Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN HIJRAH

Pada dasarnya, hijrah telah memberi kesan mendalam kepada tiga aspeks kehidupan yang penting iaitu sosial, ekonomi dan politik. Kepentingan dalam aspeks sosial boleh dilihat apabila wujudnya sebuah model masyarakat Islam di Madinah. Semenjak wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. hinggalah sampai tempoh 12 tahun --telah dilaksanakan oleh baginda untuk menanam akidah dalam minda setiap individu-- namun tidak ada satu contoh kehidupan bermasyarakat berasaskan konsep agama yang benar untuk ditunjukkan kepada dunia. Sementara itu, keadaan di Makkah al-Mukarramah pada peringkat awal nabi dibangkitkan menjadi Rasul, terdapat pelbagai kepercayaan dalam sesebuah keluarga; yang mana ketua keluarganya seorang yang beriman sementara anaknya menyembah berhala, atau isterinya beriman sedangkan suaminya penyembah berhala. Hanya terdapat beberapa buah keluarga sahaja seluruh ahlinya adalah Muslim. Kedudukan setiap individu muslim di Makkah Mukarramah ketika itu menimbulkan salahtanggapan bahawa Islam atau mempercayai bahawa al Quran itu diturunkan semata-mata untuk kehidupan akhirat tanpa ada hubungan dengan kehidupan bermasyarakat. Tetapi selepas hijrah, orang ramai mula melihat dengan jelas bahawa Islam adalah cara hidup yang mengambil berat dan mengubah setiap wajah kehidupan manusia, memberi panduan mengikut setiap aspek kehidupan manusia. Hijrah juga membuatkan orang-orang Arab khususnya dapat melihat sebuah keluarga muslim yang sepatutnya dan sebuah masyarakat Muslim yang sebenar. Hanya selepas peristiwa hijrah juga dunia telah melihat aspekaspek keindahan dan ketertiban sosial di bawah penguasaan Islam. Sementara kepentingan hijrah dalam aspek ekonomi pula dapat

dilihat kesannya apabila orang-orang Muhajirin menetap sepenuhnya di Madinah. Sifat peramah yang tidak ada tandingan yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk Madinah al Munawwarah terhadap kaum Muhajirin, tidak hanya menyediakan perlindungan dan tempat tinggal yang baru bagi pendatang baru, tetapi orang-orang Ansar (penduduk Madinah) banyak mengorbankan kepentingan diri menerima orang-orang Muhajirin dengan semangat persaudaraan dan kasih sayang. Apabila selepas hijrah, para sahabat dan pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. berpindah dari Makkah Mukarramah ke Madinah Munawwarah, perniagaan telah semakin rancak terutamanya dalam bidang pertanian dan pertukangan menghasilkan revolusi ekonomi di tempat itu. Para Muhajirin telah diajar dan dilatih oleh Rasulullah sendiri hampir 13 tahun adalah orang-orang yang kuat tanggungjawab keagamaannya. Orang-orang Ansar membantu orang-orang Muhajirin ke tahap bersedia untuk membahagikan kepunyaan mereka antara orangorang Muhajarin dan diri mereka sendiri. Tetapi akhirnya mereka tidak bersedia untuk menerima status menerima segala bantuan tanpa membuat apa-apa kerja. Jadi, itu adalah wajar bagi mereka yang tidak suka membebankan orang lain untuk selama-lamanya. Ringkasnya, orang-orang Muhajirin bekerja sebagai buruh di ladang-ladang, kebun dan kerja-kerja pembinaan. Kemudian mereka menjadi pedagang, memulakan perdagangan secara kecil-kecilan yang membawa mereka menjadi pesaing ekonomi kepada orang-orang Yahudi di Madinah al-Munawwarah. Salah satu aspek penting daripada kesan revolusi ekonomi ialah pedagang-pedagang Muhajirin membayar harga yang wajar kepada pengorbanan kerja utama mereka selama ini, kerana Rasulullah melarang amalan pertukangan dan pengukiran patung. Semua ini berlaku hanya selepas hijrah yang mana pertanian, perindustrian dan perdagangan membantu satu sama lain yang membawa satu ekonomi yang saksama, bersepadu dan

berimbang kepada semua orang Islam. Sebab ketiga yang membuat hijrah begitu penting ialah kebebasan politik bagi orang-orang Islam. Sebelum hijrah orangorang Islam tidak dapat bersuara dalam apa-apa urusan dalaman dan luaran negara. Mereka adalah golongan minoriti berbanding dengan golongan majoriti yang mempunyai sikap bermusuhan -orang-orang Islam adalah satu pihak yang tidak penting bagi penyembah-penyembah berhala di Makkah. Hijrah membuatkan orang-orang Muslim menjadi penguasa kepada urusan dalaman negara, perhubungan luar dan urusan yang berkaitan dengan peperangan dan perdamaian. Terdapat persefahaman yang jitu di kalangan orang-orang Islam, sebagai contoh, dalam kes perselisihan faham yang berlaku antara Muslim dan bukan Muslim, keputusan akhir dibuat oleh Nabi S.A.W. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Islam sudahpun bermula. Sepanjang hidup Rasulullah atau sepanjang tempoh 10 tahun dibangkit menjadi Rasul, ini adalah permulaan sebuah negara Islam yang merentasi seluruh semenanjung Arab. Ini merupakan bukti bahawa peristiwa 'Hijrah' telah mengubah beratus-ratus orang masyarakat Arab menjadi masyarakat yang maju lagi berjaya. Penguasaan pengaruh Islam sepanjang tempoh itu adalah satu rekod. Semua ini mungkin belaka kerana bentuk peristiwa 'Hijrah' itu sendiri yang mengubah segala aspek kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai