Anda di halaman 1dari 51

OBJEKTIF

Terdapat banyak objektif yang boleh didapati oleh pelajar melalui tugasan KKBI ini. Antara objektif yang boleh didapati dari tugasan ini ialah, pelajar dapat meluaskan pengetahuan dari sudut emosi sewaktu berada di dalam persekitaran pengajaran di dalam kelas. Pengetahuan ini didapati oleh pelajar sewaktu mencari buku-buku emosi sebagai rujukan untuk membuat tugasan ini. Selain itu, pelajar juga dapat meluangkan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti berada di pusat sumber untuk mencari rujukan dan sebagainya. Pelajar juga akan lebih memahami isu mata pelajaran ini iaitu pembelajaran mengenai kecekapan mengawal emosi walau pada saat-saat genting. Ianya akan membuatkan pelajar dapat mempraktikan pengetahuan mereka dalam kehidupan. Tambahan lagi, pelajar dapat mengeratkan silaturrahim sesame pelajar dan juga pensyarat dengan perbincangan yang dibuat mengenai tugasan ini. Dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitik dalam kalangan pelajar. Pelajar juga dapat menyesuaikan diri sendiri dari pelbagai keadaan di persekitaran sekolah.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 10

PENGENALAN
Perkembangan adalah perubahan dengan masa yang bersifat kualitatif dan kuantitatif. ( Atan Long, 1980) sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Paul Egan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Dalam tugasan KKBI Perkembangan Kanak-Kanak memerlukan guru pelatih untuk membuat pembacaan dan kajian pemerhatian perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Tugasan ini adalah tugasan individu, guru pelatih perlu merangkumi beberapa perkara yang penting dalam keseluruhan tugasan ini iaitu konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan. Dalam peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak guru pelatih perlu membuat satu kajian dalam kalangan murid kanak-kanak di sekolah.Kajian untuk melihat perkembangan fizikal, guru pelatih harus membuat satu data yang mengukur saiz badan, saiz kepala, tinggi dan berat perkembangan kanak-kanak. Dalam ujian tersebut guru pelatih perlu mengambil sembilan orang pelajar dalam tiga peringkat.Akhirnya, selepas membuat data guru pelatih perlu kira purata dan bandingkan data bagi tiap tiap peringkat umur untuk mendapat rumusan bentuk perkembangan fizikal yang dilalui kanak-kanak. Tambahan pula, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak guru pelatih harus membuat tiga kajian pada setiap peringkat umur iaitu ( peringkat 1:6-7 tahun), (peringkat 2: 8-10 tahun) dan (peringkat 3:11-12) sejumlahannya sembilan orang pelajar yang terlibat dalam ketiga-tiga ujian perkembangan kognitif kanak-kanak. Selepas membuat kajian guru pelatih perlu membuat data dan kira bagi tiap tiap

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 11

ujian yang melalui pada setiap peringkat umur untuk mendapat rumusan bentuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Setelah mendapat data maklumat kaitkan dapatan kajian dengan konsep dan

prinsip pertumbuhan dan perkembangan, dengan teori-teori fizikal dan kognitif kanak-kanak. Akhir sekali, guru pelatih perlu menghuraikan implikasi melalui kajian dan juga mencadangkan amalan guru di dalam bilik darjah dan juga proses pengajaran dan pembelajaran.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 12

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 13

1.1 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal. Selain itu, perkembangan juga dapat dilihat melalui perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua

perkembangan, sama ada berbentuk stuktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku

walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organism. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 14

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN INDIVIDU


Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 15

PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN

Perkembangan berlaku mengikut arah tertentu Perkembangan juga mempunyai arah sama ada sewaktu peringkat sebelum lahir mahupun pada peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti arah kepala ke kaki (cephalocaudal ) dan arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak kea rah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala, kemudian di bahagian badan akhir sekali di bahagia kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala berbanding dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya akan dapat mengangkat kepalanya dahulu berbanding badannya. Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan itu berlaku dari arah tengah badan menghala ke luar badan dan ke bahagian hujung anggota badan. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan dikatakan sudah cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung puntung- puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandung menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

Perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 16

Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

Perkembangan dan pertumbuhan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan.Perkembangan berlaku secara berterusan sejak daripada percambahan sehingga mati. Namun demikian,perkembangan juga mungkin terganggu. Oleh itu jika perkembangan emosi terganggu,ia mungkin akan mengganggu perkembangan jasmani.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 17

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 18

1.2.1 Faktor endogen


Faktor endogen ialah faktor yang datangnya daripada diri individu itu sendiri iaitu sejak sejak di dalam kandungan sehingga kelahiran dimana genetik akan dibawa turun temurun sejak dari ibu bapa. Ia juga dikenali sebagai faktor baka iaitu trait genetik yang diwarisi yang menjadikan setiap individu istimewa dan berbeza diantara satu sama lain. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

1.2.2 Faktor ekstogen


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 19

Faktor ekstogen pula faktor yang datang dari luar diri individu atau merupakan faktor persekitaran. Ini termasuk keadaan di rumah,cara asuhan serta pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.

Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosioekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.Ini akan mempengaruhi sifat tabii dan personaliti apabila dewasa kelak. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan perkembangan seseorang kanak-kanak. Pada amnya, perkembangan manusia adalah hasil daripada interaksi baka dan persekitaran.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 20

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAKKANAK

1.3 PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 21

Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks. Menurut pendapat Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi

(manipulation).

Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka.

Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

Perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi memastikan perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip yang pertama ialah perkembangan mempunyai arah tertentu yang dapat diramalkan iaitu dari tengah badan dan berterusan sehingga ke luar badan. Terdapat dua arah perkembangan iaitu arah dari kepala ke kaki ataupun cephalocaudal dan arah dari tengah ke tepi atau proximodistal.perkembangan bermula dari tulang belakang menuju kearah luar badan dimana pada peringkat prenatal, organ-organ yang terbentuk terlebih dahulu dan diakhiri oleh pembentukan otot halus. Prinsip yang kedua ialah susunan perkembangan adalah serupa bagi semua namun ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada umur yang sama, ada kanak-kanak yang berjaya duduk dahulu namun ada yang PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 22

lebih lambat. Ada juga yang akan terus berjaya berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan berpatah balik ke peringkat sebelumnya.

Prinsip yang ketiga menyatakan bahawa perkembangan bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya dari umum kemudian kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, apabila bayi merasa sakit, mereka akan menangis. Seperti yang kita sedia maklum, bayi berinteraksi dengan persekitaran dengan tangisan. Ini menunjukkan mereka memberi reaksi yang umum terhadap kesakitan yang dialami. Namun pada peringkat yang lebih tinggi, apabila dia mengalami kesakitan, dia menangis dan sudah boleh menunjukkan di bahagian badan yang sakit dan apabila sudah menguasai kemahiran bahasa, merak mula memberitahu tentang kesakitan itu.

Prinsip yang keempat menyatakan bahawa proses perkembangan berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari bermula dari fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. Perkembangan yang berterusan namun ada sesetengah perkara atau bahagian yang akan berhenti pada masa yang tertentu.

Prinsip yang kelima menyatakan bahawa perkembangan berlaku mengikut kepantasan yang berbeza namun masih tetap berterusan tetapi aspek

perkembangan yang berkaitan pada satu organisma mungkin berbeza. Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanakkanakmencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanakkanak, remaja, dewasa dan seterusnya.Ini bermaksud terdapat perbezaan dari segi kadar perkembanga diantara individu. Ini bergantung kepada faktor tertentu sebagai PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 23

contoh faktor baka. Ini yang menyebabkan sesetengah kanak-kanak dapat duduk atau merangkak lebih cepat berbanding yang sama umur dengannya.

Prinsip yang keenam pula telah mencadangkan bahawa perkembangan adalah salah satu bahagian yang saling berhubung kait dengan bahagian yang lain iaitu wujudnya pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Secara prinsipnya apabila umur bertambah dan dengan berkembangnya fizikal, maka kognitif dan mental juga akan berkembang seiring dengan masa. Pemikiran dan tahap pencapaian mental akan bertambah dan berkembang. Kita dapat melihat perbezaan antara kanak-kanak ini dari segi percakapan,emosi dan perbuatan mereka. Terdapat dua teori yang membincangkan mengenai

perkembangan fizikal.

