Anda di halaman 1dari 5

Pergerakan dalam Kawad Kaki

Masuk baris
Ketua memberi arahan Masuk Baris! Ahli-ahli PBSM membuat barisan seperti yang
diarahkan sama ada satu barisan, dua ataupun tiga barisan.
Bersedia
Berdiri dengan kedua tumit rapat, hujung kaki terbukam rapat kedua-dua paha, rapat
kedua tangan ke sisi seluar, buka dada, dagu diangkat ke atas, tentukan tengkuk kena
pada leher baju, muka terus pandang ke hadapan 100 meter. Bahasa hukuman, Baris!
Baris! Sedia!


Senang diri
Ahli-ahli mengangkat kaki kiri ke paras lutut dan menghentakkannya ke bawah sambil
buka kaki kira-kira 30 sentimeter atau 1 kaki. Serentak dengan itu kedua-dua tangan
disilangkan ke belakang ke paras pinggang dengan tangan kanan di atas tangan kiri dan
berdiri dengan diam. Bahasa Hukuman, Senang diri!


Pusing ke kiri
Ahli-ahli berpusing 90 darjah ke kiri dalam kedudukan sedia. Semasa berpusing, tangan
dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing, kemudian kaki kanan diangkat dan terus
menhentakkan ke tanah dengan merapatkan tumit kiri supaya kekal di dalam
kedudukan sedia. Bahasa hukuman, Baris menghadap ke kiri! Kiri pusing!


Pusing ke Kanan
Ahli-ahli berpusing 90 darjah ke kanan dalam kedudukan sedia. Semasa berpusing,
tangan dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing, kemudian kaki kiri diangkat dan
terus menhentakkan ke tanah dengan merapatkan tumit kanan supaya kekal di dalam
kedudukan sedia. Bahasa hukuman, Baris menghadap ke kanan! Kanan pusing!
Pandang depan
Apabila semua ahli berbaris dengan lurus iaitu dalam keaddan tangan kanak ke paras
bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi arahan,
Pandang depan! Semua ahli perlu memandang hadapan, menjatuhkan tangan dan
berdiri dengan keaadaan sedia dan diam. Bahasa Hukuman: Baris! Pandang depan!

Keluar baris
Ahli-ahli dalam keaddan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke
paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah
ke hadapan dan keluar dari barisan. Bahasa Hukuman : Keluar baris!
Berjalan ke hadapan
Ahli-ahli dalam keaddan sedia dan bergerak ke hadapan. Dimulakan langkah dengan kaki
kiri melangkah ke hadapan dan tangan kanak paras bahu. Bahasa Hukuman: Baris! Dari
kiri cepat jalan!
Bersurai
Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Bahasa Hukuman: Baris bersurai, bersurai!

Anda mungkin juga menyukai