Anda di halaman 1dari 25

PERTOLONGAN

CEMAS
RAWATAN ( TREATMENT )

v Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih


tenat atau serius, kemudian rawatan dengan
cara yang betul.

Keutamaan

v Bila terdapat lebih daripada seorang yang


tercedera atau banyak luka pada seseorang,
maka pertolongan cemas mestilah segera
diambil yang mana keadaan diutamakan semasa
memberi rawatan.
PERHATIAN
v Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana
akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan
pengedaran udara akan berkurangan.

v Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.

v Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika:


mangsa tidak sedarkan diri
disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman
jika memerlukan pembedahan

v Dapatkan bantuan:
telefon ambulan
berikan keterangan tentang tempat kemalangan.
ASFIKSIA ( PERNAFASAN TERHENTI )

Asfiksia adalah satu keadaan di mana


sistem pernafasan terhenti disebabkan
oleh kekurangan oksigen di dalam darah
dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima
bekalan oksigen yang mencukupi.
:
v Lemas
v keracunan gas dan asap yang merbahaya
v tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau
benda-benda asing lain.
v tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik,
v lidah tersentak ke dalam
v ketika tidak sedarkan diri.
v disambar petir atau kilat
v terhimpit dada - runtuhan tanah
v serangan penyakit
v termakan racun

Tanda-tanda:
v pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan
akhirnya terhenti
v bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.
v kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.
PERATURAN AM MEMULIHKAN ASFIKSIA
A - Airways (saluran Pernafasan)
terbuka atau tersekat keluarkan bendasing
seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah
daripada mulut jika ada.
B - Breathings (pernafasan)
Boleh bernafas atau tidak jika pernafasan
terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan
dengan segera.
C - Circulation (peredaran darah)
pastikan adakah denyutan nadi atau tidak jika tiada,
lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation)
(pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan:
•Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
•Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
•Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
•Pemulihan jantung dari luar atau tekanan
dada (External cardiac compression)
•Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary
Risuscitation) - CPR
LEMAS DI DALAM AIR
Tindakan untuk menyelamat:
v jaga keselamatan diri
v usahakan menarik mangsa ke darat
dengan tali / kayu
v lemparkan sesuatu objek yang boleh
terapung seperti pelampung kepada
mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian
tarik mangsa ke darat dengan
menggunakan tali yang terikat kepada
objek itu.
v anda boleh juga menyelamat dengan
berenang sekiranya anda seorang
perenang yang baik.
Rawatan:
v keluarkan air daripada perut atau paru-paru
v bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin
menghalang pernafasan
v mulakan bantuan pernafasan
v periksa pernafasan dan denyutan nadi
v jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia
v apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan,
pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah
sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.
PENDARAHAN

Keluar darah daripada saluran darah yang


tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau
dalam tubuh.
Jenis-jenis Pendarahan:

v Pendarahan boleh dikatakan berpunca


daripada arteri, vena kapilari.
v Arteri memancut merah terang
v kapilari menitis merah
v vena meleleh perlahan merah tua
Tanda-tanda dan gejala-gejala:
v Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh,
ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan:
v denyutan nadi bertambah cepat serta lemah
v kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh
v muka dan bibir kelihatan pucat
v pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap
v mangsa berasa pening, pitam dan pengsan
v mangsa mungkin merasa dahaga
v berasa resah dan gelisah
v pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan

Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah:


v angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong
mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.
Cara-cara menghentikan pendarahan:

1. Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure) Bahagian ibu jari / jari-
jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke ataS pelapek atau kain kasa
(gauze) selama 10 minit. Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat
dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada
mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi
letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi.

2. Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure) Jika


pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka
atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda
boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure
point).

Ø Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah arteri boleh ditekan ke
tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.
Kecederaan Otot, sendi dan ligamen
Terseliuh

Tanda-tanda dan gejala:


•rasa kesakitan pada sendi itu
•bengkak
•lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera

Rawatan:
v letak beg ais pada sendi yang cedera
v tinggikan bahagian yang tercedera
v letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
v ampu bahagian yang tercedera
v hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
Terkehel

Tanda-tanda dan gejala:


•rasa amat kesakitan pada sendi
•berubah kedudukan sendi
•berubah rupa
•bengkak
•lebam

Rawatan:
v jangan betulkan tulang yang terkehel
v anggota yang cedera tidak boleh digerakkan
v letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
v ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.
Kejang Otot (cramp)

Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan


sakit kerana otot tertarik dan tersimpul.
Ia disebabkan oleh:
-kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam
dan cecair dalam tubuh
-sejuk kerana berenang

Rawatan:

v Memanjangkan otot-otot yang kejang


v tangan - luruskan jari-jari dengan cermat
v jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur
dengan sukatan ¼ sudu garam dengan satu gelas air
Gigitan dan Sengatan:
ØGigitan ular
Tanda-tanda dan gejala:
v bengkak dan lebam di bahagian yang digigit
v rasa kesakitan
v mangsa sukar bernafas dan bercakap
v renjatan (shock)
Rawatan:

v Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa


itu.
v baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang
v jika pernafasan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan
v bersihkan luka gigitan dengan sabun serta air dan keringkan
v ikat dengan ikatan yang erat di sebelah atas gigitan
v longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit
v balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat
v letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang
v hantar ke hospital jika perlu
KESELAMATAN DIRI
Punca Kemalangan:
v kelalaian dan kecuaian
v kurang pengetahuan
v kepenatan

Keselamatan di air:
v mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan
v jangan berenang secara bersendirian
v hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja
v mematuhi arahan dan peraturan yang ada
v tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan
v menyedari kemampuan diri untuk berenang
v berenang dalam jarak yang selamat
v meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan
v jika dibawa arus jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari
dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai
v menjerit atau melambai meminta pertolongan jika tidak dapat membebaskan diri daripada arus yang kuat
Peti Pertolongan Cemas
Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:

1. plaster - berbagai saiz dan bentuk


2. dreassing sterill - berbagai saiz
3. kapas
4. kasa sterill serta swab kasa
5. dressing khas untuk kes terbakar
6. bandage 3 segi
7. bandage crepe penggulung
8. pita lekat
9. pad mata
10. termometer
11. gunting hujung tumpul
12. penyepit
13. pin penyelamat
14. kertas tisu
15. losyen antiseptik
16. losyen kalamin
17. beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan
18. lampu suluh
19. pensil dan kertas

Anda mungkin juga menyukai