Anda di halaman 1dari 5

Standard Prosedur Operasi Berjalan merentas rimba Berjalan Lasak.

1. Cuaca

Sila tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam
hujan lebat, dan plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan
becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.

2. Kasut

Guna kasut hiking yang sesuai untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki
sepanjang pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau
kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda merupakan
anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?

3. Pakaian

Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak
sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang
menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan
membolehkan pendakian bertambah selesa.

4. Stamina

Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman


ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang
sejurus selepas memulakan pendakian.

5. Makanan / Minuman

Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan


pendakian. Jangan makan makanan seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda
pancit dan tiada tenaga untuk mendaki.

Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan
jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan
yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.
6. Masa

Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai
pengalaman melalui satu tempat baharu.

7. Sesi bergambar

Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak.
Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling
GRAND.

8. Percakapan dan adab

Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya


dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut
jangan celupar.

Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang
berlaku sebelum itu.

9. Semangat setiakawan

Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota
mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan
bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.

10. Mental

Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu
mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan
aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.
Aktiviti pengahayatan alam.

Penggunaan kompas dan peta penyelesaian masalah

Tujuan membaca peta


1. Supaya dapat mencari jalan di merata-rata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah dan
peta

2. Agar dapat memahami keterangan yang terdapat dalam peta

3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam memnyampai maklumat
memgenai pergerakan dan kedudukan.

Jenis-jenis peta
-Peta jalan
-Peta bandar
-Peta pemerintah
-Peta fizikal
-Peta Topografi

Teknik asas menggunakan kompas dan peta 


Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendak anda pergi.(arah yang hendak
ditujui).Ikuti segala prosudure yang telah ditetapkan contoh:

(a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara 


(b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui, 
(c) Merangcang untuk memudahkan untuk sampai ke distinasi.

Sebelum itu kita lihat kembali kompas dan fungsinya, lihat gambar 1 dibawah:

Gambar 1

Langkah Pertama:
1. Letakan kompas anda di peta, tandakan tempat yang hendak ditujui, berdasar bering yang
diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika perlu).
Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'.
peta) rujuk gambar 2 dibawah.
2. kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada garisan
untuk menuju ke 'point B'.
3. Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala pada kompas
anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada).

Langkah Kedua:

1. Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas tidak lari kedudukan

2. Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di


bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara
di peta. Rujuk gambar 3 dibawah.

Gambar 3

3. Pastikan kedudukan anak panah  dibahagian bawah "capsule point" sama arahnya dengan
arah utara didalam peta. Anda bualah sedikit pembetulan untuk ketepatan jika perlu.

Langkah Ketiga:

1. Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam
keadaan rata ditangan anda dan arah anak panah lurus dan menunjukan tempat yang
ditujui.rujuk gambar 4 dibawah.

                                                           Gambar 4

2. Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau
selari dengan jarum magnatik dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas
adalah sama arah dengan anak panah.
3. kini arah anak panah pada "base plate" akan terarah ketempat yang anda hendak pergi

Anda mungkin juga menyukai