Anda di halaman 1dari 17

5.

0 PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA TEORI


BERKAITAN
5.1

Perkembangan Fizikal
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal,
kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts,
2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi kuat dan
dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan

ini

mempengaruhi

tingkah

laku

kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock,


1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanakkanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing
dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanakkanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan
mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara
tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan
terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak
daripada

kumpulan

mungkin

mempengaruhi

perkembangan

personalitinya.
Proses

perkembangan

bermula

daripada

kepala

dan

beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi


berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki
dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan
kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan
seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan
kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir.
Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan
mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga

12

bulan,

bayi

tersebut

boleh

mengawal

kakinya,

dapat

merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.


Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan
berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang belakang
dan menuju ke arah luar badan. Pada peringkat pre natal,
jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan
tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan
bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi
selepas kelahiran akan cuba mencapai objek yang dilihatnya
tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot
tangannya. Seterusnya bayi dapat memegang objek dengan
sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot tangan
sudah berkembang.
Selain itu, kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.
Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi
akan menangis kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama
berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk
kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi telah
menguasai

kemahiran

bahasa,

bayi

akan

memberitahu

kepalanya sedang sakit.


Di samping itu, aspek berbeza berkembang pada tahap
yang berbeza. Dalam hal ini, kaki dan tangan mencapai tahap
perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi
bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya
berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada
peringkat

remaja

tetapi

kebolehan

menaakul

berkembang

dengan lebih perlahan.


Kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada
usia 6 hingga 12 tahun ini agak stabil dan tidak begitu pesat jika

dibandingkan

dengan

peringkat-peringkat

sebelumnya.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih


bercorak

penambahbaikan

kemahiran-kemahiran

psikomotor

yang sedia ada.


Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dari
gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan
bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap
kemuncak pada umur 12 tahun. Manakala ketinggian kanakkanak lelaki pula mula bertambahn apabila mereka berada
dalam lingkungan umur 10 sehingga 12 tahun dan akan
mencapai tahap kemuncak apabila mereka berumur 15 tahun.
Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada
umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil
baligh, kanak-kanak akan lebih kelihatan kuat, cepat dan
mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas
yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus,
koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanakkanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat
muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina
model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanakkanak lelaki pula lebih cenderung kepada permainan lasak
misalnya permainan di padang.
Jadual ini menghuraikan secara ringkas perkembangan
kanak-kanak pada lingkungan umur 6 sehingga 12 tahun.
Umur (peringkat)
6 Tahun 8 Tahun
(Pertengahan kanakkanak)

Perkembangan Fizikal (SensoriMotor)


Menambah tinggi
dengan

dan

perlahan

peringkat awal remaja.

berat
hingga

Gigi

beransur-ansur

diganti

dengan yang kekal.


Penulisan menjadi lebih kecil
dan lebih baik
Lukisan diorganisasi

secara

terperinci
Permainan mengikut peraturan
ditambah dengan aktiviti yang
lebih kasar.
Kemahiran motor dalam berlari,

9 Tahun 12 tahun
(Akhir kanak-kanak)

melompat,

melontar,

menyepak,
menangkap,menggelecek
diuruskan dengan cepat dan
koordinasi lebih baik.
Masa tindak balas ditambah
baik

dan

membantu

perkembangan

kemahiran

motor.
Perkembangan

perwakilan

mendalam dalam lukisan.


Permulaan
pertumbuhan
peringkat remaja, 2 tahun lebih
awal untuk perempuan.

5.2

Teori Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Fizikal


a) Teori Arnold Gesell
Teori ini melihat perkembangan fizikal sebagai perubahan
fisiologi dan neurologi dalam diri seseorang dan tidak
dipengaruhi

oleh

persekitaran.

Menurut

Arnold

Gesell,

perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.

Arnold Gesell juga menyatakan bahawa perkembangan


individu mengikut jadual waktu yang tetap serta urutan dan
pola tertentu. Misalnya seorang kanak-kanak mungkin boleh
mula berjalan pada umur 10 bulan kerana dia bersedia
melakukan

sedemikian.

