Anda di halaman 1dari 2

Penilaian Formatif

Meliputi aktiviti mengesan aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan


penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan.
Cara penilaian ini merupakan bentuk tidak formal seperti pemerhatian,
bersoal jawab secara lisan, latihan congak, kuiz matematik, memeriksa hasil
kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah.
Kerap dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan, biasanya semasa
waktu pelajaran dengan menggunakan kaedah secara individu.
Di samping mengesan penguasaan, penilaian formatif juga digunakan untuk
mengesan kemajuan pelajar-pelajar dalam kelas.
Ujian kertas-pensel dalam bentuk formal digunakan untuk menilai kemajuan
mereka.
o Ujian kertas-pensel lazimnya diadakan selepas beberapa unit
kemahiran ataupun satu unit pembelajaran telah diajarkan.
o Keputusan ujian direkodkan dalam borang prestasi yang akan
digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Maklumat yang diperolehi oleh guru melalui penilaian ini ialah keberkesanan
pengajarannya.
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi
maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah
dikuasai.
Contoh penilaian formatif
o Seorang guru bahasa meminta pelajar untuk memilih penyata tesis
yang terbaik dari beberapa pilihan, jika semua memilih yang betul dia
meneruskan kepada peringkat berikutnya, jika hanya beberapa orang
yang berbuat demikian, dia boleh memulakan perbincangan kelas,
jika kebanyakan jawapan adalah salah maka dia boleh mengkaji
semula usaha pada penyata tesis.
o Seorang guru meminta pelajar menulis, dalam aktiviti memerah otak,
semua yang mereka ketahui mengenai bagaimana belon udara
panas bertindak agar dia boleh mengetahui apa yang pelajar sudah
tahu mengenai bidang sains yang dia bertujuan untuk mengajar.
o Seorang penyelia sains melihat keputusan ujian pelajar tahun
sebelumnya untuk membantu merancang bengkel guru semasa cuti
musim panas, untuk menangani bidang kelemahan pada prestasi
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai