Anda di halaman 1dari 13

Setiap manusia normal akan mengalami pertumbuhan dan

perkembangan dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi


dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah
menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal
guru, kita perlu peka dan prihatin dengan perubahan
perkembangan murid-murid supaya mereka dapat
mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai
aspek ke tahap yang maksimum.
PERTUMBUHAN
Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang
bersifat kuantitatif, iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan
pandangan mata kasar manusia (Wong, Khairuddin, Maridah,
Rashinawati dan Azlina, 2013).
Menurut Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu
peningkatan ukuran badan yang dapat diukur dengan meter (m) atau
sentimeter (cm) untuk ketinggian badan serta kilogram (kg) dan
gram (g) bagi berat badan seseorang individu. Oleh itu, setiap
kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza bagi
pertumbuhan mereka.
PERKEMBANGAN
Perkembangan pula ditakrifkan sebagai perubahan kualitatif iaitu
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif, tetapi perubahan
yang nyata berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada
peringkat yang terlebih dahulu (Zainuddin, 2008).
Contohnya, penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau
penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak. Perkembangan
merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak secara
berperingkat dan berterusan. Hasilnya dapat dilihat melalui perkaitan di
antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semula jadi.
Dalam teori kematangan Gesell memfokuskan kepada
kematangan individu di mana dalam proses kematangan ini ia
dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan persekitaran
yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan
perkembangan fizikal kanak-kanak itu (Fizi Apis, 2010).
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL (1880-1961)

1. Arnold:perkembangan manusia dipengaruhi faktor kematangan.


2. Arnold Gesell menyatakan perkembangan individu ikut jadual yang
telah ditetapkan, urutan atau pola tertentu.
3. Setiap individu menghadapi perkembangan yang berbeza.
4. Sebahagian individu menghadapi perkembangan lebih awal atau
lambat bergantung kepada individu tersebut.
5. Contohnya, ada kanak-kanak sudah boleh berjalan kaki dalam
sembilan bulan dan ada kanak-kanak mula berjalan kaki selepas umur
satu tahun.
6. Arnold Gesell juga berfokus kepada penyelidikan KAJIAN
EKSTENSIF .
7. Kajian tentang teori perkembangan Arnold Gesell , faktor baka adalah
faktor utama mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mengikut kajian ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman
(1937) Sheldon (1962) telah membuktikan setiap individu mempunyai
kecerdasan dan intelek berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu
boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.

Ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan


kecerdasan ibu bapa. Biasanya, ibu bapa yang bijak melahirkan anak-anak
juga bijak. Emosi seseorang juga diwarisi dari baka.
Kematangan fizikal juga akan mempengaruhi kelancaran kanak-kanak
terhadap pembelajaran. Hal ini berlaku adalah disebabkan kelancaran proses
perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya.
 Teori perkembangan Arnold Gesell menekankan
perkembangan fizikal kanak2.
 Kanak2 diberi peluang berkembang pada kadar sendiri dan
tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah
mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
 Guru jangan memaksa kanak2 melakukan sesuatu yang tidak
sampai tahap perkembangan mereka.
 Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah
laku dan aspek yang lain akan membawa kesan kepada
perkembangan yang seterusnya.
 Bayi, belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari jelas. Keupayaan
berkembang dalam urutan yang spesifik.
 Pertumbuhan saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan.
Mereka juga tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama.
 Perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya
oleh mekanisme genetik dalaman.
 Kesan kematangan dapat dibandingkan dengan kesan persekitaran.
 Faktor persekitaran menyokong pertumbuhan. Sebaik sahaja bayi lahir, ia
memasuki jenis persekitaran berbeza, persekitaran sosial dan budaya yang
cuba menggalakkannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya.
PERINGKA CIRI-CIRI
T
Pertama - Kematangan emosi berlaku 1 bulan (isyarat tangisan dan senyuman)
(0 – 1 thn) - Kematangan fizikal berlaku 4 bulan ( pergerakan mata)

Kedua - kemahiran menggunakan perkataan yang mudah


(1 – 2 thn) - Mula berjalan diikuti dengan berlari.

Ketiga - Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-lain.
(2 – 3 thn) - Menggunakan ayat yang mudah

Keempat - Melakukan aktiviti permainan


(3 – 4 thn) - keupayaan melaksanakan tugas harian

Kelima - Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi dengan rakan
(4 – 5 thn) sebaya
- Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan- soalan dikemukakan
Aktiviti mengikut peringkat umur teori Arnold Gesell
Setiap peringkat kanak2 mempunyai perkembangan berbeza dan mempunyai
aktiviti yang perlu dilaksanakan. Mengikut teori perkembangan Arnold
Gesell, beliau telah menyatakan aktiviti yang sesuai mengikut umur kanak-
kanak seperti berikut:

a.) 0 – 1 tahun (penerokaan permainan)


Letakkan bayi di ruang yang luas dan bersih bagi melaksanakan
aktiviti. Ibu bapa boleh memberi permainan yang berbunyi dan
berwarna-warni bagi menarik perhatian. Ibu bapa juga digalakkan
memberi dorongan kepada bayi untuk melakukan aktiviti.
b.) 1 – 2 tahun (jalan latih)
Ibu bapa boleh membawa anak ke taman permainan atau kawasan luas. Ibu
bapa boleh menggunakan “baby walker” untuk melatih anak berjalan. Beri
dorongan walaupun mereka telah gagal melakukan dengan baik. Dorongan
yang diberikan akan meningkatkan keyakinan diri anak.

c.) 2 - 3 tahun (mengajar cara makan)


Di usia ini, mereka telah mempunyai kemampuan memegang sudu. Ibu bapa
boleh mengajar bayi cara pegang sudu. Ibu bapa menyediakan makanan yang
lembut dalam bekas. Selain dari itu, ia juga adalah satu aktiviti membantu
bayi berkembang motor halus.
d.) 3 – 4 tahun (menunggang basikal beroda tiga)
Peringkat ini, ibu bapa boleh mengajar anak mengimbangi badan. Boleh
menggunakan basikal beroda tiga supaya anak tidak cedera. Semasa anak
sedang menunggang basikal, pengawasan ibu bapa amat penting. Aktiviti ini
membantu pergerakan motor kasar dan motor halus.

e.) 4 – 5 tahun (bermain di taman permainan)


Ibu bapa boleh membawa anak ke taman permainan dan biarkan mereka
bermain di taman bersama rakan dan semasa bermain, mereka boleh bergaul
dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Itu juga merupakan satu cara untuk
meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.
KESIMPULAN TEORI KEMATANGAN
GESELL
Gesell percaya perkembangan dan pertumbuhan mempunyai aturan
yang sama namun berbeza masa penguasaan. Kematangan
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Gesell lebih menitik
beratkan keupayaan ibu bapa untuk mengajar anak. Kanak2 akan
duduk, berjalan dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem
saraf sudah matang sepenuhnya namun boleh dipercepatkan dengan
bantuan persekitaran. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai
sesuatu tugasan yang datang dari keinginan sendiri dan dibantu faktor
persekitaran

Anda mungkin juga menyukai