Kesediaan

ini

bermaksud

perkembangan dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf sudah


mencapai tahap yang membolehkan kanak-kanak tersebut
berjalan.
Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu.
Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan
peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa
melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat
usia perkembangan tersebut.

b) Teori Robert Havighurst


Robert havighurst ialah ahli psikologi Amerika syarikat yang
terkenal

dengan

mengemukakan

teori

tugas-tugas

perkembangan manusia berlandaskan sosiobudaya berkaitan


dengan perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan
perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas,
seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di
dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang
tertentu.
Kejayaan individu dalam pelaksanaan tugas tertentu
akan

membawa

mengulangi

tugas

kepuasan
tersebut.

serta

mendorongkannya

Manakala,

kegagalan

melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan


kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu.
Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan personaliti

seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan


budaya masyarakat.
R. havighurst dalam bukunya Human Development and
Education

(1953)

telah

menyenaraikan

tugas-tugas

perkembangan kanak-kanak bermula dari peringkat bayi


hingga ke peringkat remaja. Dalam teori ini, beliau ada
mengaitkan perkembangan kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan umur 6 sehingga 12 tahun yang dikenali sebagai
peringkat kanak-kanak.
Jadual

berikut

menunjukkan

secara

ringkas

perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 6 sehingga 12


tahun mengikut teori Robert Havighurst.
PERINGKAT
Kanak-kanak

UMUR
6-12
tahun

TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Membentuk kemahiran fizikal
untuk permainan.
Membentuk konsep diri yang
sihat.
Membentuk kemahiran sosial
untuk berkawan dengan rakan
sebaya.
Memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan
mengira.
Menguasai konsep-konsep
moral, nilai dan kemahiran
hidup.
Membentuk sifat kebebasan
peribadi.
Belajar berdikari.
Belajar membezakan peranan
lelaki dan perempuan.

5.3

Perkembangan kognitif
Perkembangan kognitif adalah merujuk kepada perubahan yang
berlaku

secara

sistematik

dalam

penaakulan,

kefahaman,

ingatan dan bahasa. Kita tidak boleh menganggap seorang


kanak-kanak yang lambat memberi respon atau menjawab
soalan dengan ringkas, sebagai seorang kanak-kanak yang
menghadapi masalah kelewatan perkembangan bahasa. Ini
adalah kerana kadar kemahiran asas perkembangan bahasa
setiap individu berbeza dan ia berada di bawah bidang yang
sangat luas.
Manakala kemahiran kognitif pula merupakan kebolehan individu
untuk

berfikir

memberi

pendapat,

memahami,

mengingati

perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia


melibatkan
merancang,

aktiviti

mental

menaakul,

seperti

ingatan,

menyelesaikan

mengkategori,

masalah,

mencipta,

berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk


kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan
terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu
peringkat perkembangan kepada peringkat seterusnya.
5.4

Teori Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Kognitif


Dalam mengkaji perkembangan kognitif, terdapat dua teori
utama perkembangan kognitif yang berkaitan iaitu ahli psikologi
Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky.
Teori-teori

ini

telah

memainkan

peranan

penting

dalam

membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana

guru

boleh

memainkan

peranannya

dalam

perkembangan

kognitif kanak-kanak.
a) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami
persekitaran mereka. Individu sentiasa cenderung untuk
memahami
kekusutan.

sesuatu
Kita

situasi,

akan

berasa

menyelesaikan
kurang

selesa

sesuatu
sekiranya

berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau


keadaan yang tidak dapat dijangka.
Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari
penyelesaian

atau

keseimbangan.

Setiap

kali

individu

memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun


pengalaman-pengalaman

tersebut

dalam

minda

masing-

masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.


Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil
organisasi.
Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila
mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan
penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja
seseorang

individu

dilahirkan.

Ia

bermula

dengan

pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada


skema yang lebih kompleks. Contohnya, bayi membentuk
skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak akan
membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda
atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema
untuk memandu dan memasak.
Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini
akan berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya, kanakkanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi

baru

untuk

menyusun

huruf-huruf

tersebut

membentuk

perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak


nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi
tomato.
Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan
berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai
skema

yang

mengadaptasi

lama

mereka

dengan

supaya

situasi

baru

mereka

dapat

tersebut.

Proses

perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru di


panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling
berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.
Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar
skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan
dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema
baru. Dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanakkanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b.
Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi
dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh
individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus
menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

Oleh itu, jika kita menggunakan skema baru untuk


sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya,
maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema
baru

tidak

memberi

ketidakseimbangan

akan

penyesuaian
berlaku

yang

dan

kita

baik,
akan

maka
terus

membina

skema-skema

baru

untuk

disesuaikan

dengan

situasi baru tersebut.