Maklumat yang saya peroleh dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jawi, Sungai Jawi Seberang Prai Selantan, Pulau Pinang bagi perbezaan purata fizikal kanak-kanak dari peringkat umur 6 hingga 12 tahun adalah seperti dalam jadual berikut:PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 24

MURID UMUR 6-7 TAHUN

MURID UMUR 8-10 TAHUN

MURID UMUR 11-12 TAHUN

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 25

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 26

UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAKKANAK ( PERINGKAT UMUR 6 12 TAHUN )

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 27

JADUAL 1

BIL

NAMA

UMUR

DARJAH

SAIZ PINGGANG ( CM )

SAIZ KEPALA ( CM ) 51 43 53

TINGGI ( CM )

BERAT ( KG )

1 2 3

R.KUMARAN K.THILAGAAH P.SAKTI

7 7 7

1 1 1

56 42 40

120 125 131

43 25 31

PURATA KESELURUHAN

46

49

125.3

33

Jadual 1: menunjukkan data yang diperolehi bagi purata saiz kepala, purata tinggi, saiz pinggang dan purata berat bagi kanak-kanak berumur antara 6 hingga 7 tahun. Ujian dijalankan terhadap 3 orang kanak-kanak bagi peringkat tersebut.

GRAF 1

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 28

TAHAP 1
140 120 100 80 60 40 20 0 TINGGI SAIZ PINGGANG SAIZ KEPALA BERAT

TAHAP 1

PERINGKAT 1 ( 6-7 TAHUN)

RUMUSAN

Graf 1 menunjukkan tinggi, saiz kepala, berat kanak-kanak pada peringkat 6 hingga 7 tahun. Saiz badan menujukkan berbeza antara tiga orang kanak-kanak dalam umur yang sama iaitu 7 tahun. Ketinggan kanak- kanak juga berbeza mengikut saiz badan. Kanak- kanak yang mempunyai saiz badan yang besar berbeza berat badan. Dalam kalangan tiga orang kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perbezaan saiz kepala yang banyak. Saiz kepala mereka adalah antara 43cm sehingga 53cm. Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat umur sebelum 7 tahun. Saiz pinggang berdasarkan mengikut saiz badan pelajar.

Pada peringkat umur 6 hingga 7 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 29

pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktivitiaktiviti yang lebih kasar.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat 6 hingga 8 tahun iaitu makanan yang seimbang penting bagi menjamin perkembangan fizikal yang sihat. Taraf kesihatan yang baik akan mempercepatkan perkembangan fizikal kanak-kanak. Baka juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mewarisi sifat fizikal ibu bapanya. Sifat fizikal yang diwarisi adalah seperti saiz badan, ketinggian warna rambut, kulit, mata dan perkembangan fizikal kanak-kanak mengikut kajian di atas.
JADUAL 2

BIL

NAMA

UMUR

DARJAH

SAIZ PINGGANG ( CM )

SAIZ KEPALA (CM)

TINGGI (CM)

BERAT (KG)

1 2 3

M. RITTIS N. PAVITHARAN G.KOMALA

8 9 10

2 2 3

53 35 40

53 49 51

142 119 120

54 39 45

PURATA KESELURUHAN

42.67

51

127

46

Jadual 2: menunjukkan data yang diperolehi bagi purata saiz kepala, purata tinggi, purata berat, dan saiz pinggang bagi kanak-kanak berumur antara 8 hingga 10 tahun. Ujian dijalankan terhadap 3 orang kanak-kanak bagi peringkat tersebut.

GRAF 2

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 30

TAHAP 2
140 120 100 80 60 40 20 0 TINGGI SAIZ PINGGANG SAIZ KEPALA BERAT

TAHAP 1

PERINGKAT 2 ( 8-10 TAHUN)

RUMUSAN
Graf 2 menunjukkan tinggi, saiz kepala, berat kanak-kanak pada peringkat 8 hingga 10 tahun. Saiz badan menujukkan berbeza antara tiga orang kanak-kanak dalam umur yang beza iaitu 8 hingga 10 tahun. Ketinggan kanak- kanak juga berbeza mengikut saiz badan. Ketinggian kanak-kanak perempuan akan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Kanak- kanak yang mempunyai saiz badan yang besar berbeza berat badan. Dalam kalangan tiga orang kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perbezaan saiz kepala yang banyak. Saiz kepala mereka adalah antara 49cm sehingga 53cm.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 8 hingga 10 semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Pada masa 9 tahun 10 tahun kanakkanak laki-laki cenderung untuk lebih berat berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Manakala sampai masa akil baligh yang selalunya terjadi lebih dahulu di PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 31

kalangan kanak-kanak perempuan, berat kanak-kanak perempuan akan melebihi berat kanak-kanak laki-laki. Tetapi pada peringkat permulaan remaja berat kanakkanak laki-laki kembali melebihi berat kanak-kanak perempuan. Keadaan ini akan terus- menerus berlaku sehingga ke peringkat dewasa.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat 8 hingga 10 tahun iaitu keadaan persekitaran. Perkembangan fizikal kanak-kanak menjadi lebih cepat sekiranya kanak-kanak menerima cukup rangsangan pergerakan anggota tubuh.Pengawasan pergerakan yang keterlaluan oleh ibu bapa atau orang dewasa boleh membantutkan perkembangan fizikal kanakkanak.

