Anda di halaman 1dari 7

ASAS PERBARISAN

Senang Diri

Rehatkan Diri
Sedia

Ke Kanan Lurus

Ke Hadapan Lurus
Ke Kiri Pusing

Ke Kanan Pusing

Ke Belakang Pusing
Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan
serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan
dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas
perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.

Masuk Baris

Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai
jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh
jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam
tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.

Sedia

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm
hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan
ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke
hadapan.

Senang Diri

Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama
seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang
dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan
pastikan lengan rapat ke tubuh.

Rehatkan Diri

Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di


paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak
perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada
di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke
atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke
tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan
dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu
orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga
barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan
tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-
masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus,
hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan
’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke
hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.

Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan


pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat
kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Ke Kiri Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan
hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

Ke Belakang Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang


pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang
mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit
kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan
barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman,
Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di
barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan
sedia semula.

Tutup Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang.
Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan,
Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan
belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki
kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Langkah Ke Sebelah

Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke
sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki
mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya,
angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki
mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat
kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.
Paras

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang
membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis
pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-

Paras ahli tinggi di tengah;

Paras ahli rendah ditengah;

Paras ahli tinggi di kiri; dan

Paras ahli rendah di kiri

Keluar Baris

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti
seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan,
bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya
berpecah.

Bersurai

Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila
hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat
pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.

Anda mungkin juga menyukai