Anda di halaman 1dari 2

CONTOH 4

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

MINIT CURAI

A. Butiran Laporan

1. Nama Mesyuarat Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Latihan


Bahasa Malaysia Bawah Dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris bagi Tahun
2013

2. Pengerusi Pn. Khawidah bt Abd. Samad


3. Tarikh 12 -14 Mac 2013

4. Masa 8.00 pagi -10.30 malam

5. Tempat Hotel Olympic Sports, Kuala Lumpur


6. Anjuran Sektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran, Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Nama Pegawai Pelapor Encik Suhemi Bin Abdul, Penyelaras MBM IPGKSAH

8. Pegawai Lain yang -


Hadir

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil Perkara

1. Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI)

1.1 KPKI akan melibatkan lapan kursus sahaja berbanding 11 kursus pada tahun 2012.

1.2 Modul kursus yang sedia ada akan diubah suai dan dimurnikan. Pemurnian modul
dijangka selesai pada akhir bulan Mac 2013.

1.3 Pelaksanaannya secara pakej di hotel (3 hari 2 malam) dan Jabatan Pelajaran Negeri
sebagai urus setia manakala IPG menyediakan tenaga fasilitator.

1.4 IPGKSAH akan terlibat sebagai fasilitator bagi empat kursus yang berikut:
(a) Pemantapan Tatabahasa Sekolah Rendah
(b) Pemantapan Tatabahasa Sekolah Menengah
(c) Kreativiti dan Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM Sekolah
Rendah.
(d) Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan Sekolah Menengah.
Bil Perkara

1.5 Setiap kursus akan melibatkan seorang pemantau dan tiga orang fasilitator.

1.6 Surat pelantikan pemantau dan fasilitator akan dikeluarkan oleh BPG

2. Kursus Intensif Bahasa Malaysia 40 Jam (KIBM)

2.1 Tajuk KIBM adalah seperti yang berikut:

(a) Intervensi dalam Pengajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah.


(b) Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
KOMSAS
(c) Pemugaran dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia
(d) Aplikasi Teknik Drama Kreatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran B. Malaysia
(e) Kajian Tindakan dan Penulisan Ilmiah dalam Mata pelajaran Bahasa Malaysia
(f) Pemantapan Tatabahasa dan Strategi dalam Peng. dan Pembelajaran Bahasa
Malaysia

2.2 KIBM 40 jam masih dalam peringkat perbincangan (belum diluluskan) perlu
menunggu modul siap untuk dibentangkan kepada pihak atasan.

C. Tindakan yang Perlu Diambil :

1. Menyediakan nama fasilitator untuk setiap kursus yang telah ditetapkan kepada IPGKSAH.

2. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk fasilitator berdasarkan OS 21000 dan


OS29000
(Kedua-duanya perlu diserahkan kepada Penyelaras MBM BPG)

D. Tandatangan Pegawai Pelapor:

suhemi
....................................
(SUHEMI BIN ABDUL)
Penyelaras MBM IPGKSAH

E. Tarikh laporan disediakan: 17 Mac 2013

Anda mungkin juga menyukai