Anda di halaman 1dari 5

          Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan

PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL SAINS 

Peti pertolongan cemas 

Peti pertolongan cemas yang lengkap hendaklah disediakan SEKARANG juga tiap-
tiap makmal dan bilik persediaan. 

Saiz peti pertolongan cemas mesti sesuai untuk mememuatkan semua kelengkapan
yang disenaraikan dalam 2 di bawah. 

Peti hendakalah dicatkan warna putih dan perkataan ‘ PETI PERTOLONGAN


CEMAS’ ditulis dengan cat merah dibahagian hadapannya. 

Jangan kuncikan peti ini pada bila-bila masa. 

Peti ini hendaklah di letakkan di bahagian hadapan bilik makmal dan di tempat yang
sesuai di bilik makmal . 

Senaskah buku panduan pertolongan cemas hendaklah di masukkan dalam peti ini. 

Kandungan peti pertolongan cemas 

Tiap-tiap benda yang berada dalam peti pertolongan cemas hendaklah dilebel
dengan terang dan kegunaanya hendaklah nayatakan dan pastikan bahawa benda-
benda disimpan dalam keadaan yang bersih. 

Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda


seperti berikut: 

a) Antiseptic 

i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru 

ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka 

ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama 

b) Cream 

i) Burnol 

ii) Paraffin Gauge 

Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh 

c) Jenis balutan 

i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing 


ii) Kain kasa 

iii) kapas 

iv) Andoh tiga segi 

d) Zinc Oxide Plaster 

e) Penyepit dan gunting 

Peti pertolongan cemas 

a) Amaran 

Jika sesorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam
badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit
dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang disyaki serius
hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor. 

b) Melepuh 

i) Melepuh terkena asid atau alkali 

Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di bawah air paip yang
terbuka selama 10 minit. 

Semasa merawat melepuh terkena asid atau alakali adalah penting menggunakan
air yang banyak bagi menbasuhnya dan bahan penuetral tidak digunakan sehingga
selepas bahagian terjejas dibasuh dengan air. Jika pengawasan ini diabaikan, haba
dari larutan bahan penuetral mungkin akan merosakan lagi bahan yang terjejas. 

ii) Melepuh terkena bahan panas 

Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas itu di bawah air yang
mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan terdedah kepada udara. 

Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau kulit melupas lekatkan
selurat badan yang terjejes itu dengan pedap kain kasa yang kering dan
bersih.Jangan sapu apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut disekeliling pedap ini
dengan kain pembalut dan tentukan bahawa pembalut tidak terlalu ketat. 

c) Kebakaran 

i) Kebakaran bahan uji 

Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi mencegah
berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua penunun gas, tutup litar
elektik disekitardan pindah atau keluarkan apa-apa benda yang boleh
terbakar.Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran. 
Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar) biasanya boleh dipadam
dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam apabila
kekurangan udara. 

Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering . Pasir yang telah
disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi bahan meruapyang
mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh dipadam dengan menggunakan
pemadam api karbon dioksida atau busa. 

Ii) Kebakaran pakaian 

Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-


ngibaskan api. Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejab-kejab
dengan gebar kalis api hingga padam.Rawat mana bahagian kulit yang melepuh. 

Iii) Kelas api dan alat pemadam api yang sesuai digunakan adalah seperti di bawah: 

KELAS API DAN JENIS PEMADAM API . 


KELAS API 

CONTOH 
ALAT PEMADAM API YANG SESUAI 

A Api pepejal 
kayu, kertas, kain, getah dan lain-lain 
Air, Air karbon dioksida, serbuk kering (dry powder) 

B Api cecair - boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan: 

i. Bercampur dengan air 

ii. Tidak bercampur dengan air 

- netil alkohol, etil alkohol, aseton , oceton, octana, pentana - minyak, petrol 

Semburan air Busa (foam) 

Cecair bersejat seperti BCF 

Gas karbon dioksida Serbuk kering (dry powder) 

Api Gas atau Gas Cecair 


- berupa pertumpah cecair, kebocoran gas atau cecair 

Contoh: methane, propane, butane dan lain-lain 


Busa (foam) 

Serbuk kering (dry powder) 

Air - berupa semburan untuk menyejukkan tangki. 

Air Logam 
- Kalium, natrium, kalsium, megnesium, Aluminium, zink dan lain-lain 
Dry Powder, pasir kering, simen kering, powder graphite, powder talc, abu soda. 

D). KECEDERAAN MATA 

I) Benda pepejal dalam mata 

jika benda itu tajam atau merupakan kaca. JANGAN cuba mengeluarkannya. Minta
pesakit supaya jangan mengosokkan mata. Tutup mata itu dengan pedap kain kasa
yang tebal dan lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta. 

Ii) Kekotoran melekat di mata 

Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke dalam mata dari botol
basuh. Juga boleh meminta pesakit buka dan tutup matanya berulangkali di dalam
basin yang mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk mengeluarkan
kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata
bawah boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih
gagal, ikuti cara (i) di atas. 

iii). Mata dimasuki asid atau alkali 

Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya atau membuka
dan menutup mata berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup
mata dengan pedap lembut dan bawa berjumpa doktor. 

E). Renjatan Elaktrik 

Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta . jika ini tidak boleh berlaku, jangan
sekali-kali menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri di atas
kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan pengalir, cuba
pisahkannya daripada litar arus dengan menggunakan sebatang kayu yang kering.
Jika pernafasannya terhenti, jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit berjumpa
doktor dengan serta- merta. 

F. Tersedut Gas Beracun 


Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal ke udara
yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh
digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor.
 

Anda mungkin juga menyukai