Anda di halaman 1dari 9

Teori Kematangan - Presentation Transcript 1. 2. 3.

PERBANDINGAN TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL DAN ROBERT HAVIGHURST TUTORIAL 2 ARNOLD GESELL ARNOLD GESELL Berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak. Kanak-kanak diumpamakan seperti tumbuh-tumbuhan. Menekankan kesediaan dan kematangan dan mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 tahun. Melihat kematangan biologi sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal. ARNOLD GESELL
o

o o

4.

Baka sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, jika baik bakanya baiklah individu yang akan terhasil. Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. Menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak. ARNOLD GESELL

5.
o o

Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. ROBERT HAVIGHURST ROBERT HAVIGHURST

6. 7.
o

As growth proceeds along a developmental continuum, each new stage of development, according to Havighurst (1972,1980) ushers

in new tasks skills, attitudes, understandings, accomplishments that must be met before a person can move to a higher level of development. These are referred to as developmental tasks, which Havighurst (1972) says occur. 8.
o

ROBERT HAVIGHURST Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran masyarakat tersebut. Menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Pada setiap peringkat perkembangan manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu. Manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. ROBERT HAVIGHURST
o

o o

9.

Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. ROBERT HAVIGHURST Havighurst telah mengenal enam tempoh usia utama: peringkat permulaan dan awal alam kanak-kanak (0-5 tahun), peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun) remaja (13-18 tahun), kedewasaan awal (19-29 tahun), kedewasaan tengah (30-60 tahun), dan kematangan kemudian (61+). MODEL MOTOR PERSEPSI PIAGET Peringkat-peringkat perkembangan motor: i. Tahap sensorimotor (0-2 tahun) ii. Tahap praoperasi (2-7 tahun)

10.
o o o o o o o

11.
o o o

o o

iii. Tahap operasi konkrit (7-11 tahun) iv. Tahap operasi formal (11 tahun ke atas) Tahap Sensorimotor (0-2 tahun) Pemahaman berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari Cth: menghisap, memegang dan melihat Gerakan spontan: skema-skema dalaman yang sentiasa berubah Bentuk pemikiran kanak-kanak adalah berdasarkan pada aktiviti sensori (deria) dan motor (fizikal) Tahap Praoperasi (2-7 tahun) Bergantung objek konkrit Bercakap dengan laju dan perkembangan bahasa berkembang dengan pesat Menggunakan skema berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain Cth: penyapu sebagai kuda Dapat menyelesaikan masalah-masalah mudah Egosentrik dalam pemikiran dan perlakuan Setiap sesuatu ada sebab dan tujuannya; pemikiran tetap Membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat Suka berfikiran tidak logik; semua benda punyai nyawa Tahap Operasi Konkrit (7-11 tahun) Berfikir secara konkrit Egosentrik dalam pemikiran dan perlakuan Kognitifnya semakin matang Pemikiran logik mula jelas Boleh membuat banding beza Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas) Berfikiran secara abstrak

12.
o o o

13.
o o

o o o o o o

14.
o o o o o

15.
o

- selesaikan masalah matematik yang libatkan perwakilan abstrak - 4x + x = 10 Berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah Egosentrik remaja muncul

o o

http://www.slideshare.net/syazayasmin/teori-kematangan

2.5.8 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980). Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999) Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal.

2.6 Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja 2.6.1 Awal Kanak-kanak (0-6 tahun). (c)Perkembangan Fizikal dan Kognitif. Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.Pertambahan berat badan 5 paun setahun.Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka. Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi susu

Havighurst berpendapat: 9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat. Bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. 20-24 bulan: Menggabung perkataan utk menjadi suku kata. 2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran. 5-6 tahun: Bersedia utk membaca. 6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk
3.0 3.1 TEORI TUGAS PERKEMBANGAN Biodata ROBERT HAVIGHURST tokoh

Nama sebenar beliau adalah Robert Havighurst. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Seterusnya membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk Human Development and Education pada tahun 3.2 Konsep 1953. Teori

Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak

adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak samaada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkan mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media elektronik ( internet ). Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit seperti PKU. Ini adalah kerana kurangnya enzim di dalam badan bayi selepas di lahirkan. Seterusnya, bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Dari sini, ianya akan membantu kanakkanak membesar dengan sihat dan cergas. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke arah yang positif. Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya. Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah kawannya, maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbuki bahawa paktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Selain dari itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan adalah sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka selamatlah kanak-kanak tersebut. Sebaliknya jika tidak, ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanakkanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanakkanak dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berjaya.

Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderong kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak. Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanak-kanak itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan memberi 3.3 kesan Peringkat yang dalam terhadap dan perkembangan cadangan mereka. aktiviti

peringkat

Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak. Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak ( lahir 2 tahun). Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh adik ketawa sebab suka. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian, pertolongan dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan, bermain bersama dan membantu anakanak mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan. Dalam aktiviti ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut. Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak Toddlerhood (2-3 tahun). Kanakkanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga.

Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok. Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun kasar kanakkanak. Peringkat ketiga prasekolah (4 6 tahun ). Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanakkanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanakkanak yang lain. Cadangan aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas bawang dan meramas santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan. Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 12 tahun ). Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit beruniform dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum. Disamping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka melalui tendangan bola yang dilakukan. Peringkat kelima awal remaja ( 12 18 tahun ). Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk

berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif . Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai contoh melukis. Jadi, dari sini mereka boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan gambar asal yang memerlukan dayay imaginasi yang kuat. Hal ini telah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Sekaligus dapat mengasah bakat yang mereka miliki. Peringkat keenam akhir remaja (18 22 tahun). Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu bapa. Remaja mula membentuk identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau perempuan.Melalui pergaulan sosial, remaja akan mematuhi nilai moral masyarakat. Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 34 tahun ). Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka persahabatan intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak- anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion serta wujud kehidupan sendiri. Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 60 tahun). Peringkat ini, individu mempunyai berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua. Seseorang individu yang berjaya mampu memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. Individu peringkat ini banyak terlibat dengan kerja amal. Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 75 tahun ). Individu pada peringkat ini telah bersara dan lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat. Individu turut menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Allah. Selain itu,individu pada peringkat ini berfikir tentang perkara yang telah dilakukan semasa hidupnya. Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun meninggal dunia ). Pada peringkat ini mereka mula menangani masalah kesihatan seperti osteoporosis, nyanyok dan menopause. Mereka turut mengenang zaman muda dan dewasa. Bagi individu yang berjaya mereka akan berasa puas hati dan tenang sambil menanti saat untuk meninggal dunia.

http://welcometomyzonearea.blogspot.com/2010/03/teori-perkembangan-arnoldgesell-robert.html

Anda mungkin juga menyukai