Anda di halaman 1dari 19

MONDAY, JANUARY 31, 2005

Penjual Telur
Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur
pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

---- sumbangan:Man
posted by aman @ 10:29 AM

Comments (12)

FRIDAY, JANUARY 28, 2005

Loceng misteri
Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang disana sini.
Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana
kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.
Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yg berpakaian segak,
namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yg
ditugaskan untuk menolong keluarga miskin
seperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yg berisi loceng kecik.
"Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada
sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1
juta dollar" jelas Tajudin.

"Ah?????? dapat duit 1 juta???....klakkar ke apa? Ko ingat kita nie bebudak ye?"
Majid bersuara.
"Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan saja loceng ini
dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu....tapi....di saat awak bunyikkan
loceng itu, seseorang yg awak tidak kenali akan mati" sambung Tajudin lalu beredar
dari situ.
Nie dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar
lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si Salmah seboleh boleh suruh laki
dia bunyikkan loceng didlm kotak itu.
"Awak nie kan.....percaya yer dgn kata-kata si Tajudin tadi?"
"Lah abg nie....cuba sajalah, mana tahu apa yg dicakapkan tu benar, kita akan kaya
bang" balas Salmah.
"Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini....abih nanti ada org yg akan mati tau...tak
ker kita nie jadi pembunuh?"
"Alah abg nieee, hari hari ada org matilah...lagi pun kan encik Tajudin tu cakap org
yg akan mati ialah seseorang yg kita tidak kenali......alahhhh bunyikan je lah"
Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan
mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada aper aper yg berlaku.
"Takder apa-apa pon? Kan saya dah cakap, nie tipu je...sudahlah....buat buang masa
aku je..." keluh Majid sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.
Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.
"Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang
tunai 1 juta dollar ini" sambil memberi beg berisi wang kepada Majid dan Salmah.
Mereka laki bini sepanjat berok, tak sangka yg mereka benar-benar mendapat wang
1 juta dollar itu. bukan main hepi lagi dia orang nie.
"Boleh saya ambil semula kotak yg saya berikan semalam?" Tajudin bersuara.

"Oh boleh-boleh heheh" balas Majid sambil memberi kotak berisi loceng itu, "Betul
kee ada org yg mati bila kami bunyikan loceng ini?"
"Ya betul, org tu dah pun mati......tapi jgn bimbang org yg mati itu adalah seorang
yg TIDAK ANDA KENALI" jawab Tajudin
"Apa yg anda ingin buat dgn kotak ini?" tanya Majid lagi.
"Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yg
susah dan saya akan berikan syarat yg sama juga seperti saya berikan pada anda."
jawab Tajudin.
"Waahh bertuah lah keluarga tu ye? siapa agaknya yg encik Tajudin ingin berikan?"
tanya Salmah
"Oh jgn bimbang. saya akan berikan pada seseorang YG TIDAK ANDA KENALI" jawab
Tajudin lalu beredar dari situ.
posted by aman @ 8:51 AM

Comments (12)

TUESDAY, JANUARY 25, 2005

KIsah Suami Isteri


Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil
berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun
kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut
untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh
tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie
Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah


Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito
tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan
kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok
comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut...
.tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu
jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak
ko!!!!!!!!!!

---- sumbangan: Puteri


posted by aman @ 8:38 AM

Comments (5)

WEDNESDAY, JANUARY 19, 2005

Hari-hari mau
Ali sedang bersiar-siar dibandar.Tiba-tiba dia terpandang sahabatnya,Abu, yang telah
sekian lama tidak ditemuinya.
Ali :dah 5 tahun kita tak jumpa.Apasal aku tengok engkau kurus sangat?
Abu : Mana tak nya .Isteri aku tu garang sangat. macam harimau
Abu : Eh aku tengok engkau pun kurus cam aku juga .Apasal?
Ali : Isteri aku tu lagi garang, hari hari mau !

