Anda di halaman 1dari 16

MONDAY, AUGUST 30, 2004

Orang Bodoh & Orang Pandai


Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak
macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)
Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la
ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka
numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)
Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi
minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut
bla bla bla angkut bawak balik !!!!
Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca
semua sekali wo
Orang bodoh = kentut kuat kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit
perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah
guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)
Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang
lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu
jadi bodohs (plural)
Ada lagi...scroll down

Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!


Orang pandai = saper yang forward cerita ni... h h h...aku la tu...

jadi yang mana satu pilihan bijak?


pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita
nih.......heheheheeeee..........
p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????

---- sumbangan: Halim Salomon ( Kenapa tak percaya...? )


posted by aman @ 9:55 AM

Comment (0)

Berita buruk
Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.
Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau
yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah... benar ke doktor?
Dokter: Ya benar.
Pesakitien: Apakah berita yang paling buruk?
Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk
mengkhabarkan berita ini......
posted by aman @ 9:20 AM

Comment (0)

THURSDAY, AUGUST 26, 2004

Janet & John


Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang
ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang
balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.
Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil
alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup
untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk

mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan


mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di
rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan
hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan
tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi
yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa
memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John
untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal
bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun
dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat
kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan
semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi...
kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John,
kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin
bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan
tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke
pekan.
Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang,
pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke
rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran
unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa
yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."


Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the
spot."
Akekekek...apa yg engkorang pikir haaa?????????

---- sumbangan: Srox


posted by aman @ 8:15 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, AUGUST 25, 2004

Antara Dua Darjat


Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya
aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat
dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim
piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan
bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan
bermesra.Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih.
Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.

Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan
aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.
Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku
dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..
Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain
aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini
aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik
manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe
Kelate..
Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi
masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja
perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang.
Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan
dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam,
ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang
aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayaurayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang
membonceng motosikal dengan Zarir..
Cis!! bukan main mesra lagi.
Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung
nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah
kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..
Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesramesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan
aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi
kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku
membawa diri ke sana.
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan
selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi
..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii..... cuma seekor kambing,?

So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?


posted by aman @ 8:31 AM

Comment (0)

MONDAY, AUGUST 23, 2004

Jika mereka tidak jadi Superhero?


SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbangterbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju
UPS.
SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai
PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh
mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.
BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar
kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah
cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang
banyak.
CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll).
Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat
kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia
gatal cam kucing.
DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED
DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi
devil walaupun dia tak jadi superhero.
HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari
neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka.
THE PUNISHER

Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka
menjatuhkan hukuman(punish).
ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan
dia.
ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip
rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging
berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan
beberapa ekor biawak hutan tropika.
WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh
badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.
GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana
naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik
sedara naga gaban.
RAMLI MS(AKADEMI FANTASIA)
Eh..dia ni superhero ke...aiseee..silap orang laa..kekekekekkekek

---- sumbangan: Prof. Dr. Khoo Khai King


posted by aman @ 9:50 AM

Comment (0)

Sketsa pertandingan menyanyi


pada suatu hari tu ada 1 pertandingan menyanyi peringkat haiwan
hutan.ok...pertandingan tu pun mula la...Burung nuri pun menyanyi.Merdu sungguh
sora nuri tu.Kendian musang pun menyanyi diikuti pula oleh sang babi nie.... Sang
babi pun nyanyi la.....tiba-tiba semua haiwan melarikan diri. Tahu kenapa? Kerana
babi ni nyanyikan lagu dari Headwind "Kita serupa...."

---- sumbangan: mamak^era^baru

posted by aman @ 8:43 AM

Comment (0)

THURSDAY, AUGUST 19, 2004

Gila Telefon
Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap
kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti..
Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...
Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya
mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya..
apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...
"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..
"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..
posted by aman @ 8:21 AM

Comment (0)

TUESDAY, AUGUST 17, 2004

Baik, Buruk, Parah


Dalam hidup selalu ada perkara yang dinilai baik, buruk dan parah.
Berikut beberapa contohnya.
Baik: Isteri Anda mengandung.
Buruk: Anak Anda kembar lima.
Parah: Padahal Anda sudah menjalani vasektomi tiga tahun lalu.
Baik: Anak lelaki Anda mulai dewasa.
Buruk: Dia menjalin hubungan dengan perempuan sebelah rumah.
Parah: Anda juga.
Baik: Anak lelaki Anda mulai lebih banyak menghabiskan waktunya belajar di dalam
biliknya.
Buruk: Anda menemukan beberapa kaset video porno di biliknya.
Parah: Anda ada di dalam salah satu episod.
Baik: Anak perempuan Anda mendapat pekerjaan.
Buruk: Sebagai pelacur.

Parah: Pelanggan utamanya pembantu Anda, tapi pendapatan anak perempuan


Anda lebih tinggi dari Anda.
posted by aman @ 8:46 AM

Comment (0)

MONDAY, AUGUST 16, 2004

Kisah Asal-Usul Perkataan


ASAL PERKATAAN UBAT
Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter
klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia
apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya
kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?"
tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah
membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu
terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata "
Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".
ASAL PERKATAAN CELEBRATE
Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta
keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai
British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke
majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3
suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan
tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba
terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih).
Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka
lakukan?(slang omputih)". Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi
berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis
ni...heee...heeee...slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian
macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab
itulah bila omputih selebret je apa-apa, mesti ada tarian separuh bugil.
ASAL PERKATAAN AYAM
Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah
beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan
orang-orang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor
ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalao disini, binatang seperti
burung itu dipanggil appa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang
sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari

jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim
maknya untuk dihantar ke rumah jiran. Lalu parameswara bertanya "Hoi
Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?". Budak itu berkata
"Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya.
Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali
kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil
menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni. Cepat sikit, tuanku
ada depan umah makcik Yam ni."
Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU
CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm...yam..".
Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil
makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana
makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut.

