibat dalam program tersebut. Empat hari sebelum
program itu akan dijalankan iaitu hari sabtu, aku terlibat dalam sebuah kemalangan.

Hari itu adalah hujung minggu yang santai dan biasa bagi aku oleh kerana
kebanyakan kerja yang diperlukan pada hari kejadian telah hampir sempurna. Aku dalam
perjalanan pulang dari mengisi minyak motorsikalku di stesen petrol berdekatan. Dalam
perjalan pulang, aku menunggang dengan sedikit laju kerana sakit perut dan perlu ke tandas
secepatnya. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sebuah motorsikal yang cuba melintas jalan
secara tiba-tiba dan perlahan di hadapanku. Motorsikal skuter itu ditunggang oleh dua orang
perempuan dalam lingkungan umur sebaya denganku. Aku cuba memberhentikan
motorsikalku dan cuba mengelak, namun aku terbabas dan melanggar bahagian belakang
motorsikalnya. Aku tercampak beberapa meter ke depan dan berguling-guling seperti
tenggiling sebelum aku terbaring di tepi jalan. Pada saat itu aku seakan kabur dan mamai
dengan apa yang telah terjadi. Terasa sakit-sakit di seluruh badanku oleh kerana tercampak
dari motorsikal sejauh tujuh meter.

Pada saat itu, macam-macam bermain di fikiranku. Aku rasa sakit, keliru, takut, lega,
sedih dan macam-macam. Setelah beberapa minit, aku cuba untuk berdiri untuk melihat
keadaan motorsikalku dan orang yang telah aku langgar. Namun aku dihalang oleh beberapa
orang yang prihatin yang cuba menolong kami. Aku rasakan kaki kiri aku tidak boleh
berpijak kerana terlalu sakit seakan terseliuh. Tidak lama kemudian, ada orang awam yang
cuba menghulurkan bantuan dengan menawarkan menaiki keretanya untuk dibawa ke klinik
universiti kami. Pada saat itu baru aku tahu dua orang perempuan yang terlibat sama dalam
kemalangan itu juga merupakan pelajar dari universiti yang sama denganku.
Setibanya kami di klinik universiti kami, kami dibawa ke bilik kecemasan untuk
doktor memeriksa keadaan kami. Setelah ketiga-tiga kami selesai diperiksa,

Anda mungkin juga menyukai