Anda di halaman 1dari 47

PERTUMBUHAN

DAN
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
1

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


DEFINISI PERTUMBUHAN

 Perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara


kuantitatif dari satu peringkat ke peringkat
perkembangan yang lain
 Contoh: perubahan dari segi berat badan, tinggi dan
saiz badan.

2
 Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang
melibatkan pertambahan kuantiti dan bukan perubahan
bentuk atau sifat.
 Aspek-aspek pertumbuhan seseorang akan terhenti apabila
seseorang itu telah mencapai kematangan.

3
CIRI-CIRI PERTUMBUHAN

 Pertumbuhan manusia dapat dilihat dan diukur


melalui peredaran masa dan bersifat kuantitatif
 Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara
seorang individu dengan individu yang lain
 Anggota yang berlainan mengalami kadar
pertumbuhan yang berlainan

4
 Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku
dalam berbagai sifat seperti saiz, tinggi dan struktur
 Perubahan berlaku secara peringkat demi peringkat
 Corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada asasnya
adalah sama
 Pertumbuhan juga ditentukan oleh baka
 Pertumbuhan juga bergantung kepada kematangan

5
 Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang itu
mencapai kematangan
 Arah pertumbuhan adalah :
 Daripada kepala ke kaki
 Daripada tengah ke tepi
 Daripada umum kepada khusus

6
DEFINISI PERKEMBANGAN
 Perubahan kualitatif yang dialami oleh individu dari satu
peringkat ke peringkat yang lain
 Perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal
 Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan “…the
concept of development, the orderly, durable changes in a
learner resulting from a combination of learning, experience
and maturation”

7
 Individu akan mengalami perkembangan sepanjang
hayat mereka iaitu pertumbuhan dan
perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan
terhenti apabila seseorang mencapai kematangan)

 Rumusan: perkembangan adalah aspek perubahan


yg dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi
jelas berubah melalui peredaran masa
8
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
 Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat
tindakan yang saling berkait
 Perubahan adalah dari segi jasmani , emosi, mental dan
sosial
 Perubahan adalah dari segi fungsi
 Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-
sifat sejagat serta mengikut aturan semulajadi
 Berlaku sepanjang hayat seseorang individu

9
 Perubahan tingkahlaku berlaku dalam keadaan
yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan tertentu
 Peringkat-peringkat perkembangan membawa
perubahan yang menuju ke arah tertentu serta
dijangkakan
 Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan
membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum

10
PRINSIP-PRINSIP
PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN

11
 Prinsip perkembangan adalah :
 Ada arah tertentu yg dapat diramalkan:
 I) arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
 2) arah dari tengah ke tepi (proximodistal)
 Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu
dan ada yg kemudian, tapi urutan tidak berubah. Cth:
duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum jalan
 Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu:
mulanya umum kemudian khusus.
12
• Berlaku secara berterusan: perkembangan berlaku dari
detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehigga ke peringkat
kematian.

• Berlaku mengikut kepantasan yg berbeza: walau


berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu
organisma mungkin berbeza
.

13
• Perkembangan satu bahagian saling berhubung
dengan bahagian yang lain: wujud pertalian yg nyata
antara kematangan jasmani dan kematangan mental.

• Corak perkembangan berbeza-beza;tidak semua


kanak-kanak mencapai titik perkembangan yg sama pada
umur yg sama.

• Berlaku mengikut peringkat:Peringkat belum lahir,


bayi, kanak-kanak, ramaja, dewasa dan seterusnya
14
Peringkat-Peringkat Perkembangan
Pra Lahir
• Peringkat Germa
• Peringkat Embrio
• Peringkat Fetus atau
• Trimester 1 (0-3 bulan)
• Trimester ke 2 (4-6 bulan)
• Trimester ke 3 (7-9 bulan) 15
Fetus berusia 4 minggu, panjang
7mm.

16
Fetus berusia 5 minggu, panjang
10cm

17
Fetus berusia tiga bulan

18
Bayi telah membesar
sepenuhnya

19
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Perkembangan Dan Pertumbuhan
Dari Pra Lahir Hingga Lahir

20
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Dan Pertumbuhan
Dari Pra Lahir Hingga Lahir

Faktor baka Riadah

Pemakanan
Kesihatan
Persekitaran
Mental
Pengambilan
Alkohol Usia ibu

Pengambilan ubat Gaya hidup 21


Baka Atau Keturunan
 Ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada
anak-anak
 Ciri-ciri seperti : warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan
lain-lain.
 Diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak

22
 Boleh menguasai penyuburan fizikal
dan mental
 Menetapkan had keupayaan,
kemampuan mental kita sama ada
pandai atau tak pandai.

23
Faktor Kebakaan

1. Kromosom

2. Gen

24
Kromosom
 Bahan kimia heliks dubel bergelang panjang dan nipis
 Terdapat dalam nukleus setiap sel
 Mengandungi butir-butir halus yang menentukan
kesemua sifat jasmani
 Sel badan manusia mengandungi 46 kromosom
 Ovum perempuan mengandungi kromosom XX

25
 Sperma lelaki mengandungi kromosom XY
 Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XY, bayi lelaki akan
dilahirkan
 Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XX, bayi perempuan
dilahirkan

26
• Gen
• Gen perkembangan yang membawa maklumat baka
atau sifat yang diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi
• Terdiri daripada DNA (deoksiribonuleik)
• DNA mengandungi fosfat, 4 asid iaitu adenin, guanin,
timina dan sitosin
• Bayi yang dilahir menerima separuh gen ibu dan
separuh daripada bapa

27
• Gen dominan : gen yang mempunyai sifat yang
kuat
• Gen resesif : gen yang mempunyai sifat yang
lemah