---- sumbangan: Prof. Dr. Khoo Khai King


posted by aman @ 8:54 AM

Comment (0)

FRIDAY, AUGUST 13, 2004

Makan Semut
Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada
seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.
Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!
posted by aman @ 8:36 AM

Comment (0)

TUESDAY, AUGUST 10, 2004

Tiada Wang
Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak
mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"
Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin,
tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"
Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang,

katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"


Pelanggan: "Mencuri BMW!"
posted by aman @ 8:44 AM

Comment (0)

MONDAY, AUGUST 09, 2004

Asal Usul Negara Denmark


Arakian telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara
dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat nama
untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar milik tentera
portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan. Ketika Kapal layar portugis
mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam
kapal tersebut. Setelah lebih 3 tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa
untuk mereka meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi
oleh ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan melaka.
Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak lelakinya.
Arakian setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak
diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini. Maka
mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara itu sudah
bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya semua tentera
portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah dan 11 orang anaknya.
Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja itu bertanya kepada makcik
Rabeah " Hoi pompuan tua, tahukah kau nama negara ini?". Makcik Rabeah pun
berkata "tidak tahu tuanku!". "Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak
tau." tempik Raja.
Makcik Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan anak-anaknya.
Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. "Tak guno punya anak, namo negaro ni
pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?". Lalu anak pertamanya
menjawab " Den mak". Ditanya berulang-ulang kali dan kesemua anaknya menjawab
"den mak". Raja yang tak paham bahasa nogori tu mendengar berulang-ulang kali
sebutan 'den mak' lalu berkenan pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan
negara mereka sebagai nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat
buruk iaitu 'LOMBU'. Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih
untuk menjadi pemain bolasepak negara denmark.

---- sumbangan: Prof. Dr. Khoo Khai King


posted by aman @ 8:55 AM

Comment (0)

Polis Cerdik
Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni
kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah
dia. Dia bagi la.. alasan.
Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu
lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!
Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.
Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?

---- sumbangan: ahmad rushdi


posted by aman @ 8:40 AM

Comment (0)

FRIDAY, AUGUST 06, 2004

Makhluk Asing
Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander pader
rakannyer.
"Sudah tuan....sumer suah ready....tinggal nak land je" jawab sorang lagik.
"Ok bagus...cumer tinggal satu lagik yg kiter nak kener bereskan sebelom mendarat
" balas komander alien tu.
"Oh ye ke? Aper tu tuan?"
"Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi.....takkan kiter nak turun dgn ruper

kiter camnie....nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan buno kiter" jawab
komander alien tu.
"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak pernah nampak
diorang?" tanyer sorang tu lagik.
"Ah yg tu kao jgn bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu kiter sembunyik
kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar, pastu on the spot kiter copy
dan menyerupai diorang lah" jelas komander. "Wah bagus tu cadangan tuan, amat
bernas sekali usulan itu"
Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi...dgn senyap senyap
mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak. Tak lamer kemudian
mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunerkan
teknologi terkini mereka pun menyerupai dua makhluk bumi .Mereka keluar dari
tempat persembunyian dan berjalan kearah dua penduduk bumi yg sedang bekerja.
Kerana bentuk tubuh badan mereka yg samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun
meraser hairan dgn kehadiran mereka. Mereka bersuara konon konon bertanyer arah
jalan, tapi tidak dilayan. Tiba tiba...mereka terdengar bunyik riuh di belakang ,
mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yg lain sedang berlari ke
arah mereka. Sementara itu makhluk bumi yg dua nie terus menghilangkan diri.
"Ah cepat...cepat.....jgn kasi dia lari!!!!!" seorang daripader makhluk bumi itu
meneriak pader rakan rakannyer.
Kedua dua makhluk asing ini tercegat....mereka tidak tahu aper yg telah terjadi.
"Ahhhhh dapat jugak!...kalao korang sumer nak tahu inilah dua ekor kerbau liar yg
asek makan padi padi aku....ok kiter bawak ke kampung...kiter sembelih nie dua
ekor kerbau." Pak Salleh memberitahu orang orang kampung sambil mengikat leher
kedua dua makhluk asing yg baghal.
SEKIAN
Pengajaran : Kalau nak beli kerbau check betul betul dulu..pastikan dier tu kerbau...
posted by aman @ 8:46 AM

Alahai cucu atok

Comment (0)

Pada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok
rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru
dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan
itu kerana giginya hanya tinggal dua batang sahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada
atoknya
Ani : Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja?
Atok: Ani atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia.
Ani : Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye
Atok: kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu?
Ani : Saje je,tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok.
Atok: Kenapa pulak Ani cakap macam tu?
Ani : Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la.
Atok: dalam hati (alahai cucu atok)

---- sumbangan: Mohd Imran Bin Mohd Yusof


posted by aman @ 8:41 AM

Comment (0)

TUESDAY, AUGUST 03, 2004

Belajar Bahasa Melayu Kuno bersama Prof.


Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah
tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621.
Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!
1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka
ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada
makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak
kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada
pada tahap keburukan yang amat dasyat.
2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram
kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam
pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut

binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang
kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik
Rubella.
3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah
perdana.
Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamutetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah
dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central
Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.
4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan
membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh
penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi
membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut
boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.
5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam
kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari
perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat
ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.
6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni
peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian
terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari
guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona.
Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari
melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.
Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda
yang korang nak belajar. Saya buleh ajarkan. Selamat minum sirap!

---- sumbangan: Prof. Dr. Khoo Khai King


posted by aman @ 8:08 AM

Comment (0)

Anda mungkin juga menyukai