Anda di halaman 1dari 6

Jenis-Jenis Ikatan Tali dan

Fungsinya

Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan


各种绳子的扎法
Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan
kepada beberapa penggunaannya seperti:

1.  Mendaki 爬山
2.  Kehidupan seharian 日常生活
3.  Memancing 钓鱼
4.  Seni 艺术
5.  Pengakap 童子军
6.  Mencari dan Menyelamat 寻找和营救
7.  Bidang Perkapalan 船事
 
1. Buku Sila
~ mengikat kain pembalut luka
~ menyambung tali yang sama besar saiznya
~ mematikan ikatan barang-barang

2. Simpul Pulih
~ memendekkan tali tanpa memotongnya
~menguatkan tali pada bahagian yang
reput,hendak putus atau rosak.

3. Tindih Kasih
~ mengikat leher binatang supaya tidak terjerut
~ membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk
mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti
kucing terjatuh ke dalam telaga.
4. Simpulan Pencuri
~ digunakan untuk aktiviti mendaki atau turun
bukit.

5. Simpulan angka nombor 8

~ merupakan satu simpul pengunci yang tidak


mudah dilepaskan.

~merupakan salah satu daripada stopper


knots.

6. Simpulan Himpit (Pengail)


~ Simpulan pengail digunakan untuk
menyambung tali pada mata kail dan
menyambung tali yang licin.

7. Bunga Keti
~ digunakan bagi menyambung hujung tali
yang tidak sama besar, misalnya tali perahu
dengan tali kapal.
8. Simpulan Manok
~ digunakan sebagai permulaan untuk
mengikat pada kayu atau sebagainya.
___________________________________________________________________

Simpul Abah Abah


Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan untuk
menarik sesuatu barang

Simpul Kerusi
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan lutut.

Simpulan Pencuri
Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.
___________________________________________________________________

Simpulan Rama-Rama
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini
mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.Jika ikatkan simpulan
rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas() contohnya simpulan angka no.8) ke
hujung tali untuk keamanan.
___________________________________________________________________

Simpulan angka nombor 8


Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.

Simpulan Himpit (Pengail)


Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin.
___________________________________________________________________

Bunga Keti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu
dengan tali kapal.
___________________________________________________________________

Simpul Belit
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya.

Ikatan Balak
Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin.
___________________________________________________________________

Simpulan Manok
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
___________________________________________________________________

Ikatan Seraya
Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan manok
kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan simpulan manok juga.

Ikatan Serong
Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan
dengan simpulan manok.
___________________________________________________________________

Ikatan Silang Gunting


Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang
kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.
Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejek dan menyambung kayu.

Ikatan Silang Tungku


Gunanya ialah bagi membuat rakit.

Anda mungkin juga menyukai