---- sumbangan: abangyi75


posted by aman @ 8:52 AM

Comments (4)

Pertandingan ratu cantik


Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik
keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.
"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak
"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh
"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul
Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat
tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa
yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu
menggaru-garu kepalanya.
Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "Err..dan yang
ini pula,...Miss understanding"...

---- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 8:51 AM

Comments (5)

TUESDAY, JANUARY 18, 2005

Konsep 'Kita'
Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya
pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...
Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah
abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik
abang aje...
Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah


semua harta benda nie hak milik kita bersama...
Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...
Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...
Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???
Isteri: %#@**^&%#@

--- sumbangan: Hazmi


posted by aman @ 9:53 AM

Comments (4)

Hospital
Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah
terus berkejar ke Hospital.
Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?
Doktor : Siapa nama suami Puan?
Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...
Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah.
Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.
Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya,
Doktor?
Doktor : Ada di bilik Mayat!
Tipah terus pengsan...

---- sumbangan : Deelar


posted by aman @ 9:51 AM

Comment (0)

THURSDAY, JANUARY 13, 2005

Apa itu MARKETING?


Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya
dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
Itu adalah DIRECT MARKETING.
Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan
seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata,
Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."
Itu adalah ADVERTISING.
Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan
meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan
mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
Itu adalah TELEMARKETING.
Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda
membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda
membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat
kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"
Itu adalah PUBLIC RELATIONS.
Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke
arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
Itu adalah BRAND RECOGNITION.
Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya
dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka
anda.
Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN

--- sumbangan:*KaTsZ* ::TiRaMiSu::


posted by aman @ 8:58 AM

Comment (1)

Dialog Dua Orang Lelaki...


Mamat : Aku peliklah...tiap kali aku pergi cuti..mesti bini aku mengandung punye. 3
tahun dulu aku bercuti ke Bali, dia mengandung. Tahun lepas aku bercuti ke Phuket
pun dia mengandung jugak.
Din : La...baguih dok ada la tu. Kali ni kau pergi la tempat-tempat sejuk pula macam
Paris ke...sah Bini kau boleh mengandung lagi...ha..ha...ha...
Tetiba Mamat senyap pulak. Muka pun serius je. Suspen lak si Din rasa. Tiba-tiba
Mamat bersuara semula...
Mamat : Tak boleh jadi ni...cuti kali ni aku kena bawak bini aku bercuti sekali
nampaknya...tak boleh tinggal lagi....
Din tergamam. La....macam tu ker...

--- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 8:55 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, JANUARY 12, 2005

Malam Pertama
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak
ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik
pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam
disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar
walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke
katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk
tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan
senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi
telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji
isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya.
Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai
tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan
segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di
rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang
masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam
loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
TAMAT
Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

--- sumbangan: Che Bo


posted by aman @ 8:43 AM

Comments (3)

Mandi Kucing
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh
daripada sebuah kedai runcit.
Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silapsilap kucing awak mati nanti.
Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu
kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.
Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata...!
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!
p/s : MIzan..aku mintak maap byk2 kat ko.

--- sumbangan: *KaTsZ* dedicate to Mizan


posted by aman @ 8:39 AM

Comment (0)

TUESDAY, JANUARY 11, 2005

Mentol
Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk
mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang
menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.


Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?"
jawab pesakit dengan nada marah.
"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke
pesakit yg lagi satu.
"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.
"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera
kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.
"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

---- sumbangan: *KaTsZ*


posted by aman @ 8:55 AM

Comment (1)

MONDAY, JANUARY 10, 2005

Citer Sedih Pasal Mat M0t0r


Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya
Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport
die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni
suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah
die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari
rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la"
Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi
pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon". Mak die pon
menjawab, "suke ati ko lah tan..."
Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya
supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor
beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat
beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die

terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak
sedarkan diri..
Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan
tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube
mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet
itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.
Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung
dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya
pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya
dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus
membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..
Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak
tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke
belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.
Moral of the story:
"Mat Motor ......................jangan suka pakai jaket terbalik ;
"Makwe ...... cari pakwe yang ader kerete jer...

