Anda di halaman 1dari 3

Piaget mencadangkan empat peringkat di dalam Perkembangan Kognitif:

1. 2. 3. 4.

Peringkat Sensori motor (Semenjak lahir 2 tahun) Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Peringkat Sensori motor (Semenjak lahir 2 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.Semenjak lahir, bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian bagi menarik perhatian ibu bapa dan orang sekitar. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya tetapi mereka tidak dapat berbahasa. Oleh itu, mereka menggunakan cara menangis untuk memenuhi dan mencapai keinginan mereka. Contohnya bayi menangis untuk mendapat susu daripada ibu. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Oleh itu, mereka akan tahu menggunakan bahasa badan untuk menunjukkan botol susu apabila mereka ingin minum susu. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Oleh itu, mereka akan menggunakan bahasa untuk menggantikan bahasa badan. Contohnya, kanak-kanak tersebut akan menyatakan perkataan susu menggantikan bahasa badan. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objekobjek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanakkanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.

Bermula dengan 2 patah perkataan berkembang menjadi 3-5 patah perkataan Peralihan daripada ayat mudah kepada kompleks. Pada peringkat pra sekolah (4-6tahun), kanak-kanak mula guna peraturan tatabahasa yang mudah seperti kata ganti nama diri, kata arah. Mereka mula memahami lagu, pantun dan sebagainya. Boleh bercerita perkara-perkara yang mereka lakukan untuk melakukan sesuatu. Contohnya, mereka sudah boleh mengatakan nak susu ganti perkataan susu

Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun)


Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak kanaksudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Contohnya: guru menyuruh murid membuat bina ayat dengan perkataan susu. Murid pada peringkat ini akan menggunakan bahasa yang tepat untuk membina ayat sendiri. Adik minum susu sebelum tidur

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Contohnya, menggunakan perkataan burung membina ayat Ayat1 : Burung ialah sejenis haiwan yang terbang di langit. Ayat2 : Burung mempunyai dua kepak yang membolehkan mereka terbang di langit.

Link http://kumpulan4groupd.blogspot.com/ http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologi-perkembangan-peringkat.html

Anda mungkin juga menyukai