JADUAL 3

BIL

NAMA

UMUR

DARJAH

SAIZ PINGGANG ( CM )

SAIZ KEPALA 45 51 54

TINGGI

BERAT

1 2 3

T. SUMAN T. NATHAN L. VALARMATHI

11 11 12

5 6 6

30 45 40

135 120 124

27 55 35

PURATA KESELURUHAN

38.3

50

126.3

39

Jadual 3: menunjukkan data yang diperolehi bagi purata saiz kepala, purata tinggi, purata berat dan saiz pinggang bagi kanak-kanak berumur antara 11 hingga 12 tahun. Ujian dijalankan terhadap 3 orang kanak-kanak bagi peringkat tersebut.
GRAF 3

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 32

140 120 100 80 60 40 20 0 TINGGI SAIZ PINGGANG

TAHAP 3

TAHAP 1

SAIZ KEPALA

BERAT

PERINGKAT 3 ( 11-12 TAHUN)

RUMUSAN

Graf 3 menunjukkan tinggi, saiz kepala, berat kanak-kanak pada peringkat 11 hingga 12 tahun. Saiz badan menujukkan berbeza antara tiga orang kanak-kanak dalam umur yang beza antara 11 hingga 12 tahun sebabnya mempunyai berat badan yang beza iaitu 27 antara 55. Ketinggan kanak- kanak juga berbeza Ketinggian kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. saiz pinggang kanak-kanak tersebut tidak bertambah berdasarkan

pertambahan umur. Ini kerana ada kanak-kanak yang bertubuh gempal dan mempunyai saiz pinggang yang lebih besar walaupun umurnya masih kecil. Tetapi saiz pinggang kanak-kanak berumur 12 tahun adalah lebih besar daripada kanakkanak berumur 6 tahun.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat 6 hingga 12 tahun ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor sedia ada. Maka, pertumbuhan saiz kepala dan saiz pinggang tidak begitu ketara.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 33

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 12 tahun kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggan, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.Pada umur 11 tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat 11 hingga 12 tahun iaitu gangguan emosi menghalang pengeluaran hormon pertumbuhan dari kilang pituitary. Keadaan ini memberi kesan terhadap pertumbuhan ketinggian yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Tambahan pula, kanak-kanak apabila mencapai umur 11-12 tahun perlu makan makanan yang seimbang dan makanan yang mengandungi banyak vitamin, protein yang membantu menghasilkan sel merah, hormon dalam badan apabila mencapai tahap remaja.

Jadual 1.1 keseluruhan purata fizikal kanak kanak (peringkat 6-12 tahun)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 34

PURATA FIZIKAL KANAK- KANAK


INCI 140 120 100 TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 80 60 40 20 0 TINGGI SAIZ KEPALA BERAT SAIZ PINGGANG

Jadual 1 : menunjukkan data yang diperolehi bagi purata saiz pinggang, purata saiz kepala, purata tinggi dan purata berat bagi kanak-kanak berumur antara 6 hingga12 tahun. Ujian dijalankan terhadap 3 orang kanak-kanak bagi setiap peringkat umur.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 35

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAKKANAK

1.4 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses

tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 36

Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi,

menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individu mencantum struktur kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks.

Struktur kognitif ini juga dikenali sebagai skema.Pembentukan skema ini memerlukan proses adaptasi, asimilasi, dan akomodasi. Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif sedia ada untuk memahami maklumat baru. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.

Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. Adaptasi pula mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru melalui asimilasi dan akomodasi. Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 37

modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanakkanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.

Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet. Apabila kanak-kanak

memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan,kanak-kanak perlu buat

organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.