---- sumbangan: Jaslina


posted by aman @ 8:57 AM

Comment (0)

FRIDAY, JANUARY 07, 2005

Penjual kuih yg slamber...


Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di
perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan
tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai
membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran
landasan.
Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang
berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu
sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga
menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus
bertanya "Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu menjawab..."...yang tinggal
cuma karipap dan pulut panggang aje..."

---- sumbangan:*KaTsZ*
posted by aman @ 9:04 AM

Comment (0)

P.Ramlee
Siapa tak kenal P Ramlee? Dia pelakon, penyanyi, komposer, pengarah,pelawak,
penulis skrip dan banyak lagi...
Dia Seniman Agung. Semua orang tahu itu. Semua bangsa tau...
Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik beradik? Tiga
daripadanya adalah artis. Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh Prof
Dr Ghazali Sumanteri, seorang pakar sejarah.
Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E
Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M
Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee,
U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.
Yang jadi artis cuma A Ramlee, L Ramlee dan P Ramlee.
Sekian terima kasih. Alfatihah

---- sumbangan:Deelar
posted by aman @ 8:58 AM

Tiga Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor>: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Comments (3)

---- sumbangan:Deelar
posted by aman @ 8:56 AM

Comment (0)

Mayat
Suatu pagi di satu kelas darjah dua...
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah.
Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

---- sumbangan:Deelar
posted by aman @ 8:51 AM

Comments (2)

THURSDAY, JANUARY 06, 2005

Kancil
Semasa cuti penggal persekolahan,Amirul yang baru menduduki kelas tadika di ibu
kota dibawa ibunya pulang ke kampung datunknya di Temerloh,Pahang.
Disebabkan terlalu seronok menyambut cucu sulung pulang ke kampung,si datuk
ghairah menunjukan khazanah yang ada di kampung itu.tidak ketinggalan binatang
liar yang masih boleh ditemui sesekali di pinggir hutan berhampiran hujung
kampung.....
Datuk:Ha......sekejap lagi kancil akan muncul celah-celah pokok itu.
Amirul:Tapi...itu kan semak.
Datuk:memang kancil suka tinggal kat situ.
Kalau nampak kelibat orang ia akan menyelinap dan hilang di celah-celah belukar.
Amirul:kat KL kancil lagi berani.Kalau traffic jam,ia cilok sana,cilok sini....dah lepas
kat depan.
Datuk:(Sambil menggaru kepala)Tengoklah bsbudak sekarang...

---- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 8:45 AM

Misteri Bola Ping Pong

Comments (2)

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya
seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya
telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan
bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer
berjaya didalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap
mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.
Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau,
Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"
Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan
anaknya 2 biji bola pingpong.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A
dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di
Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan.
Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia
tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.
Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award
sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya
dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih
berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang
terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas
dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping
pong.
"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak
adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya.
Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM
1.24 dan dimasukkan ke ICU.
Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi
nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua
bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.
"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.
"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata
bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer
"Apa dia" tanya bapa Amer
Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan
nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misteriya? Anda nak tau????

ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan
menjadi misteri selamanya.

---- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 8:44 AM

Comments (3)

WEDNESDAY, JANUARY 05, 2005

Surat dari Hospital Mental


Seorang pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang
kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan sampul
tue pada seorang misi.
Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?"
Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?"
Pesakit : "Surat untuk saya lar..".
Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..."
Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar
surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".
Misi berlalu sambil geleng kepala.

---- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 1:18 PM

Comment (1)

TUESDAY, JANUARY 04, 2005

Kisah Seorang Doktor Muda


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan
apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di
katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan
pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang
kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."

---- sumbangan: Samad


posted by aman @ 9:21 AM

Comments (2)

MONDAY, JANUARY 03, 2005

Kelambu Pak Pandir


Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir
yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah
seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak
Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk.
Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi
dirinya dari nyamuk.
Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk
berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah
Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil
sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,
Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.
posted by aman @ 10:20 AM

Comment (1)

Anda mungkin juga menyukai