Anda di halaman 1dari 3

Minggu 1

Definisi Tamadun
Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek
kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu
dan fizikal.
Sarjana Islam
Ibn Khaldun
Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al
umran dan alhadarah dalam abad ke 14 yang membawa maksud sekumpulan
manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah
pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang
bersumberkan agama.
Sayyid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti
sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat
Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
Syed Naquib Al-Attas
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Ahmad Bek Kamal
Menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada suasana
hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa
mengira sama ada di Timur mahupun di Barat.

Sarjana Barat
Collingwood
Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih
sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses
tersebut akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.
Arnold Toynbee
Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem
perundangan, agama, politik, dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan
keselamatan masyarakat.
Edward L. Farmer
Tamadun sebagai unit budaya terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri
daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang
berterusan.
R.A. Buchanan
Masyarakat bertamadun perlu memiliki institusi-institusi yang kompleks, melibatkan
tahap pengkhususan yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat, wujudnya
stratifikasi sosial, tahap penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi,
pengeluaran barangan perlu melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti
perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, dan masyarakatnya
memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.
Bahasa Arab
1.

Umran

Terbitan dari perkataan Amara yang berertikawasan tanah atau rumah yang
didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap
dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur
dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.

2.

Hadarah

Tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar.


3.

Tamadun

Memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang


bertamadun.
4.

Madaniyyah / mudun

Memiliki ciri-ciri tamadun.


Bahasa Inggeris
1. Civilization
Diambil dari bahasa Latin civitas bererti bandar. Civilization merujuk kepada
budaya manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta
mempunyai pengkhususan pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai