Anda di halaman 1dari 22

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin.

Beliau
adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya,
Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter Havighurst adalah seorang
pendidik di Universiti Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja
dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert
Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.Robert
Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori
perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan
kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan
personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai, norma serta budaya masyarakat dan
persekitarannya. Menurut beliau lagi, faktor biologi, sosial dan psikologi juga
mempengaruhi
perkembangan
seseorang
individu.
Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas
perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir
pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam
mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala
kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugastugas yang selanjutnya.

KONSEP TEORI
Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan individu dimana
dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan
persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan
fizikal kanak-kanak itu.
Faktor baka atau dikenali sebagai gen ini akan diwarisi oleh kanak-kanak sejak
pembentukan mereka di dalam rahim iaitu semasa proses persenyawaan sehingga
proses kelahiran. Mereka akan mewarisi segala sifat, perwatakan,kebolehan dan
kematangan yang dimiliki oleh ibu dan bapanya semenjak lahir hingga dewasa. Bagi
melengkapkan lagi proses kematangan ini, ia juga dipengaruhi oleh persekitaran yang
memainkan peranan untuk membantu proses kematangan bayi itu.
Faktor persekitaran ini merujuk kepada persekitaran bayi di dalam rahim ibu dimana
pengambilan makanan yang dilakukan oleh ibu, kesihatan dan bekalan oksigen yang
cukup kepada bayi dalam rahim amat mempengaruhi proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Menurut beliau, proses kematangan ini tidak boleh dipaksa
kerana beliau berpendapat bahawa kematangan ini akan berlaku apabila kebolehan
kanak-kanak itu sampai kepada titik dan kematangan tertentu iaitu mengikut pola dan
urutan yang tersendiri. Ini bermakna selagi sistem saraf dan kematangan fizikal bayi
belum bersedia maka ibu bapa tidak boleh memaksa bayi untuk melakukan sesuatu
kemahiran tertentu. Dengan itu, Gesell lebih menitikberatkan keupayaan ibu bapa untuk
mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual. Contohnya kanakkanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf
sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama mereka mula menguasai
sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu
pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh
dan kanak-kanak.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN
Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanakkanak. Tetapi, hanya 5 peringkat perkembangan sahaja dalam entri kali ini akan
dibincangkan.
Peringkat pertama : bayi dan awal kanak-kanak (lahir2 tahun)
Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan
pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini
kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek.
Sebagai contoh kanak-kanak ketawa kerana mereka suka.

Peringkat kedua : pertengahan kanak-kanak Toddlerhood (2-3 tahun) Kanakkanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanakkanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam
permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang
sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong
kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak.
Peringkat ketiga : prasekolah (46 tahun)
Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanakkanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan
mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya
perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka
jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan
kanak-kanak yang lain.
Peringkat keempat : sekolah rendah (612 tahun)
Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada
tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja.
Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan
fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami
perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan.
Peringkat kelima: awal remaja (1218 tahun)
Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang
maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari
segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan
mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk
kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina.

PENGENALAN
Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin,
sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara. Dalam sebuah
penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami
hampir menyenangkan di mana "hills, valley, water and climate concurred to make the
seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges
and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river (Gesell,
1952).
Menurut Gesell, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi.
Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan
tidak akan berjaya.
Beliau berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola
tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seorang individu dengan individu
yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan tiada
paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal,
perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.

5 PERINGKAT PERKEMBANGAN GESELL


Peringkat 1 : dari 0 1 tahun

Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang
dewasa yang menjaganya, sama ada meminta perhatian belaian atau makanan.

Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut
objek yang bergerak di hadapannya.

Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.

Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

Peringkat 2 : dari 1 tahun 2 tahun

Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan


lebih stabil dan mula boleh berlari.

Kanak-kanak juga tahu perkataan jangan dan memahami makna perkataan itu
di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka
lakukan apabila mendengar perkataan jangan.

Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

Peringkat 3 : dari 2 tahun 3 tahun

Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa.

Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

Peringkat 4 : dari 3 tahun - 4 tahun

Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga.

Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu
bapa.

Peringkat 5 : dari 4 tahun ke atas.

Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.

Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda


yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka.

Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah.