Rajah 5.4(a) i :.......................
Menurut

Piaget,

perkembangan

terdapat

kognitif

empat

iaitu

peringkat

peringkat

dalam

sensorimotor,

peringkat pra operasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat


operasi formal. Dalam teori ini, peringkat yang berkait rapat
dengan

perkembangan

kognitif

kanak-kanak

dalam

lingkungan umur 6 tahun sehingga 12 tahun adalah peringkat


operasi konkrit.
Dalam

peringkat

ini,

kanak-kanak

mempunyai

kebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka


masih terikat dengan situasi yang konkrit. Mereka sepatutnya
memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.
Berdasarkan ujikaji duit syiling di atas, mereka sepatutnya
sudah boleh menyatakan bilangan duit syiling adalah sama
walaupun baris kedua dipanjangkan. Menurut piaget juga,
kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai
konsep pengekalan (conservation).
Tambahan pula, dalam konsep ini kanak-kanak perlu
menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti
rugi dan prinsip keterbalikan. Bagi prinsip identiti, mereka
tahu

sekiranya

dikurangkan,

tiada

bilangan

bilangan
atau

yang

amaun

ditambah

objek

adalah

atau
sama

walaupun bentuknya berubah. Manakala prinsip ganti rugi


pula ialah mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi
akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Bagi
prinsip

keterbalikan

pula

menekankan

pelajar

boleh

mengulang proses yang berlaku secara mental kepada

keadaan asal semula. Contohnya, gelas A dan B diisi dengan


air yang sama banyak.
Rajah 5.4 (a)ii :
Air daripada gelas B dituang ke gelas C yang lebih
panjang dan tirus. Paras air dalam bekas C meningkat
berbanding paras air dalam bekas A. Kanak-kanak dalam
peringkat ini akan dapat menyatakan jumlah air dalam bekas
A dan C masih sama banyak kerana ;i.

Tiada

penambahan

dan

pengurangan

jumlah

air

ii.

dilakukan.(Prinsip identiti).
Perubahan bentuk bekas C (panjang dan tirus) yang
membawa kepada peningkatan paras air (prinsip ganti

iii.

rugi)
Apabila air dituang semula ke bekas B ia akan memberi
paras yang sama dengan bekas A (Prinsip keterbalikan).
Selain dari proses-proses di atas, kanak-kanak dalam

peringkat ini juga

menguasai proses pengelasan. Dalam

kemahiran ini kanak-kanak dapat mengklafikasikan objek ke


dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya
pengelasan mengikut ciri warna, saiz dan sebagainya. Proses
pengkelasan berkembang apabila pelajar mula menyedari
sesuatu objek yang dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh
tergolong dalam kumpulan yang lain. Contohnya, kucing
digolongkan dalam haiwan mamalia dan juga tergolong dalam
haiwan yang berdarah panas.
Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan
menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam
peringkat ini. Dalam proses ini juga pelajar boleh membuat
susunan logik seperti A<B<C. Penguasaan kemahiran seperti

pemuliharaan,

pengelasan

dan

penyusunan

bersiri

menunjukkan pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu


peringkat

pemikiran

logik.

Walaubagaimanapun

sistem

pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana


pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulasi dalam
situasi yang berbentuk konkrit.
Kanak-kanak peringkat operasi konkrit berubah secara
beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran
decentered

atau

membolehkan

objektif

(Slavin,1997).

kanak-kanak

Pemikiran

memahami

persepsi

ini
dan

pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi


mereka.

Mereka

boleh

mula

bersosial

dan

menerima

pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat


aktiviti bersama.
Pelajar-pelajar pada peringkat ini masih tidak boleh
membuat

hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang

abstrak atau masalah yang melibatkan penggabungjalinan


faktor-faktor yang kompleks.
b) Teori perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
Lev

Semenovich

Vygotsky

(1896-1934)

psikologi Russia. Beliau percaya

merupakan

bahawa

ahli

perkembangan

kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya


yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu.
Selain itu, beliau telah memberi alternatif kepada idea
Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang
mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam
perkembangan minda kanak-kanak. Kebanyakan daripada
kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi

sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang


dewasa yang lain dan rakan sebayanya.
Perkembangan mental kanak-kanak terhad disebabkan
oleh sitem biologi yang belum bekembang dan matang.
Walaupun begitu, persekitaran dan sistem lingkungan budaya
kanak-kanak

membantu

mereka

mengadaptasi

perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara


hidup dan cara berfikir kepada kanak-kanak.
Sebagai

contoh,

masyarakat

Malaysia

yang

kaya

dengan nilai dan adab mempengaruhi tingkahlaku dan corak


pemikiran kanak-kanaknya yang lebih menghormati orang
yang lebih tua dan agak pasif. Menurut Vygotsky, dua faktor
utama

dalam

perkembangan

kognitif

kanak-kanak

ialah

interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Di samping itu,


beliau menyatakan bahawa kanak-kanak berkembang akibat
dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi
yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak
dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.
Bagi Vygotsky lagi, kanak-kanak tidak dapat membina
pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina
melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada
di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik-beradik,
keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu ini
akan

bertindak

membimbing

memberi
komunikasi

arahan,

maklum

kanak-kanak.

balas

dan

Kanak-kanak

kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini


dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa
bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir
sama di masa akan datang.

