Anda di halaman 1dari 5

JENIS-JENIS PENDARAHAN a) Pendarahan dari saluran arteri - Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut

rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi. b) Pendarahan dari saluran vena - Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi. c) Pendarahan dari salur kapilari - darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:

a) Hentikan pendarahan secara langsung

mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.

b) Secara tidak langsung menekan urat-urat darah. menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS Pendarahan dari hidung o -Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit. o -Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau saluran pernafasan. o -Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut. o -Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan. o -Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan kembali. o -Dapatkan rawatan perubatan segera. Pendarahan dari gusi o -Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa. o -Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa menggigit kain kapas selam 15 minit. o -Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan mengurangkan kesakitan. o -Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti. o Jangan berkumur terlampau banyak o Jangan membuang darah beku pada tempat luka o Dapatkan rawatan perubatan segera. Pendarahan dari telinga. o Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak. o Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah.

o o

Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih. Dapatkan rawatan perubatan segera.

Berdarah Varicose Vein o Tenangkan mangsa agar tidak panik o Letakkan mangsa dalam keadaan selesa. o Hentikan pendarahan secara tekanan langsung o Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian tersebut. o Dapatkan rawatan perubatan segera Pendarahan lebam o Tenangkan mangsa o Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan bengkak o Jangan mengurut tempat lebam Luka bahagian perut o Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa. o Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera. o Balut bahagian luka dengan kemas o Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup usus tersebut dengan kain yang dibasahkan. o Dapatkan bantuan perubatan dengan segera Kecederaan dada (chest injury) Tanda-tanda dan simpton o Semasa penarikan nafas - kedengaran bunyi seperti sedutan (sucked sound). o Semasa hembusan - darah keluar secara berbuih (blood stain buble) o batuk berserta darah. Rawatan o Kenakan balutan yang kemas di tempat cedera. o Letak pesakit dengan bahagian dada menyandar. o Dapatkan bantuan perubatan segera. Kecederaan dada (stove in chest) Tanda dan gejala o Sukar bernafas o Bibir kebiruan o Sakit di bahagian dada. Rawatan o Longgarkan pakaian pesakit

o o o

Letak pesakit dalam keadaan bersandar Bahagian yang cedera hendaklah di immobilize. Balut bahagian anggota atas ke bahagian dada (strapping the arm to the chest)

Kecederaan Letupan (Blast Injury) Tanda dan simptom o -Sakit pada bahagian dada. o Gelisah. o Bibir pucat dan kebiruan. o Batuk beserta darah. o Sukar bernafas. o Bengkak bahagian dada (tenderness). Rawatan o Rehatkan mangsa o Longgarkan pakaian o Baringkan dan tinggikan bahagian kepala dan dada mangsa. o Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Crush Injury o Kebiasaannya disebabkan oleh jentera atau mesin yang mencederakan otot, kulit atau tulang. o Rawatan Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala. Balut dan tahan pendarahan bahagian yang cedera. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding) Tanda dan gejala Muka mangsa pucat Mangsa lemah dan tiada upaya. Gelisah Badan sejuk Pening kepala dan muntah Pernafasan cepat dan lemah Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah. Rawatan Tenangkan mangsa. Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki. Longgarkan pakaian yang ketat.

Jangan beri sebarang makanan dan minuman. Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKA a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) Temporal arteri di hadapan telinga. Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah. Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum. Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama di belakang tulang selangka. Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous. Brachial arteri pergelangan siku. Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan. Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan. Femoral pertengahan lipatan paha. Popliteal arteri di belakang lutut. Anterior tibial pergelangan kaki.

Anda mungkin juga menyukai