Teori Perkembangan Kanak-Kanak


1.0 Teori Perkembangan Arnold Gesell (1880-1961)
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang
telah ditetapkan, urutan atau pola tertentu. Selain daripada itu, mengikut teori
perkembangan Arnold Gesell, setiap individu menghadapi perkembangan yang
berbeza. Ada sebahagian individu akan menghadapi perkembangan yang lebih awal
atau lambat. Iaitu bergantung kepada individu tersebut. Contohnya, ada kanak-kanak
sudah boleh berjalan kaki dalam sembilan bulan dan ada kanak-kanak mula berjalan
kaki selepas umur satu tahun.
Selain daripada itu, Arnold Gesell juga berfokus kepada penyelidikan kajian
ekstensif beberapa orang kanak-kanak. Kajian tentang teori perkembangan Arnold
Gesell , faktor baka adalah faktor utama mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan
daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.
Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak
pandai. Bukan itu sahaja, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Selain daripada itu, kematangan fizikal juga akan mempengaruhi kelancaran
kanak-kanak terhadap pembelajaran. Hal ini berlaku adalah disebabkan kelancaran
proses perkembangan individu adalah dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. Teori
perkembangan Arnold Gesell juga menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak diberi peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak boleh dipaksa
melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan
tersebut. Oleh itu, kita jangan memaksa kanak-kanak melakukan sesuatu yang tidak
sampai tahap perkembangan mereka.
Di samping itu, lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah
laku dan aspek yang lain juga akan membawa kesan kepada perkembangan yang
seterusnya.

1.1 Aktiviti mengikut peringkat umur teori Arnold Gesell


Setiap peringkat kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza dan
mempunyai aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, mengikut teori perkembangan
Arnold Gesell, beliau telah menyatakan aktiviit yang sesuai mengikut umur kanak-kanak
seperti berikut:

a.) 0 1 tahun (penerokaan permainan)


Letakkan bayi di ruang yang cukup luas dan bersih bagi mereka melaksanakan aktiviti.
Ibu bapa boleh memberi permainan yang berbunyi dan berwarna-warni bagi menarik
perhatian bayi. Ibu bapa juga digalakkan memberi dorongan kepada bayi untuk
melakukan aktiviti.

b.) 1 2 tahun (jalan latih)


Ibu bapa mereka boleh membawa anak-anak mereka ke kawasan taman permainan
atau kawasan yang lebih luas. Seterunya, ibu bapa boleh menggunakan baby walker
untuk melatih kanak-kanak mereka berjalan. Justeru, ibu bapa juga digalakkan memberi
dorongan kepada anak-anak mereka walaupun mereka telah gagal menjalan dengan
baik atau stabil. Dorongan yang diberikan kepada kanak-kanak akan menubuhkan
keyakinan kanak-kanak.

c.) 2 - 3 tahun (mengajar cara makan)


Pada usia kanak-kanak ini, mereka telah mempunyai kemampuan untuk memegang
sudu. Maka, pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar bayi cara pegang sudu. Ibu
bapa menyediakan makanan yang lembut di dalam bekas. Selain daripada itu, ia juga
adalah satu aktiviti membantu bayi berkembang motor halus.

d.) 3 4 tahun (menunggang basikal beroda tiga)


Pada peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar anak mengimbangi badan di atas basikal.
Ibu bapa boleh menggunakan basikal beroda tiga supaya anak mereka tidak
menghadapi cedera. Semasa anak sedang menunggang basikal, pengawasan ibu bapa
adalah amat penting. Aktiviti ini boleh membantu kanak-kanak pergerakan motor kasar
dan motor halus.

e.) 4 5 tahun (bermain di taman permainan)


Ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke taman permainan dan biarkan kanakkanak bermain di taman bersama rakan-rakan dan semasa mereka bermain di taman
permainan, maka mereka boleh bergaul dan bersosial bersama kawan-kawannya atau
kanak-kanak yang lain. Itu juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kemahiran
berkomunikasi kanak-kanak.

2.0 Teori tugas perkembangan Robert Havighurst


Teori ini adalah berkaitan dengan menerangkan konsep tugas dalam teori
perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada
tugas yang perlu dicapai. Sebenarnya, apa maksud tugas perkembangan?

2.1 Maksud Tugas perkembangan


Menurut Atan Long (1980), tugas perkembangan ialah jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutunya dikuasai oleh seseorang individu
pada peringkat umur tertentu.
Menurut Newman dan Newman (1999), tugas perkembangan ialah satu set kemahiran
atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan
terhadap persekitaran.

2.2 Konsep tentang teori tugas perkembangan Robert Havighurst


Sebenarnya, teori ini adalah berbeza dengan teori perkembangan Arnold Gesell. Hal ini
berlaku adalah disebabkan teori tugas perkembangan Robert Haqvighurst
mementingkan faktor alam sekitar maka teori perkembangan Arnold Gesell adalah
disebabkan oleh faktor baka.
Dalam teori ini, alam sekitar merupakan faktor utama untuk mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Contonya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan
berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan
bersama.
Seterusnya, budaya masyarakat, nilai-nilai, dan norma juga merupakan faktor yang lain
akan membawa kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Pada teori ini, individu
boleh memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat dan budaya. Oleh itu, semasa seseorang mempunyai keupayaan
menyempurnakan tugas tersebut maka akan membawa kebahagian kepada individu
dan jika gagal mencapai tugas perkembangan yang ditetapkan, individu akan
mengalami masalah.
Dalam buku Robert Havighurst yang bertajuk Human Development and Education
(1953) telah meyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak dari peringkat
bayi hingga peringkat berikutnya.

1. Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bercakap, berinteraksi dengan orang lain, belajar
bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain, belajar
makan makanan pepejal, membuang najis dan boleh membezakan betul dan salah.

2. Peringkat kanak-kanak (6 12 tahun)


Pada tahun ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran dalam
permainan, kemahiran menulis, membaca dan mengira, mula berkawan dan
berkomunikasi dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.

3. Peringkat awal remaja dan remaja (12 18 tahun)


Pada umur ini, bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan
jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semakin mantap.

4. Akhir remaja (18 22 tahun)


Remaja akan berusaha untuk mendapat autonomi daripada ibu bapa. Mereka akan
cuba membentuk identiti mengikut jantina. Selain itu, melalui pergaulan sosial remaja
akan menerap atau mematuhi nilai moral. Mereka juga menghadapi masalah untuk
memilih kerjayanya.

5. Awal dewasa (22 34 tahun)


Banyak dewasa akan menubuhkan keluarga sendiri. Pasangan yang telah berkahwin
akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Di samping itu, mereka juga cuba meneroka
persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina. Mereka juga berusaha
memantapkan diri dalam pekerjaan dan membentuk gaya hidup.

6. Pertengahan dewasa (34 60 tahun)


Pada peringkat ini, mereka mula menyempurnakan impian individu, iaitu beli rumah,
harta dan perniagaan sendiri untuk memupuk kebahagiaan dalam rumah tangga. Pada
masa ini, dewasa juga akan mahir dalam pekerjayaan sendiri dan melibatkan diri dalam
kerja amal untuk kebajikan masyarakat.

7. Akhir dewasa ( 60 75 tahun)

Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati. Selepas itu,
mereka juga mengubah tenaga ke arah lain selepas bersara daripada pekerjaan.
Mereka yang berjaya akan berpuas hati dan bersyukur atas takdir Tuhan.

8. Tua (75 hingga meninggal dunia)


Sebenarnya, umur ini kebanyakan akan menghadapi masalah kesihatan. Mereka akan
berasa tenang menanti saat untuk meninggal dunia sebab mereka telah berjaya
memyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

2.3 Implikasi teori perkembangan kepada guru


Memahami perkembangan seseorang kanak amat penting bagi seorang guru. Hal ini
berlaku kerana setiap peringkat kanak-kanak mempunyai fikiran, emosi, jasmani,
perkembangan dan sebagainya adalah berbeza. Oleh itu, guru mestilah memahami apa
kemahuan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan pada usia tertentu. Contohnya, kita
jangan menyuruh pelajar tahun satu main bola tampar kerana dari segi psikomotor
mereka adalah tidak sesuai dan akan membawa kesan kepada otot mereka. Oleh itu,
kita mestilah menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka seperti menyuruh mereka
melambung bola baling bersaiz kecil.
Selain daripada itu, ia juga membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah
laku sedemikian. Setiap tingkah laku yang telah dilaksanakan oleh kanak mesti
mempunyai tujuan atau sebabnya. Contohnya, murid yang nakal dalam kelas bertujuan
menarik perhatian daripada guru dan guru mestilah memikir cara yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah mereka.
Di samping itu, guru-guru juga boleh membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.
Selepas belajar tentang teori perkembangan kanak-kanak, ia juga akan menolong guru
merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dan merumus langkah
supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Contohnya, semasa guru mengajar sesuatu topik, guru mestilah mengajar asas baru
kepada topik yang lebih mendalam dan pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar
yang berbeza.
Seterusnya, guru juga boleh mengimplikasikan teori ini untuk meramal tingkah laku,
kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu,
merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan
memotivasikan pelajar, merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap perkembangan pelajar. Guru jangan menyediakan latihan yang senang kepada
kelas unggul atau soalan yang susah kepada pelajar-pelajar. Hal ini berlaku sebab jika
soalan itu terlalu senang akan menyebabkan pelajar berasa bosan manakala terlalu