Tambahan

pula

menurut

Vygotsky,

perkembangan

kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat


sosial dan peringkat individu (peribadi). Bagi peringkat sosial
ialah maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui
interaksi

individu

persekitaran

dengan

seperti

sebaya,keluarga

ibu

terdekat

individu
bapa,
dan

lain

yang

ada

adik-beradik,guru,
jiran.

Manakala

di

rakan

peringkat

individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan


pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada
kefahaman individu (peribadi). Maklumat yang diperolehi ini
boleh menukar skemata individu.
Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon
Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan
oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahirankemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan

dengan

bantuan

dan

bimbingan

orang-orang

dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.


Rajah 5.4 (b) : Zon Perkembangan Proksimal
Berdasarkan rajah di atas, Vygotsky membahagikan
perkembangan kanak-kanak kepada had bawah dan had atas.
Had bawah merupakan kemahiran yang boleh dicapai sendiri
oleh kanak-kanak. Manakala had atas pula adalah kemahirankemahiran yang sukar dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan
memerlukan
berkemahiran.

bantuan
Ruangan

daripada
Zon

individu

yang

Perkembangan

lebih

Proksimal

mewakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang


dalam proses kematangan dan akan mencapai kematangan

dengan bantuan individu yang lebih mahir. (Goos,2004; Gray


& Feldman,2004.
Di samping itu, konsep scaffolding pula berkait rapat
dengan

idea

Zon

Perkembangan

Proksimal.

Scaffolding

bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.


Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih
berkemahiran

(ibubapa,guru

atau

rakan

sebaya)

akan

mengubahsuai tahap bantuan atau bimbingan yang diberikan


mengikut keupayaan pelajar.
Apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru
atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi
bimbingan penuh tetapi apabila sudah mula memahami,
bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh
menguasai kemahiran tersebut. (santrock,2007). Perbualan
dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses
perancah (Scaffolding). Perbualan akan membantu pelajar
menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan
bermakna

dengan

bantuan

individu

yang

lebih

mahir

(Contoh : Guru).
Menurut

Vygotsky,

selain

daripada

berkomunikasi

dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau


kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi
dengan diri mereka sendiri. Selain itu, bercakap sendiri ini
akan

menolong

kanak-kanak

tersebut

merancang

dan

mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini


cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 hingga 7
tahun

yang

seterusnya

akan

berkembang

yang

mana

bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri


tanpa verbal.

Akhirnya, ia akan berubah menjadi suara hati atau


dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Vygotsky percaya
kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih
kemahiran
bercakap

sosial
sendiri.

berbanding
Apabila

kanak-kanak

kanak-kanak

yang

kurang

bercakap

sendiri

mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku


membimbing pemikiran mereka.
Kajian mendapati kanak-kanak yang suka bercakap
sendiri memberikan impak positif kepada perkembangan
mereka. Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun
dan

lebih

cenderung

berbanding

dengan

memperbaiki

kanak-kanak

kelemahan

yang

kurang

mereka
bercakap

sendiri (Berk & Spuhl,1995).


Oleh

itu

jelaslah

bahawa

teori

Vygotsky

ini

ada

perkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak dalam


lingkungan usia 6 tahun sehingga 12 tahun. Hal ini dapat
dilihat melalui perkembangan kanak-kanak pada ketika itu
mula berkembang melalui persekitaran sekelilingnya serta
yang

berdekatan

tersebut.

Secara

dengan
tidak

diri

seseorang

langsung,

kanak-kanak

kanak-kanak

tersebut

mampu bersosial serta membina pemikiran ke arah yang lebih


baik melalui bantuan orang sekeliling yang berhampiran
dengan dirinya. Maka, proses perkembangan kanak-kanak di
peringkat

ini

akan

terus

berkembang

perkembangan kognitif yang seterusnya.

ke

peringkat

Anda mungkin juga menyukai