UJIAN PERKEMBANGAN

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 38

KOGNITIF KANAKKANAK ( PERINGKAT UMUR 6 12 TAHUN )


Ujian-ujian kognitif yang saya menjalankan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah seperti berikut:Task 1 : Pemerhatian Pelajar Terhadap Panjang Dua Garisan

UJIAN PERTAMA : PEMERHATIAN PANJANG JARAK.

Langkah pertama : Melukis dua garisan yang lurus dan sama panjang tetapi arah panah yang berbeza pada sehelai kertas. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 39

Langkah kedua

: Memberi masa kepada murid untuk memerhatikan keduadua garisan itu.

Langkah ketiga

: Menanya murid sama ada dua garisan itu sama panjang atau tidak.

Langkah keempat : Merekod keputusan murid mengikut darjah.

GAMBAR 1.1

KEPUTUSAN

PERINGKAT UMUR 6- 7

NAMA MURID D. RAMAN V. MUGES K. SANTHI B. MATHAN U. POOBALAN G. KALAI T. ELMARAN D. KOMATHI

YA

TIDAK

8-10

11- 12

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 40

S. SHALU

RUMUSAN Ujian ini telah dilaksanakan dalam tiga kalangan peringkat umur kanak-kanak semasa saya menjalinkan PBS di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jawi. Saya mempilih tiga orang kanak-kanak pada setiap peringkat umur. Ujian ini adalah pemerhatian pelajar terhadap panjang antara dua garisan. Melukis dua garisan pada satu kertas dengan ukuran yang sama panjang. Ujian ini dijalankan pada peringkat 6 hingga 12 tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak seorang sahaja dapat

menjawab dengan betul dan dua orang lagi tidak dapat menjawab. Manakala pada peringkat umur 11-12 tahun kanak-kanak menjawab dengan betul. Ujian ini mengkaji pemikiran kognitif kanak-kanak. Lebih menumpukan kepada keadaan fizikal (panjang baris) daripada konsep yang lebih abstrak ( bilangan, monbor ). Tidak dapat melaksanakan transformasi. Melihat pemanjangan baris sebagai baru dan bukan poses pemanjangan baris yang lama. Selain itu, tidak dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal. Menurut Piaget, kanak-kanak menujukkan sikap egosentrik. Sikap egosentik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada 4 tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah:

Piaget mencadangkan empat peringkat di dalam Perkembangan Kognitif: i. Peringkat Sensori motor ( Semenjak lahir- 2 tahun ) PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 41

ii. iii. iv.

Peringkat Pra Operasi ( 2 7 tahun.) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas )

Tahap Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun),

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).Tahap Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun). Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari masa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.

Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ). Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu, tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun). Pada tahap ini kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak pada tahap ini bersifat egosentrik yang melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun), pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir secara logik dan konkrit. Kanak-kanak pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cubajaya Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkan mereka dapat menerima pendapat orang lain.

Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas), Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secara abstrak, mampu membuat hepotesis dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 42

Task 2: Pemerhatian Pelajar Terhadap Susunan Duit Syiling Barisan

UJIAN KEDUA : PEMERHATIAN BILANGAN DUIT SYILING


Langkah pertama : Menyusun duit syiling berbentuk bulat dalam dua baris dengan angka yang sama pada sehelai kertas. Langkah kedua : Menyusun duit syiling dengan rapat berbentuk bulat dalam satu baris. Dalam satu lagi barisan pula menyusun duit syiling dengan jarak-jarak. Langkah ketiga : Menanya kepada murid sama ada bilangan susunan duit syiling Page 43

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

bulat dalam dua helai kertas itu sama kuantiti atau tidak. Langakah keempat : Merekod keputusan murid ke dalam bentuk jadual. Rajah 1: Menunjukkan baris duit syiling dirapatkan. Rajah 2 : Menujukkan baris duit syiling dijarakkan.

Uji kaji Jean Piaget Kaedah Bilangan

Eksperimen A

RAJAH 1

RAJAH 2

Eksperimen B

KEPUTUSAN

PERINGKAT UMUR 6-7

NAMA MURID N. SELVARANI D. ARUN KUMAR R. RITHA U. VISHNU L. VALAR R. JOSARI ANNE M. THANALECHUMI

YA

TIDAK

8-10

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 44

11-12

T. ANIGALA P. RAJAAN

RUMUSAN Ujian ini telah dilaksanakan dalam tiga kalangan peringkat umur kanak-kanak semasa saya menjalinkan PBS di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jawi. Saya mempilih tiga orang kanak-kanak pada setiap peringkat umur 6 12 tahun. Ujian ini adalah pemerhatian pelajar terhadap susunan duit syiling dengan jarak dekat dan jauh. Melalui ujian ini kanak-kanak dapat menjawab betul iaitu pada peringkat umur 8 hingga 12 tahun. Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang ( 2009), kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsurunsur pemikiran logik. Mereka faham konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padanan seperti ujian diatas yang saya menjalinkan di sekolah. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsepkenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya.

