Anda di halaman 1dari 4

Minggu 2 Sumber Tamadun Islam Berasaskan nilai-nilai pengabdian diri dan ketakwaan kepada Ilahi.

ahi. Sumber tamadun Islam ialah wahyu Allah SWT iaitu al-Quran dan alSunnah Akal fikiran, penemuan baru, dan penyempurnaan semula juga diiktiraf sebagai sumber tamadun Islam, tetapinya bukan sumber mutlak. Al-Quran o Sumber utama dan sumber mutlak tamadun Islam. o Ialah kalam Allah Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril a.s. o Diturunkan dalam bahasa Arab, secara beransur-ansur, bersifat mukjizat serta dipindahkan secara mutawatir dan menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya. o Mengandungi syariat Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, perundangan, ilmu pengetahuan, persoalan-persoalan ghaib, dan lain-lain. Al-Sunnah o Segala perkataan, perbuatan, perlakuan, dan sifat keperibadian dan ketrampilan Nabi Muhammad s.a.w (perjalanan hidup baginda). o Termasuk juga dalam takrifan, iaitu pengakuan atau pengiktirafan Nabi Muhammad SAW terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat baginda. Akal Fikiran o Merupakan anugerah yang paling berharga kerana dengan akal fikiran, manusia dapat mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. o Ilmu pengetahuan yag dikuasai ileh seseorang melalui akal fikirannya dapat melahirkan perkara baharu dan akhirnya mampu membentuk sesebuah tamadun.

o Tamadun lahir daripada daya pemikiran keilmuan dan hidup kesederhanaan. Penemuan dan penciptaan baharu. o Banyak penemuan dan penciptaan baharu telah dilakukan umat Islam dalam pelbagai bidang berlandaskan penerokaan mereka terhadap al-Quran dan kajian mereka sendiri. o Banyak hasil penyelidikan cerdik pandai Islam telah dibukukan. Contoh: al-Qanun Fi al-Tibb karya Ibnu Sina. o Jam automatik dan jam air telah dicipta orang Islam. o Abdul Rahman al-Sufi telah mengkatalogi bintang sehingga 100 jenis. Penyempurnaan Semula o Perkembangan tamadun Islam dipengaruhi pengubahsuaian dan penyempurnaan semula ilmu terdahulu dengan unsur-unsur luar seperti tamadun Arab, Mesir, Parsi, Rom, dan India. o Unsur-unsur yang digunapakai itu tidak bercanggah dengan akidah, syariah, dan akhlak Islam. Matlamat Tamadun Islam Tamadun Islam mempunyai tiga matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep dan matlamat ad-din al-Islam yang mencakupi keseluruhan cara hidup yang serba lengkap bagi manusia di alam ini. Matlamat Tamadun Islam terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu

hubungan manusia dengan penciptanya iaitu Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Allah SWT

Manusia

Alam

Hubungan manusia dengan Allah SWT o Dikenali sebagai hablumminallah. o Seluruh kehidupan manusia terikat dengan Allah. o Hubungan suci di antara Allah SWT dengan manusia bermula sejak dilahirkan sepanjang kehidupan di dunia, dan tidak akan terputus walaupun manusia sudah meninggal dunia. o Hubungan yang wujud di antara Allah SWT dengan manusia adalah dalam bentuk pengabdian, penghambaan, penyembahan, dan pengakuan hanya kepada Allah SWT sahaja. o Seseorang insan itu perlu mereda setiap takdir dan ketentuan-Nya, sabar atas ujian Allah, mencintai Allah lebih daripada yang lain. o Sifat tawakkal juga membuktikan seseorang insan itu berhubung dengan Allah. o Islam menyuruh manusia menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung di alam ini. o Keupayaan seseorang untuk memegang teguh Rukun Iman dan melaksanakan Rukun Islam membuktikan ketinggian dan

keteguhan iman seseorang untuk menyerahkan diri kepada Allah SWT. Hubungan manusia dengan manusia o Dikenali sebagai hablumminannas. o Tatacara bergaul dan semua peraturan hidup di dalam Islam dikenali sebagai muamalat. o Hubungan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah berlandaskan persaudaraan seagama. o Hubungan seorang muslim dengan bukan muslim juga

berlandaskan ketakwaan (tiada kezaliman, diskriminasi berteraskan warna kulit, politik, dan perseteruan). o Hubungan ini juga terikat dengan keredaan kemurkaan (dosa) Allah SWT. (pahala) dan

Hubungan manusia dengan alam sekitar. o Manusia dilarang melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar. o Manusia diberi tanggungjawab sebagai khalifah yang perlu membangunkan alam, menguruskan alam, dan mentadbir alam.

Anda mungkin juga menyukai