Anda di halaman 1dari 8

LAKONAN

 Satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia.
 Dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk
kegiatankegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.
 Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.
 Sesuai dalam pendekatan komunikatif
 Sesuai untuk kaedah terus, fonetik

Tujuan:
1. Melatih murid guna unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka)
2. Teknik ini merangkumi aktiviti bahasa yang mengandungi unsur khayalan seperti main peranan, simulasi
□Unsur khalayan dapat menggerakan imaginasi
□Menggalakkan penggunaan unsur-unsur bahasa
3. Menggalakkan komunikasi
Kebaikan Aktiviti Lakonan
□ Penggunaan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul
□ Penggunaan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul.
□ Penggunaan bahasa dengan kemas dan teratur
□ Interaksi
□ Kemahiran mendengar
□ Pemupukan semangat kekitaan, bertanggungjawab, bekerjasama
□ Pemikiran aktif dan kreatif
□ Mengikis perasaan rendah diri
□ Menghadapi situasi sebenar

Prinsip berlakon:
□ Hendaklah menepati objektif pengajaran
□ Tema sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar
□ Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai,
□ Dijalankan di dalam bilik darjah
□ Murid berlakon secara bebas
□ Murid-murid digalakkan melibatkan diri


Berlakon dalam Standard kandungan kurikulum:
□1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
□1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.
□ Lakonan bersengaja:
Jenis lakonan: □ Murid diberi skrip berdasarkan cerita yang dipilih.
1. Lakonan berdasarkan permainan □ Peranan guru dalam lakonan bersengaja:
□Murid melakonkan permainan yang pernah dilakukan Jelaskan peranan pelakon dengan menceritakan peristiwa
2. Lakonan sepontan Yang hendak dilakonkan atau memberikan seni kata untuk diteliti
□Lakonan yang tidak dirancang murid.
3. Lakonan Bisu Proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Pasti semua
□hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog terlibat
Murid bebas berlakon mengikut jalan cerita
□murid-murid lain diminta meneka tingkah laku yang
Komen selepas lakonan
□dibuat oleh pelakon berkenaan.
Beri motivasi bukan kritikan
4. Lakonan berkait
Guru boleh membantu menyediakan peralatan
□Sesuai untuk murid tahap satu atau rendah
6.Lakonan Boneka
□Guru sebut perkataan, guru duduk
□ Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet)
□Boleh diiikuti murid
□Murid dapat lihat perkaitan perkataan dengan lakonan dan melakonkannya. dialog boleh dibina berdasarkan
boneka
5. Lakonan berseni kata
□ Amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-
□ Dijalankan dalam dua bentuk: Lakonan tidak bersengaja dan murid yang pemalu.
lakonan bersengaja □ murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan
□ Lakonan tidak bersengaja atau tidak formal: mengenal pasti beberapa bentuk kesalahan bahasa.
Tidak perlu persediaan yang lama. Guru memberikan
cadangan dan nasihat, murid bebas berlakon dengan perkataan sendiri.
7. Lakonan Nyanyian
□ Memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan
□Sebelum itu, guru jelaskan suasana dan peranan pelakon
□Murid guna pergerakan badan dan mimik muka sepanjang lagu diperdengarkan
8. Lakonan Puisi
□Guru pilih puisi yang sesuai
□Sajak dan pantun –sesuai SR
□Gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai SM
□ murid-murid melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi
berkenaan sedang diperdengarkan.
9. Lakonan Cerita
□Cerita diambil daripada buku cerita
□Murid baca cerita hingga tamat
□Murid lakon semula cerita
10. Lakonan kaku
□menyerupai pentomin
□Seorang pembaca skrip dan seorang pelakon
□Guru pilih puisi yang sesuai
□Yang bezanya: Pergerakan pelakon statik/setempat
Elemen didik hibur dalam Aktiviti Lakonan:
□ Santai
□ Lucu
□ Seronok
□ Gembira
□ Semangat mencuba
□ Tidak takut
□ Tidak stress

Teknik Lakonan:
□ Beberapa bentuk drama/lakonan:
1. Mimos:
o Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi
pelakon tanpa dialog.
o Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang
tersusun selepas aktiviti.
2. Arca:
o Gambar beku yang dihasilkan oleh pelajar sebagai tindak balas kepada sesuatu tema, situasi atau cerita.
o Arca menunjukkan kebijaksanaaan pelajar memilih pergerakan utama yang dijadikan fokus.
o Dalam lakonan arca, pelajar membuat pemilihan dan penilaian aras tinggi- aras sintesis.
o Pelajar dapat memfokuskan perhatian kepada suatu detik/peristiwa yang signifikan/ bermakna/penting.
o Pelajar dapat memberikan gerak balas yang sesuai dengan tema dan memahami matlamat bersama tanpa suara.
o Pelajar menyampaikan sesuatu menerusi gambaran yang berbeza dan sudut pandangan yang berbeza.
Contoh Aktiviti:
Malaysia sebuah negara membangun yang pesat kemajuannya. Kejayaan yang
dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi telah menyemarakkan nama Malaysia
di negara membangun yang lain, malahan menjadi contoh dan ikutan. Buat satu
lakonan arca yang dapat mencerminkan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.

□ Improvisasi:
o Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan
kejadian, keadaan/situasi dalam kehidupan seharian.
o Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan
dan
selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda
rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh
anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar. Anaknya tidak pulang-pulang
tetapi perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua
wang untuk perkahwinan anaknya kelak.

□ Pentomin
o Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang
mengiringi lakonan tersebut.
o Memberikan peluang kepada murid untuk berlakon tanpa
memikirkan
masalah untuk menghafal dialog.
o Contoh aktiviti: Peristiwa malam kemerdekaan negara
□ Main Peranan
o Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel, cerita atau situasi.
o Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
o Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.

□ Simulasi
o Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.
o Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.
o Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan

□ Teater Bercerita
o Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.
o Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.
o Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
o Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan
aksi yang disebut oleh pencerita.

Anda mungkin juga menyukai