sukar akan menyebabkan mereka hilang keyakinan. Oleh itu, semasa memilih latihan
atau aktiviti mestilah memikir latar belakang pelajar.
Walaubagaimanapun, prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar amat penting bagi
seorang guru. Guru mestilah mempunyai kesabaran semasa mengajar pelajar yang
kurang pandai kerana mungkin beberapa kali penjelasan akan diberikan kepada pelajar
tersebut.
Akhuirnya, guru-guru boleh membuat intervensi untuk mengatasi masalah
pembelajaran pelajar dan boleh berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang
perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar. Berbincangan boleh
dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung.

Pandangan saya terhadap kepentingan mempelajari teori-teori perkembangan


kanak-kanak
Sebenarnya, setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangannya. Oleh itu,
sebagai seorang ibu bapa atau guru-guru, maka kita mestilah memahami
perkembangan anak-anak dan murid-murid kita. Melalui pembelajaran psikologi ini,
saya telah mendapat pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada saya dan ia akan
membawa kesan baik kepada saya sehingga seumur hidup. Jika kita ingin mendidik
anak bangsa kita menjadi seorang insan yang berketrampilan dan berakhlak mulia,
maka kita mestilah memahami teori perkembangan kanak-kanak.
Sebelum saya mengambil subjek ini, saya langsung tidak memahami kenapa anak
murid saya membuat tingkah laku demikian pada masa saya menjadi seorang guru
sandaran tidak terlatih. Sekarang, barulah saya sedar bahawa sesuatu tingkah laku
yang mereka lakukan mestilah adalah alasan mereka dan kita mestilah memahami
tahap perkembangan mereka dan fikiran mereka. Barulah kita boleh menyelesaikan
masalah mereka dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran kita.
Akhirnya, saya berasa sangat bertuah kerana dapat mengambil subjek ini dan
mempunyai seorang pensyarah yang begitu berpengalaman dan berpengetahuan
dalam bidang psikologi ini mengajar kita. Sekarang, saya akan lebih yakin pada diri
sendiri untuk menyelesaikan masalah pelajar pada masa yang akan datang.

Bibliografi

Azizi Hj.Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon & Halimah Ma alip ( 2008 April).
Pembentuk tingkah laku remaja. Retrived July 25, 2012, from
thehttp://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp23.pdf

Ar-rifke (2012). Perkembangan kanak-kanak. Retrived July 25, 2012, from


the http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangan-kanak.html

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn
Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2 Sekolah
Rendah Psikologi Pendidikan & pedagogi). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zainuddin Abu Bakar. Teori-teori Perkembangan. Retrived Ogos 1, 2012, from


the http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

Psikologi perkembangan awal kanak-kanak. Retrived Ogos 1, 2012, from the


http://www.scribd.com/doc/13950186/Teori-Kematangan-Arnold-Gesell

New World Encylopedia. Urie Bronfenner. Retrived Ogos 3, 2012, from


the http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner

Teori perkembangan kanak-kanak. Retrived Ogos 7, 2012, from


thehttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanak-kanak.html

Psikologi Pendidikan. Retrived Ogos 7, 2012, from


thehttp://www.docstoc.com/docs/105271688/Psikologi-Pendidikan

PENGENALAN
Sigmund Freud (6 Mei 1856-23 Septenber
1939) adalah seorang tokoh yang
mempelopori teori Psikoanalisis dalam bidang
psikologi. Dalam teori ini, pemikiran tidak
sedar merupakan bahagian yang terbesar
dalam tingkah laku seseorang. Ia tertarik pada
hipnotis dan penggunaannya untuk membantu
pesakit mental. Ia kemudian meninggalkan
hipnotis untuk asosiasi bebas dan analisis mimpi untuk mengembangkan sesuatu yang
kini dikenal sebagai "ubat dengan berbicara".