Menurut

Gessel,

kanak-kanak

sejak

lahir-5

tahun,

mengalami

masa

perkembangan yang lancar iaitu terbahagi kepada 5 peringkat mengikut tahun. Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut kehendak berlainan. Semasa berumur 4 bulan, Mata bayi dapat bergerak mengikut objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan, bayi boleh menggenggam objek yang mudah seperti jari ibunya. 7 bulan, kanak-kanak sudah dapat duduk dan merangkak.

Setelah berumur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri dengan berpaut pada objek sebagai sokongan. Semasa berumur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 45

masih memerlukan bantuan semasa bejalan sehingga mencapai usia 2 tahun mereka mampu berjalan sendiri. Pada peringkat ini mereka memahami istilah tertentu seperti jangan .

Semasa berumur 5 hingga 6 tahun, adalah masa transisi atau peralihan iaitu keperluan untuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-peraturan yang wujud. Semasa berumur 7 hingga 10 tahun, merupakan masa penyatuan dimana kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam persekolahan.

Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa trasisi atau peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16 tahun, mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam remaja dan merupakan permulaan kepada persediaan untuk menghadapi alam dewasa.

Task 3: Pemerhatian Pelajar Terhadap Isipadu Air

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 46

GAMBAR 1.2

Dua buah bekas disediakan dan diisi air yang sama kuantiti seperti di Rajah 1. Kemudian, air yang sama kuantiti dipindahkan ke bekas yang seperti di Rajah 2.

Langkah pertama : Mengisikan air yang sama kuantiti dalam bekas ( RAJAH 1 ) A, B dan (RAJAH 2) A,C. Langkah kedua : Air dari bekas B ditunang ke bekas C yang lebih panjang dan tirus.

Pertanyaan : Sekarang air dalam bekas C meningkat berbanding paras air dalam bekas A. Adakah isipadu di kedua- dua bekas gambar rajah adalah sama ?

KEPUTUSAN

PERINGKAT UMUR 6-7

NAMA MURID R. LOGASUNDARY S. KABILAH DEVI T. VIKRAM R. REMA S. KASTHURI DEVI K. THEBAN

YA

TIDAK

8-10

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 47

11-12

E. ALBERT S. SHARNIYA V. DURAI

RUMUSAN Ujian ini telah dilaksanakan dalam tiga kalangan peringkat umur kanak-kanak semasa saya menjalinkan PBS di sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Jawi. Saya mempilih tiga orang kanak-kanak pada setiap peringkat umur 6 12 tahun. Ujian ini adalah pemerhatian terhadap isipadu air. Pada peringkat awal 6 7 tahun kanak kanak dapat menjawab dengan salah. Mereka menjawab air dalam gelas C lebih banyak berbanding gelas A kerana aras air lebih tinggi. Pada peringkat umur 11- 12 tahun kanak-kanak dapat menjawab dengan betul.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat umur 7-11 tahun sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan (conservation). Di dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asa: i. Prinsip identiti.- Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. ii. Prinsip compensation (ganti rugi ).- Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. iii. Prinsip keterbalikan. Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 48

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF

1.5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF

Daripada apa yang dilihat, kesimpulan yang boleh saya buat berdasarkan pemerhatian dan langkah-langkah yang telah diambil semasa menjalankan tugasan ini ialah kita haruslah memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Kita haruslah memberi lebih banyak peluang untuk pelajar menyelesaikan masalah sendiri. Apa yang perlu kita bantu adalah membimbing pelajar untuk membuat anadaian andaian penyelesaian dan meneroka ialan penyelesaian. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 49

Kita juga haruslah mengemukakan konsep yang luas tidak hanya terikat dengan fakta. Hendaklah membiarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Kita juga hendaklah menerima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain. Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar.

Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 50

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.

Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.

Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.

Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 51

Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 52

RUMUSAN DAN CADANGAN

1.6 RUMUSAN DAN CADANGAN


Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa penekanan terhadap perkembangan fizikal dan kognitif perlu dititik beratkan kerana ia penting untuk perkembangan kanak-kanak. Sekiranya pendidikan ini diabaikan, kemungkinan kanak-kanak akan bersifat rendah diri dan cuba menjauhkan diri daripada individu lain. Jika perkara ini terjadi, kanak-kanak tersebut akan bersifat pasif bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 53

Kita boleh membuat andaian di sini sekiranya kanak-kanak mempunyai perkembangan fizikal dan kognitif yang baik, mereka akan dapat menyemai sikap yakin terhadap diri mereka. Mereka juga dapat berkomunikasi baik dengan masyarakat kerana mereka mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan individu yang sebaya dengan mereka atau pun lebih tua dari mereka. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan yang baik akan mempunyai rakan yang ramai dan mudah untuk mereka menjalankan sesuatu aktiviti. Untuk memastikan semua ini dapat berjalan dengan lancar, guru merupakan individu yang paling penting dalam memainkan peranan mereka.

Guru haruslah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk murid-muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang mencukupi. Kanakkanak juga perlu diberi peluang untuk memperkembangkan sosioemosi mereka dengan memberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan keyakinan di dalam di kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara kepada orang lain.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Jangan biarkan mereka terabai dan bimbing mereka untuk membentuk sosio-emosi mereka supaya berada di tahap yang lebih baik. Sekiranya anak-anak terdedah dengan persekitaran dan sosio-emosi yang baik, mereka akan dapat membentuk jati diri dan personaliti serta keperibadian yang baik. Secara tidak langsung, Malaysia akan mempunyai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang selara dengan yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 54

REFLEKSI
Bersyukur ke tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak - Kanak pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Salini Krishnan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada pensyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada para rakan yang membuat tugasan PBS bersama dengan saya iaitu Arivanthan Rajamanickam dan rakan lain yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 55

Saya telah merancang dengan teratur dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat di perpustakaan. Lagipun pensyarah yang tersayang Puan Sabiah Bt Mohamed telah memberi banyak penjelasaan tentang cara membuat

ujian perkembangan fizikal dan kognitif terhadap murid-murid sebelum saya menjalinkan Program Pengalam Berasakan Sekolah di sekolah yang tetapkan.

Kami mengumpul banyak maklumat daripada perpustakaan dan dalam internet seminggu sebelum kami menjalinkan tugasan PBS di sekolah. Saya merancang beberapa cara untuk membuat ujian kognitif dalam kalangan pelajar bersama rakan saya. Dengan mengaji beberapa buku teori-teori kognitif akhirnya kami mempilih tiga ujian yang sesuai dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat umur. Tambahan pula, kami juga membuat ujian dari segi perkembangan fizikal kanak-kanak pada setiap tiga peringkat umur iaitu mengukur saiz badan, tinggi, berat, dan saiz kepala pelajar semasa saya menjalinkan PBS di sekolah.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya dalam mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengenai perkembangan kanak kanak fizikal dan kognitif.

Faktor perkembangan murid memang perlu diketahui oleh saya sebagai seorang bakal guru agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan jayanya. Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi.

SEKIAN TERIMA KASIH.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 56

DARI BUKU: Atan Bin Log, (1982), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Berk,EL.,(1989) Child Development. Boston: Allyn & Bacon. Crow,L.D. dan Crow,M.A.(1980) Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT) Page 57

Jaliza Hamgah, Joy N.Samuel, Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Longman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang(2009):Perkembangan Kanak-kanak: Selangor. Multimedia Sdn.Bhd. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanakkanak.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim(2003), Psikologi Pendidikan, Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Suppiah Nachippan, Kamarulzaman kamaruddin. Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

DARI INTERNET: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp-h sp/ pra/hk-pra-sek-keb2.pdf. http://www.pts.com.my/mod elue.php? name=News @ file=print@sid=30. http://www.geocities.com/hypatia 07 /masha/ilmiahkognitif.html. arieDRifke:PKK (PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA TEORI YANG BERKAITAN. Kanak kanak-Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas. CayangPapaMamas Site(kanak-kanak awal 3-6 tahun)-Cayangpapamamas Blog. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pd Page 58

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

http://teoripiaget.blogspot.com http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanakdariaspek_23.html http://el-children.blogspot.com/2007/03/perkembangan-kognitif_23.html

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 59

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEM 1 (PT)

Page 60

Anda mungkin juga menyukai