28
Induk XY
XX

X X kromosom X Y

XX XX anak XY XY
P P L L

Penentuan Jantina 29
2. Persekitaran

• Segala benda yang ada di sekililing unit-unit


kebakaan
• Segala kuasa luar nyata yang kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkah laku individu

30
Faktor-Faktor Persekitaran

• 1. Usia ibu yang mengandung


• 2. Kesihatan ibu
• 3. Amalan pemakanan
• 4. Ketenangan mental dan emosi
• 5. Kebersihan
• 6. Riadah
• 7. Pengambilan ubat atau dadah
31
• 8. Pengambilan alkohol
• 9. Cara gaya hidup ibu bapa
• 10. Kesan X-ray
• 11. Faktor Rh darah
• 12. Doa dari ibu bapa

32
Usia Ibu Yang Mengandung
• Lingkungan usia ibu yang sesuai
mengandun : 20 – 35 tahun
• Ibu yang tua (> 40 thn) tidak digalakkan
mengandung, ini boleh melahirkan bayi
yang down sindrom dan terencat akal
• Usia ibu yang terlampau muda juga
menjejaskan tumbesaran bayi
33
Kesihatan ibu
• Ibu yang sihat melahirkan anak yang sihat dan normal
• Untuk kesihatan yang baik, ibu haruslah mengurangkan
pengambilan gula dan garam untuk mengelakkan
penyakit kencing manis dan darah tinggi
• Menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang
ditetapkan
• Perlu bersenam dan mengalami tidur yang cukup
• Penyakit boleh dielakkan melalui pelalian

34
Amalan Pemakanan

• Makanan seimbang penting untuk


pertumbuhan fetus supaya berat lahir bayi
normal
• Protein : membina tubuh fetus serta
pertumbuhan otak
• Zat besi : membina sel darah merah, sel darah
merah penting dibina oleh fetus untuk
keperluan dan sebagai simpanan, ia juga
berfungsi membawa Oksigen ke seluruh tubuh
terutama otak
35
• Zat kalsium : membina tulang dan gigi yang kuat
• Asid Folik & Vit. B12 : pembinaan sel darah
daripada sum-sum tulang
• Vit. C : untuk kesihatan fetus, pembinaan darah
derta pelarutan besi
• Vit. K : pembekuan darah
• Kekurangan Vitamin menyebabkan kecacatan fetus
misalnya “spina bifida”

36
Pengambilan Ubat
• Pengambilan ubat perlulah dielakkan terutamanya pada bulan
pertama mengandung
• Perlu mendapat nasihat doktor sebelum pengambilan ubat,
untuk mengelakkan kecacatan fetus

37
Pengambilan Alkohol

• Pengambilan alkohol ketika hamil


boleh mengakibatkan kecacatan
jasmani dan rohani serta menjejaskan
petumbuhan fetus.

38
Cara Gaya Hidup Ibu Bapa
• Memberi kesan terhadap fetus di dalam
kandungan
• Contohnya: ibu bapa merokok, boleh
mengakibatkan kecacatan dan mengurankan
berat badan bayi ketika dilahirkan
• Ibu yang tidak merokok, tapi tinggal dengan
orang merokok, akan menghadapi risiko yang
sama
39
• Merokok juga menyebabkan
kemandulan wanita
• Ibu yang mengambil dadah ketika
hamil akan melahirkan bayi yang cacat

40
Ketenangan Mental Dan Emosi
• Emosi ibu yang tegang semasa mengandung
akan menghasilkan bayi yang suka
menangis atau merasakan dunia ini tidak
selamat
• Emosi ibu sentiasa tenang dan tenteram,
bayi yang dilahirkan akan menjadi anak
yang periang dan tenang emosinya
41
Kebersihan
• Kebersihan diri dan persekitaran menjamin
kesihatan ibu dan fetus di dalam kandungan
• Plumbum dan karbon monoksida daripada asap
kenderaan bermotor boleh menjejaskan
perkembangan dan pertumbuhan fetus

42
Riadah
• Beriadah ketika hamil baik untuk meningkatkan
pengaliran darah ke seluruh tubuh
• Amalkan berjalan-jalan selama 20 minit pada
waktu pagi dan petang
• Latihan pernafasan boleh membantu memudahkan
ibu melalui proses kelahiran, malahan bayi tidak
akan menghadapi tekanan dan kekurangan oksigen
yang mendatangkan kecacatan
• Elakkan daripada sukan yang agresif
43
Kesan X-Ray
• Terdapat beberapa kesan sampingan akibat
sinaran-X :
• A) Berlakunya perubahan yang kekal dalam
gen sel yang mungkin memberi kesan pada
generasi berikutnya (mutasi)
• B) Melahirkan bayi yang menghidap
leukimia
• C) Kemandulan
44
Faktor Rh-Darah
• Ibu yang hamil yang berdarah Rh-negatif,
beberapa sel darah daripada fetus mungkin
mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya
• Tisu ibu akan menjanakan antibodi yang berupaya
memusnahkan sel darah yang “tidak diundang”

45
• Tiada apa-apa yang serius terhadap kehamilan
pertama
• Keguguran pada kehamilan anak kedua dan ketiga
• Cara mengatasi : suntikan “imunoglobulin Rh”
diberi dalam masa 72 jam pertama setiap kali
selepas pengakhiran kehamilan, ini dapat mencegah
tubuhnya daripada menghasilkan antibodi yang
berupaya memusnahkan sel darah yang “tak
diundang”

46
Doa Dari Ibu Bapa

• Wanita Islam yang mengandung harus


mengambil kesempatan untuk membaca al-
Quran terutama Surah Yusof dan Lokman
• Ini setakat memberi keuntungan kepada
bayi yang akan lahir, tetapi juga boleh
menenangkan fikiran ibu yang mengandung

47

Anda mungkin juga menyukai