STRUKTUR PERSONALITI SIGMUND FREUD

1. Id
Personaliti tidak sedar dipenuhi dengan naluri dan libido. Ia adalah sesuatu yang telah
sedia ada.

Struktur personaliti yang kuat yang disediakan dan disalurkan tenaga pada ego dan
superego.
Ia juga berkaitan secara langsung dengan kepuasan keinginan fisiologi tidak disedari
dan terpendam dalam diri.
Mementingkan diri, cari keseronokan, primitif, tidak berasaskan moral, ikut nafsu dan
mendesak.
Kepuasan dicapai melalui tindakan refleks, khayalan atau fantasi iaitu proses pemikiran
primer.
2. Ego

Wujud di tahun pertama. Aspek personaliti yang rasional yang arah dan kawal
tingkah laku berdasarkan prinsip realiti. Pertimbangan dalam menentukan bila
dan bagaimana id boleh dipenuhi ikut cara rasional & ditentukan oleh
masyarakat.

Ia tidak menghalang id tetapi cuma kawalan supaya ikut rasional dan diterima
masyarakat. Kanak-kanak diajar buat pertimbangan yang betul (proses
pemikiran sekundar)

Wujud pada tahap sedar dan prasedar.

3. Superego (5-6 tahun)

Aspek moral prinsip keunggulan yang dipelajari daripada ibu bapa dan
masyarakat. (dendaan, pujian dan pemerhatian tingkah laku)

Menekankan kesempurnaan moral halang langsung kehendak id.

TAHAP PERKEMBANGAN EMOSI


Peringkat oral (0-1 tahun)

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti
menghisap (sebelum 18 bulan) dan menggigit (selepas 18 bulan).

Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas


umur 8 bulan.

Personaliti terbentuk daripada pengalamannya.

Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan


membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar.

Peringkat anal (13 tahun)

Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis.

Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil
bertujuan untuk mendapat perhatian.

Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika
mereka dididik dengan cara yang sesuai.

Kanak-kanak ini akan membantuk personalitI jenis pemarah jika diberi latihan
tandas yang tegas.

Peringkat falik (3-6 tahun)

Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri

Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri.

Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanakkanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya
ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya.

Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih


tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya
untuk menarik perhatian ibunya.

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam
mengatasi maslah penyelesaian.

Peringkat latensi (6-11 tahun)

Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman.

Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu.

Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti
persekolahan

Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial


mereka.Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas

berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka
mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.

Peringkat genital ( 12 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, kanak-kanak memasuki alam remaja.

Mereka mula menunjukkan minat rakan sebaya yang berlainan jantina.

Mereka mula memikirkan isu seperti dating, perkahwinan serta tentang kerjaya
dan keluarga.

PENGENALAN

Eric Homburger Ericson merupakan nama sebenar beliau. Beliau dilahirkan pada 15
Jun 1902 di Frankfurt, Germany dan meninggal dunia pada 12 Mei 1994. Erik Erikson
merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif
tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau
membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau
digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.

Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami


perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa
dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi
manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif
dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik
emosinya.

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON


1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluankeperluan asas.
3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.
5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikutnya.

PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON


Tahap 1 : Kepercayaan lawan ketidakpercayaan (0 -18 bulan)

Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman.

Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.

Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain.

Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah


dalam hidup.

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya
pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat
penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika
bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul
perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan
mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Tahap 2 : Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bulan-3 tahun)

Konsep diri mula bertambah nyata.

Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang
lain.

Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat.

Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan.

Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri.

Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin.

Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu.

Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji
dapat mengenal jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang hendak
dielakkan.

Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong.

Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu


perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau
dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada
pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan
dan galakkan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan
dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap 3 : Inisiatif lawan bersalah (3-6 tahun)

Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar inisiatif.

Dapat belajar dan bergerak dengan cepat.

Lebih peka kepada perkara betul dan salah.

Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.

Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri.

Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif.

Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak


inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan
cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan

ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak
hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila
memasuki alam persekolahan.
Tahap 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya


menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun)


Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan
agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.
Tahap 6 : Kerapatan lawan pengasingan (18-35 tahun)

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak
mahir membina hubungan.
Tahap 7: Generativiti lawan pemusatan kendiri "stagnasi" (35-60 tahun)
Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan
datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.
Tahap 8 : Kesepaduan lawan putus asa (60 tahunakhir hayat)
Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau
merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Teori Perkembangan kanak-kanak.


Teori Perkembangan kanak-kanak.
Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
1) Kematangan Biologi

Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi
yang tidak dapat dikawal.
Teori Perkembangan Arnold Gesell.
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang
tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu.
Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada
kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai
peringkat usia perkembangan tersebut.
2) Kognitif
Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual
mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah
atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk
memahami persekitaran mereka.
Teori Perkembangan Jean Piaget.
Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun)
dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan prosesproses seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.
3) Sosial
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanakkanak tersebut.
Teori Perkembangan Robert Havighurst.
Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut
beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa
kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas
tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan
berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai